Kelas Pengajian

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, July 30, 2005 | 25 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalian yang berada di 'bumi pada anbiya', 'ardhulKinanah', sementara menunggu natijah bolehlah mengikuti kuliah pengajian mengikut jadual seperti di bawah:


Posted by Picasa



waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Lengkapkan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, July 29, 2005 | 7 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Adalah dipelawa kepada semua empunya weblog, pembaca weblog kaum muslimin dan muslimat untuk melengkapkan slogan di bawah, menguji kepekaan keperihatinan kalian terhadap agama Allah SWT dan ulama-ulama yang telah berjuang berdakwah merungkai permasalahan ummat dan menyebarkan ke seluruh dunia Islam.

"Ummat Islam perlu memelihara kesucian Islam dalam pelbagai sudut bidang ilmu dari ancaman pencemaran golongan wahabi adalah kerana _____"(boleh melebihi 20 patah perkataan).

'Tari'kan jari menari di keyboard anda di ruang komen di bawah, dan sendkan.

Syarat penyertaan:

1) Terbuka kepada semua pembaca
2) Boleh hantar sebanyak mungkin penyertaan.

WaAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rabb: Berikan Hati Yang Lain...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, July 28, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Diriwayatkan, pada suatu ketika datang seseorang kepada sahabat bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat. Katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak enak, tidur tidak nyenyak."

Maka Ibnu Mas'ud berkata: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau bersunyi-sunyi menyembah Allah, umpama pada waktu tengah malam buta, pada saat orang sedang nyenyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.

“Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."

Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi mengambil wuduk dan kemudian diambilnya al-Quran, terus dibaca dengan hati khusyuk.

Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Persoal Isu Picisan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, July 27, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan

Saudara Pengarang,
SAYA amat bersetuju dengan tulisan Mohd. Haikal Mohd. Fadzil dari Alor Star, Kedah yang bertajuk ``Masyarakat kita lebih minat bincang isu picisan'' yang disiarkan dalam forum Utusan Malaysia ini pada 25 Julai 2005.

Untuk mengulas lanjut, saya amat sedih dan terperanjat dengan kegilaan masyarakat sekarang dengan kebangkitan rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia.

Bukan sahaja remaja akan tetapi mereka yang dewasa pun tidak kurang ketinggalan untuk mempersoalkan isu remeh ini.

Kebangkitan blog-blog (laman Internet) yang mengupas rancangan ini juga boleh dikirakan sebagai kayu pengukur kepada betapa terkebelakangnya masyarakat Melayu. Blog-blog Internet ini lebih cenderung bercerita perihal persembahan pelajar, tarian peserta, baju yang dipakai tidak kena dengan lagu dan lain-lain.

Rata-rata blog ini adalah kepunyaan kaum Melayu yang mempunyai pekerjaan tetap. Saya hairan, mana mungkin mereka punyai begitu banyak masa untuk menulis perkara-perkara remeh sedemikian melainkan jika menggunakan masa di pejabat untuk berbuat demikian.

Kaum Melayu haruslah bangkit dan menyalurkan daya kreativiti mereka untuk menaiktarafkan daya pemikiran dan daya saing mereka sendiri sejajar dengan hasrat pertubuhan UMNO untuk menjana Melayu Glokal - yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak takutkan kepada persaingan tempatan atau global.

Saya menyeru kepada mereka yang terlibat ini, gunakanlah fikiran kamu seadanya untuk terus memartabatkan bangsa. Banyak lagi isu semasa yang boleh dikupas untuk tujuan perbahasan bersama.

Daripada bercerita tentang perkara remeh seperti baju pelajar Akademi Fantasia lebih baik kita kupas sedikit tentang sumbangan kita terhadap Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang sedang hangat menghambat negara sekarang. Kita perlukan pendapat dan saranan yang utuh untuk terus mengemudi negara.

Cubalah tukar isi-isi blog itu agar lebih ilmiah dan dihormati. Sarankan apa yang patut, berasas untuk terus menjadikan negara Malaysia ini maju dalam masa 15 tahun dari sekarang.

Umpamanya isu Bio-Valley yang bakal menjana ekonomi baru bagi negara kita ini. Bagaimana industri baru ini boleh menjadi salah satu teras yang boleh membawa Malaysia ke arah kemajuan. Kupas isu ini dari segi masa depan Malaysia, peluang pekerjaan, pelaburan asing dan sebagainya. Terlalu cetekkah pemikiran kita untuk terus menguburkan perkara-perkara serius sedemikian?

Saya menyeru agar pemilik-pemilik blog Melayu khasnya untuk bangkit dan janganlah terus alpa dengan isu-isu remeh rancangan realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah pun. Bangkitlah untuk kita terus menjana masa depan negara berteraskan kesahsiahan Melayu Glokal itu sendiri. - AZHAN JUSOH, Sri Damansara, Selangor.



Apa pandangan kalian? Rajin-rajinkan lah jari-jari anda menaip keyboard meninggalkan komen di bawah... Hehe

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Maria

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, July 27, 2005 | | 5 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

MARIA seorang gadis Jerman bermazhab Katholik. Mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik dengan mazhab tersebut dan ayah yang berfahaman Aties.


Posted by Picasa

Namun kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Maria memilih Islam sebagai pegangan hidup setelah mengalami episod pergelutan tiga penjuru (Islam, Kristian dan Aties)

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di sana berjaya menariknya ke jalan Allah, akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri setelah kematian tunangnya, Salwa. Juga setelah Maria kecundang dalam alam percintaanya dengan pemuda Turki bernama Muhammad. Perkahwinannya dengan Abdul Wahab terhalang oleh khabar kewujudan semula Salwa. Sekali lagi Maria terperangkap di antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan yang tidak pernah kenal erti belas kasihan dari ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri di atas niat murni demi kegemilangan Islam tanpa Abdul Wahab di sisi dan mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut kekufuran.

Segala terjawab di dalam novel yang berjudul, Maria; oleh Emine Senlikoglu.

Pergilah kau, kahwinilah dia...
Usah kau bimbang tentangku. Duniaku masih
belum lagi berakhir walaupun kita terpaksa berpisah
buat selama-lamanya. Suatu waktu nanti keperitan
ini akan berakhir jua...


waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rabb: al Baqarah; 30-33

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, July 26, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Kawan-kawan, mari sama-sama kita hayati firman Allah SWT di dalam al Quran, yang menceritakan hal khalifah Allah di atas dunia ini. Semua yang berlaku di dunia ini, telah diceritakan Allah di dalam al Quran, telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah taala telah berfirman, antaranya:

[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[31] Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.

[32] Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[33] Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.


Surah al Baqarah, ayat 30-33.

London dilanda letupan -- * 47 terbunuh * 700 cedera (sehingga pukul 2 pagi hari ini)

Al-Qaeda bunuh Duta Mesir ke Iraq

25 maut, rekrut dibom

Konvoi diserang, Elias cedera

3 mati ditembak

Lima maut serangan berani mati

Dunia kutuk bom di Mesir

25 mati, 33 cedera dalam serangan berani mati

Ini antara berita yang aku paparkan, dari banyak-banyak berita di alam ini. Kita tak lihat lagi, statistik terkini jenayah bunuh yang berlaku di dalam negara kita. Berita bunuh ni, tiap-tiap hari disiarkan. Kiamat dah dekat yang perlu kita ingati.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Rasulullah SAW; Idola Sepanjang Zaman.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, July 24, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat kini dahagakan role model, yang boleh diikut sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Sebagai seorang mukmin dan mukminat, al Quran dan as Sunnah adalah sumber utama untuk dijadikan panduan.

Dua sumber tersebut, tidak dapat tidak hendaklah diterjemahkan secara realiti, yang boleh dinampak dengan mata kasar, yang telah dijelmakan dalam bentuk kehidupan. Itulah yang dimaksudkan 'masyarakat kini dahagakan role model'; perlukan 'role model' yang nampak dan boleh diikuti secara 'live' untuk dijadikan contoh.

Seperti firman Allah SWT di dalam al Quran yang merupakan sumber panduan kehidupan kita:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ( Al-Ahzab : 21 ).

Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al Anbiya': 107)

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (al Qalam: 4).


Oleh yang sedemikian, tamadun ummah yang berkualiti bermula dari kita, dari diri sendiri. Kita jadikan keperibadian Rasulullah SAW sebagai idola, role model. Kita laksanakan as Sunnah secara realiti dalam kehidupan kita. Maka, diri kita pula sebagai role model untuk anak-anak kita yang mendatang. Sebab, kita adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak, dan mereka mudah ikut apa yang dilihat. Jika kita sebagai ibu bapa adalah jelmaan al Quran dan as Sunnah dalam kehidupan, maka anak-anak juga akan dapat dilahirkan melalui konsep role model keperibadian Rasulullah dan seterusnya lahirlah keluarga Islam.

Segalanya bermula dari diri kita, tarbiyah bermula dari hati-hati kita. Mari kita cuba laksanakan sedaya mungkin keperibadian Rasulullah SAW untuk diphotostatkan dalam diri kita untuk dijadikan contoh kepada masyarakat kita yang kini dahagakan serta tercari-cari role model yang boleh dilihat secara live.

Rasululullah, pada dirimu satu contoh ikutan terbaik buat ummat...

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Berserban:
Apabila Rasulullah SAW berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya (Riwayat at Termizi daripada Ibnu Umar)

Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)

Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk:
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Menerima berita:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakan, Baginda akan berkata; "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat", dan apabila Baginda didatangi perkara yang buruk, Baginda akan berkata "Alhamdulillahi'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada 'Aisyah).

Mmm Jika ibu bapa pun minat kat Mawi, duduk sekali ngan anak-anak tengok Akademi Fantasia, tengok Mentor, bermesyuarat sekeluarga nak undi siapa, tengok Malaysia Idol serta galakkan anak-anak masuk dunia hiburan, bagaimana la generasi yang akan lahir mendatang...

Kiamat dah dekat...

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Minggu Penghayatan Islam

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, July 22, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Adalah dimaklumkan, program Minggu Penghayatan Islam akan dilaksanakan bermula hari Khamis, 21 Julai 2005 hingga 29 Julai 2005 bertempat di Dewan Besar Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Oleh yang sedemikian, muslimin dan muslimat dijemput hadir. Antara maklumat program tersebut adalah seperti berikut:

1) Seminar Ancaman Yahudi.
Oleh: Sheikh Muhammad Nur Habibi


Hari: Jumaat
Tarikh: 22 Julai 2005
Masa: 09.30 Malam
Tempat: Dewan Besar Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

2) Seminar Perbandingan Fahaman Islam
Oleh: Sheikh Fauzi Tohir


Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Julai 2005
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Dewan Besar Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah Darul Aman.

3) DAURAH KITAB.
Oleh: Sheikh Aminuddin Abdul Rahim (Din Tok Guru)

Kitab:
-at Tibyan fi HumlatilQuran. التبيان في حملة القرآن
-Sifat SolatunNabi. صفة صلاة النبي

Tarikh: 23 hingga 28 Julai 2005
Masa: 8.30 malam hingga 10.00 malam
Tempat: Dewan Besar Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Idola: Rasulullah SAW

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, July 20, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Suasana masyarakat kita pincang dengan serangan pelbagai aliran fikiran; seperti Islam Liberal, Islam Fundamentel dan Islam Had hari, juga golongan reformis yang mengucar kacirkan lagi dengan sikap semberono membid'ahkan kebanyakan masyarakat Islam, ditambahkan lagi perubahan fenomena masyarakat menerima artis sebagai idola.

Rasulullah SAW menjadi ikutan hanya dalam ibadah, bukan perjalanan hidup bermula dari bangun tido hinggalah tido semula. Rasulullah SAW tidak dijadikan idola sebagai seorang remaja, sebagai seorang suami, sebagai seorang bapa dan juga pemimpin Negara.

Posted by Picasa

Keperibadian Rasulullah SAW, insan teladan sepanjang zaman semakin dilupakan. Jika ada yang ingin memusnahkan peninggalan sejarah Rasulullah SAW di Mekah, kini di Malaysia, kita berhadapan juga sekelompok manusia yang menyuntik kecelaruan fikiran ummat Muhammad SAW hal keperibadian Rasulullah dengan mengatakan Rasulullah juga melakukan kesilapan walaupun Baginda SAW maksum. Katanya juga; Kerana Baginda hanya maksum dalam menerima wahyu saja, tetapi dalam kehidupan baginda juga terdedah kepada bermacam-macam kekurangan seperti semua manusia.

Kenapa Rasulullah SAW itu sebagai idola, ikutan buat ummat Baginda SAW? Adalah kerana Rasulullah SAW adalah insan yang sempurna diciptakan Allah SWT zahir dan batinnya, dan Allah SWT berfirman di dalam al Quran mengatakan pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik.

Telah berfirman Allah SWT di dalam al Quran, bermaksud:

Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran: 31)

Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al Anbiya': 107)

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (al Qalam: 4)

[1]Demi bintang semasa ia menjunam. [2]Rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat. [3]Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. [4]Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahi yang diwahikan kepadanya. (an Najm: 1-4)


Tidak ada cacat cela keperibadian Rasulullah SAW, dan hendaklah kita menjadikan Rasulullah SAW idola, suri teladan buat perjalanan kehidupan. Dan hendaklah kita sama-sama berusaha untuk menyekat serta membanteras elemen-elemen fikiran yang ingin melupakan keperibadian Rasulullah SAW, sebagai idola sepanjang zaman.

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Sejarah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, July 17, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahamanirrahim...

Bila berbicara soal idola, tak dapat tidak, kita mesti menyentuh apa jua berkaitan ngan idola tersebut. Tahun ni, tak salah aku, budak-budak yang amik PMR, diminta buatkan kajian sejarah berkaitan ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad; sejak dari beliau lahir sehinggalah beliau jadi PM membangunkan negara, menjadi sebuah negara kecil yang di hormati dan di segani. Kat Alor Setar, rumah kelahiran beliau masih lagi di kekalkan, serta dijaga, agar generasi mendatang kenal dah tahu siapakah yang membangunkan negara Malaysia sehingga mecapai tahap sekarang. Sebab apa, sebab kerajaan mahukan agar beliau dijadikan idola. Segala jasa, kerja, gambar, pemikiran dan rumah juga akan dijaga serta disimpan rapi buat tatapan mendatang.

Sejarah warisan bangsa. Kita tahu sejarah negara kita, salah satunya ialah melalui pemerhatian. Contoh, kita boleh lihat sendiri sejarah ketamadunan kerajaan Islam Melaka, dengan pergi ke Melaka. Kerajaan masih lagi memelihara tempat sejarah di sana, dinobatkan Melaka 'Bandaraya Bersejarah'. Menggambarkan betapa pentingnya sejarah untuk ditatapi. Begitu juga di negara-negara lain, Turki yang merupakan pusat Kerajaan Othmaniyah, mempunyai banyak tempat sejarah dan masih lagi dipelihara. Di Sepanyol, keindahan sejarah tamadun Islam masih lagi boleh dilihat. Begitu juga di Mesir, Kubu Sultan Sallehuddin al Ayyubi masih lagi dipelihara, makam-makam ribuan ulama-ulama masih lagi ada untuk di ziarahi. Masjid al Azhar, Masjid Saidina Hussin, dan para ahli bait Rasulullah SAW masih kekal dipelihara.

Bagaimana dengan sejarah idola ummat Islam sekarang di Mekah? Alangkah indahnya umat Islam yang lahir sebelum wujudnya fahaman wahabi, boleh melihat kesan peninggalan kelahiran serta perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat depan mata. Sekarang, bagaimana? Mungkin kalian boleh menilai sendiri kerja yang telah dilakukan wahabiyyah di sana. Berikut apa yang boleh aku paparkan kalam dari sahabat-sahabat lain untuk tatapan kita.

Sejarah Mekah jadi korban pembangunan

SETIAP tahun berjuta-juta orang dari segenap pelosok dunia akan mengunjungi Mekah dengan satu tujuan iaitu menunaikan haji yang juga menjadi salah satu rukun Islam kelima.

Selain menyerah diri kepada Allah semasa menunaikan haji, umat Islam juga pastinya mahu menikmati kesan-kesan sejarah yang ada di bumi Mekah, ibu kota kelahiran Nabi Muhammad SAW, rasul yang terakhir.

Tetapi selepas masa berlalu dan kemajuan serta kemodenan dengan rancak dirancang, ada juga khabar yang kurang enak disebabkan oleh pembangunan khususnya di Mekah.

Di situ ia dikatakan bahawa beberapa tapak-tapak bersejarah, termasuk tapak kediaman Nabi Muhammad s.a.w diancam pembangunan hartanah.

Lebih buruk, mereka yang berfahaman Wahabi juga berpandangan tapak-tapak bersejarah itu sebagai `alat' menggalakkan pendewaan atau pemujaan.

Sami Angawi, seorang pakar dalam bidang seni reka bentuk Islam di rantau itu berkata, bangunan berusia 1,400 tahun bermula dari era awal kebangkitan Islam berisiko dimusnahkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.

Ini termasuk projek yang mahukan menara tinggi dibina bagi membolehkan orang Islam yang datang berduyun-duyun menunaikan haji pada setiap tahun di kota suci Mekah itu ditempatkan.

``Kita kini sedang menyaksikan detik-detik terakhir hayat sejarah Mekah. Lapisan sejarah Mekah yang agung itu akan dimusnahkan oleh jentolak demi membina medan tempat letak kereta,'' katanya.

Angawi menganggarkan bahawa sejak 50 tahun lalu, sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah telah diruntuhkan di Mekah dan Madinah, sebuah lagi bandar suci yang menempatkan makam Rasulullah.

``Mereka (golongan Wahabi) tidak membenarkan usaha-usaha pemuliharaan bangunan lama dilaksanakan, khususnya yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

``Mereka bimbang jika orang Islam lain datang dan melihat bangunan-bangunan berkenaan sebagai tempat menyembah sekali gus menurut mereka mendorong kepada tindakan kufur dan mendewa-dewakan.''


Institut Saudi yang berpangkalan di Washington dan menjadi kumpulan mengumpul maklumat bebas berkata, kebanyakan mercu tanda Arab Saudi diasaskan pada tahun 1932.

Bersejarah

Ia menarik perhatian bahawa satu arahan dikeluarkan oleh ulama kanan majlis agama pada tahun 1994 yang menyebut, usaha memulihara bangunan-bangunan bersejarah akan membawa kepada kekufuran.

Sementara itu, Angawi, yang mengasaskan Pusat Kajian Haji pada tahun 1975 untuk mengkaji secara mendalam tentang kekayaan khazanah Mekah dan Madinah, mendakwa telah mengenal pasti tapak kediaman Nabi Muhammad.

Tetapi beliau enggan mendedahkan lokasi sebenar dengan alasan takut ia dimusnahkan seperti mana yang berlaku kepada Dar Al-Arqam - sekolah Islam pertama di mana Nabi Muhammad dikatakan mengajar.

Di London, Geoffrey King, pakar arkeologi dan seni Islam di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika berkata, nasib tapak-tapak bersejarah Islam di Arab Saudi sangat `menyedihkan'.

Pihak berkuasa agama gagal menghargai dan memberikan signifikan serta kepentingan bangunan-bangunan terbabit kepada Islam dan ulama di seluruh dunia, kata beliau.

King yang mengajar beberapa tahun di Arab Saudi menegaskan ramai pelajar generasi muda di negara itu bersetuju dengan pendapat beliau.


Dalam pada itu, para pengikut fahaman Wahabi berkata, orang-orang Islam patut memberi tumpuan kepada Masjidilharam yang menempatkan Kaabah di dalamnya.

Firma-firma hartanah melihat permintaan secara besar-besaran untuk membina tempat penginapan bagi menampung lebih 20 juta jemaah yang dijangka mengunjungi bandar suci pada tahun akan datang.

``Infrastruktur pada masa ini tidak dapat menampung. Permintaan terhadap perkhidmatan hotel baru dan pangsapuri sangat mendesak,'' kata seorang pengarah sebuah syarikat hartanah yang enggan dikenali.

Beliau menganggarkan bahawa pemaju-pemaju membelanjakan kira-kira 50 bilion riyal (RM49.4 bilion) ke atas projek di bandar itu.

Kumpulan yang mendominasi projek berkenaan ialah Syarikat Pembangunan Jabal Omar.

Firma itu diberi tanggungjawab menyiapkan kawasan seluas 230,000 kaki persegi di mana ia bersambung dengan Masjidilharam.

Projek yang memakan masa selama tujuh tahun untuk disiapkan itu merangkumi beberapa bangunan yang menempatkan hotel, apartmen, kedai serta restoran.

Angawi berkata, pembangunan ini akan menyebabkan Masjidil Haram terpinggir selain barangkali menjadi tanda pengkormersialan keterlaluan..

``Mekah tidak sepatutnya diangkat sebagai sebuah bandar kepada korban pembangunan apabila ia adalah kota perlindungan. Rumah Allah dikomersialkan dan pembangunan ini direncanakan tanpa rasa hormat dan tidak masuk akal sama sekali.''


Tetapi Syarikat Pembangunan Jabal Omar, firma yang bertanggungjawab dengan projek berkenaan berkata, ia perlu bagi menyuntik perubahan kepada Mekah.

``Ia bertujuan baik untuk pembangunan Mekah, selain memusnahkan lebih 1,000 rumah buruk dan daif di kawasan bukit yang ada di sekitar Masjidilharam.''

Firma itu berkata, kira-kira 70,000 penduduk daripada 29 warganegara berlainan biasa tinggal di tapak-tapak Jabal Omar sebelum mereka menjual dan berpindah ke kediaman yang lebih selesa di tempat lain.

Beberapa penduduk di kawasan berjiran juga kelihatan bersetuju dengan hasrat pemaju itu.

Ali Hussein,38, yang berasal dari Myanmar tinggal di rumah yang sangat padat dan buruk di kawasan berkenaan.

``Mereka yang pindah kini tinggal di rumah lebih baik,'' katanya.

``Kawasan ini tidak membangun. Kami berharap pelabur lain akan datang,'' kata Amin Rafie, seorang penduduk tempatan.

Tambahnya, para penduduk mengharapkan tawaran pampasan yang baik atau dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa di Arab Saudi.

Tetapi Angawi tidak yakin dengan motif pihak pemaju itu.

``Sememangnya kita perlu menampung jemaah baru setiap tahun, tetapi apakah kita perlu menempatkan mereka di menara atau bangunan pencakar langit? Kelihatannya, keuntungan menjadi perkiraan utama.

``Dalam hal ini, kita bertindak memusnahkan hubungan fizikal kepada masa lampau dan menukarkan agama serta sejarah kita kepada satu legenda,'' ujar beliau dengan nada kecewa.
-Reuters



Habis semua tempat bersejarah Rasulullah di tutup atas nama bidaah. Saya penat le baca cerita Rasulullah pergi sana, duduk kat sini le...bila saya nak pergi tengok kat mana tempat tu, dia tutup semua sebab boleh mendatangkan bidaah dan khurafat.

Tapi bab dia menjaga baik kubu lama Ibnu Saud boleh pulak....belah mana yang bidaah dan khurfata ni saya kurang faham.

Terbaru, tempat nak pergi ke Telaga Zam-zam telah ditutp...jadi pada sesapa yangbelum pernah ke Mekah, tinggal mimpi je le nak tengok telaga Zam zam tu macamana rupa, sebaliknya sedara semua akan tengok kepala paip yang disalurkan terus dari telaga zam-zam.

Telaga Ji'ronah yang mana Nabi SAW meletakkan tangannya tu pun ditutp atas alasan Telaga Zam-Zam tu ada. Kan bodoh namanya tu, tak tau apa dia makna keberkatan Anbiya Allah.

Saya bercakap bukan berdasarkan pada penulisan Imam Abdul Wahhab tetapi berdasarkan benda yang berlaku depan mata sendiri, sebab orang putih kata "Seeing is believing...." Nak tau benda tu betul ke idak, kita tengok hasilnya.-Keramatau


Quote:
--------------------------------------------------------------------------
Pada 2005-07-07 18:37, abu atiah menulis:
kalu saya guna kaedah sedara yang dicedok dari kaedah omputih 'seeing is believing..', kalu tengok akhlak umat Islam sekarang, saya tak percaya ada lagi orang yang nak masuk Islam lagi.
--------------------------------------------------------------------------

naam, terutama selepas melihat orang2 pak wahhab memukul jemaah haji dikeliling ka'bah dan di depan maqam Rasul s.a.w.-viceroy



kalau nak list-kan "atrocities" Wahabi ni memanglah tak terlarat.
semua org sedar pasal rumah yg dilahirkan Rasulullah (saw) ditukar menjadi tempat ikat unta... kemudian perpustakaan yg sentiasa tertutup. Juga, sedar yg baru-baru ini telaga zamzam ditutup semua sekali (dah takde tempat air "underground"... tertutup).

Ada banyak-banyak lagi, antaranya
1) pokok yg disebut dlm Qur'an di mana terjadi Bai'ah Ridwan telah pun ditebang. Pokok yg dimuliakannya oleh Kalamullah tetapi dipandang "sensong" oleh Pak Wahab ni.

2) Rumah Saiyidatina Khatijah yg terletak di dalam Sagah Street telah dijadikan Public Toilet. (ader makna?) rumah di mana dilahirkan insan-insan termulia iaitu Umm Kulthum, Ruqqayah, Fatimah, Zainab, Qasim dan Abdullah.

3) Jannatul Mau'la iaitu perkuburan yg dimakamkan Saiyidatina Khatijah, shaykh tariqat Ahmadiyyah Idrisi dan baru-baru ini Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki... telah diratakan dan kubah2nya dipecahkan.

4) Antara maqam2 yang rosakkan dan ratakan agar tidak "dipuja" orang adalah maqam Saiyidatina Hawa (isteri Nabi Adam di Jeddah), maqam Abdullah (bapa Rasulullah saw) di Medina, rumah di mana Saiyidina Hassan dan Hussein telah dibesarkan, rumah Saiyidina Hamzah-miskin



Sedih saya tengok rumah Rasulullah SAW dilahirkan dah jadi tempat berkumpulnya minah-minah dan pak-pak afrika, kat situ le diorang bantai tido ke, makan, tak terjaga langsung. Cuma saya nak tanya je le, begini ke cara kita menghormati kemuliaan manusia agung macam Rasulullah SAW. Ok le, mungkin alasan Pak Wahhab ni betul dia runtuhkan makan-makam orang lain, takkan le rumah Rasulullah SAW pun kena.

Apa perasaan kita bila ada org runtuhkan rumah nenek kita tak tentu pasal, tentu kita pun marah...apa lagi rumah Rasulullah SAW dilahirkan.

Pergi ke Makam Al-Baqi' pulak, hmmmm bukan main beria lagi bebudak-bebudak yang nak jadi imam berceramah pasal dilarang memohon melalui perantaraan, hendaklah kita memohon terus dari Allah....ok le lantak le mereka tu. Saya org yang baru nak kenal makam2 sahabat, pergi le tanya salah seorang dari mereka, "kamu tau tak mana satu makam Sayyidina Osman bin Affan RA"....heheheh jawapannya hampeh....sorang pun tak tau. Tak ke pelik bin ajaib...mengaku ikut Salafi, makam sahabat pun tak tau mana satu...

Saya kata "seeing is beliving.." pasal setiap perbuatan kita akan jadi tanda pada diri kita, kalau kita tuan nak buang mana hadis yang membawa maksud "Setiap manusia yang beriman akan mempunyai tanda...". Jadi simple je pemahaman hadis tu, kalau betul amalan mereka tu akan mencerminkan akhlak mereka.

Tuan cuba rayau satu kota Mekah, dan cuba cari buku Ihya Ulumuddin, hmmm tuan susah nak jumpa, kalau jumpa pun kira jual black market. Hari tu saya cuba le cari kot -kot kalau le ada.....hehehe tak ada. Pasal apa, sebab dah memang termaktub dalam kepala diorang yang Imam Ghazali ni fahamannya tu sudah terpengaruh dengan ajaran Yunani. Kira kata "direct"nya Imam Ghazali ni sudah sesat le. Dia nak cakap macam tu tak le berani.

Hmmmm...tak le larat nbe kalau nak listkan perangai bodoh diorang ni.....kalau tuan kata saya tak baca buku pasal Imam Muhammad Abdul Wahhab tu, saya dah baca banyak karangan ulamak dulu pasal dia ni.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan ada karang banyak buku.....terjemahan buku ke bahasa Melayu saya tgh tunggu dari Tuan Miskin.....

Sayyid Abdul Hakim Awarasi Mufti kerajan Otthmaniyyah pun ada karang.

Ishhhh banyak le, tak terhitung jumlahnya.

Satu lagi kenapa org Melayu terus percaya karangan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan...pasal dia ni tok guru pada Syeikh Ahmad Al-Fatani, dan satu dunia Melayu tau sapa Syeikh Ahmad Al-Fatani, sebab dia ni tok guru pada Tok Kenali, Tuan Hussin Kedah, Syeikh Abdullah Fahim, dan ramai lagi ulamak-ulamak besar Melayu.



WaAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Baru Ketemui Idola

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, July 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang aku sebut sebelum ni, 'gelombang tsumawi' terus mendapat perhatian masyarakat. Bukan setakat golongan akademik menyokong mawi dijadikan idola, bahkan di kalangan ahli politik pun berminat dan menyeru agar mawi terus dijadikan idola remaja sekarang.

Zaman pemerintahan Islam Had hari, mungkin baru ketemui seorang idola, aku panggil 'idola Islam Had hari'. Penemuan terbaru 'Idola Islam Had hari' yang boleh dijadikan idola mungkin ubat penawar buat remaja yang kini dilanda taufan keruntuhan akhlak dan moral. Bak kata Pak Lah:

Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,


Akhirnya, mawi yang dijadikan idola kini...

Orang Islam, jika benar-benar menghayati isi kandungan al Quran, nescaya akan dijumpai siapakah panduan, idola yang boleh dikuti sebagai qudwah hasanah. Al Quran telah diwahyukan kepada Baginda 1400 H tahun yang lampau, terhidang depan mata kita sekarang, tapi kerana kebutaan hati, tak nampak-nampak siapakah idola yang Allah utuskan kepada ummat.

Alangkah malang, jika pemimpin pun lebih nampak artis sebagai idola dari Rasulullah SAW yang maksum. Inilah hasil jika kita memilih pemimpin yang lebih berhawa nafsu kerakusan keuntungan duniawi dari pemimpin yang dibayangi keperibadian Rasulullah SAW.

So, siapakah yang mengundi pemimpin yang ada sekarang?

Mawi AF3 pikat 4 YB

Oleh Mohd Ramzi Sanny
ramzi@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Gelombang populariti peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani yang lebih dikenali sebagai Mawi, turut menjangkiti sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang berakhir semalam.

Anak muda berasal dari Felda Taib Andak, Kulai itu menjadi pilihan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor dengan menyifatkannya sebagai idola remaja Johor yang wajar dicontohi.
Persidangan selama 11 hari yang berakhir pagi semalam diakhiri dengan pantun Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan:

“Berjalan sambil menyanyi, Lagunya irama asli, Esok ada Akademi Fantasi(a) Jangan lupa undi Mawi.”

Selain itu, sekurang-kurangnya empat Ahli Dewan membicarakan mengenai Mawi ketika membahaskan titah ucapan Sultan Johor sepanjang persidangan itu sehingga ada Adun yang mahu Mawi dijadikan sebagai remaja contoh di negeri ini.

Antara Adun yang menyokong Mawi dan bangga ketrampilan Mawi adalah Adun Bukit Permai, Zainal Abidin Jidin; Adun Nusa Jaya, Aziz Sapian; Adun Penawar, Dr Mohd Azam Rauzan selain Adun Tiram, Maulizan Bujang apabila dicelah Mohd Ali.

Zainal Abidin, wakil rakyat tempat kelahiran Mawi yang mula membangkitkan mengenai peserta Akademi Fantasia musik ketiga itu berkata, Mawi adalah seorang model remaja Johor yang patut dicontohi.

Bukan itu saja, katanya, malah Mawi juga menyerlahkan bakat seni belia Johor sekali gus menaikkan nama Johor di persada seni.

“Mawi bukan saja berkebolehan menyanyi lagu pop tetapi mempunyai suara yang lunak dan boleh berzanji, membaca al-Quran dengan baik dan mengajarnya pula pada anak-anak Felda yang lain,” katanya.

Dr Azam dalam perbahasannya berkata, Mawi adalah anak Felda yang bukan sahaja pandai menyanyi tetapi mempunyai daya tahan dan jati diri Melayu yang terserlah.

“Mawi yang kini menjadi idola anak-anak muda adalah anak Johor yang fasih mengaji, pernah menjadi johan musabaqah, pandai berzanji dan lancar bermarhaban.

“Kita harap Mawi akan terus berdaya tahan, tidak terjebak dalam kegiatan tidak diingini, sebaliknya muncul sebagai seniman yang kaya dengan amalan kerohanian.

“Kita harap Mawi akan menjadi idola yang tepat untuk anak-anak Melayu,” katanya.


Mawi adalah antara peserta program realiti televisyen AF yang menjadi sebutan ramai dan memperoleh peratusan undi tertinggi berbanding peserta lain.

Sementara itu, bapa Mawi, Ani Ahmad, 65, ketika ditemui di rumahnya semalam, bersyukur kerana anaknya menjadi turut mendapat perhatian dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor.

“Saya turut bangga dan gembira apa yang dicapai Mawi sehinga dianggap sebagai model dan contoh remaja Melayu.

“Kami sekeluarga pada mulanya terkejut kerana Mawi menjadi satu ‘fenomena’ baru dalam industri hiburan di negara ini.

“Bagaimanapun, perasaan itu berubah menjadi bangga kerana sekurang-kurangnya Mawi berjaya membuktikan bahawa anak seorang peneroka Felda juga mampu untuk menjadi seorang penghibur berjaya,” katanya.

Menurut Ani antara peneroka awal Felda Taib Andak kira-kira 35 tahun lalu, berkata beliau sekeluarga bukan berasal daripada keluarga senang dan populariti yang dikecapi Mawi tidak akan mengubah kehidupan keluarga mereka.

“Mawi hanya seorang remaja kampung yang sudah mula mengenali alam pekerjaan sejak berusia 18 tahun,” katanya.

“Saya mempunyai enam anak tetapi tiga daripadanya sudah meninggal dunia dan Mawi satu-satunya anak tunggal lelaki saya tetapi beliau tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga,” katanya.

Ani yang lebih dikenali sebagai Pak Atan di kalangan penduduk Felda Taib Andak, Kulai, berkata beliau sentiasa mendoakan Mawi setiap kali selepas solat dengan tiga ayat terakhir surah Yassin supaya anaknya tidak lupa kepada ajaran agama.

“Saya tidak mahu menjadi riak kerana apa yang dikecapi Mawi kini adalah kurniaan Allah tetapi mungkin berkatnya, yang pernah menjadi guru mengaji pada anak-anak di Felda ini selepas mendapat pendidikan agama sehingga Darjah Khas.


waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Idola

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, July 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu Bapa,
Cinta kepada umat,
Cinta kepada kecemerlangan.


Kita pernah dengar senikata lagu di atas, senikata bermaksud menyeru ke arah menyintai Allah dan RasulNya. Lagu di atas, sesuai didendangkan kepada kanak-kanak, agar mereka ketahui siapakah yang perlu diikuti buat mengemudi kehidupan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Sejak 2 3 ari ni, aku tercari-cari maksud sebenar istilah 'idola'. Cari secara online kamus dewan, tak jumpa. Cari melalui enjin pencarian pun, sekadar menemui istilah tersebut yang diguna pakai membawa maksud seseorang yang diikuti sebagai suri teladan dalam kehidupan.

Kalau 'idol', mengiku kamus bermaksud: n 1. image for worship, berhala, patung (sembahan), tokong; 2. object of devotion, (approp n) pujaan: Elvis Presley was her ~, Elvis Presley ialah penyanyi pujaannya; make /st o’s ~, an ~ of st/, mendewa-dewakan sst: he makes money his ~, dia mendewa-dewakan wang.

Jadi, apakah motif rancangan Malaysia Idol diperkenalkan? Dan apakah maksudnya?

Seperti yang sedia maklum, AF3 kali ni, ada sedikit kelainan. Kelainannya mungkin kerana kepopuloritian seorang peserta yang kini mendapat undian tertinggi, dikatakan mempunyai karisma yang boleh dijadikan idola. Entahlah... Yang aku tahu, dia bekas qari, dikatakan juga ada sedikit 'imej' Islam yang dibawanya.

Keratan dari akhbar di bawah, mungkin boleh memberi sedikit gambaran gelombang 'tsumawi' yang melanda minda masyarakat sekarang.

Profesor akui Mawi boleh jadi idola
Oleh Azran Jaffar

BANGI: Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan menyifatkan Mawi, peserta Akademi Fantasia 3 sebagai role model generasi muda Melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri Melayu dan keagamaan ke dalam dunia hiburan.

Beliau melihat Mawi sebagai seorang bersahsiah Islam dan Melayu, yakin dan selesa dengandirinya, berorientasi "world' yang disukai anak muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru, tapi cerminan sebahagian daripada anak muda.

Bagaimanapun, beliau mahu Mawi terus dengan penampilan ikhlas yang ada sekarang-berketayap, pakai kain pelekat, pandai silat, berzanji, kental ajaran agama termasuk menjadi qari selain boleh membawa pelbagai rentak lagu dengan kekuatan sendiri.

“Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, Mawi saya akui juga boleh menjadi idola yang baik untuk generasi muda Melayu yang umumnya memang asyik dengan dunia hiburan,” katanya ketika mengulas ketrampilan Mawi dalam program AF3 yang begitu digemari sekarang.

Ketika ditanya siapa yang mengundi Mawi, Saliha berkata: “Saya tidak ada data konkrit, tetapi pada hemat saya kebanyakannya kalangan Melayu berumur 20-an hingga 30-an tahun. Ada juga golongan dewasa yang turut mengundi dan pihak yang menaja mengundinya.

Apa pun, Mawi sehingga ini kekal dengan undi terbanyak walaupun dia melakukan beberapa kesilapan ketika pertunjukan dan dikritik oleh juri profesional.

“Saya rasa ini yang menarik untuk dilihat implikasinya dari segi perkembangan sosial yang ada kaitan dengan politik semasa. Fenomena Mawi ini majoritinya membabitkan generasi muda, yakni bagi saya generasi pelapis negara.

“Dengan itu pandang dunia mereka penting untuk kita perhatikan dan fahami. Bukan saja Mawi berani dan selesa just being himself tetapi penyokong-penyokongnya juga cukup selesa dengan penampilan beliau dan genre muzik beliau... nasyid dan etnik, Islam dan Melayu,” katanya.

Saliha berkata, memang ramai ahli seni dan pemuzik menghasilkan muzik bersifat etnik dan ketuhanan. Tetapi, ‘ketuhanan’ adalah universal. Irama nasyid berbeza. Ia adalah genretersendiri, ada kesyahduan, iaitu unsur spiritual yang berkaitan langsung dengan keIslaman


Minda Lestari: ‘Pakej Mawi’ antara strategi baru promosi program cintai alam sekitarBersama Prof Dr Zaini Ujang

ANAK lelaki saya berusia enam tahun begitu kecewa pada Khamis lalu kerana tidak dapat mengikuti kelas mengaji al-Quran disebabkan kelewatan saya. Sambil merengus dia berkata: “Nanti tak dapat jadi macam Mawi. Pandai mengaji...”

Rengusan dan komennya mengenai Mawi itu menarik perhatian saya kerana sebelum ini sikapnyam sedikit dingin terhadap pelajaran, terutama pengajian al-Quran.

Tetapi pengaruh Mawi, pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) dengan suara yang unik dan pandai mengaji itu, berjaya mengubah minat dan sikap anak saya sekurang-kurangnya terhadap pengajian al-Quran.

Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada Mawi dan saya doakan semoga berjaya dan tabah mengharungi dunia hiburan. Saya juga berharap selebriti seperti beliau dapat menjadi teladan kepada golongan muda supaya bersikap positif dan berperwatakan mulia.

Potensi ini memang disedari oleh media, ahli strategik dan golongan penggubal dasar. Itulah sebabnya selebriti seperti Nicole Kidman, David Beckham dan Angelina Jolie menjadi rebutan pelbagai penaja yang bukan saja mempromosi barang, malah idea dan cara hidup.

Ternyata mereka jauh lebih berpengaruh dan diteladani berbanding profesor, golongan pelobi atau ahli politik yang kononnya punya idea dan pelbagai gagasan besar itu.

Kesediaan selebriti ini untuk menjadi promoter sesuatu idea, barang dan cara hidup juga seharusnya digunakan oleh pencinta alam dan penggubal dasar berkaitan pembangunan lestari di Malaysia.

Dalam keadaan inilah, maka ‘pakej Mawi’ sangat diperlukan. Aksinya ditontoni, bicaranya didengari, citranya dihayati, gaya hidupnya diteladani dan mindanya ditelusuri.

Saya yakin ‘pakej Mawi’ ini efektif jika diterapkan dalam usaha kita membangun dan menyuburkan budaya positif dalam masyarakat, termasuk budaya hidup mesra alam.

Memang ‘pakej Mawi’ berbeza dengan ribuan selebriti lain, dengan jati diri Melayu dan cara hidup beragama yang serba sederhana. Ia tidak boleh dibuat-buat, tetapi lahir daripada unsur dan ramuan dalaman yang memang sedia tertanam di jiwa.

Itulah asas paling kukuh untuk pembentukan sikap dan sifat mulia, budaya maju dan pembangunan lestari.

- Penulis adalah Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar & Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Naib Presiden Pertubuhan Air Antarabangsa (IWA).


2 berita di atas, kesimpulan yang boleh kita ambil sedikit ialah gelombang dunia hiburan terus bertapak kukuh di sanubari hati masyarakat, sehinggakan apa jua yang hendak dijadikan 'role model' dalam kehidupan masyarakat kini ialah artis.

Apakah sebab seseorang itu boleh dijadikan idola, atau ikutan, atau dalam bahasa arabnya 'qudwah'? Sebab hanya manusia yang berpesonaliti unggul layak untuk dijadikan idola atau ikutan dalam kehidupan. Jadi, adakah seorang artis boleh dijadikan idola atau qudwah buat remaja sekarang?

Pesonaliti Unggul

Istilah 'Towering Personality' ataupun pesonaliti unggul adalah garnbaran jati diri dan peribadi individu yang perkasa serta tinggi dimana disebalik fikrah keunggulan itu tersirat di dalamnya dengan nilai yang lebih bersifat keistimewaan dalam sebuah proses kompetensi sehingga ia memiliki lebih dari yang lain. ‘Pak Lah’ dalarn amanatnya yang lalu pada 11 Februari mengambarkan pesonaliti unggul ini pebagai, "manusia yang berhemah tinggi, berpengetahuan tinggi dimana pencapaian ketokohannya tinggi ekoran nilai intelektual yang tinggi". Mereka di lihat tinggi dari segi pengetahuannya sehinga dipandang tinggi dan dihormati orang lain kerana pesonaliti mereka yang memikat orang lain untuk turut sarna memuliakannya apabila kehadirannya disedari dan apabila golongan berpesonaliti unggul ini berjalan maka orang lain turut akan bangun bagi memberi penghormatan atau mendarnpingi golongan ini.

Islam itu sendiri banyak idola yang unggul untuk dijadikan ikutan seperti Rasullulah SAW yang menjadi tauladan pesonaliti unggul yang terbilang. Begitu juga dengan sahabat Baginda, yang telah ditarbiyah membentuk generasi idola buat memacu ummah teladan sepanjana zaman.

Sahabat ibarat bintang, menjadi petunjuk di malam hari, menyuluh sinar jalanan memandu arah ke arah jalan yang selamat. Tabi' dan tabiin mengharungi jalan yang pernah dilalui oleh para sahabat, tiba di destinasi dengan selamat berhimpun bersama sahabat Baginda SAW.

Ulama pewaris Nabi-nabi. Mewarisi perjuangan membentuk ummah mengikut acuan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda. Idola ummah mengharungi kehidupan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Biah solehah, atau pun suasana yang baik antara elemen yang penting untuk urusan tarbiyah membentuk jiwa muslim. Anak-anak kecil, lebih mudah menerima didikan secara langsung melalui apa yang di lihat, apa yang di dengar di sekeliling. Jika selalu menonton artis di TV, maka artislah akan membayangi rentak kehidupannya kelak.

Siapakah idola bagi anak kecil itu? Sebut Rasulullah SAW di hadapannya, dengan usia yang masih kecil belum mampu mengenali keperibadian Rasulullah SAW Begitu juga dengan para sahabat, apatah lagi perjuangan ulama-ulama silam. Orang yang paling hampir dengan anak-anak, ialah ibu bapanya sendiri. Apa yang ibu bapa sebut, lakukan, pendek kata tingkah laku seharian ibu bapa boleh memberi kesan minda dan rohani pada anak-anak.

Jadi, idola anak kecil adalah ibu bapanya sendiri, yang di bayangi bayangan keperibadian Rasulullah SAW. Si anak akan lihat keperibadian Rasulullah SAW, Siti Aishah, Siti Khadijah, para sahabat Baginda dan ulama-ulama melalui pancaran kehidupan realiti di hadapannya.

Bila meningkat usia si anak, boleh memahami dan membaca, mereka akan lebih tahu secara mendalam keperibadian idola mereka. Penambahan maklumat di dalam minda mereka di atas asas apa yang dilihat masa kecil, menambahkan lagi ikatan padu keperibadian muslim di jiwa mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ( Al-Ahzab : 21 ).

Siapakah idola kita? Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada kita, pada diri Rasulullah SAW itu qudwah hasanah, mempunyai pesonaliti unggul, idola yang dijadikan ikutan sepanjang zaman.

Kenapa harus artis dijadikan idola buat diri kita dan anak-anak kita? Mampukah artis menggungguli keperibadian untuk dijadikan contoh suri teladan kehidupan kita? Pendek kata, mampukah artis memandu keperibadian kita untuk bertemu Allah, Pencipta kehidupan dan kematian?

Kehidupan, ada kematian. Kematian, tak dapat tidak, tak akan terlepas alam akhirat yang akan diadili di mahkamah Rabbul Jalil. Ada syurga dan neraka. Hanya keperibadian Rasulullah SAW menjamin kehidupan kita menempuh alam akhirat. Jika kalian yakini artis boleh memberikan contoh untuk bertemu Allah SWT, ikutlah...

Mawi cetus fenomena Melayu baru

SUNGGUH hebat gelora ‘Tsumawi’ melanda persekitaran kita sekarang sehinggakan hampir setiap sudut, ruang tidak boleh lari daripada mendengar cerita mengenai Asmawi Ani @ Mawi iaitu seorang daripada pelajar Akademi Fantasia Tiga (AF3).

Saya mendapati fenomena 'Mr World' ini banyak mempengaruhi persada hiburan Melayu masa kini, khususnya di kalangan muda mudi.

Suka atau tidak, hakikatnya sekarang kita tidak boleh mengelak daripada berbicara mengenai Mawi kerana nampaknya setiap orang tidak kira latar belakang apa sekali pun, semuanya cuba mengupas misteri fenomena ‘Tsumawi’ ini.

Yang terbaru adalah kupasan intelek oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan yang menterjemahkan punca dan kesan ‘Mr World’ ini kepada masyarakat kita.

Sebagai seorang penuntut universiti dan juga orang Melayu, saya amat tertarik dengan pandangan beliau kerana sesungguhnya terlalu banyak pengajaran yang tersirat di dalamnya yang mana jika kita mencermin kembali diri kita sendiri sekarang, tentunya kita akan berterima kasih kepada gelora ‘Tsuwami’ ini kelak.

Jika masyarakat Barat sering gah dengan ideologi kebebasan dan demokrasi sekular mereka, kita sepatutnya berasa bersyukur dan bertuah kerana rupa-rupanya generasi muda kita yang disangkakan sudah hilang ciri-ciri keMelayuan dan pegangan agama mereka, masih berpegang teguh kepadanya.

Walaupun mereka sering terdedah dengan pelbagai pengaruh dan unsur luar, adik-adik kita masih dapat memilih contoh idola mereka yang sesuai bagi mengimbangi di antara kehendak duniawi dan agama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan dunia hiburan.

Bak kata seorang daripada pengkritik profesional yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Mat’ berbunyi: “Kalau kau nak aku berzanji aku boleh, kalau kau nak ‘Beautiful Maria’ pun aku boleh”.

Saya juga amat bersetuju dengan pandangan Prof Madya Saliha yang mengaitkan istilah Islam Hadhari dengan slogan ‘World’ itu.

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa istilah ‘World’ bagi mereka sebenarnya adalah pendua kepada Islam Hadhari daripada kaca mata mereka jika benar-benar kita halusi sejujur-jujurnya.

Sejarah mengajar kita bahawa kebanyakan kegagalan tamadun hebat dunia masa lampau adalah kerana mereka enggan menerima arus perubahan dan juga hilangnya pegangan agama dalam aspek kehidupan.

Saya berharap supaya kita lebih bersifat terbuka kerana realitinya adik-adik kita bukanlah golongan fanatik seperti sesetengah individu labelkan tetapi sudah mengenali idola terbaik mereka untuk dicontohi.

Tugas kita sekarang lebih hanya untuk terus memberi sokongan dan bimbingan terbaik agar menepati acuan jatidiri Melayu dan Islam Moden yang kita harapkan.

SHAHRUL MS,
Pasir Gudang, Johor.


Mawi bukan idola sesuai Melayu Baru

SAYA begitu tertarik dengan tulisan Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Saliha Hassan, mengenai keistimewaan Mawi. pelajar Akademi Fantasia Tiga (AF3) dalam Berita Minggu, Ahad lalu.

Saya kagum dengan idea analitikalbeliau dalam membuka skop persepsi populariti Mawi AF3 kepada medan mencakupi identiti dan konsep Melayu Baru.

Bagaimanapun, saya berpendapat untuk mengangkat Mawi sebagai fenomena dunia hiburan terkini, idola atau model ikutan kepada remaja dan generasi muda, adalah agak keterlaluan.

Mawi hanyalah sekadar pakej penghibur era baru yang memaparkan imej keIslaman dan keMelayuan untuk mempelbagaikan karakter dalam program hiburan.

Sudah tentu, karakter besar Melayu Baru yang kita inginkan ialah yang berjiwa besar dan kental, tinggi budi dan intelektual, rapi peribadi, agama dan moral serta hebat kerja dan amal.

Banyak karakter Melayu Baru lain boleh dijadikan idola selain Mawi. Contohnya, pelajar pintar Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17A dalam SPM baru-baru ini.

Begitu juga Melati Abdul Hamid yang dinobatkan sebagai ‘Best Oralist’ dalam pertandingan Mut Antarabangsa Jesup Philips.

Prof Madya Saliha juga ada menyebut istilah world yang diketengahkan Mawi yang menjadi produk langsung kepada slogan ‘Malaysia Boleh’. World ini bukan istilah baru digunakan remaja, ia sudah lama. Istilah ini punya takrifan mendalam dan positif – bukannya dicanangkan dalam pentas hiburan glamor.

PEGUAM MUDA MELAYU,
Kuala Lumpur.


Jangan keterlaluan memuji Mawi AF3

Saudara Pengarang,
SUKACITA saya menyentuh tentang hebohnya orang memperkatakan tentang artis Akademi Fantasia 3 (AF3) bernama Mawi. Hinggakan Prof. Dr. Zaini Ujang menulis tentang Pakej Mawi antara strategi baru promosi program cintai alam sekitar.

Apakah dengan hanya kepandaian membaca menyanyi dan bernasyid sudah dianggap sesuai untuk dijadikan pakej atau duta alam sekitar yang ideal? Saya bersetuju jika penyanyi Siti Nurhaliza dijadikan idola sebagai insan seni yang mengharumkan nama negara dan ini sudahpun terbukti.

Adalah keterlaluan dan terlalu awal bagi kita memuji Mawi artis yang baru kita kenali sedangkan pengalaman membuktikan ramai artis veteran mengalami nasib di luar dugaan seperti Saleem, Jamal Abdillah dan Shereen.

Saya bukanlah dengki atau cemburu dengan populariti Mawi, bahkan Mawi tidak tahu menahu yang beliau popular walaupun AF3 belum lagi berakhir. Saya menyalahkan peminat terutamanya remaja yang terlalu fanatik pada Mawi. Hinggakan sindiran yang dikatakan oleh seorang panel juri untuk memberikan saja kereta Suzuki Swift kepada Mawi dianggap betul.

Sebenarnya juri hairan dengan sikap buta tuli penyokong fanatik Mawi, sedangkan pada masa yang sama, peserta dari Sabah, Masha diakui mempunyai persembahan yang mantap dan profesional.

Tindakan menjadikan Mawi sebagai idola atau bintang top hanyalah bertujuan menyekat calon-calon berbakat dari Sabah seperti Felix, Yazer, Masha dan Ekin. Ini sudah saya sedari dari awal lagi.

Berbalik kita kepada AF2 musim lalu di mana peserta dari Sabah seperti Linda, Adam, Mas adalah cukup berbakat. Di sinilah bermulanya Fan Club atau FC.

Linda mempunyai FC tersendiri dengan Puteri UMNO kawasannya mengumpul wang bagi membekalkan kad prepaid. Di sinilah bermulanya idea permainan FC ini.

Musim lalu Zahid bernasib baik kerana bakatnya yang agak menonjol, tetapi pada musim ini tiada bakat sehebat Zahid. Maka Mawi dijadikan idola walaupun bakatnya tak seberapa berbanding dengan Masha yang memukau penonton dan panel juri seperti Sharifah Aini dan Aman Ramli.

Penonton seluruh Malaysia tahu hal ini, begitu juga kehebatan suara Felix yang serba cocok dengan apa pun rentak.

Saudara Aznil tentu lebih maklum. Ada agenda tersembunyi yang hanya penyokong FC faham hal ini. Ada juga dimasukkan FC Mawi dari Sarawak/Sibu, Langkawi dan sebagainya. Kenyataannya adalah palsu. Saya yakin FC itu hanyalah sekitar Johor Bahru, Kulai, atau paling tidak Kuala Lumpur.

Oleh kerana keempat-empat peserta dari Sabah ini hebat, seluruh penonton di Sabah ingin mengekalkan kesemua mereka. Jadi berlaku perpecahan undi SMS terhadap empat peserta tersebut. Sebaliknya Mawi selamat kerana sokongan padu dari FC di Semenanjung.

Saya mengikuti Forum Chat @ Channel 15. Ternyata dari sembang-sembang Chat itu, mereka berusaha untuk menyingkir terlebih dulu peserta dari Semenanjung yang difikirkan menyusahkan mereka memberi undian terbanyak untuk Mawi.

Pihak ASTRO dan peminat seni suara harus faham mainan ini dan perkara ini perlu dimaklumkan supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

M. Nasir selaku Pengetua Akademi Fantasia melabelkan Mawi sebagai... kerana kekasaran yang dilakukan terhadap seorang peserta wanita. Hal ini terdedah sewaktu Diari Akademi terbaru.

Saya berpendapat ahli-ahli akademik janganlah terlalu cepat mengambil contoh watak-watak artis dari program reality TV untuk dijadikan sampel mereka. - ADEPUTRAJAYA2005, Putrajaya.


Kawan-kawan, Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah, ikutan yang baik bagi kita. Jika kita seorang pemimpin, jadilah seperti Rasulullah, jika seorang suami, jadilah seperti Rasulullah, jika seorang remaja, jadilah seperti Rasulullah, dan jika kita seorang isteri, pun ikutlah akhlak Rasulullah SAW.

Kawan-kawan, ada apa pada artis? Jaminkah seorang artis boleh menyelamatkan huru hara hari kiamat?

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ikhtilat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, July 11, 2005 | 10 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Lama tak pergi ke perpustakaan.
Tak dapat tumpu study kat situ"


Apa pandangan kalian tentang iklan di atas? Mungkin trend seperti di atas menjadi kebiasaan mahasiswa-mahasiswi sekarang. Bila suasana seperti di atas telah menjadi kebiasaan, maka masyarakat kampus melihatnya satu senario yang biasa, bukan yang luar biasa dan tidak menyedari benih-benih ikhtilat sudah memasuki ruang minda dan jiwa seseorang pelajar muslim.

Kalau belajar, mesti bercouple; berkumpulan mesti bercampur lelaki dan perempuan. Konon-kononya menambahkan lagi semangat untuk mengulangkaji dan belajar. Katanya, menambahkan lagi keceriaan untuk belajar.

Entahlah... Aku pun tak tau benarkah kata-kata sebegitu. Aku, sekolah bermula dari sekolah menengah, semuanya lelaki. Dan masuk IPT pun, tak dicampurkan 2 jantina. Kuliah pun semuanya lelaki. 'Kemanisan' belajar dan mengulangkaji campur aduk jantina ni, aku tak tau nak buktikan. Mungkin kalian boleh buktikan.

Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai yang memandang remeh. Zaman moden sekarang ni, tak memandang dah soal-soal sebegini. Maklum lah, diliberalkan Islam sekarang ni. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Aku sentuh hang, hang sentuh aku adalah perkara biasa yang menambahkan lagi kecerian belajar.

Bila penat belajar, pergi ke kafe bersama-sama. Mungkin makan bersama ni, menambahkan lagi kekeyangan perut. Senario keluar malam berdua-duan, adalah perkara biasa di semua kampus. Tak ceria kampus kalau tak ada istilah 'couple'.

Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( Israaa : 32 )

Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku.

Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.

Kalendar pengajian dunia kampus musim baru sudah bermula. Pelajar-pelajar baru akan memasuki alam IPT, alam yang penuh dengan cabaran zahir dan batin. Oleh yang sedemikian, marilah kita pagari diri kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Moga-moga kita mampu mengawal diri.

Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.

Kawan-kawan, ada masa lagi untuk berubah... Selamat menempuh alam kampus kepada mahasiswa-mahasiswi sekelian.

Iklan gadis bertudung tidak jaga akhlak jejas imej Islam

Saudara Pengarang,

SAYA kurang bersetuju dengan satu iklan terbaru yang turut memaparkan aksi gadis bertudung, tetapi kurang menjaga akhlaknya.

Contohnya, si gadis bertentang mata dengan si pemuda agak lama. Sedangkan dalam Islam, pandangan pertama itu adalah harus, tetapi tidak boleh diikuti dengan pandangan kedua yang mana hukumnya adalah haram kecuali dalam situasi yang dibenarkan seperti berjual-beli dan mengajar.

Seterusnya aksi si gadis dan si pemuda yang berjalan beriringan di akhir iklan tanpa ada penyertaan rakan wanita yang lain.

Kita bimbang akan salah faham yang mungkin timbul di kalangan remaja yang baru berjinak-jinak dengan tudung dalam memahami bahawa bertudung perlu diiringi dengan menjaga akhlak dan pergaulan.

Perlu diketahui bahawa aurat bukan sekadar menutup aurat, malah ia meliputi cara bergaul, cara berjalan, cara bersosial dan seluruh aspek kehidupan yang lain.

Justeru, saya berharap iklan ini dapat dihentikan kerana ia mengundang kegusaran dalam hati golongan yang ingin menjaga imej Islam yang sebenar.

Saya berpendapat perkara ini dapat dibendung sekiranya pihak penaja duduk semeja dengan ahli agama yang faham sebelum menyiarkan sesuatu iklan yang melibatkan gadis bertudung. - AN-NISA, Ampang, Selangor.
waAllhua'lam.

P/s- Siapa tahu iklan tersebut dilakonkan di mana?

[+/-] Selengkapnya...

Pasangan Bahagia

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, July 08, 2005 | 4 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 26 Jun 2005, 8:52 pm

Benar, ilmu itu ada di mana-mana. Ilmu akan diperolehi oleh sesiapa sahaja yang gemar memerhati dan berfikir akan pemerhatiannya.

Seperti biasa rutinku, boarding the train to my workplace. Selalunya, untuk mengatasi kebosanan perjalanan itu aku memilih untuk tidur, atau sekadar memejamkan mata, berpura-pura tidur kerana tidak sanggup melihat aurat yang sengaja didedahkan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Penulisan kali ini bukan berkisar pada soal ini, tetapi ada satu perkara yang menarik perhatianku tadi.

Tadi aku memilih untuk tidak tidur tetapi membawa dua majalah untuk dibaca. Satu majalah Mingguan Famili dan satu lagi majalah Muslimah. Sedang ralit membaca satu artikel tentang Saidina Abu Bakar As Siddiq, tiba-tiba ada satu pasangan masuk lantas seorang gadis dan seorang pemuda bangun memberikan tempat duduk pada pasangan itu. Lagaknya macam pasangan istimewakan? Bagus juga pemuda dan pemudi itu. Berbudi bahasa. Si suami mendukung seorang anak perempuan yang serasaku mungkin belum boleh merangkak. Dia juga menggalas sebuah beg pakaian. Si isteri menggalas sebuah lagi beg pakaian dan beg tangannya. Isterinya duduk disebelahku. Anak yang comel, hampir semua yang ada di sekitar kawasan tempat duduk itu diam, seolah-olah memfokus perhatian kepada pasangan itu. Tidak kurang juga yang mengagah anak kecil comel itu, yang kadang-kadang tersenyum seolah faham agahan orang di sekelilingnya. Aku terus membaca. Mataku pada barisan ayat-ayat di majalah tetapi telingaku mencuri-curi mendengar perbualan pasangan istimewa itu.

Ada yang bisa ditangkap deria pendengaranku… Ada yang tidak. Pelik, selalunya aku tidak ambil peduli apa yang orang lain buat atau bualkan. Tetapi pasangan ini benar-benar menarik perhatianku.. Dan juga orang-orang di sekeliling. Pasangan itu pula berbual-bual seolah-olah tiada yang memerhatikan mereka.

Pukul berapa sayang? Tanya si suami.

Si isteri lantas mengeluarkan jam tangan dari dalam beg tangannya, menekan punat pada jam itu, meletakkannya di telinga dan menjawab “nine thirty three bang”. “Ya?” Sekali lagi diulang si isteri dengan nada mesra seperti jawapan pertama tadi “nine thirty three bang”. Suami angguk, tanda faham.

Sesekali, si suami mengagah anak kecil comel itu, berkomunikasi dengan si anak. “Tengok atas ya? Lampu… Lampu.” Mengajar anak yang belum mampu bertutur itu.

Majalah ditutup setelah artikel itu usai dibaca. Ada yang lebih menarik perhatian.

Laparla bang? Abang lapar tak?

Lapar? Abang dah makan sikit tadi. Takpela… Nanti kita makan dulu.

Kadang-kadang aku menoleh ke arah mereka. Mereka tidak sedar itu. Nampak bahagia, walaupun pakaian dan beg-beg yang digalas itu menggambarkan mereka bukanlah pasangan yang kaya wang ringgit. Tapi mereka kaya kasih sayang. Mereka bukanlah pasangan yang kaya rupa tapi kaya budi bahasa. Rasa tersentuh hati mendengar bicara keduanya. Seolah cinta dan kasih sayang melimpah ruah antara keduanya.

Terfikir di sudut hati. Teringat seorang wanita yang pada pengamatanku cukup pakej. Cantik, badan lawa, bijak, kaya, terkenal. Suaminya pun cukup pakej. Kacak, bijak, berharta dan ramai kenalan berpengaruh. Dikurniakan Allah seorang putera yang tentu sahaja mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Tetapi mereka akhirnya berpisah walau usia perkahwinan masih muda. Salah siapa?

Bila akal membandingkan antara dua pasangan ini, hati tertanya-tanya. Aku mahu jadi yang mana? Kalau anda pula, anda mahu jadi yang mana?

Sehingga detik ini tinggal lagi 58 hari aku akan bergelar isteri. Tentu sahaja siapa pun yang akan berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni, dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Anak-anak yang soleh solehah. Biar tidak mewah harta, tapi mewah kemesraan.

Perkahwinan memang mengundang seribu masalah. Masalah duit, privacy, cemburu, konflik hubungan kekeluargaan, kerenah ibu mertua, suami pemalas, isteri tak pandai berhias dan seribu jenis lagi. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi isu yang besar! Kalau dah tahu begitu, mengapa mahu berkahwin?

Ada bermacam alasan seseorang itu mahu berkahwin. Sebagai Muslim, kita beriman bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasang-pasang. Antara lelaki dan wanita diciptakan perasaan kasih sayang dan rahmah antara keduanya supaya mereka dapat meneruskan keturunan dan hidup dalam rukun aman damai. Ini firman Allah, Surah Ar Rum 30: 21.

Dari firman Allah ini menunjukkan Allah mengglakkan kita berkahwin. Agama lain seperti Buddha, Kristian menganggap ‘celibacy’ (membujang seumur hidup) sebagai suatu pengorbanan yang besar. Tetapi Islam sebaliknya menggalakkan perkahwinan kerana Islam itu agama yang tidak menyalahi fitrah. Berpasang-pasangan itu kan fitrah manusia. Tidak hairanlah ramai ulama’ agama lain yang mempunyai anak luar nikah sesama mereka. Nabi pernah bersabda bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagiannya lagi.

Islam juga melihat perkahwinan itu sebagai ibadah. Sehinggakan hubungan intimasi antara pasangan juga adalah ibadah. Nah! Untungkan menjadi penganut agama ini?

Hampir sebulan lepas, aku mengikuti satu kursus pra-perkahwinan. Sekadar untuk mendapat ilmu walaupun kursus itu tidak menawarkan sijil dari autoriti yang sepatutnya. Alhamdulillah, bukan senang nak mendengar orang berpengalaman berkongsi cerita dan pengalaman yang sedikit peribadi. Suatu yang menarik adalah kenyataan salah seorang penceramah dari Singapura. Katanya “Perkahwinan itu adalah satu perjudian yang boleh dimenangi”.

Perjudian itu biasanya kan berdasarkan nasib? Sebab itulah ia diharamkan! Tapi ada juga ya perjudian yang pasti dimenangi?

Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku? Tidak ada kan?. Kita tidak pernah tahu itu. Kerana ia adalah ketentuan Allah di Luh Mahfuz, yang tercatat sebelum kelahiran kita lagi. Walaupun hakikat itu sukar ditanggap rasio kita yang maha lemah ini, tetapi hakikat itu teramat mudah bagi Allah Taala. Itukan pasrah namanya? Berserah pada Allah setelah berusaha meminta redhanya lewat istikharat mahupun solat hajat. Kita perjudikan masa depan untuk bersamanya. Tetapi Islam sebagai ‘way of life’ telah memberikan garis panduan bagaimana mahu memenangi perjudian ini. Kajilah Al Quran dan Sirah Rasulullah. Anda akan mendapat panduan bagaimana membahagiakan isteri, bagaimana pula si isteri menjadi permata hati suami. Teringat satu lagi Hadith Nabi yang mafhumnya: Yang terbaik antara kamu ialah yang paling baik kepada pasangannya dan keluarganya.

Mengambil Rasulullah sebagai model, tentu ramai yang berazam untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah. Syabas! Anda telah memulakan hidup berkeluarga dengan niat yang baik. Pernah kusuarakan kebimbanganku kepada seorang sahabat yang insyaAllah akan menjadi suamiku. Kebimbangan akan pelbagai kelemahan diri, kecacatan pada peribadi, kekurangan ilmu. Takut nanti gagal menjadi isteri yang baik.

Jawapannya ringkas “Usahlah berimpian tinggi-tinggi sangat mahu menjadi suami soleh atau isteri solehah. Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah kekurangan satu sama lain. Apa kalau nanti kita bukan suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang yang baik?. Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”

Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman yang tipis iman. Teruslah berusaha memahami perbezaan dan menerima kelemahan pasangan anda.

Kembali kepada cerita pasangan tadi. Memang mereka pasangan istimewa. Anda tahu kenapa? Mereka cacat penglihatan! Sudah tentulah perkahwinan itu bukan didasari kecantikan fizikal. Mereka tidak mampu melihat dengan mata. Tetapi hati mereka bersatu kerana mereka memiliki cinta kasih sayang yang dilihat dengan mata hati.

Pasangan itu turun di KL Sentral. Walaupun mereka telah turun, saya masih berfikir-fikir .Semoga mereka bahagia selamanya. Saya dan anda yang membaca artikel ini pun mampu bahagia. Selamat berbahagia.

Sumber: email

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, July 03, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah S.A.W bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah S.A.W menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM:
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah S.A.W


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi S.A.W, "Sesungguhnya seorang nabi A.S mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah S.W.T memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi S.A.W Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi S.A.W, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi S.A.W memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi S.A.W., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal

WaAllahua'lam...

P/s-Jika ada daripada kalian nak tahqiq hadith di atas, silakan. Amat dialu-alukan.

Sumber: e-mail

[+/-] Selengkapnya...