Kuala Lumpur

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 20, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Dah lama aku tak menjejak kaki di Kuala Lumpur. Hampir 3 tahun lamanya. Apa yang berubahnya di sana? Aku rasa, banyak perubahan berlaku, sama ada perubahan luaran dan juga dalaman. Maksud aku, luaran itu pembangunan kemajuan yang pesat, sama ada berbentuk perniagaan, pelancongan, industri atau tempat hiburan. Dalaman pula, sama ada pembentukan rohani ke arah keredhaan Allah, atau ke arah kemurkaan Allah. Begitu juga cara hidup masyarakat kini di sana. Sama ada dalam lingkungan kehidupan berkeluarga mahupun sebagai seorang pelajar. Kan di sana, ramai pelajar sama ada IPTA, IPTS atau seangkatan dengannya.

Apa-apa pun, aku tak boleh membuat tanggapan awal, aku kena pergi dan lihat sendiri di sana. InsyaAllah, malam ini pukul 11.30 malam, aku akan bertolak ke sana. Aku ambil cuti kerja untuk selesaikan beberapa urusan rasmi, antaranya pengesahan JPA. Sambil laksanakan urusan rasmi, aku boleh menziarahi kawan-kawan aku di IPT sana; UIA, UM dan UKM. Sambil-sambil, boleh ‘bermusafir’, mencatat perjalanan aku di sana. Kemungkinan sekarang dah berubah. Kehidupan masyarakat di sana kini lebih menjurus ke arah kehidupan Islam Hadhari Pak Lah. Kan sekarang pentadbiran kerajaan ke arah Islam Hadhari Pak Lah. Jadi, aku akan lihat dan saksikan sendiri.

Mmm mungkin waktu malam aku boleh lihat pusat-pusat hiburan yang bercambah di sana? Melihat tatasusila kehidupan ‘artis’ pujaan masyrakat Islam Hadhari Pak Lah di pusat hiburan?

Atau kalian punyai 'idea menarik'? Hehe

Wa Allahu a’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Hari Ini 10 Muharam...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, February 19, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Oleh: Haji Ali Haji Ahmad.

1.
Hari ini 10 Muharam
Hari Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
Hari ini 10 Muharam
Nabi Adam diampun Allah
Hari ini 10 Muharam
Taubat Nabi Daud diterima Allah.

2.
Hari ini 10 Muharam
Nabi Ibrahim a.s menentang
Namrud yang zalim
Dan Nabi Ibrahim dibakar
Hidup-hidup
Tapi berkat mukjizatnya
Gejolak api menjadi dingin

3.
Hari ini 10 Muharam
Merakam sedikit peristiwa
Para Nabi
Nabi Yunus a.s bersemadi 40 hari
Di dalam perut ikan Nun
Kifarah atas ‘dosa’nya
Meninggalkan kaumnya
Hari ini 10 Muharam
Nabi Yunus keluar
Dari perut ikan Nun

4.
Nabi Allah Ayub a.s
Diuji oleh Allah selama 7 tahun
Setiap inci dagingnya gugur
Digigit ulat-ulat
Tulang-tulang saja yang tinggal
Bersama sekeping hati dan lidah
Yang tidak digigit ulat-ulat kerana
Zikirnya pada Allah
Hari ini 10 Muharam
Penyakit Nabi Ayub
Disembuhkan Allah

5.
Hari ini 10 Muharam
Nabi Musa a.s membelah laut Merah
Dengan tongkat mukjizatnya
Firaun dan tenteranya tenggelam
Ditelan laut yang terbelah

6.
Hari ini 10 Muharam
Mata Nabi Yaakub a.s yang buta
Celik semula
Dan pertemuan dengan puteranya
Nabi Yusuf a.s
Dan hari ini 10 Muharam
Nabi Yusuf a.s bebas dari penjara
Akibat fitnah seorang perempuan

7.
Hari ini 10 Muharam
Nabi Nuh a.s dengan kaumnya
Terselamat dari ancaman
Banjir besar
Setinggi gunung
Dan bahteranya terdampar
Di bukit Judi

8.
Hari ini 10 Muharam
Nabi Isa a.s selamat
Dari tiang pensaliban Yahudi

9.
Hari ini 10 Muharam
Karbala dibanjiri sungai darah
Saidina Hussin,
Muslim bin Uasajah
Dan Abdullah bin Umar gugur
Sebagai shuhada Karbala
Panah Syimar, pedang Zara
Dan kepala Hussin terputus
Dari tubuhnya
Dan mayat Hussin diinjak-injak
Oleh ratusan kaki kuda.

10.
Hari ini 10 Muharam
Alam terpaku kaku selama 7 hari
Bayang mentari di padang pasir
Seumpama kain berwarna kuning tua
Dan bintang-bintang
Seolah-olah berlaga

11.
Hari ini 10 Muharam
Mari kita mengangkat doa
Berdoa bermunajat kepada Allah
Di bawah sujud tahjud Qiamullail:
“YA Allah, jangan mengalir lagi
sejarah berdarah,
air mata kota Baghdad
menjadi rata bersama bumi
Ya Allah, jangan lahir lagi
Genghiz Khan dari Monggol
Dan cucunya Hulagu Khan
Di zaman Islam dagang ini
Ratusan ribu kitab di bakar
Ulama-ulama disembelih
Bersama 800 000 yang lain
Mayat-mayat kaum Muslimin
Dan tengorak mereka
Dibina oleh Hulagu menara tugunya
Kehancuran kota Baghdad
Dan Khalifah Muktasim
Ya Allah, jangan berulang lagi

Hari ini 10 Muharam
Hari Asyura.

Wa Allahu a'lam

[+/-] Selengkapnya...

Hujan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 17, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa perasaan anda, sekiranya selama lebih kurang setahun lebih anda tak merasai dan menikmati nikmat hujan. Susah nak beritahu jawapannya kan, sebab diri tak pernah mengalami.

Di Mesir, hujan turun sekali-sekala. Kalau hujan pun, dalam tempoh yang sekejap. Tak seperti negara khatulistiwa. Di sana, hanya musim sejuk dan musim panas. Aku balik ke sini, di sana masih lagi musim sejuk, tapi bila tiba di rumah aku, terasa panas yang sangat-sangat. Kejutan cuaca, Alhamdulillah, tak demam, cuma sekadar sakit kepala.

Hari ini, pukul 3.00 petang, nampak awan semakin kelam, menandakan hari nak hujan. Tepat 3.27 petang, hujan mulai turun. Dah lama aku tak saksikan hujan sebegini. Terasa nikmat hujan setelah lama tak merasai, tambahan pula sekarang musim kemarau. Hampir 3 bulan dikatakan hujan tak turun. Panas membahang membakar kulit badan.

Bila musim kemarau, manusia merungut terasa panas, “bila laaa hujan nak turun”, tiap-tiap hari tengok awan, kot-kot nak hujan. Tapi, apabila musim hujan, manusia juga merungut, “bila laaa hujan nak berhenti, nak keluar rumah pun susah, nak ke mana-mana pun susah, nak pergi ke pasar malam pun susah”. Tambahan pula, sekiranya hujan turun dengan lebat beserta dengan angin kencang. Apabila hujan turun di kala musim panas, baru terasa nikmatnya hujan. Dan apabila cuaca baik di kala musim hujan, baru terasa nikmatnya cuaca baik.

Sebagai orang yang beriman, semestinya kita tak mengeluh dengan ketentuan Allah. Hujan atau pun tidak, itulah ketentuan Allah. Yang pastinya, sebagai hambaNya, sifat syukur itu kena ada walau apa jua ketentuan kehidupan. Hendak menjadi hamba yang redha atas ketentuan dan bersyukur atas nikmat, amat sukar. Kena didik dan suburkan selalu di dalam jiwa.

Hujan adalah makhuk Allah, dan panas pun adalah makhluk Allah. Keduanya tidak memberi manfaat, dan juga tak sedikitpun boleh memudharatkan kecuali dengan izin Allah. Teringat aku peristiwa Tsunami yang berlaku pada 26 Disember tahun lepas, Allah SWT dengan hanya kalimah ‘kun’, maka ‘fayakun’. Tak ada siapa pun yang mampu menduga. Walau secanggih mana pun alat ciptaan manusia, seandainya Allah takdirkan juga, tetap ianya berlaku. Hanya air, makluk Allah yang selalu kita ambil manfaatnya seharian, tanpa di duga ‘mengganas’ mengorbankan beratus ribu nyawa.

4.15 petang, hujan berhenti. Alhamdulillah, terasa nikmat hujan. Hujan yang turun di musim panas, dapat menyuburkan kembali tanah yang kegersangan kekeringan. Begitu juga dengan jiwa kita, sekiranya dibiarkan tanpa ‘air’ iman dan taqwa, pasti akan ‘kekeringan’. Suburkanlah ianya selalu dengan ‘air’ iman dan taqwa. InsyaAllah, nur iman di jiwa pasti akan memancar subur menerangi kegelapan.

Mari kita sama-sama bertafakkur, merenung sejenak akan nikmat yang Allah kurniakan. Semoga diri kita jadi hamba yang bersyukur.

Wa Allahu a’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Solat Atau Sembahyang?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 17, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Ramai yang beranggapan bahawa kedua-dua istilah di atas mempunyai makna dan maksud yang sama. Sembahyang itu solat, dan solat itu sembahyang. Persoalan, adakah betul fahaman kita selama ini menggunakan istilah tersebut, iaitu; solat itu sembahyang, dan sembahyang itu solat? Jawapan: sila baca petikan di bawah;

Sembahyang itu dari bahasa Sanskrit. Sembah, sembah kita tahu. Ada macam-macam sembah yang diwarisi dari zaman sebelum Islam dulu seperti sembah raja misalnya, lalu sembah batu, sembah pokok. Sembah raja yang kita lakukan dengan mencamtumkan kedua-kedua telapak tangan lalu diangkat ke dahi adalah ikut adat Hindu yang menyembah dewanya, tetapi apabila berkata terima kasih mereka meletakkan cantuman tangan itu ke setakat dada saja. Yang pula ertinya dewa. Sembahyang sama dengan sembah dewa. Padahal solat tidak ada sangkut paut dengan sembah sedikit pun. Solat seperti yang diketahui mengandungi hikmah tawajuh yakni usaha memohon hajat dan keampunan pada Allah SWT. Roh atau semangat daripada kedua-kedua macam perkataan ini jauh berbeza, belum lagi amalannya.
Kesimpulan, adakah perlu kita menggunakan istilah sembahyang? Padahal sembahyang membawa maksud menyembah dewa. Renung-renungkanlah…

Wallahua’lam

[+/-] Selengkapnya...

Valentine Day

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

14 Februari yang lepas, hari Valentine, disambut oleh muda-mudi yang kemaruk dengan dunia percintaan. Persoalannya, apakah pandangan Islam? Nak tahu jawapan, mari kita baca pandangan tokoh agama yang tidak asing lagi, yang amat popular di kaca televisyen dan merupakan ahli parlimen kawasan Baling. Antara sedutan pandangan beliau ialah:

Penolong Profesor Jabatan Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, berkata hari tersebut tidak salah untuk diraikan selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Menurut beliau ia bergantung kepada individu itu untuk memurnikan cara sambutan agar ia boleh dianggap sebagai satu hari yang benar-benar istimewa dan bermakna dalam hidup.

Jawapan lengkap pandangan beliau, sila kliik: Valentine-Elak jika bertentangan dengan Islam.

Inilah ‘ulama’ yang diidamkan oleh kerajaan, matlamat menghalalkan cara. Siapa penduduk di kawasan Baling, pilihanraya yang akan datang, pakat-pakat pangkah beliau lagi.

anNaQshY-kak Shitah… Oooo kak shitah, kenapa anda jadi sebegini…

Tu jawapan versi ‘ulamak’ dalam ‘semak’, sekarang kita baca pula pandangan seorang ulama yang beramanah dengan ilmu yang beliau ketahui.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''


Jadi, bagaimana dengan anda, ingin menyambut hari yang tak pernah diiktiraf oleh Islam, tak pernah dilakukan oleh ulama-ulama silam. Kenapa golongan-golongan yang mengaku ‘salafi’ tak mengeluarkan fatwa sesat dan bid’ah secara rasmi kepada mereka yang menyambut hari tersebut?

Wahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Jeslina VS JAWI

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Isu yang agak menarik, sedikit sebanyak menyentuh Islam Hadhari Pak Lah... Sebelum tu, kita preview rentetan komen dan publisiti murahan dari Jes... Saksikan...


Jawi batal saman terhadap Jeslina

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap penyanyi Jeslina Hashim, 27, berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan pada 13 Januari lalu

Bacaan selanjutnya, sila klik.

Akhinya, pihak JAWI terpaksa 'mengalah' dengan Jeslina, ntah pengaruh apa la yang Jes gunakan. Kemungkinan peristiwa bekas mufti Selangor berulang, atau pun tekanan daripada pihak orang politik.

Kesimpulannya, inilah Malaysiaku, Islam Hadhari Pak Lah. Artis adalah segala-galanya. Mari kita bersama-sama melaungkan dan mendokong Islam Hadhari Pak Lah...

Ya Rasulullah, benarlah sabdamu... Akhir zaman, artis menjadi-jadi, Islam kembali dagang...

Artis persenda Jawi dalam Melodi ditegur

SURAT 1Saudara Pengarang,PADA 13 Februari 2005 saya menyaksikan rancangan Melodi di TV3. Artis undangan rancangan tersebut iaitu seorang artis wanita yang popular di kalangan remaja.Artis itu diundang bagi membicarakan tentang kesnya yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur. Beliau pernah mempertikaikan tentang serbuan tersebut dalam akhbar baru-baru ini. Saya terkilan kerana apa yang diperkatakan oleh artis itu seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai asas langsung tentang agama Islam.

Bacaan selanjutnya, sila klik

Jes kecewa dilayan bak pelacur!

"KALAU boleh Jes tak mahu menceritakan perkara ini kepada umum kerana ia sedang dibincangkan di peringkat Kabinet. Jes tak mahu dilabel artis gila publisiti murahan. Namun, selepas kenyataan 'off the record' dan gambar Jes disiarkan sebuah akhbar tabloid, Jes terpaksa tampil membuat kenyataansecara terbuka kerana artikel berkenaan mengandungi fakta tidak ...

Bacaan selanjutnya, sila klik

Agak-agak, kalau kita kata: "Memang awak tu seorang pelacur." Keterlaluan ke atau pun sewajarnya berkata sedemikian?

Jawi bertindak ikut enakmen kesalahan syariah

Saudara Pengarang,SERBUAN baru-baru ini di sebuah pub di Jalan Ampang di Kuala Lumpur telah mencetuskan protes yang bertubi-tubi dari golongan `penjaga Islam liberal' dan `pemulihan hak asasi' yang dengan keras mengkritik Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) yang telah menguatkuasakan undang-undang kesalahan syariah

Bacaan selanjutnya, sila klik

Hukum pesalah maksiat tanpa pilih bulu

Saudara Pengarang,BARU-BARU ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ada membuat serbuan di pusat hiburan di Jalan Ampang dan salah seorang daripada ratusan orang yang ditangkap adalah seorang penyanyi dan pelakon.Pada hari Ahad, 6 Februari, 2005, saya ada terbaca dalam ruangan `Tolong Jawab' mengenai komen penyanyi itu di Mingguan Malaysia.

Bacaan selanjutnya, sila klik

Wahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Hijrah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, selayaknya dikembalikan pada Allah. Masih lagi dapat menghirup udara di awal pagi ini. Menandakan kehidupan mesti diteruskan berlandaskan iman dan taqwa. Nikmat kesihatan yang baik akan terasa apabila kita sakit, nikmat masa lapang akan dihargai apabila masa disempitkan dengan urusan kehidupan.

Hari ni, ikut kalendar sudah masuk hari ke 6 dalam bulan Muharam tahun 1426. Selamat tahun baru hijrah, mungkin agak terlewat aku ucapkan. Apa-apa pun, semoga tahun ini mentari kebangkitan Islam semakin sirna di alam yang fana ini. Muhasabah harian, mingguan, bulanan dan kali ini, muhasabah tahunan yang perlu kita sama-sama laksanakan. Hari ini lebih baik dari semalam. Tahun ni, insyaAllah lebih baik dari tahun lepas.

Caramah hijrah masih lagi ada walaupun sudah masuk hari yang ke 6 Muharam. Semestinya berkisar hijrahnya Nabi SAW ke Madinah. Daripada Mekah dinamakan Muhajirin dan yang menyambut serta memberikan pertolongan kepada Muhajirin dinamakan Ansar. Indahnya ukhuwwah Islamiyah. Indahnya contoh teladan generasi dahulu dalam meletakkan asas untuk membina sebuah negara Islam. Bantuan pertolongan yang dihulurkan, tidak ada tolak bandingan yang boleh disamakan dengan generasi sekarang.

Bila sebut ukhuwwah Islamiyah ni, aku teringat gerakan Jamaah Arqam yang diharamkan oleh kerajaan. Bukan aku nak sentuh apa yang menjadi sebab utama diharamkan, tetapi aku nak sentuh, kejayaan Jemaah Arqam dalam menarik minat individu untuk menyertai jemaahnya. Dan juga kejayaan mereka dalam menguasi ekonomi sehingga dapat membentuk ‘network’ perniagaan yang banyak dan berdaya saing.

Asas yang mereka guna ialah kasih sayang. Tautan ukhuwwah Islamiyah. Cara mereka jalankan usaha dakwah dengan kasih sayang. Dengan kasih sayang, mereka berjaya menarik individu yang kurang baik kepada yang lebih baik, sama ada dari sudut penampilan, akhlak, hubungan sesama manusia ataupun hubungan dengan Pencipta. Dan akhirnya berjaya menarik untuk menyertai Jemaah Arqam. InsyaAllah, ada peluang aku cuba menyentuh Jamaah Arqam mengikut kaca mata aku.

Cuma, hijrah pada masa sekarnag ni, aku rasa adalah perlu. Ramai orang kata, zaman sekarang bila sambut Maal Hijrah, semua bagi pendapat; “kita perlu berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik.” Ia, memang betul, itu kita tak perlu nak masuk tahun baru, baru nak berubah. Setiap kali turun naik nafas kita perlu ada peningkatan ke arah yang terbaik.

Bagi aku, hijrah dalam konteks sekarang juga perlu ‘berhijrah’ hakiki, iaitu kita berpindah ke tempat lain untuk menyampaikan usaha dakwah. Bermaksud, mungkin aku yang berada di utara perlu ‘berhijrah’ ke tempat lain untuk mengembangkan dakwah Islam. Dengan ‘hijrah’ hakiki inilah, insyaAllah akan kecapi kejayaan. Orang yang dahulunya miskin, dengan ‘hijrah’ juga dia berjaya membina empayar perniagaan di bandar, ‘berhijrah’ dari kampung ke bandar. Mmm agak-agak aku kena hijrah ke negeri Sabah kot… Hehe…

Ada gak, niat nak pi Sabah, minta J Qaf mengajar di sana. Di sana, masih banyak memerlukan tenaga-tenaga kader Islam. InsyaAllah, biiznillah, apa-apa pun, kena berhijrah gak, tak berhijrah ke Sabah pun, keluar dari daerah pun jadilah… Hehe.

Dengan hijrah Nabi SAW, tersebarnya Islam ke serata alam, maka insyaAllah, dengan hijrahnya kita ke tempat lain, maka Islam juga akan tersebar berkat usaha kita.

Wahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Kahwin

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, February 15, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Tahniah buat ‘member’ aku yang telah berjaya mengadakan kenduri kali ke 2 pada hari Sabtu yang lepas. Tumpang kenduri adik dia yang juga telah berkahwin. Jadi, 2 pasangan adik beradik.

‘Member’ aku, mengadakan walimah kali 1, sewaktu berada di Mesir. Rasanya bulan 3 tahun 2004. Kali ke 2 lak, buat kat Malaysia. Bukan apa, dia kata untuk adik beradik dan kawan-kawan yang di sini. Kenduri kali ke 2 tu, bukan bermaksud bini yang ke 2, bini yang sama juga, Cuma kenduri tu ja, buat 2 kali, satu di sini dan satu lagi di Mesir. Tapi, kalau nak berpoligami, tak salahkan. Hehe.

Dalam usia 23 tahun, alhamdulillah telah selesai separuh urusan agama. Kahwin, dituntut sangat-sangat oleh agama, agar masalah sosial dapat di atasi, juga dapat menjaga keturunan dan diri dari terjerlus ke lembah maksiat. Maklum la, akhir zaman ni, orang-orang ‘jahat’ lebih banyak dari orang baik. Maksiat merata-rata mudah di dapati. Keluar rumah, kelihatan maksiat merata-rata. Perempuan dengan pakaian seperti seorang yang amat memerlukan pakaian. Kain tak cukup, kemungkinan kilang kain tak dak di Malaysia. Amat menjolok mata. Dengan berpakaian sedemikian, naik motosikal berdua-duan seperti suami isteri, si perempuan memeluk erat pinggang si lelaki. Rasanya, pihak jabatan agama negeri kena buat sekatan jalan raya. Pasangan mana yang naik motosikal, tahan dan ‘cek’, laki bini atau pun pasangan yang belum berkahwin. Kalau bukan laki bini, buatlah denda apa pun, penjara dan hanya boleh diikat jamin oleh mak ayah sahaja ka, denda serta merta tunai ka.

Apa apa pun, sempena Islam Hadhari Pak Lah, buat la la acuan mengikut seperti yang dilolongkan. Salah satunya, kaum muda mudi ni, kena didik sungguh-sungguh. Dalam surat khabar, sering melolong; "Islam Hadhari mengikut seperti apa yang ada dalam al Quran dan as Sunnah". Jadi, dah kata cam tu, buatla apa yang Allah sebut, dan apa yang Nabi ajarkan. Jangan hanya gimik untuk meraih undi buat memuaskan nafsu untuk memerintah negara bagi mengaut keuntungan peribadi.

Zaman sekarang, ‘jahat’ lebih menguasai suasana. Jika tak pandai jaga diri, maka binasalah diri sendiri. Seeloknya, mereka yang ingin menikah, untuk manjaga diri dari lembah dosa, permudahkan lah niat mereka itu. Kadang-kadang, yang susah nak kahwin, sebab adat lebih diutamakan. Bila adat lebih diutamakan, maka peninglah si lelaki nak kena cari duit beribu-ribu hanya untuk satu kenduri. Padahal, bukan kenduri mewah yang dituntut, tetapi kehidupan selepas berkahwin yang perlu difikirkan. Bila susah nak kahwin, mula la masalah sosial meningkat. Sebelah utara ni, depa kata, kalau tak dak 6 ribu ke atas, tak yah dok ngada nak pi pinang anak orang. Hehe. Aku lak, cam mana la nak cekau duit 6 ribu lebih. Dah la nak cari kerja pun susah. Ntah-ntah bila la leh kahwin. Hehe.

Masa musim peperiksaan semester pertama tahun sudah, bang Kamal ajak aku pi Iskandariah. Pi kuliah Syeikh Ibrahim al Kattani. Beliau seorang muhaddis, bukan sekadar tau ilmu hadith, bahkan sunan sittah, (sunan yang 6) berada dalam otak beliau. Beliau mengajar tak bukak buku. Matan hadith dan semua urutan sanad berada dalam kepala beliau. Masa aku pi tu, beliau ngajar Sohih Bukhari. Tanpa membuka kitab, beliau sebut matan, dan sanad-sanad dengan lengkap, tanpa gagap, tanpa jatuh walau satu huruf. MasyaAllah. Setahu aku, puak-puak wahabi, atau yang ngaku salafi, atau yang dok ngaku tak bermazhab ni, tak berani nak pi jumpa dan berbahas ngan dia. Sebab apa, sebab puak-puak ni tak sekemas dia. Cuma dok berani di luar gelanggang ja, dok tunjuk kemaih di luar gelanggang.

Dalam perjalanan, aku sembang ngan bang Kamal mengenai pendapat dia, aku bertanya; "kenapa orang berkahwin di Mesir, tak tunggu ja balik Malaysia." So dia kata, antaranya ialah, akad nikah di sana, lebih berkat kerana kita boleh di akadkan oleh wali Allah, ahli bait Rasulullah, ulama-ulama yang berada di sana. Contohnya Sheikh Ibrahim, Sheikh Ali Jum’ah (mufti Mesir sekarang) dan ramai lagi. Jadi, bila lepas akad, kita didoakan keberkatan oleh ulama-ulama tersebut. Dan yang hadiri majlis akad nikah kita, oleh ulama-ulama, dan penuntut-penuntut ilmu.

Dan yang pentingnya, masa kenduri kahwin tu, lebih terjaga batasan syariat. Tak dak benda yang sia-sia dan membazir. Masa aku pi kenduri ‘member’ aku tu, masyaAllah, terbukti apa yang aku bincangkan ngan bang Kamal. Sampai ja tempat kenduri, lagu Hindustan berkumandang. Lepas tu, tak dak batasan meja makan antara lelaki dan perempuan. Dan yang pentingya juga, yang menghadiri kenduri tu, aku tengok, serabut ja kepala aku. Kaum-kaum muda yang…. Ntah la, aku tak tau nak cerita. Pendek kata, serabut.

Kalau kenduri di Mesir, insyaAllah semuanya terjaga. Ruang makan untuk akhwat, khas untuk akhwat, dan ikhwah, khas untuk ikhwah. Tak dak hiburan yang melalaikan. Dan yang pentingya, kawan-kawan kita yang hadiri majlis walimah kita, adalah terdiri daripada orang yang ngaji agama. Datang membawa keberkatan dan mendoakan barakah kepada kita.

Aku… Wahua’lam. Minta-minta la, aku dijauhkan kenduri walimah macam ‘member’ aku. Moga keluarga aku faham tuntutan agama dalam melaksanakan walimah. Sedih aku, takut pun ada. Tapi insyaAllah, kita orang yang tahu, akan tegur dan beritahu apa yang patut. InsyaAllah, bila kenduri aku, aku akan jaga segalanya. Moga Allah makbulkan niat aku.

Dan aku dengar, ada ustazah yang dulunya syadid di Mesir, balik Malaysia, buat kenduri walimah memakai tudung ala ‘wardina’. Ni bang Kamal cerita kat aku. Terfikir aku, kenapa di Mesir syadid, di sini dah hilang kesyadidan nya…. Hanya mereka sendiri yang mampu menjawab persoalan aku…

Wahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Masa

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, February 14, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirahmanirrahim...

Maaf, insyaAllah, nanti aku akan sambung semula kisah sebelum aku pulang ke sini. Bukan apa, la ni dok 'kaluit' sikit. Siang seawal pagi, keluar urusan rasmi dan juga tak rasmi. Cari peluang rezeki untuk sebelah siang, atau pun pergi menziarahi adik-beradik, atau pun ustaz-ustaz yang pernah mengajar aku. Hari ni, selesai urusan rasmi 'claim ticket' pulang di Pusat Zakat.

Sebelum tu, pi ke Mergong makan mee rebus kegemaran. Sapa nak cuba, mai la. 'Member' aku pun, yang baru cuba dah kata 'OK', siap nak bawa keluarga pi rasa. Sebelah malam lak, aku keja. 'Target' aku, aku keja apa yang boleh sebelum aku punyai kerja tetap. Asalkan masuk duit. Sekurangnya, aku ada sumber kewangan untuk urusan kehidupan harian, boleh isi minyak, boleh makan di mana-mana tempat kegemaran aku. Masih banyak lagi tempat yang aku kena pi makan. Hehe Rindu ooo masakan Malaysia. Nasi paprik medan Arau, 'burger layan', koteow kerang, mmm apa lagi yaaa. Dah lupa la. Bila nak pi makan, ingat la. Hehe

Hari ni, wa aji aku meninggal. Al Fatehah buat arwah. Wa aji aku, antara orang 'veteran' yang masih hidup sampai tadi. Aku sempat ziarah dia di kampung aku pada hari Jumaat yang lepas. Tak sakit apa yang teruk, cuma orang kata, sakit tua. InsyaAllah, kita juga akan menyusuli kemudian. Pakat sama-sama bersedia untuk menghadapi. Cam tu gak, berita kelmarin, 4 beradik meninggal nahas kereta di Gerik. Teringat aku sewaktu aku bawak keta sebelum ni di kawasan Gerik. Alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi. Apa-apa pun, yang pentingnya kesediaan kita menghadapi kematian, mati hanya sekali, 'so' biarlah mati mulia. Kan.

Sebelum kami sampai kat Pusat Zakat, singgah INSANIAH. Cari anak Ustaz Man. Dan juga, Cikgu Din Komputer. Sembang sikit apa 'projek' terkini. Banyak gak 'projek-projek' yang telah siap. Cikgu Din, 'tok guru' aku yang pertama dalam bidang komputer. Banyak yang dia dah perturun kat aku. Banyak gak la yang kami sembang, antaranya, pengajian master kat INSANIAH dan J Qaf yang sedang dilaksanakan kerajaan.

So, bila aku pikir, aku kesempitan masa untuk blog aku, aku terpaksa 'tawaquf' kejap untuk menyambung semula versi cerita aku sebelum aku pulang ke sini. Aku rasa, elok gak aku berenti, kalau tengok cerita kat tv pun, dia bersambung gak kan. Hehe. Seminggu sekali ka, apa ka Hehe. Tapi, tu bukan alasan. Yang betuinya, aku tak pandai lagi nak urus masa aku dengan kemas. Masa 24 jam yang Allah bagi, sudah cukup buat manusia sekiranya bijak mengatur urusan kehidupan. Kita ja yang leka, 'so' kena semak mula jadual hidup kita. Apa yang tak kena.

Aku membuat pilihan, untuk 'bertawaquf' sekejap, untuk memberi ruang aku mengulas sedikit sebanyak isu semasa yang ada. Atau pun apa yang aku alami seharian untuk kita renungi bersama. Contohnya, hari Sabtu yang lepas, aku pi kenduri rumah member aku. Member aku dah berkahwin di Mesir, lebih kurang setahun yang lepas. 'So' kali ni, adik dia buat kenduri, menumpang kenduri adik dia di sini. Jadi, apa yang aku nak ulas, nanti insyaAllah...

Mmm terlupa, isu yang agak sensitif sekarang, cerita JAWI tangkap Jeslina Hashim. Apa la punya bengong sangat (tak pa kot no... Guna ayat kasar sikit). Kurang ajar sungguh. Hari ni ada orang komen, 'so' leh baca:

So, ada sebarang komen? Luahkan komen anda di sini

Wahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Sebelum Pulang... Makam Imam as Syafie

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, February 14, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Seni bina masjid yang terletak di dalam kubu Sultan Sallehuddin al Ayyubi amatlah menarik. Seni bina masjid amat bermutu nilainya. Indah dan cantik mata memandang. Masjid yang di bina berada di kedudukan paling tinggi di dalam kubu menunjukkan untuk membina kekuatan hendaklah bermula dari masjid. Nabi SAW di dalam hijrahnya ke Madinah, perkara utama sekali yang di bina, yang di janakan untuk membina Hadhariyah Islamiyah ialah masjid. Tidak sekali-kali Nabi menjanakan dan merancang untuk membangunkan ekonomi terlebih dahulu.

Tetapi terbalik pada akhir zaman. Untuk mengembalikan Islam Hadhari, teknik dan cara mengikut landasan akal semata-mata. Mengangkat maruah bangsa terlebih dahulu. Perjuangkan membina dan mengislah bangsa lebih diutamakan. Mendahulukan kekuatan ekonomi dari menbina perkembangan insani yang berterasakan ‘tarbiyah Islamiyah’ yang Rasulullah ajarkan.

Untuk kembali zaman kegemilangan Hadhariyah Islamiyah Rasulullah, tidak dapat tidak hendaklah mengikuti jalan yang Rasulullah ajarkan. Asasnya ialah masjid. Di situlah hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia. Asas tarbiyah kemanusiaan bermula dari situ. Pembagunan rohani bermula dari masjid. Kelas pengajian, tazkirah dan juga segala-galanya berpusat di situ. Bukan sekadar urusan ibadah sahaja, bahkan meliputi segala urusan kehidupan. Bak kata pepatah; Islam adalah cara hidup. Segala urusan kehidupan, tidak terkecuali pun adalah benar-benar berlandaskan syariat Allah SWT dan apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Sedihnya sekarang, urusan masjid hanya berkisar urusan solat dan juga nikah. Persoalan lain dalam kehidupan tidak boleh disentuh. Maka, terhasil lah khutbah hari Jumat isu-isu yang mengantukkan para jemaah. Isu ‘Cintailah Sungai Kita’, ‘Kempen Makan Buah Tempatan’ dan sebagainya disentuh di dalam khutbah. Teringat khutbah semasa di sana, khutbahnya cukup menarik, disampaikan dengan penuh semangat. Berkisar isu-isu yang baru dan penting. Bukannya isu-isu remeh seperti mana di sini.

Kedudukan masjid yang berada paling atas kubu menggambarkan fungsi masjid yang begitu tinggi. Peranan masjid untuk melahirkan sebuah kekuatan dalam menghadapi musuh. Itulah kekuatan tentera dan pemerintahan Sultan Sallehuddin al Ayyubi.

Setelah habis melewati kawasan kubu, kami bergerak turun untuk pergi ke destinasi seterunya iaitu makam Imam as Syafie. Perjalanan agak lama. Kami hanya berjalan kaki dari kubu. Kawasan makam imam as Syafie dinamakan ‘makam’. Sebab banyak makam-makam yang berada di situ. Antara makam lain yang terkenal ialah makam guru kepada Imam as Syafie, iaitu Imam Waqi’.

Kami tiba terlebih dahulu makam Imam Waqi’. Guru kepada imam as Syafie. Teringat pengaduan Imam as Syafie kapada gurunya Imam Waqi’. “wahai guru ku, kenapa aku ni susah nak ngapal”. “Jawab gurunya, tinggalkanlah maksiat, ilmu itu cahaya, cahaya ilmu itu padam disebabkan maksiat” (versi terjemahan aku).

Nasihat imam Waqi’ kepada anak muridnya imam as Syafie, amat popular bagi penuntut ilmu yang mendalami ilmu agama. Amat popular buat motivasi kita dalam memudahkan urusan pengajian kita. Di mana-mana pun, ceramah motivasi untuk belajar akan guna nasihat yang sama.

Untuk beramal, amat lah susah. Maksiat yang disebutkan oleh imam Waqi’, bukan sekadar maksiat besar, bahkan meliputi maksiat-maksiat yang kecil. Sekarang di mana-mana kita terdedah dengan maksiat. Di rumah pun ada, dan kalau keluar rumah, lagi la banyak.

Di rumah, tv menjadi sumber pendapatan utama ke arah kemaksiatan. Program-program kelalaian bermaharajalela. Artis menjadi teraju utama dalam mebentuk minda masyarakat sekarang. Sekiranya tidak pandai mengawasi bahan bacaan anak-anak, pasti majalah hiburan di bawa masuk ke dalam rumah. Majalah yang penuh dengan aksi-aksi yang menjolok mata. Majalah-majalah hiburan yang sedikitpun tidak memberi manfaat. Kalau tidak membeli majalah hiburan pun, akhbar-akhbar perdana punyai juga ruang khas yang memaparkan aksi artis-artis.

Zaman sekarang, segalanya bergantung kapada iman. Kemudahan hasil dari teknologi bermanfaat sekiranya kita selaku penggunanya menggunakan ke arah kebaikan. Sekira sebaliknya, maka akan menghasilkan ke arah negatif.

Bila sebut hal artis ni, teringat aku akan salah satu tanda kiamat akan berlaku. Antarnya; apabila artis-artis sudah menjadi pujaan, menjadi kegilaan, menjadi contoh ikutan masyarakat. Yang lebih dasyat lagi, isu agak baru sekarang, ada ulama dari Indosnesia mengatakan Siti Nurhaliza boleh dijadikan ikutan kerana kesopanan dia dalam berpakaian. Sejauh mana kebenaran kata ulama Indonesia tu, wahua’lam, tetapi memang itulah yang aku dengar dari pengacara di dalam rancangan Malaysia Hari Ini.

Bila di luar rumah pula, pakaian yang menjolok mata bermaharajalela. Kata ulama, sekiranya kita hendak tahu tanda-tanda masyarakat itu sedang menuju ke arah kebinasaan, lihatlah wanita-wanita di dalam masyarakat tersebut. Sekiranya rosak wanita dalam masyarakat tersebut, maka itulah tanda-tanda masyarakat tersebut diambang kebinasaan.

Lihatlah wanita sekarang etika pemakaianya. 'Trend’ pakai baju sekadar paras pusat, ketat, lengan pendek, seluar ‘jean’ berkaki kecik dan bertudung memeningkan kita. Dengan baju ketat, hanya sekadar paras pusat, seolah-olah mereka ingin menayangkan apa yang mereka ada dan ‘pakai’. Isu artis perempuan ditangkap di ‘pub’ di sebuah pusat hiburan kerana memakai pakaian tidak senonoh oleh pihak JAWI, membuktikan betapa tenatnya masyarakat sekarang. Artis tersebut ingin menyaman pihak JAWI di atas sebab penangkapan tersebut. Pegawai JAWI yang menyerbu ‘pub’ tersebut di siasat. Kita tunggulah hasil penyiasatan tersebut, siapakah yang akan terbela, artis tersebut atau pun pegawai JAWI yang bertugas. Teringat bekas mufti yang dipecat dulu. Inilah acuan Islam Hadhari di Malaysia ku…

Setelah solat maghrib di masjid Imam as Syafie, kami menziarahi makam imam. Merenung dan berfikir jasa imam yang begitu besar di dalam dunia Islam terutama bidang feqh. Manaqib imam as Syafie boleh kita baca dan hayati di dalam sebuah kitab yang berjudul: Manaqib Imam as Sayfie oleh Imam Baihaqi.

Dibandingkan Imam as Syafie dengan diri kita, amat jauh bezanya. Bagaikan langit dan bumi. Begitu juga dengan gurunya Imam Malik dan anak muridnya Imam Ahmad ibnu Hanbal. Dan juga imam dalam mazhab Hanafi, Imam Abu Hanafiah. Aku sedih kerana persoalan ikutan salah satu mazhab yang mereka asas ini sering dicemuh dan diperlecehkan oleh mereka-mereka yang sering mengaku salafi. Menyeru ke arah tidak bermazhab. Golongan ini bermaharajalela di IPT tempatan. Kesian kerana mereka mudah terpedaya dengan ajakan ke arah tidak bermazhab. Sekiranya ilmu mereka melebihi ulama-ulama silam, aku tidak peduli. Tetapi yang menyedihkan, ilmu mereka sekadar tahu yang asas. Mengafal sikit 2 3 hadith, ayat Quran dan dengan mudah membid’ahkan pihak lain. Dengam mudah mengatakan; “aku tidak ikut mana-mana mazhab, aku pakai yang rajih sahaja. Aku hanya ikut al Quran dan as Sunnah”. Padahal apa yang terkandung sepenuhnya dan pemahaman selengkapnya dari al Quran dan as Sunnah tidak seberapa yang mereka ketahui.

Bersambung…

[+/-] Selengkapnya...

Sebelum Pulang... Qal'ah Sultan Sallehuddin al Ayyubi

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 09, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Bermula hari Rabu, kami mengatur rancangan. Terima kasih kepada kawan aku (Chan) yang banyak menolong aku sepanjang aku berada di Kaherah. Aku tiba di ARMA pada waktu Zohor. Asalnya aku ingin pergi ke Husin (persekitaran Masjid Husin), tapi kawan aku ingin pergi ziarah makam Imam as Syafie, di kawasan yang dinamakan Saidatina Aishah.

Memang aku berniat, aku akan menziarahi makam Imam As Syafie sebelum aku berangkat pulang. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Kawan aku mengajak pergi hari ni, tanpa berfikir panjang, aku mengiakan untuk pergi.

Adalah terlalu baik sebelum pulang, aku menziarahi makam Imam Syafie. Jasa beliau kepada Islam amatlah besar. Beliaulah pengasas Mazhab Syafie. Majoriti masyarakat kita di Nusantara, bermazhab as Syafie. Menziarahi orang yang telah ‘pergi meningalkan’ kita, amat besar manfaatnya. Agar menjadi satu peringatan kepada kita yang bakal menyusuli. Tambahan lagi, menziarahi seorang ulama yang terkenal akal keilmuanya. Beliaulah orang yang pertama menyusun ilmu usul feqh, menjadi rujukan utama dalam permasalahan feqh bagi yang bermazhab as Syafie.

Sekiranya kita menyelidiki kisah perjalanan hidup Imam as Syafie, kita pasti akan kagum. Begitu juga sekiranya kita menyelidiki sejarah hidup dan perjuangan imam mujtahid yang lain seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan juga Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Bagi aku, ‘terlalu kekurangan ajaran’ buat mereka-mereka yang sering melolong agar tidak bermazhab. “Kita tidak perlu bermazhab, terus kepada al Quran dan as Sunnah”. “Bermazhab ini bid’ah”. Golongan seperti ini, telah ditegur oleh Dr. Ramadhan al Buti dalam kitabnya “ala mazhabiyah”.

Walau apa pun, golongan yang sebegini, bukanlah aku menganggapi sebagai musuh utama. Musuh aku adalah iblis dan juga kafir laknatullah. Iblis dan puak kafir inilah yang menyuntik jarum perpecahan kepada ummat Islam. Aku merasa sedih, perkara-perkara cabang inilah yang sering menimbulkan perbalahan. ‘golongan’ ini, mereka sering mengungkit kembali persoalan ‘furu’ yang sudah boleh dianggap selesai berkurun lamanya dahulu. Setelah perkara-perkara itu, diperbincangkan secara hikmah oleh ulama Islam secara berlapang dada tanpa menuduh antara satu sama lain dengan menghukum bi’dah, sesat dan sebagainya.

Berbeza dengan zaman sekarang. Membenarkan sabda Nabi SAW, umat akhir zaman ni ramai, tapi banyaknya seperti buih di pantai. Sekali air ke pantai, sekali ada buih, lepas tu, habis hilang berpecah entah ke mana. Mereka dari ‘golongan’ ini, dengan mudah menghukum orang lain dengan kalimah ‘awak melakukan bid’ah, siapa buat bid’ah maka tertolak’ Tanpa menerima pakai hujah orang lain dan berlapang dada atas perkara-perkara yang cabang. Perkara-perkara cabang yang diperselisihkan, eloklah berlapang dada. Jangan mudah menghukum orang lain dengan kalimah bid’ah. Bagi aku, aku menghadapi golongan ini dengan prinsip aku yang agak keras. Jika dari golongan mereka ingin berbincang, bincanglah cara molek. Sekiranya aku boleh menerima hujah meraka itu, mereka juga semestinya menerima hujah aku. Masing-masing punyai hujah untuk beramal, jadi sikap kita yang harus diambil ialah berlapang dada. Aku beramal dengan hujah aku dan engaku tinggalkanlah amalan tersebut dengan hujah engkau.

Semestinya kita lebih mencari jalan penyelesaian permasalah yang bersangkut paut dengan kesatuan umat Islam dan jihad. Saudara-saudara seagama kita yang berada di Palestin, memerlukan kesatuan kita untuk menghadapi ancaman musuh Islam seperti kuasa Amerika dan Israel laknatullah. Kesatuan Islam dirobek dengan mudah oleh musuh Islam. Agama diasingkan dalam kehidupan. Ruang lingkup agama hanya dihadkan untuk ibadah solat dan pernikahan sahaja. Persoalan pentadbiran negara dan ekonomi diambil dari sumber selain al Quran dan as Sunnah. Islam diperintah, bukan Islam yang memerintah. Pemuda-pemudi telah lali dengan suntikan propaganda Amerika dan Israel laknatullah. Pemuda-pemudi lebih hanyut dalam dunia hiburan semata-mata. Lihatlah acuan yang telah disediakan oleh kerajaan, acuan yang membentuk jiwa remaja menjadi lembik dengan nyanyian. Malaysia idol dan Akademi Fantasia menjadi contoh acuan kerajaan. Majalah hiburan yang menjadi pilihan bacaan utama remaja sekarang ini, membuatkan remaja semakin parah jiwanya. Kelonggaran pemantauan Kementerian Dalam Negeri mengawasi apa jua bentuk media massa menjadi antara sebab kelemahan jiwa remaja. Artis menjadi idola utama remaja sekarang. Itulah cita-cita puak kafir laknatullah. Meraka tidak berjaya memusnahkan al Quran tetapi mereka telah berjaya menjauhkan isi kandungan al Quran dalam kehidupan seharian ummat Islam.

Setelah kami tiba di kawasan yang dinamakan ‘Saidatina Aishah’, tampat pertama kami tuju ialah makam Saidatina Aishah. Saidatina Aishah yang dimaksudkan bukanlah Isteri Rasulullah, tetapi ahli bait Rasululllah. Seperti yang aku faham membaca salsilah di makam tersebut, beliau berketurunan Saidina Ali Radhiahhuanhu.

Setelah solat Asar di situ, kami berbincang, sama ada untuk terus ke makam Imam Syafie atau singgah dahulu di Qal’ah (Kubu Sultan Salehuddin al Ayyubi). Setelah berpakat, kami membuat keputusan untuk pergi ke Qal’ah Sultan Salehuddin al Ayyubi dahulu. Waktu pun tak sempat mana, kemungkinan dah tutup ataupun masih buka lagi. Tapi alhamdulillah, masih dibuka. Ramai orang yang datang, tak kira pelancung dari negara barat atau pun dari kalangan penduduk tempatan.

Kami dikenakan bayaran sebanyak LE 20. tu pun atas tiket pelajar. Kalau pelancung LE 35 (seingat aku ) dan penduduk tempatan hanya LE 2. beza berkali-kali ganda dengan harga pendudk tempatan. Memandangkan kemungkinan hanya kesempatan ini yang aku akan sampai di sini, aku masuk juga untuk melihat peninggalan sejarah yang begitu unik.

Aku nak menceritakan serba serbi apa yang ada, mungkin agak susah. Di antara apa yang aku perhatikan, kota kubu Sultan Salehuddin al Ayyubi ini memang amat unik. Terletak di atas bukit memudahkan strategi untuk melihat musuh. Apabila menyebut Sultan Salehuddin al Ayyubi, teringat aku sebuah kisah bagaimana Sultan Sallehuddin dalam mengatur strategi peperangan menghadapi pihak musuh, waktu malam sebelum bermulanya peperangan, beliau akan perhatikan khemah mana yang penghuninya akan bangun malam untuk bermunajat pada Allah SWT. Dan penghuni khemah tersebutlah akan beliau letakkan sebagai tentera yang berada di barisan paling hadapan. Itulah kehebatan tentera-tentera Islam zaman silam. Solat malam tidak pernah ditinggalkan. Jika solat yang sunat itu amat dititik beratkan, apatah lagi dengan soal-soal yang fardhu.

Bandingkan dengan tentera Islam sekarang. Adakah seperti tentera Islam dahulu? Perkara fardhu seperti solat 5 waktu pun kadangkala terabai. Arak menjadi munuman di majlis kerasmian. Bayangkan pula sejarah Sultan Muhammad al Fateh, yang menawan kota Konstantinopel. Sultan Muhammad al Fateh di bimbing dengan didikan seorang sufi sejak kecil. Beliau sekali-kali tidak pernah meniggalkan solat malam. Mursyidnya seorang sufi, pembimbing jiwa kerohanian. Maka lahirlah sorang mujahid di siang harinya, dan malamnya bagaikan seorang abid. Maka di usia 19 tahun, memimpin tentera yang besar untuk menawan kota Konstantinopel.

Bangunan yang paling di atas di dalam kota kubu Sultan Sallehuddin al Ayyubi ialah masjid. Seni binanya amat menyentuh hati, halus dan indah. Menandakan arkiteknya seorang yang berjiwa sufi. Hasilnya amat mengkagumkan. Sekarang, hendak mencari seorang arkitek yang berjiwa sedemikian, amatlah susah. Maka, sekarang lahirlah masjid-masjid yang hanya indah pada pandangan mata, tetapi tidak jatuh ke dalam lubuk hati.

Bersambung…

[+/-] Selengkapnya...

Sebelum Pulang...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, February 08, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku terpaksa membuat keputusan untuk pulang, ada masalah yang memaksakan aku berbuat sedemikian. Walaupun banyak urusan lagi yang perlu aku laksanakan di sana. Terasa sayang pulak hendak meninggalkan bumi para anbiya’ dan para waliNya yang dikasihiNya. Walau pun kadang-kadang, ‘tension’ dengan gelagat dan perangai orang-orang arab di sana. Hanya Allah yang tahu betapa memerlukan kesabaran yang tinggi menghadapi perangai dan sikap masyarakt arab.

Hidup di sana, membuatkan aku terfikir, bagaimana Utusan Allah menghadapi karenah dan sikap masyarakat arab. Kenapa Allah pilih dari kalangan bangsa arab. Bila secara realiti aku hadapi, mungkin aku boleh buat beberapa kesimpulan atas banyak persoalan serta hikmah yang Allah aturkan. SubhanaAllah.

Rasulullah SAW berjaya mendidik jiwa masyarakat arab yang dulunya hidup dalam kegelapan. Saidina Umar sebelum Islam terkenal dengan kekerasan menentang Nabi SAW. Madrasah Rasulullah SAW yang bermula hanya sedikit; iaitu bermula di rumah Arqam bin Abi Arqam akhirnya berjaya membentuk sebuah ‘negara Islam’ yang terkenal dengan ketamadunan kemanusian yang tinggi. Bangsa arab dahulunya hina, beperang sesama puak, akhirnya mulia dengan utusnya Rasulullah SAW. Mulianya bangsa arab dahulu adalah kerana Islam. Ya… Islamlah yang memuliakan bangsa arab.

Terfikir aku, sekiranya bangsa arab yang begitu sikapnya, keras hati, kasar dan sebagainya, pun berjaya dididik madrasah Rasululllah, bagaimana pula dengan bangsa melayu. Didikan Rasululullah berjaya melahirkan insan yang paling lembut hatinya, paling takut pada Ilahi, paling baik aklaknya sehingga generasi sahabat diiktiraf oleh Nabi SAW umpama bintang di malam hari, yang menjadi penunjuk buat mencari jalan ketaqwaan.

Bagaimana bangsa Melayu yang dikenali dengan kesopanan, lembut hati, berbudi bahasa dan tidak kasar seperti bangsa arab. Kita telah gagal menyeru membawa bangsa kita ke arah kemuliaan Islam. Menyeru orang yang seagama dengan kita ke arah lebih mempraktikkan kesyumulan Islam tanpa menjuzuk-juzukkan Islam. Kita gagal. Itu belum lagi usaha kita menarik orang yang membenci Islam ke arah mendekati dan seterusnya menjadikan Islam sebagai agamanya.

Banyak faktor yang menyebabkan ianya berlaku. Kita perlu bersama-sama bermuhasabah, saling memperingati dan saling membantu untuk merealisasikan matlamat bersama; untuk melihat masyarakat kita kembali menghayati Islam secara syumul. Usaha perlu dipertingkatkan, kita adalah rantaian tali perjuangan, bukan yang memulakan, dan bukan yang mengakhirkan. Tapi kita adalah salah satu rantaian perjuangan dari generasi ke generasi sehinggalah tertegaknya kemenangan Islam yang Allah janjikan.

31 hb tarikh yang ku pilih untuk pulang. Aku ada masa 30 hari lagi untuk menyelesaikan perkara yang wajib berkaitan dengan sijil-sijil pengajian aku. Kira-kira 4 minggu yang aku peruntukan; seminggu untuk urusan di kuliah, seminggu urusan di safarah (kedutaan) dan seminggu lagi urusan untuk peribadi. Mungkin sedikit barangan dari sini untuk tatapan keluarga. Walau pun kekeringan ekonomi yang amat sangat, perlu juga dibawa pulang walau sedikit, walau kecik, walau pun murah.

Jadual perancanganku berubah. Hari raya haji di negara arab berbeza sambutannya dengan negara kita. Kita; raya puasa disambut dengan meriah, kadang-kadang, baru puasa dalam 2 3 hari, dah banyak iklan di media massa. Puasa nya tak seberapa. Dan raya korban, tak semeriah mana. Tapi tak tau kalau di negeri pantai timur, dikhabarkan meriah.

Tapi masyarakat arab, sambut raya haji lebih meriah berbanding raya puasa. Dan itulah yang dituntut. Kemungkinan di negara kita, sudah menjadi adat memeriahkan raya puasa. Dan itulah yang berlaku sejak kita kecil. Jadi, peruntukan masa untuk urusan kuliah berganjak. Dan akhirnya segala urusan yang wajib (berkaitan dengan kuliah) selesai seminggu sebelum tarikh aku pulang).

Dalam tempoh seminggu sahaja, aku perlu selesaikan banyak urusan. Mencari sedikit barang, menziarahi kawan-kawan yang banyak menolong aku semasa aku belajar di sana, jalan sekitar Kaherah, dan yang penting, pameran buku. Ada 2 3 buah kitab lagi yang aku perlu beli untuk mencukupi kotak kiriman kitab aku.

Bersambung…

[+/-] Selengkapnya...

Pulang...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 06, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni, hari yang ke 4 aku berada di Malaysia. Selama 1 tahun 4 bulan aku meninggalkan Malaysia. Daerah tempat tinggal aku, mengalami sedikit perubahan. Seperti yang diceritakan oleh ayahku, jalan raya telah dinaik tarafkan. Diperbesar untuk kemudahan penduduk. Pekan telah semakin maju, dulunya sepi tetapi kini meriah dengan kompleks perniagaan yang semakin rancak.
Perubahan fizikal memanglah mudah untuk dilakukan. Pesatnya pembagunan yang dilakukan, itulah kemajuan. Kemajuan diukur tingginya bagunan, bercambahnya kompleks membeli belah dan sebagainya. Ekonomi yang rancak, tandanya kehidupan masyarakat semakin maju. Walaupun, nilai akhlak masyarakat semakin runtuh, pembagunan fizikal tetap diutamakan. Hidup untuk mengumpul duit. Bila bangun dari tidur, perkara utama yang menerjah masuk ke dalam otak ialah; bagaimana aku hendak mengumpul duit sebanyaknya walau apa jua cara. Siapa yang lambat merebut peluang, maka dia ketinggalan. Mundur dan jumud. Walaupun kekayaan dikumpul tanpa mengira halal dan haram. Yang pentingnya, kepuasan.

Yang susahnya, untuk mengubah dan membina pembangunan rohani. Untuk merubah kehidupan masyarakat sekarang ke arah kehidupan yang benar-benar berlandaskan jalan taqwa. Setelah peristiwa Tsunami pada tahun lepas, mungkin masih ada diantara kita yang belum mampu sedar dari kealpaan. Mungkin kerana diri sendiri tidak mengalami. Seandainya jasad sendiri yang mengalami, mungkin… Orang kata, kalau tak kena batang idung sendiri… Susah nak sedar. Selagi mana tak sakit, selagi tu tak tahu nak bersyukur atas kenikmatan sihat. Selagi tak kena ujian, selagi tu tak ada rasa kehambaan. Rasa kehambaan penting untuk membina pembangunan rohani.

Sejarah telah membuktikan, pembagunan fizikal semata-mata, tanpa berlandaskan jalan taqwa dan panduan yang telah diajarkan oleh utusan Allah, maka ianya tidak bernilai di sisi Allah. Lihatlah kaum-kaum sebelum ini, yang amat maju dalam pembangunan fizikal; musnah kerana masyarakatnya tidak tunduk dan patuh kepada peringatan yang disampaikan oleh utusanNya. Lihat dan baca: Bangsa yang musnah.

Masyarakat yang maju serba serbi akan musnah oleh masyarakat itu sendiri sekiranya akhlak masyarakat itu sudah runtuh. Remaja yang menjadi tonggak utama untuk mewarisi generasi terdahulu untuk membina ketamadunan manusia, sudah mabuk dengan kenikmatan dunia yang sementara. Nilai akhlak remaja sekarang sudah mencapai serendah-rendah taraf. Acuan yang dibina untuk membentuk mereka lebih kepada hiburan semata-mata. Dunia artis yang menjanjikan pulangan duit yang lumayan dengan cara mudah, lebih digilai remaja. Program-program yang diadakan seperti Akademi Fantasia, lebih untuk melahirkan lagi ramai arti-artis.

Program ‘sure heboh’, yang telah ditegur oleh mufti Perak satu ketika dulu, dipandang enteng. Bahkan dipertikaikan kewibaan mufti. Mufti, sebuah institusi yang sah, didengari hanya melibatkan perkara-perakara yang asas sahaja. Mereka menganggap, program seperti inilah yang akan membina ketamadunan bangsa. Yang akan membina syakhsiah peribadi remaja yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Majalah-majalah yang berbentuk hiburan lebih digemari remaja. Majalah yang mempunyai berita sensasi artis menjadi kegilaan dan merupakan perkara yang wajib diketahui oleh remaja. Berita artis nak berkahwin, nak pakai baju apa, nak pergi ke mana, nak makan apa, nak membuang air besar, jatuh tangga, menangis dan pelbagai lagi perkara yang remeh inilah disumbat masuk ke dalam otak remaja sekarang.

Malang sekali ramaja sekarang yang dibentuk acuan sebegini. Artis menjadi ‘role model’ utama dalam kehidupan. Kegilaan remaja tahap maksimum untuk menjadi seorang artis bagi mengejar kemewahan hidup dengan cepat dan mudah membuatkan meraka lupa tugas yang akan dipikul kelak untuk membentuk generasi masa yang akan mendatang Sekiranya zaman remaja telah diisi perkara yang tidak bermanfaat, bagaimana mereka hendak mendidik generasi mendatang?

Membina sebuah masyarakat yang punyai nilai akhlak dan pegangan agama yang tinggi amatlah susah. Nabi SAW mengambil masa 13 tahun di Mekah untuk membina tapak yang ampuh untuk membina generasi yang berkualiti sehingga terbentuknya sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi. Sebuah masyarakat yang aman damai, punyai ketenangan dan hala tuju hidup yang jelas. Apa gunanya negara kita sekarang yang dikatakan maju pembagunannya, seandainya kehidupan bermasyarakat yang semakin runcing. Seorang yang kaya sentiasa dibimbangi akan hartanya yang belum tentu selamat. Kejadian rompakan dan bunuh berlaku setiap hari. Perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah membimbangi kita, itu tidak termasuk laporan yang tidak disiarkan oleh media massa.

Bertamadunkah masyarakat kita dengan nilai etika moral akhlak ahli masyarakat yang rendah? Harta, nyawa dan maruah tidak terjamin dalam kehidupan kita. Dulu, mungkin kejadian rogol tidak berlaku pada mangsa yang masih kecil, tetapi sekarang, lihatlah, perogol merogol tanpa mengira usia mangsa. Mangsa belasan tahun dirogol, bahkan ada kes sehingga dibunuh.

Ingin mengubah masyarakat ke arah menghayati aturan agama tidak semudah seperti mengubah dan membina pembangunan lahiriah. Dalam masa 1 tahun 4 bulan dah nampak perubahan lahiriah seperti yang berlaku di tempat aku, tetapi kalau untuk mengubah dan membina pembangunan akhlak masyarakat dalam tempoh yang sama, mustahil dilakukan.

Jadi bagaimana dan apakah usaha kita untuk sama-sama kembali membina tamadun kemanusian yang punyai nilai hidup yang patuh pada pegangan agama? Bermula pada individu, iaitu diri kita, kemudian pada keluarga, dari keluarga akan lahir sebuah masyarakat dan dari masyarakatlah akan lahir sebuah negara. Jika bermula dari individu-individu yang patuh pada agama, kemudian keluarga dan seterusnya sehinggalah membentuk sebuah negara yang mana masyarakatnya menghayati akan tuntutan Ilahi.

Wallahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Sebuah Kehidupan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 04, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat, 4/2/2005, 10.32 am, lahirlah sebuah weblog yang aku namakan anNaQshY-Catatan Kehidupan Seorang Musafir. Dah lama aku fikirkan, untuk mewujudkan sebuah weblog, untuk tatapan peribadi dan jua untuk tatapan umum, berkongsi maklumat kehidupan kita yang sedang bermusafir, bermusafir di atas bumi yang rasanya sudah hampir kepada penghujungnya. Bermusafir dalam kehidupan dari tiada kepada ada, dan akan kembali kepada tiada. Itulah kematian. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Itulah peringatan Allah di dalam al Quran, kepada kita yang dinamakan makhluk. Agar menjadi pedoman, dalam menjalani kehidupan yang pastinya fana ini, biarlah berlandaskan jalan taqwa. Asas sifat bagi muslim yang bertaqwa ialah mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT, dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Telah termaktub dengan lengkap untuk manjadi seorang muslim yang bertaqwa di dalam al Quran, dan juga telah ditunjukan oleh utusanNya Nabi Muhammad SAW secara praktikal dalam kehidupan Baginda. Perjalanan kehidupan Baginda semuanya termaktub dalam sirah Baginda yang murni. Antara ulama yang telah menyusun kitab untuk menulis sirah Baginda ialah Ibnu Hisyam, kitabnya yang dikenali sebagai as Sirah An Nabawiyah Ibnu Hisyam. Dan juga kitab-kitab tarikh seperti Bidayah wan Nihayah oleh Ibnu Kathir. Melalui sirah Bagindalah kita dapat mengetahui sebuah kehidupan contoh yang murni yang wajib dijadikan contoh kehidpuan kita untuk menjadi muslim yang bertaqwa.

Dan juga kalam-kalam peringatan Baginda melalui hadith-hadith yang telah di susun oleh ulama-ulama hadith. Antaranya ialah Sohih Bukhari; di susun oleh Imam Bukhari dan Sohih Muslim; Imam Muslim, dan juga ulama-ulama hadith yang lain. Sohih Bukhari telah disyarah dengan panjang lebarnya, antaranya oleh Ibnu Hajar al Asqalani yang diberi tajuk kitabnya Fathul Bari. Sohih Muslim juga telah disyarah oleh Imam an Nawawi.

Seperti yang diceritakan oleh kawan aku, kitab yang paling banyak jilidnya yang telah ditulis oleh orang Melayu ialah kitab Bahrul Mazi, syarah kepada hadith yang telah di susun oleh Imam at Turmizi. Namanya ialah Muhammad Idris Abdur Rauf al Marbawi al Azhari. Orang Merbuk, Perak. Seharusnya orang Merbuk berbangga dengan lahirnya dari tempat mereka seorang ulama yang terkenal kealimannya. Bagi pelajar yang belajar di Mesir, kitab Bahrul Mazi sewajarnya dibeli. Kitab tulisan Melayu yang dicetak di negara arab. Hanya beliau seorang dari kalangan orang Melayu yang menulis kitab paling banyak jilid. Dan sememangnya dari kalangan ulama melayu, hanya nama beliau seorang yang tersohor dengan kealiman. Terkenal dengan kitab beliau Bahrul Mazi dan kamus al Marbwi yang menajadi rujukan utama bagi pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah arab. Semoga Allah melimpahi rahmat tidak terhingga kepada beliau.

Sekiranya kita perhatikan, semua ulama-ulama dari dulu, semestinya menulis kitab untuk tatapan generasi akan datang, agar menjadi pedoman dan tunjuk ajar untuk menjadi muslim yang bertaqwa. Ilmu yang dipelajari disampaikan melalui bentuk penulisan. Dan semestinya penulisan mereka itu menjadi saham yang berguna untuk kehidupan selepas kematian. Amanah ilmu dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan. Selagi mana ada hamba Allah yang membaca kitab mereka, selagi itu berjalan pahala kepada mereka sehingga hari akhirat. Sumbangan mereka untuk membina tamadun manusia amat tinggi nilainya.

Terfikir juga aku, apakah yang mampu aku laksanakan atas amanah ilmu yang aku ketahui. Apakah sumbangan aku untuk sama-sama membina tamadun kemanusian untuk membina masyarakat Islam yang terpancar ketamadunan akhlak yang tinggi. Untuk aku mengarang sebuah kitab seperti ulama-ulama dahulu, rasanya... Entah bila dapat hasilnya. Diri ini yang ama kerdil berbanding dengan ulama silam, hebat ulama silam dengan karangan yang meraka lahirkan. Sama-sama kita perhatikan dan renungi kitab-kitab mereka yang berjilid-jilid. Dengan susunan bahasa hati yang menunjukkan kejernihan jiwa dan nilai ketaqwaan yang tinggi. Hebatnya ulama silam berbanding dengan kita.

Apa-apa pun, dengan diri kita yang seadanya, marilah sama-sama bergerak untuk memberikan sumbangan membangkitkan kembali ummat Islam yang bertamadun seperti generasi Rasulullah dan sahabat. Aku tak mampu melahirkan sebuah kitab yang berjilid-jilid seperti mereka, aku hanya mampu melahirkan sebuah weblog peribadi untuk tatapan bersama. Melakarkan kehidupan seorang insan atas penilaian sekeliling. Berkongsi ilmiah dengan kalian agar dapat sama-sama mencambahi buah fikiran membantu membina sebuah masyarakat yang bertaqwa.

Inilah sumbangan aku sekarang. Lahirnya weblog ini semoga mendapat manfaat bersama. Menjadi saham untuk kehidupan aku selepas kematian. Setiap makhluk ada tarikh permulaan dan juga tarikh akhir. Begitu juga dengan weblog ini. Ntah bila ianya akan berakhir seiring dengan kehidupan aku yang ntah bila akan berakhir. Matlamat kehidpuan adalah untuk sebuah kematian. Mungkin ianya berakhir esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau..? Yang pastinya kita akan merasai detik kematian.

Kematian adalah tazkirah yang paling berkesan. Setiap jiwa yang hidup dalam hatinya tazkirah kematian, akan selalu perbetuli jalan kehidupannya seandainya tergelincir. Kita, yang dinamakan manusia, pasti akan tergelincir dari jalan ketaqwaan. Hanya Rasul dan Nabi yang terpelihara dari kesilapan. Kita selalu alpa dan lalai dari jalan ketaqwaan. Hamba Allah yang paling di sukai Allah ialah apabila melakukan kesalahan, cepat-cepat insaf dan bertaubat. Dan paling dibenci Allah ialah, apabila melakukan kesilapan, tidak mahu bertaubat dan menyesali atas dosa yang dilakukan. Dan lebih teruk lagi, buat 'slamber' je, orang kata, hati kering. Itu alamat hati kita perlu ditukar. Minta kepada Allah agar ditukarkan hati yang baru, kerana hati yang ada sekarang, dah rosak dan tidak boleh diguna lagi.

Sekurang-kurangnya, apabila ditanya; apakah usaha aku semasa hidup untuk usaha dakwah, aku boleh menjawab; inilah usaha aku. Memberikan peringatan agar sama-sama bertaqwa. Alangkah hinanya kehidupan kita sekiranya kita tidak berusaha untuk menjalankan usaha dakwah. Menyeru ke arah kebaikan Islam yang Islam ajarkan adalah tugas utama sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Tugas amanah seorang khalifah adalah amat berat. Amat sekali. Seperti Allah ceritakan di dalam al Quran, betapa gunug-ganang yang besar itu tidak mahu untuk menaggung amanah sebagai khalifah di atas muka bumi. Tetapi manusia yang kerdil ini, telah menerima amanah sebagai khalifah Allah. Jadi, apakah kita sudah bersedia untuk menjawab persoalan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita?

Nabi Muhammad SAW, adalah sebaik-baik teladan. Untuk berjaya dan bahagia di akhirat, tidak dapat tidak hendaklah mengikut orang yang pernah berjalan jalan tersebut dan berjaya sampai destinasi dengan selamat. Generasi sahabat mengikut jalan yang ditunjuk oleh Nabi SAW, generasi tabiin mengikut jalan yang telah dilalui oleh Nabi SAW dan sahabat Nabi, begitu juga mereka-mereka yang terdahulu, semuanya mengikut jalan yang sama. Kerana apa? Kerana jalan yang telah ditempuh oleh Nabi, sahabat dan generasi selepas itu, semunya berjaya sampai ke destinasi dengan selamat. Jadi, adakah kita akan mengikut jalan yang lain, yang sudah tentu tidak sampai ke destinasi dengan selamat.

Semoga weblog aku ni, catatan kehidupan yang memberi makna untuk kehidupan kita semua. Semoga Allah permudahkan urusan aku.

Wallua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Muqaddimah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 04, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang amat murah lagi amat mengasihani akan hambaNya, segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang memberi taufiq Ia akan seorang menghendak Ia dengan dia kebajikan pada menjalani akan jalan segala imam ahlu sufi yang muhaqqin, dan memberi pertunjuk Ia akan dia kepada megenal akan dia dengan penglihatan iman dan yakin, dan rahmat Allah dan selamanya atas penghulu kita Muhammad iaitu penghulu segala anbia' dan segala rasul, dan atas keluarganya dan segala sahabatnya yang adalah mereka itu ikutan sekalian arifin dan atas yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut bagi yang mengikut mereka itu dengan berbuat amal kebajikan hingga hari kiamat...


(Muqaddimah oleh Sheikh Abdussomad al Palembangi; dalam kitabnya yang bertajuk: Siyarussalikin)

Aku mulakan Catatan Kehidupan Seorang Musafir ini dengan menggunakan kalimah muqaddimah kalam seorang ulama, semoga catatan ini mendapat keberkatan dan limpah rahmah kebaikan dari Allah SWT... Ameen.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...