Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

تقبل الله منا ومنك

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, October 17, 2008 | , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Telah di bincangkan di dalam kitab Fathul Bari karangan imam Ibn Hajar di muka surat 517 jilid yang ke 2 (Darul Bayan Li Thurath) pada membicarakan hari raya di bawah hadis: سنة العيدين لأهل الإسلام, telah berkata Wathilah;

لقي رسول الله يوم عيد فقل: تقبل الله منا ومنك فقال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya: Telah berkata Wathilah, aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda "Taqabballahu minna wa minka", Baginda menjawab: Ya, "Taqabballahu minna wa minka"

2.

Puasa enam Syawal itu adakah berturut-turut dengan Ramadhan? Telah berkata Imam an Nawawi Rahimahullah Taala di dalam syarah al Muhazzab; berkata ashab kita disunatkan berpuasa enam syawal itu berturut-turut pada awal Syawal, jika diceraikan ia atau diakhirkan daripada awal Syawal nescaya harus hukumnya.


Yang afdhalnya, kata Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim; telah berkata ashab kita bahawa yang afdhalnya bermula puasa enam hari berturut-turut mengiringi Hari Fitrah. Maka, jika dicerai-ceraikan atau diakhirkan daripada awal Syawal hingga akhirnya, nescaya berhasil juga fadhilat berturut kerana bahawasanya dibenarkan dia mengikutkan dengan enam Syawal.

Telah berkata juga Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim. Telah berkata ulama; dan sebab dikatakan puasa enam hari itu seperti puasa sepanjang tahun kerana satu kebaktian itu sepuluh ganda balasannya. Maka puasa sebulan Ramadhan itu balas dengan sepuluh bulan dan enam hari Syawal itu balas dengan dua bulan.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

10 Hari Terakhir

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, September 20, 2008 | , , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sama ada sedar atau tidak, sudah 20 hari telah berlalu kita menempuh bersama merebut rahmat Ilahi dalam Bulan Ramadhan. Seperti yang disebut oleh Imam al Ghazali berkenaan kesempurnaan puasa; Kemudian selepas berbuka, hati bergantung gentar antara rasa takut dan harap. Kerana, tiada tahu amalan puasa siang harinya, sama ada diterima atau pun tidak. Oleh yang sedemikian adalah diharapkan hati-hati kita, sentiasa bergantung gentar antara rasa takut dan harap, moga Ramadhan yang ditempuh pada tahun ini mendapat ganjaran sesempurnanya dari Ilahi.

16 September telah berlalu, abaikan apa yang diharapkan berlaku kerana tidak berlaku pada hari tersebut. Melainkan angan-angan Mat Jenin. Seharusnya, kita selaku Muslim yang punyai akidah yang satu, Kaabah yang satu, Kiblat yang satu melupakan seketika 'peperangan saraf' untuk merebut pemerintahan secara drastik. Hendaklah kita saling berlumba-lumba untuk merebut rahmat Ilahi di akhir 10 Ramadhan, kerana belum ada jaminan untuk diberi peluang pada Ramadhan yang akan datang.

Hendaklah Ramadhan yang sedang ditempuh ini, diberi penghormatan akan ketenangan dan keamanan, tanpa kecelaruan drastik yang tidak memberi faedah terhadap amalan Ramadhan yang sedang dilalui.

Nabi Muhammad SAW seperti yang deceritakan oleh Saidatina 'Aisah RHA; adalah Nabi SAW beri'tikaf ia pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan dan telah bersabda Nabi SAW tuntutlah dengan sesungguhnya oleh sekalian kamu akan Malam Lailatul Qadr pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan.

Telah berkata Imam an Nawawi RahimahuLLah di dalam Majmu'; bermula Malam Lailatul Qadr itu ialah malam yang mempunyai kelebihan. Telah berfirman Allah SWT أنا أنزلناه في ليلة القدر bermaksud bahawa sesunguhnya telah Kami turunkan Quran itu pada Malam Lailatul Qadr. Telah berkata ashab kita dan lain-lainnya, Lailatul Qadr itu ialah malam yang lebih afdhal daripada segala malam dalam setahun. Dalilnya ialah firman Allah SWT ليلة القدر خير من ألف شهر bermula Malam Lailatul Qadr itu lebih baik berbuat ibadah di dalamnya lebih daripada seribu bulan yang tiada di dalamnya Lailatul Qadr.

Telah berkata Imam an Nawawi RahimahuLLah bermula Malam Lailatul Qadr itu hanyasanya untuk Ummat Nabi Muhammad SAW sahaja, tiada diberikan kepada ummat sebelum ini. Sebab dinamakan Lailatul Qadr itu kerana maknanya malam itu ditentukan bagi segala Malaikat akan segala Qadr, rezeki dan ajal yang ada di dalam tahun itu seperti firman Allah Taala فيها يفرق كل أمر حكيم di dalam Malam Lailatul Qadr itu dizahirkan bagi segala Malaikat yang diwakilkan memerintah di dalam alam tiap-tiap pekerjaan yang muhkam, iaitu yang tiada berubah dan tiada kurang daripada rezeki, ajal dan lain daripada keduanya pada tahun itu sehinggalah Malam Lailatul Qadr yang akan datang. Firman Allah Taala تنزيا الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر

Imam an Nawawi juga berkata, bermula Malam Lailatul Qadr itu berkekalan hingga Hari Kiamat. Maka sunat dituntut dengan bersungguh-sungguh hati kerana bahawasanya Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh menuntut Malam Lailatul Qadr di dalam sepuluh malam yang akhir daripada Ramadhan dan bahawasanya Nabi SAW apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan, berjaga Nabi SAW dan mengajak ahlinya supaya berjaga daripada tidur dan berseungguh-sungguh menghidupkan malam tersebut.

Bermula Mazhab as Syafie dan jumhur ashabnya bahawasanya Malam Lailatul Qadr itu tersimpan di dalam sepuluh yang akhir daripada Ramadhan, kesamaran ke atas kita. Dan tetapinya jatuh Malam Lailatul Qadr itu tiada keluar daripada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan. Maka sentiasalah ia demmikian malam hingga Hari Kiamat.

Ayuh... Lupakan sebentar 16 September, 17 atau 18 atau 19 atau 20 atau 21 atau 22, atau 23 kerana bekalan kita di akhirat bukannya 'kuasa pemerintah', tetapi yang digunapakai di akhirat ialah amalan seharian untuk dipersembahkan kepada Rabbul Jalil.

Masih ada harapan buat kita merebut rahmat Ilahi di dalam bulan yang mulia ini...

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Kesempurnaan Puasa

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, September 05, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah berkata Imam al Ghazali di dalam Ihya' 'Ulumuddin: Kesempurnaan puasa ialah:

1. Memejamkan mata daripada berbuat maksiat.

2. Memelihara lidah daripada berbuat maksiat.

3. Menjauhkan telinga daripada mendengar maksiat.

4. Menegahkan anggota badan dari melakukan maksiat.

5. Jangan banyakkan makan ketika berbuka.

6. Kemudian selepas berbuka, hati bergantung gentar antara rasa takut dan harap. Kerana, tiada tahu amalan puasa siang harinya, sama ada diterima atau pun tidak.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Tawassul

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 19, 2007 | | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah acap kali rasanya dibahaskan persoalan tawassul. Sejak zaman kehidupan Baginda, para sahabat, tabi'in seterusnya hingga zaman kini. Sayangnya, hanya kerana persoalan tawassul, sering berlaku pertelagahan sehingga mengganggu gugat keutuhan dan perpaduan ummah.

Aku tidaklah bermaksud untuk ikut sama bertelagah persoalan yang sama. Orang utara kata, 'pi mai pi mai tang tu juga'. Apa jua perselisihan antara Salafi palsu Wahabi dan ASWJ, tidak akan ketemui titik noktahnya kerana persoalan furu', persoalan ijtihad merupakan persoalan yang sudah tentunya punya perbezaan pendapat. Tunggulah, tunggulah kedatangan Imam Mahdi di akhir usia dunia ini, permulaan kebangkitan Islam yang hakiki memimpin ummah, menyatukan dan menunjukkan jalan yang benar untuk diikuti.

Biarlah apa yang bakal ku coretkan di sini, merupakan catatan ilmiah untuk khazanah peribadi. Menghimpunkan kalam ulama, buat tatapan diri ini yang lemah. Dijadikan juga buat tatapan kalian bagi memudahkan kalian untuk beramal. Kemungkinan, ada di antara kita, yang mahukan sumber-sumber amalan tersebut, membuahkan keyakinan untuk terus beramal.

Kita perlu juga, berikhtiar sedaya upaya untuk terus mencari ilmu, menambahkan pengetahuan dalam diri kita. Apakah hujah dan sandaran kita dalam beramal. Dengan harapan, amalan kita lebih kukuh keyakinan untuk beramal. Bak kata pepatah, amal tanpa ilmu ni, sia-sia jadinya...

Ku mulakan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam at Turmuzi di dalam sunanya, pada bab الدعوات عن رسول الله. Telah bersabda Nabi Muhammad SAW:

‏حدثنا ‏ ‏محمود بن غيلان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن عمر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي جعفر ‏ ‏عن ‏ ‏عمارة بن خزيمة بن ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏عثمان بن حنيف ‏
‏أن رجلا ‏ ‏ضرير البصر ‏ ‏أتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال ادع الله أن يعافيني قال ‏ ‏إن شئت دعوت وإن شئت صبرت فهو خير لك قال ‏ ‏فادعه قال فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه ويدعو بهذا الدعاء اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك ‏ ‏محمد ‏ ‏نبي الرحمة ‏ ‏إني ‏ ‏توجهت بك ‏ ‏إلى ربي في حاجتي هذه ‏ ‏لتقضى ‏ ‏لي اللهم ‏ ‏فشفعه ‏ ‏في ‏
‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن صحيح غريب ‏ ‏لا نعرفه إلا من هذا الوجه من حديث ‏ ‏أبي جعفر وهو الخطمي ‏ ‏وعثمان بن حنيف ‏ ‏هو أخو ‏ ‏سهل بن حنيف

Maksudnya: Daripada Uthman Bin Hunaif RA, bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan Baginda SAW katanya: ’Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi SAW bersabda: ‘Kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik]. Kemudian Baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad, hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’

Hadis ini juga telah dikeluarkan oleh Imam an Nawawi di dalam kitab al Azkaarnya, pada bab أذكارِ صَلاةِ الحَاجة:

وروينا في كتاب الترمذي وابن ماجه، عن عثمان بن حُنَيْف رضي اللّه عنه،
أن رجلاً ضريرَ البصر أتى النبيّ صلى اللّه عليه وسلم فقال: ادعُ اللَّهَ تعالى أن يعافيني، قال: "إنْ شِئْتَ دَعَوْتُ، وَإِنْ شِئْتَ صَبرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ" قال: فادعُه، فأمره أن يتوضأَ فيُحسنَ وضوءَه ويدعوَ بهذا الدعاء: "اللَّهُمَّ إني أسألُكَ وأتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيّ الرَّحْمَةِ صلى اللّه عليه وسلم، يا مُحَمَّدُ! إني تَوَجَّهْتُ بكَ إلى رَبّي في حاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى لي، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فيّ" قال الترمذي: حديث حسن صحيح.
(469) الترمذي (479) ، وابن ماجه (1384) ، والحاكم 1/320، وهو حديث ضعيف، انظر الفتوحات 4/298ـ299.
(470) الترمذي (3573) ، وابن ماجه (1385) ، والحاكم 1/313، وقال: هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرِّجاه، ووافقه الذهبي.

Tawassul selepas kewafatan Baginda.

Telah di sebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari pada bab باب سُؤَالِ النَّاسِ الْإِمَامَ الِاسْتِسْقَاءَ إِذَا قَحَطُوا:

وروى ابن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري - وكان خازن عمر - قال " أصاب الناس قحط في زمن عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فإنهم قد هلكوا، فأتى الرجل في المنام فقيل له: ائت عمر " الحديث.
وقد روى سيف في الفتوح أن الذي رأى المنام المذكور هو بلال بن الحارث المزني أحد الصحابة، وظهر بهذا كله مناسبة الترجمة لأصل هذه القصة أيضا والله الموفق.

Telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Syaibah dengan sanad yang sohih daripada Abi Soleh al Saman, daripada Malik ad Dar yang merupakan penjaga perbendaharaan Umar, yang menceritakan:

“Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar RA, lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi SAW, lalu ia berkata; ‘Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)’. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; “Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)”.

Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al Harith al Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat.

Telah diriwayatkan juga sebuah hadis yang boleh dijadikan sandaran untuk bertawassul selepas kewafatan Baginda, iaitu di dalam kitab Mu'jam At Tabrani Kabir pada bab عثمان بن حنيف الأنصاري, ما أسند عثمان بن حنيف:

حدثنا طاهر بن عيسى بن قيرس المصري المقرىء ثنا أصبغ بن الفرج ثنا بن وهب عن أبي سعيد المكي عن روح بن القاسم عن أبي جعفر الخطمي المدني عن أبي أمامة بن سهل بن حنيف عن عمه عثمان بن حنيف أن رجل كان يختلف إلى عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه في حاجة له فكان عثمان لا يلتفت إليه ولا ينظر في حاجته فلقي بن حنيف فشكى ذلك إليه فقال له عثمان بن حنيف ائت الميضأة فتوضأ ثم ائت المسجد فصلى فيه ركعتين ثم قل اللهم اني أسألك وأتوجه إليك بنبينا محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي فتقضي لي حاجتي وتذكر حاجتك ورح حتى أروح معك فانطلق الرجل فصنع ما قال له ثم أتى باب عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فجاء البواب حتى أخذ بيده فأدخله على عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فأجلسه معه على الطنفسة فقال حاجتك فذكر حاجته وقضاها له ثم قال له ما ذكرت حاجتك حتى كان الساعة وقال ما كانت لك من حاجة فأذكرها ثم إن الرجل خرج من عنده فلقي عثمان بن حنيف فقال له جزاك الله خيرا ما كان ينظر في حاجتي ولا يلتفت إلي حتى كلمته في فقال عثمان بن حنيف والله ما كلمته ولكني شهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأتاه ضرير فشكى إليه ذهاب بصره فقال له النبي صلى الله عليه وسلم فتصبر فقال يا رسول الله ليس لي قائد وقد شق علي فقال النبي صلى الله عليه وسلم ائت الميضأة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم أدع بهذه الدعوات قال بن حنيف فو الله ما تفرقنا وطال بنا الحديث حتى دخل علينا الرجل كأنه لم يكن به ضر قط

Bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan Uthman bin ’Affan RA berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengan menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau. Kemudian ia pergi ke pintu kediaman Uthman bin Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. Uthman berkata: ’Beritahu kepada ku apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah SAW bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya yang tidak boleh melihat’.

Berkenaan hadis di atas, telah berkata al Imam Abdullah al Ghumari di dalam kitabnya (إتحاف الأذكياء):

بعد أن ذكر رواية الطبراني والبيهقي لهذه القصة: وهذه القصة صحيحة صححها الطبراني ونقل تصحيحه الحافظ المنذري في الترغيب والحافظ الهيثمي في مجمع الزوائد وأقرّاه عليه

Ikhwah... Rasanya, cukuplah setakat ini aku kumpulkan beberapa hadis Baginda SAW buat pedoman amalan kita. Usah diragui akan kebenaran yang jelas nyata. Abaikan golongan-golongan fitnah akhir zaman, yang selalu menggugat keutuhan dan perpaduaan ummat Baginda. Abaikan mereka. Mereka ibarat radio lama yang selalu memainkan lagu-lagu lama agar ummah leka dengan persoalan dan isu yang sudah sekian lamanya dibincangkan oleh pada ilmuan Islam.

Baca Lagi: Kisah al 'utbi

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Selawat Syifa'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 18, 2007 | | 5 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalunya, bila di sebut jangan, yang tu juga selalunya orang buat. Jangan buang sampah merata-rata, tapi sampah juga yang merata-rata ada. Bila disebut jangan bising, bising juga yang berkenan nak dibuatnya...



Terima kasih buat Tuan Mufti Wahabi Salafi Perlis yang telah mengutarakan isu kesalahan Selawat Syifa' (Kesalahan Selawat Syifa', Suara al-Sunnah, Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Bil. 1 April 2007); isu yang dibangkitkan olehnya, amat membuka hati aku untuk terus beramal dengan Selawat Syifa'. Jika sebelum-sebelum ini, tak terlintas di hati untuk mengorek rahsia Selawat Syifa', tapi dengan isu yang telah ditimbulkan oleh beliau, maka tak semena-mena untuk aku terus mengorek rahsia berkenaan Selawat Syifa' ini.

Jika dulu, masa alam sekolah menengah, selepas Solat Maghrib, kami akan beramai-ramai mengalunkan beberapa jenis Selawat. Antara yang selalu kami alunkan ialah Selawat Syifa' ini. Allahumma Salli'ala Saidina Muhammad, Tibbil Quluubi wadawaaiha... Adussss Teringat kembali kenangan dulu.... KBSM katakan... Hehe

Terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Mufti Perlis, membuka ruang untuk aku mengigat kembali untuk beramal dengan Selawat Syifa'. Untuk terus mencari bahan maklumat berkenaan selawat tersebut. Biarlah dikondem di ahkam. Biasalah... Tajdid yang telah lapok, selalu memainkan rentak lagu yang sama.

Mai kita pakat-pakat beramal dengan Selawat Syifa'. Lagi depa dok kondem, lagi tu kita pakat beramal. Yang dulunya ada di antara kita yang tak pernah amik tahu, sekarang ni, mungkin dah ada yang ter'amik' tahu. Dah ter'amik' tau, maka jangan segan-segan untuk beramal. InsyaAllah dengan izin dan kuasa Allah, ada manfaatnya kecuali meraka-mereka yang telah di'buta'kan mata hatinya.

Allah Maha Kaya, Allah Maha Berkuasa. Kian lama, akan sirna kepalsuan manusia yang bertopengkan salafi palsu, akan sirna mereka-mereka yang selalu merosakkan perpaduan ummah. Untuk semua ini mengambil masa, yang pastinya janji Allah pasti benar.

Bacaan lain: Selawat Syifa'; Penjelasan TG Haron Din.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...