Antara Islam Dan Melayu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, August 17, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Mulianya Saidina Umar RA kerana Islam, bukan kerana bangsanya. Seperti mana yang dikatakan oleh Saidina Umar yang bermaksud: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

Dari kalam itu, jelas lah bahawa Allah SWT telah memuliakan kita dengan Agama Islam, jika kita meninggalkan ajaran Islam, nescaya kita mendapat penghinaan dari Allah SWT. Isu 10% kuota dibukakan kepada bukan bumiputra di uITM, hanya kerana cadangan seorang MB yang sudah tentu tidak mempunyai kuasa mengubah dasar yang sedia ada, ramai hero 'melayu' dengan lantangnya bangun menempelak, bahkan pelajar-pelajar uITM yag semestinya 'melayu tulen' berdemontrasi agar cadangan, diulangi; hanya cadangan agar memohon maaf dan menarik balik cadangan tersebut.

Bagaimana dengan isu forum "Memeluk Islam" oleh Majlis Peguam? Ini isu Agama Islam, bukan isu bangsa. Diulangi, ini adalah isu agama. Kenapa isu Agama Islam tidak mendapat perhatian dari hero 'Melayu-Melayu' itu? Kenapa pelajar-pelajar uITM yang kesemuanya 'bangsa Melayu beragama Islam' tidak berdemontrasi mengutuk dan membantah Majlis Peguam yang menganjurkan forum tersebut?

Di mana sensitiviti umat Islam berbangsa Melayu bangsa Melayu beragama Islam terhadap Agama Islam? Betapa hinanya mereka-mereka yang tidak merasai apa-apa hal berkaitan dengan Agama Islam. Sudah hilang rasa tanggungjawab mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Kita lupa bahawa hidupnya kita di bumi milikNYA ini adalah untuk menjadi khalifahNya, menjaga agamaNya. Sila baca: Forum: Syed Ali persoal Zaid membisu? NGO kecam protes forum 'peluk Islam'

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada apa yg lebih tinggi darinya! Isu Islam lebih dekat di hati-hati kita, bahkan lebih aula kita perjuangkan dari isu bangsa kerana isu bangsa menjadikan ada sempadan antara sesama manusia. Jika agama kita perjuangkan, ianya melangkaui sempadan geografi, sempadan bangsa.

Ayuh, ayuh para 'hero Melayu' yang bergama Islam, ayuh para pelajar uITM yang berbangsa Melayu beragama Islam, tunjukkan 'kejantanan' anda, bangkitkan satu suara senada berirama, perjuangkan Agama Islam nescaya bangsa Melayu itu dengan sendirinya akan dimuliakan oleh bangsa lain, kerana itulah janji Allah SWT.

Coretan ini bukan bermaksud aku menyokong agar dasar uITM itu dirubah, tetapi lebih ke arah melahirkan kekecewaan apabila isu agama dipandang enteng, bahkan seolah-olah orang yang beragama Islam itu sendiri tidak merasai apa yang dia anutinya.

Sila baca:

Haram buku 'kemuncak kebaculan'

Pelajar UiTM protes di Permatang Pauh

NGO Melayu, Islam serah memo pada Agong

'Dayus' jika Majlis Peguam terlepas

MB S'gor enggan mohon maaf

Dr M: Zaid 'beri muka' pada Majlis Peguam

Naib presiden GPMS beri keterangan

UiTM: MB S'gor, jangan kacau kami

Siswa UiTM mahu temui Khalid segera

Khalid digesa jangan ulang lagi...

MB S'gor mahu temui pelajar UiTM

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Imam Hasan al Banna Dan Pendidikan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, August 15, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan; Detik-Detik Hidupku: Imam Hasan al Banna

Pendapat Saya Mengenai Pendidikan dan Ijazah.

Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan. Saya juga rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia. Saya pernah berusaha menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’. Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad'. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu). Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu. Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya. Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya, ‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’ Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam Al-Quran (3:14) maksudnya:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak1 dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”

Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya;

“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa.”

Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmu kerana hendak menandingi para ulamak terkenal; atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil; atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’ Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya.

Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikat-Nya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah. Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulamak dan ulamak-ulamak sufi. Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita. Oleh itu, jika awak hendak mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian.’

Fahaman ini telah menguasai saya. Lantaran itu, saya tidak belajar bersamasama Ali Naufal, seorang guru. Tetapi guru saya, Syeikh Farhat Salim sangat menyayangi saya dan bersimpati dengan saya dalam berbagai keadaan dan saya pula sangat menyeganinya. Katanya, ‘Awak sudah hampir dengan diploma. Ilmu bukanlah sesuatu yang mencederakan. Persediaan peperiksaan Darul Ulum ialah satu ujian untuk merintis jalan kepada peperiksaan yang lebih tinggi. Jika awak lepaskan peluang ini, ia tidak akan kembali lagi di masa hadapan. Sertailah dan bertenang. Saya yakin awak akan berjaya. Lagi pun saya ada kaitan rapat dengan kemasukan serta pengajian awak. Awak bebas membuat keputusan menolak atau masuk.’ Syeikh Farhat Salim telah menggalakkan saya memasuki Darul Ulum. Ujian kemasukan dijangka diadakan sebaik saja selesai peperiksaan Diploma.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Credit Card Holders, It Pays To Pay Up In Full

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, August 15, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

With effect frum July, credit cardholders who don't pay up in full and on time may end up paying more.




WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Jemari Ini Masih Berlari...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, August 05, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kepujian dipanjatkan setinggi-tingginya kehadrat Ilahi, dengan izin Nya, jari jemari ini masih lagi mampu untuk berlari di atas keyboard, melakarkan sedikit sebanyak lakaran kehidupan yang entah bilanya akan berakhir, di sawangan maya yang entah berapa lamanya tidak terusik.

Bukan kerana sudah dilanda kejemuan yang semestinya menjadi virus buat seorang pejuang, tetapi kehendak masa yang membuatkan diri ini tidak keruan mengatur langkah membahagikan masa. Mungkin inilah perkara penting, yang tidak diendahkan oleh kita sebagai manusia khalifahNya di atas mukabomi bumi yang telah Allah peringatkan kepada kita dengan firmanNya yang bermaksud:

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah yang selalu kita baca apabila mengakhiri sesuatu majlis, agar selalu memperingati bahawa masa itu amat berharga.

Kehidupan adalah perniagaan, perniagaan adalah perjuangan... Aghhh Macam merapu ja bunyinya Hehe

Selamat berjuang, walaupun siapa anda!

[+/-] Selengkapnya...

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 16, 2008 | , , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W.: "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber: jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.

Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Pengundi PRU12 Berusia 128 Tahun?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 28, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم




Berikut nombor kad pengenalan pengundi yang lahir tahun sekitar 1880 hingga 1890...

800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

Ramainya rakyat Malaysia lahir pada era 1880 an yang masih hidup sehingga sekarang, dan masih lagi boleh mengundi pada PRU12 yang akan datang.

Kita berhak meragui ketelusan SPR dalam mengendali pilihan raya di Malaysia. Bersama kita melakukan perubahan demi agama, bangsa dan negara.

Katakan tak nak pada BN! BN perosak agama, bangsa dan negara.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

70 Dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin Negara!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 24, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم


Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.

Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’.

Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara. “70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara” telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari negeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian. Ini adalah Bahagian 1.

Penulis amat berterima kasih kepada laman web Malaysia Today yang sudi menyiarkan ‘70Dalil’ ini untuk fahaman umum.

Sila klik untuk membaca versi penuh.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Petrol

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, February 23, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak. Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana.

- Dato Seri Anwar Ibrahim (28/12/2007)



WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Mencari Keampunan Allah Dalam Negara Kebajikan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 22, 2008 | , | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: SUBKY ABDUL LATIF

PAS dengan disetujui oleh KeADILan sepakat untuk melancar manifesto pilihan raya bagi mewujudkan sebuah Negara kebajikan bagi Malaysia dengan membentuk sebuah kerajaan yang berkebajikan.

Konsep negara kebajikan bukan suatu yang baru bagi politik dunia sejak sekian lama. Ia telah pun cuba dilaksanakan di Britain, Finland, Sweden dan lain-lain. Malah politik Islam telah dari awal menyarankan pembentukan sebuah masyarakat yang dikenali sebagai ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ iiaitu negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan.

Masyarakat ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ ini diwaswaskan kepada umum sejak PAS ditubuhkan tahun 1951 dan ketika ia menyertai pilihan raya umum sebelum merdeka tahun 1955 dulu. Malah dalam ucapan pemimpin awal parti itu seperti Dr Bur-hanuddin al-Helmi dan Prof Zulkifli Mohamad, acap menekankan betapa mustahaknya masyarakat Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia sebagai bangsa yang berdaulat melalui pemerintahan berkebajikan yang mendapat keampunan Allah.

Betapa masyarakat Malaysia sebuah masyarakat majmuk ٌ berbilang kaum, budaya dan agama ٌ justeru ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ itu adalah satu gagasan yang bersifat universal atau sejagat, maka ciri-ciri kebajikan yang dibawanya tidak Mencari keampunan Allah dalam negara kebajikan pernah kenal erti sempadan kaum dan kepercayaan masing-masing.

Cita-cita mewujudkan masyarakat, pemerintah dan wilayah berkebajikan untuk rakyat adalah suatu yang mulia dan disuruh Allah. Setiap yang disuruh Allah dan baik ada perkara yang berpahala, iaitu satu amalan yang tidak sia-sia.

Bagi masyarakat Islam yang percaya kepada pahala dan restu Allah, maka melakukan sesuatu yang disuruh Allah bagi mendapat-kan keredaan-Nya akan sentiasa mendapat keampunan-Nya. Segala yang mendapat keampunan Allah akan mendapat barakah dan peliharaan-Nya.

Bagi mereka yang tidak mengenal konsep pahala seperti yang difahami Islam, melihat kebajikan itu sebagai suatu kebaikan yang dapat memberikan kesenangan dan kemakmuran.

Justeru, ciri-ciri kebajikan yang terdapat di England dan negara semenanjung Scandinavia seperti Norway, Sweden, Finland dan jiran-nya Denmark dikira memberi banyak kebaikan kepada penduduknya.

Wujud kemudahan pelajaran percuma kepada semua penduduk, kemudahan perubatan dan rawatan, layanan kebajikan bagi orang yang hilang pekerjaan atau yang tidak mendapat pekerjaan, belanja hidup yang murah didorong oleh gandingan kerajaan dan rakyat yang sama-sama mengawal dan membendung kenaikan harga barang, ternyata menyenangkan penduduk.

Kalau terdapat kos hidup yang tinggi di Britain, ia disebabkan oleh pengaruh amalan dan penindasan sistem kapitalisme yang menjalar dalam kehidupan masyarakat, tetapi ia masih menyalurkan kemudahan pelajaran, rawatan kepada orang ramai dan menampung kebajikan orang tiada pekerjaan.

Ternyata negara-negara kebaji-kan yang terdapat di Eropah tidak menyebabkan ia bankrap dengan dasar dan sistem yang diamalkannya sekalipun antaranya tidak dianugerahkan kekayaan alam seperti negara kita Malaysia.

Jika diberi kepercayaan kepada PAS dan sekutunya mentadbir selepas pilihan raya nanti setelah melihat wawasan kebajikan yang dicadangkan, maka apa yang boleh menyebabkan ia muflis kalau kekayaan alamnya terus mengeluarkan hasil?

Manifesto PAS dan sekutu BA-nya belum diumumkan, tetapi garis yang sudah dibayangkan ialah untuk menurunkan harga runcit minyak, pendidikan percuma untuk rakyat, khidmat kesihatan percuma, projek pembangunan yang berorientasi kebajikan, merapatkan jurang kaya-miskin dan lain-lain.

Pengeluaran minyak di bawah Petronas tidak terhenti dengan kekalahan BN. Kelapa sawit dan segala komoditi yang berasaskan tanaman tidak mati jika PAS berkuasa dan demikian juga hasil mahsul negara tetap mengeluarkan hasil.

Kekayaan alam tetap berkembang walau siapa jua yang memerintah. Malah keyakinan kepada barakah dan keampunan Allah, insya-Allah akan menambah subur dan selesa pengeluarannya.

Yang bertukar hanya pengendali pemerintahan dan dasar serta sistem yang tidak relevan. Petugas awam, pemimpin dan kaki tangan polis, pemimpin dan anggota tentera kekal dengan tugas dan peranannya. Tentunya mereka akan berkhidmat walaupun orientasi negara menuju masyarakat dan pentadbiran berkebajikan.

Yang menjadikan negara dan masyarakat itu subur dan berkembang selama-lamanya adalah kecekapan dan ketekunan khidmat pegawai awam dan pegawai-pegawai lain. Para pentadbir ini adalah pihak yang terus membantu melancarkan perjalanan pentadbiran seperti biasa dan seperti yang terdapat di mana-mana di dunia.

Tiada sebab pentadbiran negara terhenti semata-mana kerana Umno/BN kalah kerana kaki tangan kerajaan tidak bertukar. Hanya satu kemungkinan negara muflis dan terkubur kalau dengan kekalahan BN itu semua kaki tangan awam, anggota polis dan tentera berhenti kerja dan semuanya jadi kosong.

Tetapi itu tidak berlaku kerana Malaysia sudah berada di tangan orang profesional yang berupaya bergerak mengikut nada yang berubah.

Para penentang kemerdekaan dulu menyindir apa akan jadi kepada Tanah Melayu apabila merdeka sedang jarum pun tidak terbuat. Ternyata pemergian penjajah tidak menyebabkan negara merdeka itu runtuh. Ia berjalan mengikut kemahuan kerajaannya.
Selepas kemerdekaan, pemimpin Umno dan BN menyangka ia saja mampu mentadbir. Yang lain semuanya hampas. Semua ini adalah fikiran kuno dan lapuk.

Rakyat yang maju adalah rakyat yang diberi peluang berfikir dan menghidupkan minda, bukan menutup mindanya dengan ugutan dan tipu daya.

Pemimpin kerajaan sekarang terdiri dari orang-orang yang beku, tidak lagi mengenal kesusahan rakyat dan orang takut hilang kuasa serta orang-orang yang teruk dari orang zaman feudal yang tidak bersekolah dulu. Dengan rasuah menguasainya, maka mereka tidak nampak sistem lain selain menindas rakyat.

Peranan kebajikan langsung tiada diketahui, malah kebajikan itu mati bersama fikiran mereka. Negara kebajikan yang ditawarkan oleh PAS moga mendapat bimbingan Allah, dan diperlukan oleh negara dan rakyat sekarang hanya keampunan Allah.

Keampunan Allah tidak datang sendiri tetapi ia perlu dicari. PAS mengajak semua pihak bersama-sama mencari keampunan Allah melalui wawasan negara kebajikan-Nya.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Katakan Tak Nak!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 21, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم













WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Pilihan Raya Umum Ke 12 - Ulasan UZAR

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 14, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Sumber: BERNAMA

Ulasan UZAR

Dalam kereta tadi sekitar jam 12 tghari, berita IKIM diberitakan bahawa YAB Perdana Menteri menafikan pembubaran parlimen akan dibuat hari ini dan juga menafikan mesyuarat kabinet hari ini adalah yang terakhir.

Sejam sesudah itu, dalam berita televisyen. Isteri saya menghubungi memaklumkan bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini.

Nasihat buat semua rakan-rakan pengundi yang telah berdaftar. Jalankan tanggjung jawab mengundi dengan amanah, dan ingatkan diri bahawa Allah swt sedang melihat siapa yang kita sokong dan pandangan Allah SWT lebih utama dari pandangan manusia.

Sebagai pengundi, JAUHILAH SEBARANG JENIS RASUAH POLITIK DARI MANA-MANA PARTI POLITIK JUA, JANGAN KERANA BEBERAPA RATUS RINGGIT ATAU BEBERAPA KAMPIT BERAS, BASIKAL DAN SEBAGAINYA..MENYEBABKAN KITA TERHUMBAN DI DALAM API NERAKA BERTRILLION TAHUN DUNIA. DIAZAB DI BARZAKAH DENGAN AZAB YANG PEDIH. Maintainkan iman di musim pilihanraya ...

Sebagai ingatan semula disertakan satu artikel saya yang disiarkan beberapa tahun lepas, maaf saya tidak sempat mengeditnya.

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW:

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka(pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu." (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith [5]:

"Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith:

"Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum." [6]

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu" [7]

Khalifah Uthman RA juga pernah menegaskan bahawa: "Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi'einmasuk menemui Muawiyyah RA. lalu berkata:

"Asallamualaikum wahai org gaji"

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW:

"Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" (Riwayat Bukhari dan Muslim) [8]

Sebuah hadith lagi menyebut:

"Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka" [9]

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyahseperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT:

"Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majoriti dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ahl al-hal wal al-‘aqd' [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah SWT yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13]:

i. Aqidah: Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa: Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal: Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta: Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5) Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:


"Sekeras-keras manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].

Manakala Abu Yu'la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama?:" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar" (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB" [25]

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya:

Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam.

Wallahu a'lam.

Sekian

www.zaharuddin.net

13 Feb 08

1.20 petang

[+/-] Selengkapnya...

Bukan Lagi Spekulasi

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 13, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan spekulasi, tapi adalah kenyataan. Cakap-cakap 'kopi' mengatakan pembubaran parlimen pada 13 Februari benar-benar berlaku. Seorang Perdana Menteri yang merupakan Imam Hadhari Malaysia telah memberi 2 respon yang saling bertentangan antara satu sama lain. Akhbar hari Rabu bertarikh 13 Februari melaporkan:

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Dan pada jam 12.35 tengah hari ini, berita melaporkan bahawa Perdana Menteri yang sama telah membubarkan parlimen.

Memang susah untuk percayakan kata-kata seorang ahli politik. Semalam kata lain, hari ni bertindak lain. Esok lusa, entah apa lagi yang lain jadinya.

Mungkin hari ini katanya berkhidmat untuk rakyat, entah bila menang rakyat pulak berkotban untuknya.

Spekulasi juga mengatakan, selepas pilihan raya ke 12 ni, dijangka bulan 4 nanti harga minyak petrol akan naik. Iaitu selepas kemenangan BN (sekiranya menang).

Bila dah dapat mandat, boleh buat apa-apa saja. Mungkin katanya rakyat mudah lupa. 5 tahun lagi, mereka yang lupa ni la akan pangkah juga kerajaan yang menaikkan harga barang tersebut.

Anda percaya kata-kata seorang ahli politik? Seorang ahli politik yang beriman lagi bertaqwa, akan menunaikan amanah kata-katanya. Tetapi, jika ahli politik sebaliknya, akan bertindak juga sebaliknya.

Ayuh, lakukan perubahan buat ummah. Anda mampu mengubahnya.

P/s - Sabtu, 16 Februari pukul 7 hingga 12 malam di kompleks PAS Kedah akan diadakan ceramah pilihan raya oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Harun Din. Hebahkan. Allahu Akbar.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Pilihan Raya Umum Ke 12

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, February 12, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Suasana semakin hangat. Cakap-cakap 'kopi' semakin rancak meneka bilakah masanya pilihan raya umum akan datang. Orang politik semakin ligat ke sana sini bersedia menagih simpati untuk diundi. Itulah 'kuasa' politik. Ada yang ingin kuasa untuk mencari habuan dunia, tanpa memikirkan adakah Allah redha atau tidak, tanpa memikirkan soal jawab di akhirat nanti. Dan ada juga yang dipilih untuk menjadi pemimpin untuk menjadi khadam rakyat yang takutkan Allah.

Spekulasi kencang mengatakan> esok merupakan hari terakhir kerajaan sedia ada. Esok parlimen bakal dibubarkan. Dikatakan juga pada 20 Februari ini hari penamaan calon. Dan seterusnya 1 Mac merupakan hari penentu kerajaan manakah yang akan menjadi khadam kepada rakyat.

Itu spekulasi. Entah benar entah tidak. Mungkin spekulasi ini boleh dipercayai atau tidak. Apa pun spekulasi, kita harus bersedia sebarang kemungkinan. Bersediakah kita menghadapi sebarang kemungkinan?

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Azan, Cukur Dan Nama.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 15, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah tsabit perlakuan Nabi SAW mengazankan ketika bayi yang baru lahir sepertimana telah dikeluarkan hadis oleh Imam at Turmizi di dalam kitabnya:

‏حدثنا ‏ ‏محمد بن بشار ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن سعيد ‏ ‏وعبد الرحمن بن مهدي ‏ ‏قالا أخبرنا ‏ ‏سفيان ‏ ‏عن ‏ ‏عاصم بن عبيد الله ‏ ‏عن ‏ ‏عبيد الله بن أبي رافع ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏قال ‏رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أذن في أذن ‏ ‏الحسن بن علي ‏ ‏حين ولدته ‏ ‏فاطمة ‏ ‏بالصلاة ‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن صحيح ‏ ‏والعمل في ‏ ‏العقيقة ‏ ‏على ما روي عن النبي ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من غير وجه عن الغلام شاتان ‏ ‏مكافئتان ‏ ‏وعن الجارية شاة ‏ ‏وروي ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أيضا ‏ ‏أنه ‏ ‏عق ‏ ‏عن ‏ ‏الحسن بن علي ‏ ‏بشاة ‏ ‏وقد ذهب بعض أهل العلم إلى هذا الحديث

Begitu juga telah berkata Imam an Nawawi di dalam kitab Majmuknya:

السنة أن يؤذن في أذن المولود عند ولادته ذكرا كان أو أنثى ويكون الأذان بلفظ أذان الصلاة , لحديث أبي رافع الذي ذكره المصنف , قال جماعة من أصحابنا : يستحب أن يؤذن , في أذنه اليمنى ويقيم الصلاة في أذنه اليسرى . وقد روينا في كتاب ابن السني عن الحسين بن علي رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم( من ولد له مولود فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان) وأم الصبيان التابعة من الجن . ونقل أصحابنا مثل هذا الحديث عن فعل عمر بن عبد العزيز رحمه الله


Setelah tiba hari yang ke tujuh, telah bersabda Nabi SAW dalam sebuah hadis yang telah disahihkan oleh Imam at Turmizi:

كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه ويحلق ويسمى
رواه أحمد وأصحاب السنن عن سمرة مرفوعا وصححه الترمذي

Yang bermaksud: Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ke tujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.

Maka, bersandarkan petunjuk Nabi SAW buat ummah sekelian, maka telah ku lakukan azan setelah anak ku lahir, hari ke tujuh dicukurkan kepalanya dan telah ku berikan padanya dengan nama Nuha Ulfa...

Ya Allah, jadikanlah anak kami Qurratu'ain ...

waAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Alhamdulillah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 08, 2008 | | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

ربي هبلي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


Alhamdulillah... Pada 08 Januari 2008, aku telah dianugerahkan oleh Allah Taala harta yang paling tinggi nilainya iaitu lahirnya puteri sulung kami jam 5.35 petang bersamaan 29 Zulhijjah 1428.

Ya Allah, jadikanlah anak kami yang Engkau anugerahi ini, penawar hati kami, penerus kesinambungan usaha dakwah, sebagai hamba dan khalifahMu yang solehah, mewarisi para srikandi perjuangan Islam.

ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما

والله أعلم

[+/-] Selengkapnya...

Membentuk Jiwa Sufi

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, December 28, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

[205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al a'raf; 205]

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. [ali Imran; 190-191]

والله أعلم

[+/-] Selengkapnya...

Boikot Maybank?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, December 18, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Boikot Maybank? Mmm agak-agaknya kenapa ya...

Tapi, agak-agaknya berkesan atau tidak, sebab tengok ramai je kat Maybank tu. Biasanya, orang Malaysia ni, payah sikit nak boikot-memboikot ni.





waAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Selintas Kabar Dakwah di Malaysia.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, December 10, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa 13 november 2007 saya tiba bersama Muhammad Qalby di Bandara Kualalumpur, sebagai ibukota Negara Malaysia, dalam ketibaan kami di bandara kami hanya beberapa menit saja di Bandara karena telah ditunggu pesawat berikutnya untuk menuju Pulau Penang, kami pun bersatu dengan rombongan dari Huraidhah Hadramaut, yaitu yg dimuliakan Allah Al Arif billah Assayyid Alhabib Abdullah bin Ali bin Salim Alattas (Munsib Alattas), yg didampingi oleh putra beliau Muhammad bin Abdullah dan Sayyid Abdurrahman Aljunaid dari Tarim Hadramaut.


Sungguh wajah sejuk Al Arif billah Al Habib Abdullah bin Ali bin Salim Alattas mengingatkan kita pada sabda Rasulullah saw : “Maukah kalian kuberitahu yg terbaik diantara kalian?, mereka adalah yg jika dilihat wajahnya akan membuat orang menjadi berdzikir dan ingat kepada Allah” (HR Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad), Wajah sejuk itu menyiratkan khusyu dan rendah hati pada sosok mulia ini, beliau adalah pemegang sanad terkuat dan terdekat kepada Hujjatul Islam wa Barakatul Anam, Al Imam Umar bin Abdurrahman Alattas shohiburratib, yg merupakan guru dari Hujjatul Islam wa Barakatul Anam Al Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad shohiburratib.

Kami tiba di Pulau Penang disambut oleh para pemuda dan tokoh tokoh ulama muda setempat dan lansung menuju Masjid Negeri di Penang, kami beristirahat beberapa jam di tempat yg disediakan di Masjid tersebut, masjid yg sangat megah dan telah tersedia ruang istirahat tamu tamu besar, menunjukkan bahwa masjid ini sering dikunjungi tamu dari Luar Negeri. Kamipun beramah tamah dengan Imam Masjid setempat dan kemudian menuju masjid untuk melakukan Magrib berjamaah dan kemudian penceramah pertama adalah Prof Doktor Dato’ Sayyid Aqil Al Mahdaliy, yg menjabat sebagai rektor Universitas Insaniyah, beliau adalah alumni Universitas Ainussyams Al Azhar Cairo, dan kemudian saya sebagai pembicara terakhir, acara ditutup dengan doa dan talqin dzikir oleh Al Arif Billah Assayyid Alhabib Abdullah bin Ali Alattas (Munsib Alattas Huraidhah, Hadramaut). Pembicaraan kami saat itu seputar sejarah Al Imam Hujjatul Islam wa Barakatul Anam, Al Hafidh Al Musnid Alhabib Abdullah bin Alwi Alhaddad Shohiburratib rahimahullah. Selepas acara kami meneruskan dengan makan malam di masjid tersebut dan kemudian menuju Kedah dan beristirahat.

Kedah
Selanjutnya, Rabu pagi 14 November 2007 kami mengadakan kunjungan ke Ma’had Al Aliy Littafaqquh fiddin, pimpinan Al Allamah Asseikh Fahmi Zam zamiy Al Banjary, seorang ulama termasyhur di wilayah Kedah dan beliau juga mempunyai pesantren pula di wilayah Banjar, Kalsel, beliau adalah alumni dari Prof Dr Assayyid Al Allamah Al Musnid Alhabib Muhammad bin alwi Almalikiy, Makkah Al Mukarramah, seorang yang sangat Tawadhu dan mencintai Rasulullah saw, terlihat jelas dari wajah ratusan santri santrinya yang menyiratkan wajah wajah cerah sebagai pencinta Rasulullah saw, Kemudian kami mengunjungi Ma’had Tahfidhul Qur’an pimpinan Sayyid Zainal Abidin Alaydrus, beliau adalah seorang yang hafal Alqur’an, demikian pula kedua putrinya, demikian pula kedua putranya, luar biasa sekali beliau ini yang keluarganya adalah rumah tangga Alqur’an, saya diminta menyampaikan Taushiyah mengenai kemuliaan ALqur’an dan Ahlul Qur’an.

Sore itu kami menghadiri pula majelis di Majelis Taklim Darul Hadits, yang merupakan majelis para pemuda pemudi setempat, saya diminta menyampaikan taushiyah menjelang keberangkatan ke majelis berikutnya, kemudian kami menuju Musholla Al Hidayah, hadir sekitar 200 hadirin muslimin muslimat, selepas majelis diakhiri dengan bermushofahahah (bersalaman bersama), tiba tiba seorang yang sudah lanjut usia memeluk saya seraya menangis, ia berkata : “Habib, terimakasih taushiyahnya, saya sudah 20 tahun mengamalkan wird Allatif dan Ratib Al Haddad, namun baru ini saya tahu kemuliaannya dan Ijazahnya”, lalu kami kembali ke tempat peristirahatan.

Pagi Kamis 15 November 2007 kami menuju Ma’had Darul Muhajirin pimpinan Syeikh Khairul Anwar, merupakan suatu pesantren yang unik dan salafy, karena pesantren itu dibangun ditengah hutan, dan pemandangan yang sangat menarik ketika kami tiba puluhan mobil telah memenuhi sekitar pesantren di tengah hutan itu, dan ratusan orang berpakaian surban dan jubah putih kabarnya telah menanti dari pagi hari subuh, sedangkan kami tiba pukul 10.30 waktu Malaysia. Taushiyah saya berakhir pada dekat waktu dhuhur, kami makan siang dan meneruskan perjalanan ke Perlis.

Perlis
ImagePerlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah terebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafusshalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

Kuala Lumpur

Kami melaksanakan shalat Jumat di Masjid Agung Syah Alam, dan kemudian malam itu kami menghadiri Majelis Haul yang pertama di Masjid Al Falah Subang Jaya, pembacaan Wird Allathif lalu penceramah pertama adalah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Almalikiy, kemudian saya sendiri sebagai pembicara kedua, lalu kemudian penceramah selanjutnya Prof Dr Saad bin Saad Jawish sebagai Dosen Hadis dan Ushuluddin di Universitas Al Azhar Kairo Mesir.

Sabtu pagi kuliah subuh saya memberikan mau’idhah di Masjid Darul Ihsan Subang Jaya. Sabtu malam 17 November 2007 adalah acara haul malam kedua, diadakan di Masjid Al Aman Jl Damai, Pembicara pertama SYeikh Muhamad Hafidh Slamet, kemudian Syeikh Abdurrahman Ba’abbad dari Hadramaut, kemudian Syeikh Afeefuddin Al Gaylaniy Al Baghdadiy dari Baghdad, kemudian Prof Dr Saad bin Saad Jawish.

Ahad siang 18 November 2007 merupakan acara rauhah dan silaturahmi serta jamuan makan siang oleh Kordinator haul yaitu Assayyid Abdurrahman Ali Alhaddad di kediamannya di Syah Alam, Kualalumpur, acara makan siang diteruskan dengan Qasidah Muhammad Qalby dan kemudian saya menyampaikan mau’idhah menutup dari beberapa sambutan Ulama ulama setempat. Malam itu adalah acara haul ketiga yang diadakan di Masjid Bukhari di Klang, Kualalumpur, pembicara pertama adalah Syeikh Najmuddin Alkherd, kemudian saya sebagai pembicara kedua, kemudian diakhiri Prof Dr Sa’ad Jawish (Dosen Ushuluddin bidang hadits di Universitas Al Azhar Cairo.

Syeikh Sa’ad Jawish ini sangat rendah hati dan sopan, (foto beliau ketika sedang memegang mikrofon kecil ditangan kanannya) beliau sangat simpatik pada saya dan sayapun sangat mencintainya, beliau selalu memperhatikan saya dan tampaknya beliau tertarik dengan penyampaian saya yang selalu menukil dari hadits hadits shahih Bukhari, hingga kemudian ia memberi alamatnya kepada saya dan menantikan kunjungan saya ke Cairo Mesir, dan tampak undangannya serius, bukan undangan sekedar basa basi namun benar benar mengharapkan kunjungan saya kesana, dan sayapun memang sangat mengharapkan pula kunjungan beliau ke Majelis kita di Jakarta.

Selepas majelis kami makan malam di ruang vip di masjid setempat, lalu saya mengucapkan salam perpisahan pada Syeikh Sa’ad, saya memeluknya bagaikan ayah saya sendiri, dan saya tak tahan menahan airmata saat memeluk beliau, dan setelah saya melepas pelukan itu dan memandang wajahnya, ternyata beliaupun menitikkan airmata, kami berpisah. Lalu saya mengunjungi Munsib Alattas yang sedang dikerubuti oleh banyak orang, saya mengucapkan salam perpisahan dan mengharap kepastian kunjungan beliau ke Jakarta, Munsib berkata : “Sungguh perpisahanku denganmu sangat berat wahai Munzir, walau kita Cuma bertemu beberapa hari namun pengalaman dakwah ini membuat hubungan kita sangat erat”, saya menunduk dan mencium paha beliau dan beringsut mundur karena tak tahan melihat wajah beliau setelah mendengar ucapan beliau yang mengiris hati.

Ketika saya keluar masjid maka sudah banyak khalayak yang menanti untuk mengucapkan salam perpisahan, diantaranya kelompok para pemuda pimpinan seorang muda yang menjadi penggerak dakwah pemuda di Universitas Islam Selangor, yaitu Sayyid Faishal bin Abdullah Alhabsyi. Kualalumpur terang benderang dengan semangat Mahabbah pada Allah dan Rasul Nya yg muncul dengan perayaan Haul Imam Haddad, Subahanallah… walaupun Imam Haddad telah lama wafat dan tetap Allah swt menjadikan beliau rahimahullah sebagai perantara Rahmat Nya swt ke pelbagai wilayah di Indonesia, demikian pula di Kualalumpur, Semoga Malaysia akan bangkit menjadi Negeri yang Nabawiy, dan Kualalumpur menjadi kota yang dipenuhi para pecinta Rasulullah saw, salam sejahtera selalu untuk para pembela Rasulullah saw di Malaysia.
Sumber: http://majelisrasulullah.org/

Kredit: Syed Kadir al Jufri

P/s- Teks di atas merupakan teks asal, tanpa merubah ayat dan ejaan.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Salam Aidilfitri 1428

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, November 02, 2007 | | 0 Komen »


بسم الله الرحمن الرحيم




Salam Aidilfitri, mohon maaf andainya ada salah dan silap. Sebaik-baik hamba, adalah mereka yang selalu bertaubat. Allah Taala telah berfirman di dalam al Quran yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.

Apakah natijah puasa? Jawapanya, supaya kita bertakwa. Tidak dapat tidak, hasil dari madrasah Ramadhan, melahirkan jiwa-jiwa yang bebas dari dijajah oleh nafsu dan iblis, menjadi insan yang bertakwa.

Sekiranya tidak, perlulah diri kita bermuhasabah, di manakah silapnya. Sekurang-kurangya, amalan yang boleh kita teruskan setelah segenap sebulan berpuasa dan mendapat ijazah takwa ialah:

1. Berpuasa pada hari-hari yang disunatkan seperti Isnin Khamis
2. Bangun awal untuk bermunajat kepada Rabbul Jalil; kerana di bulan puasa kita mampu untuk bangun awal bersahur.
3. Solat berjemaah; kerana di masjid-masjid sepanjang sebulan berpuasa tidak pernah kurangnya ahli jemaah menunaikan solat terawih.
4. Membaca al Quran; ramai yang mampu khatamkan al Quran di bulan puasa, maka seeloknya diteruskan selepas bulan puasa.

Cukuplah sekadar ini, biarlah sedikit asalkan istiqamah kerana amalan secara istiqamah lebih disukai Allah.

والله أعلم

[+/-] Selengkapnya...

Imam Hassan al Banna Dan Tareqat 2

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, November 01, 2007 | , | 4 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan; Detk-detik Hidupku: Imam Hassan al Banna.

Berziarah Berhubungan.

Apabila kami berada di Damanhur pada setiap kali hari Jumaat, kami akan menziarahi kubur-kubur para wali Allah. Kadang-kadang kami melawat Dasuk. Selepas solat subuh, kami berjalan kaki ke Dasuk dan sampai di sana pada pukul 8.00 pagi. Jaraknya ialah dua puluh kilometer dan memakan masa tiga jam untuk sampai. Kami menghadiahkan Fatihah di kubur wali di situ. Selepas itu, kami menunaikan solat Jumaat. Kemudian kami makan dan berehat sebentar. Selepas solat Asar, kami pun memulakan perjalanan pulang dan sampai ke Damanhur ketika hampir waktu Maghrib. Kadangkala kami pergi ke Azbatul Nawam untuk menziarahi makam Syeikh Syed Saniar. Beliau adalah seorang anggota Tariqat Hasafiyah yang terkemuka. Dia terkenal sebagai seorang yang bertaqwa dan wara’. Kami berada di sana seharian dan pulang pada waktu malam.

Hari Untuk Berdiam Diri (Mengasingkan Dirl)

Kami menetapkan beberapa hari tertentu untuk kami bersenyap dan menjauhkan diri dari manusia. Dalam tempoh tersebut, kami tidak akan bercakap antara satu sama lain kecuali untuk berzikir atau membaca ayat-ayat suci al-Quran saja. Ketika amalan ini berjalan, para penuntut lain mengambil peluang mengusik kami. Kerap kali mereka pergi bertemu Pengetua atau beberapa orang guru lain untuk melaporkan bahawa ada penuntut telah menjadi bisu. Guru yang menerima laporan akan datang untuk menyiasat keadaan kami Sebagai jawapan, kami pun membaca beberapa ayat suci al-Quran. Beliau pun berpuas hati dan beredar dari situ. Guru kami, Syeikh Farhat Salim menghormati tindakan kami bersenyap diri dan beliau memarahi penuntut-penuntut yang cuba mengusik kami. Dia juga mengarah guru-guru lain supaya jangan mengganggu kami dengan soalan-soalan ketika kami sedang bersenyap diri. Para guru sedar bahawa kami melakukannya bukan untuk mengelakkan diri dari pengajian atau peperiksaan kerana kami selalu berjaya mengatasi para penuntut lain ketika menuntut dan dalam menghadapi peperiksaan. Kami menjalankan amalan itu untuk beberapa waktu tanpa menyiasat pendapat Syara’ mengenainya. Kami melaksanakan amalan tersebut untuk tempoh tertentu kerana hendak mengelakkan diri perkara sia-sia dan untuk membina kecekalan diri.

Kadangkala perkara ini meruncing dan menimbulkan kebencian di kalangan manusia sehingga mendorong kami untuk bersendirian. Saya sendiri menerima banyak pucuk surat dari rakan-rakan semaktab tetapi saya tidak berani membaca surat surat itu. Saya bimbang nanti surat-surat itu mengandungi sesuatu yang boleh melukakan hati saya. Seorang ahli sufi sepatutnya bebas dari kebimbangan sedemikian rupa. Dia berkewajipan memutuskan hubungan dari semua benda kecuali Allah. Dia mesti berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan dasar ini.

Bersambung...

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...