Imam Hassan al Banna Dan Tareqat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 22, 2007 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari-hari Di Damanhur.

Kehidupan saya di Damanhur adalah dalam kehidupan beribadat dan amalan sufi (tasawwuf). Kehidupan manusia terbahagi kepada beberapa peringkat (tahap). Salah satu peringkat itu ialah zaman selepas pemberontak Mesir iaitu dari tahun 1920 sehingga 1923 M. Saya berumur tidak lebih dari 14 tahun ketika itu. Ia merupakan tahap kehidupan di mana saya tenggelam dalam ibadat dan amalan sufi. Namun begitu hal ini tidak menyekat saya dari terlihat dalam kegiatan yang menyentuh kepentingan negara.

Apabila saya tiba di Damanhur, saya terpengaruh dengan Tariqat Sufi Hasafiah. Kubur pengasasnya, iaitu Syed Hasnain Al-Hasafi berada di Damanhur. Ketua kami di situ adalah Haji Hilmi Sulaiman, seorang yang bertaqwa dan wara’. Kerana itulah di antara saya dan beliau ada satu hubungan rohani yang khas. Sahabat Haji Hilmi ialah Syeikh Hasan Khiz Bik, seorang guru di Damanhur. Syeikh Hasan mengadakan majlis-majlis ilmu agama di rumahnya. Beliau memberi kuliah mengenai kitab Ihya’ Imam Ghazali di masjid Al-Jaisy sebelum solat subuh, dalam bulan Ramadhan. Haji Hilmi selalu membawa saya ke majlis-majlis tersebut. Saya mendapati diri saya seorang yang kerdil dibandingkan dengan mereka yang hadir di majlis itu kerana mereka terdiri daripada alim ulamak.

Bersambung... Detik-detik Hidupku; as Syahid Hassan al Banna.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Tawassul

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 19, 2007 | | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah acap kali rasanya dibahaskan persoalan tawassul. Sejak zaman kehidupan Baginda, para sahabat, tabi'in seterusnya hingga zaman kini. Sayangnya, hanya kerana persoalan tawassul, sering berlaku pertelagahan sehingga mengganggu gugat keutuhan dan perpaduan ummah.

Aku tidaklah bermaksud untuk ikut sama bertelagah persoalan yang sama. Orang utara kata, 'pi mai pi mai tang tu juga'. Apa jua perselisihan antara Salafi palsu Wahabi dan ASWJ, tidak akan ketemui titik noktahnya kerana persoalan furu', persoalan ijtihad merupakan persoalan yang sudah tentunya punya perbezaan pendapat. Tunggulah, tunggulah kedatangan Imam Mahdi di akhir usia dunia ini, permulaan kebangkitan Islam yang hakiki memimpin ummah, menyatukan dan menunjukkan jalan yang benar untuk diikuti.

Biarlah apa yang bakal ku coretkan di sini, merupakan catatan ilmiah untuk khazanah peribadi. Menghimpunkan kalam ulama, buat tatapan diri ini yang lemah. Dijadikan juga buat tatapan kalian bagi memudahkan kalian untuk beramal. Kemungkinan, ada di antara kita, yang mahukan sumber-sumber amalan tersebut, membuahkan keyakinan untuk terus beramal.

Kita perlu juga, berikhtiar sedaya upaya untuk terus mencari ilmu, menambahkan pengetahuan dalam diri kita. Apakah hujah dan sandaran kita dalam beramal. Dengan harapan, amalan kita lebih kukuh keyakinan untuk beramal. Bak kata pepatah, amal tanpa ilmu ni, sia-sia jadinya...

Ku mulakan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam at Turmuzi di dalam sunanya, pada bab الدعوات عن رسول الله. Telah bersabda Nabi Muhammad SAW:

‏حدثنا ‏ ‏محمود بن غيلان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن عمر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي جعفر ‏ ‏عن ‏ ‏عمارة بن خزيمة بن ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏عثمان بن حنيف ‏
‏أن رجلا ‏ ‏ضرير البصر ‏ ‏أتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال ادع الله أن يعافيني قال ‏ ‏إن شئت دعوت وإن شئت صبرت فهو خير لك قال ‏ ‏فادعه قال فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه ويدعو بهذا الدعاء اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك ‏ ‏محمد ‏ ‏نبي الرحمة ‏ ‏إني ‏ ‏توجهت بك ‏ ‏إلى ربي في حاجتي هذه ‏ ‏لتقضى ‏ ‏لي اللهم ‏ ‏فشفعه ‏ ‏في ‏
‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن صحيح غريب ‏ ‏لا نعرفه إلا من هذا الوجه من حديث ‏ ‏أبي جعفر وهو الخطمي ‏ ‏وعثمان بن حنيف ‏ ‏هو أخو ‏ ‏سهل بن حنيف

Maksudnya: Daripada Uthman Bin Hunaif RA, bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan Baginda SAW katanya: ’Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi SAW bersabda: ‘Kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik]. Kemudian Baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad, hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’

Hadis ini juga telah dikeluarkan oleh Imam an Nawawi di dalam kitab al Azkaarnya, pada bab أذكارِ صَلاةِ الحَاجة:

وروينا في كتاب الترمذي وابن ماجه، عن عثمان بن حُنَيْف رضي اللّه عنه،
أن رجلاً ضريرَ البصر أتى النبيّ صلى اللّه عليه وسلم فقال: ادعُ اللَّهَ تعالى أن يعافيني، قال: "إنْ شِئْتَ دَعَوْتُ، وَإِنْ شِئْتَ صَبرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ" قال: فادعُه، فأمره أن يتوضأَ فيُحسنَ وضوءَه ويدعوَ بهذا الدعاء: "اللَّهُمَّ إني أسألُكَ وأتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيّ الرَّحْمَةِ صلى اللّه عليه وسلم، يا مُحَمَّدُ! إني تَوَجَّهْتُ بكَ إلى رَبّي في حاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى لي، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فيّ" قال الترمذي: حديث حسن صحيح.
(469) الترمذي (479) ، وابن ماجه (1384) ، والحاكم 1/320، وهو حديث ضعيف، انظر الفتوحات 4/298ـ299.
(470) الترمذي (3573) ، وابن ماجه (1385) ، والحاكم 1/313، وقال: هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرِّجاه، ووافقه الذهبي.

Tawassul selepas kewafatan Baginda.

Telah di sebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari pada bab باب سُؤَالِ النَّاسِ الْإِمَامَ الِاسْتِسْقَاءَ إِذَا قَحَطُوا:

وروى ابن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري - وكان خازن عمر - قال " أصاب الناس قحط في زمن عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فإنهم قد هلكوا، فأتى الرجل في المنام فقيل له: ائت عمر " الحديث.
وقد روى سيف في الفتوح أن الذي رأى المنام المذكور هو بلال بن الحارث المزني أحد الصحابة، وظهر بهذا كله مناسبة الترجمة لأصل هذه القصة أيضا والله الموفق.

Telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Syaibah dengan sanad yang sohih daripada Abi Soleh al Saman, daripada Malik ad Dar yang merupakan penjaga perbendaharaan Umar, yang menceritakan:

“Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar RA, lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi SAW, lalu ia berkata; ‘Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)’. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; “Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)”.

Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al Harith al Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat.

Telah diriwayatkan juga sebuah hadis yang boleh dijadikan sandaran untuk bertawassul selepas kewafatan Baginda, iaitu di dalam kitab Mu'jam At Tabrani Kabir pada bab عثمان بن حنيف الأنصاري, ما أسند عثمان بن حنيف:

حدثنا طاهر بن عيسى بن قيرس المصري المقرىء ثنا أصبغ بن الفرج ثنا بن وهب عن أبي سعيد المكي عن روح بن القاسم عن أبي جعفر الخطمي المدني عن أبي أمامة بن سهل بن حنيف عن عمه عثمان بن حنيف أن رجل كان يختلف إلى عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه في حاجة له فكان عثمان لا يلتفت إليه ولا ينظر في حاجته فلقي بن حنيف فشكى ذلك إليه فقال له عثمان بن حنيف ائت الميضأة فتوضأ ثم ائت المسجد فصلى فيه ركعتين ثم قل اللهم اني أسألك وأتوجه إليك بنبينا محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي فتقضي لي حاجتي وتذكر حاجتك ورح حتى أروح معك فانطلق الرجل فصنع ما قال له ثم أتى باب عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فجاء البواب حتى أخذ بيده فأدخله على عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فأجلسه معه على الطنفسة فقال حاجتك فذكر حاجته وقضاها له ثم قال له ما ذكرت حاجتك حتى كان الساعة وقال ما كانت لك من حاجة فأذكرها ثم إن الرجل خرج من عنده فلقي عثمان بن حنيف فقال له جزاك الله خيرا ما كان ينظر في حاجتي ولا يلتفت إلي حتى كلمته في فقال عثمان بن حنيف والله ما كلمته ولكني شهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأتاه ضرير فشكى إليه ذهاب بصره فقال له النبي صلى الله عليه وسلم فتصبر فقال يا رسول الله ليس لي قائد وقد شق علي فقال النبي صلى الله عليه وسلم ائت الميضأة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم أدع بهذه الدعوات قال بن حنيف فو الله ما تفرقنا وطال بنا الحديث حتى دخل علينا الرجل كأنه لم يكن به ضر قط

Bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan Uthman bin ’Affan RA berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengan menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau. Kemudian ia pergi ke pintu kediaman Uthman bin Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. Uthman berkata: ’Beritahu kepada ku apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah SAW bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya yang tidak boleh melihat’.

Berkenaan hadis di atas, telah berkata al Imam Abdullah al Ghumari di dalam kitabnya (إتحاف الأذكياء):

بعد أن ذكر رواية الطبراني والبيهقي لهذه القصة: وهذه القصة صحيحة صححها الطبراني ونقل تصحيحه الحافظ المنذري في الترغيب والحافظ الهيثمي في مجمع الزوائد وأقرّاه عليه

Ikhwah... Rasanya, cukuplah setakat ini aku kumpulkan beberapa hadis Baginda SAW buat pedoman amalan kita. Usah diragui akan kebenaran yang jelas nyata. Abaikan golongan-golongan fitnah akhir zaman, yang selalu menggugat keutuhan dan perpaduaan ummat Baginda. Abaikan mereka. Mereka ibarat radio lama yang selalu memainkan lagu-lagu lama agar ummah leka dengan persoalan dan isu yang sudah sekian lamanya dibincangkan oleh pada ilmuan Islam.

Baca Lagi: Kisah al 'utbi

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Antara Murtad Dan Pengsan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 18, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita dikejutkan laporan akhbar Harakahdaily yang melaporkan bahawa terdapat kes pelajar IPT telah mengaku murtad. Apa yang sangat dikesali, pihak pemerintah yang mengaku Islam hanya menganggap isu tersebut sebagai kes terpencil. Sedangkan, soal murtad bukanlah soal picisan, tetapi melibatkan soal hukum yang termaktub di dalam al Quran yang telah menjadi kewajipan pemerintah untuk memeranginya.

Berbeza dengan tindakan kerajaan terhadap laporan yang dihebahkan melalui blog mengatakan Pak Lah telah pengsan ketika menghadiri satu majlis di Perak. Seperti yang dilaporkan, pengendali blog boleh dikenakan tindakan tegas termasuk di bawah Akta Hasutan sekiranya laporan itu mempunyai unsur fitnah.

Aduhaiiii... Inilah yang berlaku di tanah airku... Murtad dilaporkan dianggap isu picisan, tapi melaporkan Pak Lah pengsan perlu diambil tindakan tegas. Mungkin kaedahnya; murtad isu picisan, pengsan isu besaran yang perlu diambil tindakan tegas.

Sedang masyarakat menghadapi krisis meruntuhan moral dikalangan muda mudi, menghadapi krisis murtad yang berlaku, masih lagi ada diantara kita yang seronok dok kondem Selawat Syifa'. Tak tau isu yang mana perlu diberi perhatian, yang mana perlu dihormati kerana perkara yang cabang.

Mai kita pakat-pajat Selawat Syifa', moga menjadi ubat yang mujarab menyembuhkan penyakit batin kita seterusnya penyakit masyarakat kini yang semakin parah.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Selawat Syifa'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 18, 2007 | | 5 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalunya, bila di sebut jangan, yang tu juga selalunya orang buat. Jangan buang sampah merata-rata, tapi sampah juga yang merata-rata ada. Bila disebut jangan bising, bising juga yang berkenan nak dibuatnya...



Terima kasih buat Tuan Mufti Wahabi Salafi Perlis yang telah mengutarakan isu kesalahan Selawat Syifa' (Kesalahan Selawat Syifa', Suara al-Sunnah, Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Bil. 1 April 2007); isu yang dibangkitkan olehnya, amat membuka hati aku untuk terus beramal dengan Selawat Syifa'. Jika sebelum-sebelum ini, tak terlintas di hati untuk mengorek rahsia Selawat Syifa', tapi dengan isu yang telah ditimbulkan oleh beliau, maka tak semena-mena untuk aku terus mengorek rahsia berkenaan Selawat Syifa' ini.

Jika dulu, masa alam sekolah menengah, selepas Solat Maghrib, kami akan beramai-ramai mengalunkan beberapa jenis Selawat. Antara yang selalu kami alunkan ialah Selawat Syifa' ini. Allahumma Salli'ala Saidina Muhammad, Tibbil Quluubi wadawaaiha... Adussss Teringat kembali kenangan dulu.... KBSM katakan... Hehe

Terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Mufti Perlis, membuka ruang untuk aku mengigat kembali untuk beramal dengan Selawat Syifa'. Untuk terus mencari bahan maklumat berkenaan selawat tersebut. Biarlah dikondem di ahkam. Biasalah... Tajdid yang telah lapok, selalu memainkan rentak lagu yang sama.

Mai kita pakat-pakat beramal dengan Selawat Syifa'. Lagi depa dok kondem, lagi tu kita pakat beramal. Yang dulunya ada di antara kita yang tak pernah amik tahu, sekarang ni, mungkin dah ada yang ter'amik' tahu. Dah ter'amik' tau, maka jangan segan-segan untuk beramal. InsyaAllah dengan izin dan kuasa Allah, ada manfaatnya kecuali meraka-mereka yang telah di'buta'kan mata hatinya.

Allah Maha Kaya, Allah Maha Berkuasa. Kian lama, akan sirna kepalsuan manusia yang bertopengkan salafi palsu, akan sirna mereka-mereka yang selalu merosakkan perpaduan ummah. Untuk semua ini mengambil masa, yang pastinya janji Allah pasti benar.

Bacaan lain: Selawat Syifa'; Penjelasan TG Haron Din.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Genarasi Kini...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 08, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah kelas tahun 3, ada seramai 35 orang murid. Aku bertanya; soalan pertama: Siapa yang solat Subuh pagi tadi? Soalan kedua: Siapa yang tahu bersolat? Dan soalan ketiga: Siapa yang solat Maghrib kelmarin? Jawapannya...

Pertama, hanya 2 dari 35 orang murid sahaja yang solat Subuh pagi tadi. Keduanya, hanya 3 dari 35 orang sahaja yang tahu solat dan ketiganya hanya 5 dari 35 orang sahaja yang solat Maghrib kelmarin.

Bagaimana bilangan solat Maghrib boleh menjadi 5, padahal yang tahu solat hanyalah 3 sahaja? Ini kerana, selebihnya bersolat menjadi makmum mengikut ayahnya bersolat.

Inilah senario yang berlaku di kalangan anak-anak Islam kita. Kelalaian kita. menghasilkan natijah yang sebegini. Ada di antara kita lebih mengutamakan perkara furu' dari membincangkan perkara pokok. Mengutamakan soal doa qunut, gerakan jari semasa tahiyat, baca doa beramai-ramai selepas solat, azan Jumaat dan sebagainya. Tapi melupakan soal pokok iaitu mengajak masyarakat mengerjakan solat, mentarbiyah generasi muda untuk mendirikan solat.

Ayuh! Mari sama-sama fikirkan masa depan generasi muda. Generasi sekarang penentu hala tuju sebuah negara pada masa mendatang. Selamatkan mereka, agar mereka mengerti mendaulatkan al Quran dan as Sunnah di tanah air mereka.

Allah berfirman:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya (penyejuk mata hati), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.” (Surah Al Furqan, ayat 74)

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Tahniah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, May 06, 2007 | | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."

Tahniah... Tahniah aku ucapkan kepada sahabat yang ku kenali, sahabat yang pernah mengikuti rentak tari perjuangan alam sekolah menengah. Moga-moga dengan amanah yang terpikul di bahu mu sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Perlis merancakkan lagi corak dan langkah perjuangan sehingga titisan darah yang terakhir.

Pimpinan Sesi 2007-2009. Dari kiri Ustaz Ya'akub (Ketua), Ustaz Adnan (Timbalan Ketua), Pak Sheikh Ustaz Yussaine (Naib Ketua). Eratkan ukhuwwah, langkah seiring bersama mengajak masyarakat yang kini tenat di buai mimpi-mimpi indah keduniaan yang sementara. Leka disuap hiburan-hiburan yang melalaikan sehingga melupakan matlamat asal Allah jadikan manusia dan jin hanyalah untuk beribadah kepadaNya. Lebih parah lagi, negeri yang kecil di utara semenangjung ini, di asak Wahabi dengan perkara-perkara khilafiah, yang sudah semestinya merugikan ummah.

Selamat kembali ke Bumi Anbiya' kepada akhi Nabil Ahmad kelmarin (Sabtu) yang bertolak bersama Pak Lang, moga urusan kalian dipermudahkan Allah. InsyaAllah, nanti apabila pulang kelak, akan membawa perubahan di negeri sendiri.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

'Template' Baru

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 05, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir 2 tahun menggunakan 'template' yang lama, kini weblog aku berwajah baru. Beberapa hari mencari 'template', akhirnya aku memilih "hobbit" sebagai 'template' weblog aku yang baru.







Jika di lihat 'design' yang lama, aku melakukan 2 perubahan. Pertamanya, gambar pen di kiri 'header'. Pen yang sedia ada, seolah-olah punyai lambang salib. Tidak sesuai rasanya aku gunakan gambar tersebut. Boleh mendatangkan fitnah. Mungkin itu caranya untuk 'mereka-mereka' mendiayahkan agama mereka secara halus.

Dan yang keduanya, gambar 'oreng kenit' di sebelah 'blog description'. Ianya mungkin menunjukkan karakter yang tidak baik. Oleh yang sedemikian, aku menukar gambar tersebut dengan gambar 'nature'.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

'Read More!'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 04, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku ingin berkongsi pengetahuan dengan kalian bagaimana mengaktifkan fungsi 'read more' pada setiap artikel dalam weblog kalian. Ianya bertujuan untuk memaparkan hanya sedikit mukaddimah artikel, kemudian menyembunyikan teks artikel yang selebihnya. Pengunjung akan klik pada 'read more' untuk membaca sambungan artikel.

Pertamanya, klik 'layout', kemudian klik 'edit HTML', di situ akan dipaparkan 'edit template'. Pada bahagian 'backup / restore template', ianya untuk meng'backup' web kalian, sekiranya berlaku kesilapan di ruang 'edit HTML'.

Salin kod di bawah:

‎<style>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
.readmore {display:inline;}
<b:else/>
.readmore {display:none;}
</b:if>
</style>


Letakkan kod di atas pada ruang sebelum 'closeing head tag'.


Kemudian, salin kod ini:

‎<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<a expr:href='data:post.url'>Read more!</a>
</b:if>


Letakkan kod di atas selepas 'data:post.body'.


Kemudian, klik tab 'setting', klik 'formatting' dan isikan pada bahagian 'post template' dengan kod ini:

‎This an example post I want to split. Imagine it's really long.
<span class='readmore'>This is the rest of my post. Blah blah and blah</span>




WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Bid'ah Bukan Hukum

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, April 26, 2007 | | 4 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selayaknya segala pujian dikembalikan kepada Rabbul Jalil. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, moga-moga dengan selawat dan salam ke atas Baginda, perolehi syafaat Baginda di hari yang tiada syafaat melainkan syafaat Baginda SAW.

Seperti yang sedia maklum, di dalam perbincangan ilmu feqh secara umumnya kita ketahui bahawa hukum terbahagi kepada lima; iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sehingga kini, aku belum ketemui hukum yang ke enam diperbincangkan oleh para ulama di dalam kitab-kitab iaitu "bid'ah".

Oleh yang sedemikian, buat mereka-mereka yang selalu menghukum membuta tuli tanpa ilmu, bolehlah belajar dahulu istilah-istilah feqh yang diguna pakai di dalam kitab para ulama. Sila ikuti perbincangan ringkas oleh Sheikh Nuruddin di bawah. Moga ada manfaat buat mereka yang masih lagi keliru.



WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Khutbah Jumaat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, February 17, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Tahun Baru Hijrah...
Rasanya, belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Tahun Baru Islam buat kalian. Moga tahun baru ini, tahun cahaya bagi ummat Islam. Tahun untuk saling mengukuhkan perpaduan atas Iman dan Islam. Bersatu atas perkara yang disepakati, berlapang dada atas perkara yang ranting.

Bunyinya, rasanya agar sukar. Tetapi itulah antara perkara yang perlu diberi perhatian. Suara kesedaran buat ummat perlu bergumandang. Suara perpaduan harus diteruskan agar memberi kesedaran. Kita perlu berusaha, Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat ummatnya.

Walaupun kini, ada isu-isu yang bermain di media massa lebih menjerat diri kita agar selalu memutarkan perkara-perkara lama yang lebih bersifatkan dahan dan ranting, tetapi kerja kita, usaha kita kena bersabar dan teruskan memberi kesedaran kepada masyarakat agar suatu hari nanti, mereka mengetahui yang mana perkara dahan dan ranting, yang mana perkara pokok, yang mana perlu berlapang dada, yang mana perlu kita sepakati demi keutuhan ummah kini.

Di ruang maya ini, kali ini aku cuba lontarkan beberapa isu yang terjadi kini. Khabarnya, teks khutbah yang disediakan di negeri Sunnah Indera Kayangan padanya tidak ada lagi Selawat ke atas Nabi SAW. Aku telah melihat 2 contoh teks yang telah disediakan. Memang terbukti tiada Selawat ke atas Nabi. Atau mungkin juga aku tidak perasan. Tapi, isu nya kini telah berleluasa di negeri sana. Para imam yang berkhutbah membaca khutbah yang prihatin, akan berselawat di atas mimbar. Penambahan di dalam teks daripada yang telah disediakan.

Jika ini perkara benar-benar terjadi, soalan aku; sah kah Jumaat di sana? Setahu aku, antara rukun khutbah ialah Selawat ke atas Nabi. Tak dak rukun ni bagaimana yaaa... Atau adakah ini perkara khilaf? Selawat ke atas Nabi itu di dalam khutbah Jumaat adakah bid'ah?

Kelmarin, aku berpeluang mendengar khubah di Negeri Perlis. Jangkaan ku, Tuan Mufti akan berkhutbah di Masjid 'agung', tetapi silap 'sangkaan', beliau telah berkhutbah di Masjid Syed Alwi. Terlepas peluang pula kali ini.

Dan yang lebih malang lagi, aku mengetahui isu Selawat di dalam khutbah ini, selepas Jumaat. Mmm kawan-kawan yang berada di Negeri Perlis nunnn, nanti Jumaaat akan datang cuba pastikan khutbah masjid di tempat anda. Adakah dibaca Selawat ke atas Nabi di dalam khutbah, atau pun tiada. Atau pun, cuba korek-korek teks khutbah yang lepas-lepas. Pastikan benarkah ianya terjadi atau pun tidak...

Apa-apa pun, kali ini, aku selitkan apa kata Imam an Nawawi di dalam kitabnya; kitab majmuk... Moga kalian ada respon atas isu ini...

أما الأحكام ) فقال أصحابنا : فروض الخطبة خمسة , ثلاثة متفق عليها واثنان مختلف فيهما ( أحدها ) : حمد الله - تعالى - ويتعين لفظ الحمد , ولا يقوم معناه مقامه بالاتفاق .

وأقله الحمد لله ( الثاني ) : الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويتعين لفظ الصلاة , وذكر إمام الحرمين عن كلام بعض الأصحاب ما يوهم أن لفظي الحمد والصلاة لا يتعينان ولم ينقله وجها مجزوما به , والذي قطع به الأصحاب أنهما متعينان ( الثالث ) : الوصية بتقوى الله - تعالى -

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Salam 'Aidil Akbarٍ

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, December 31, 2006 | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Salam Aidil Adha buat rakan-rakan seakidah... Walaupun ada di antara kita yang berbeza perkara-perkara yang furu', tetapi kita punyai kiblat yang sama.

Kita tetap menyambut 'aidil akbar yang sama. Menunaikan haji di tempat yang sama.

Kawan-kawan, mari tingkatkan ketakwaan. Mari utuhkan perpaduan, dekat-dekatkan perbezaan, cari titik noktah persamaan untuk mewujudkan perpaduan jamaah akidah menentang musuh Allah.

Bukan masanya manarik perhatian masyarakat awam persoalan kayu kokka, tetapi lupakan isu akidah ummat Islam di Malaysia kini yang terancam.

Kawan-kawan... mari, marilah tingkatkan keazaman perpaduan untuk masa hadapan Islam yang akan gemilang.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Cintai Dunia, Jahil Ilmu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, December 30, 2006 | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان – رواه مسلم

Dari Abi Said al Khudri RA, katanya: aku dengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang sedemikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman. Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Cintakan dunia dan hidup dalam kejahilan. Seorang ketua, bertanggungjawab untuk memimpin orang di bawahnya. Seorang suami bertanggungjawab terhadap anak serta isterinya. Seorang guru bertanggungjawab terhadap murid-muridnya. Seorang pemimpin masyarakat bertanggungjawab terhadap komuniti qariahnya, mukimnya, negeri serta negaranya.

Umat akhir zaman lebih mencintai dunia dari Allah dan RasulNya. Menganggap agama penghalang untuk kebebasan hidup. Jahil menjalani kehidupan berlandaskan ketakwaan, untuk mencari keredaan Ilahi buat bekalan hari akhirat. Lebih suka berhibur dari menuntut ilmu membasmi kejahilan.

Jadikanlah diri kita kategori yang pertama; iaitu alim, atau yang kedua; iaitu seorang pelajar, atau yang ketiga; iaitu yang mendengar kuliah agama, atau yang keempat; iaitu orang yang suka kepada ketiga-ketiga golongan di atas, tetapi janganlah jadi orang yang ke lima, iaitu bukan seorang yang alim, bukan juga seorang penuntut ilmu, bukan juga seorang pendengar kuliah ilmu, atau bukan juga seorang yang amat kasih kepada golongan alim, penuntut dan pendengar, maka akan binasalah golongan yang kelima ini.

Seorang suami berkuasa untuk menegur isteri dan anak yang melanggar perintah Allah. Seorang guru berkuasa terhadap anak muridnya menegur kesalahan serta mendidik. Seorang pemimpin berkuasa untuk membanteras apa jua benih-benih kemungkaran yang berlaku di bawah qariahnya, mukimnya, negeri serta negaranya.

Tapi, sayangnya di akhir zaman ini seorang suami tidak mampu menunjukkan keizzahan seorang suami menegur isteri dan anaknya. Seorang guru tidak lagi dihormati sebagai pendidik yang mendidik anak bangsa. Seorang pemimpin tidak menggunakan kuasa serta amanahnya untuk bertindak di atas kemungkaran yang berlaku, pusat-pusat berlakunya kemungkaran dibiarkan, malah lebih parah lagi bersengkonkol saham untuk membina serta membiakkannya lagi.

Oleh yang sedemikian itu, perkara mungkar adalah disepakati oleh semua ulama untuk membanterasnya. Dalam situasi sekarang, wajar kah kita membiarkannya, tetapi dalam masa yang sama lebih mengutamakan soal-soal yang diperselisihkan oleh ulama. Wajar kah golongan yang berdoa perlahan mempertikaikan serta menghujum golongan yang berdoa secara kuat, walhal kedua-dua amalan tersebut diterima. Wajar kah golongan yang pertikai kan amalan doa qunut di dalam solat subuh sebagaimana dijelaskan di dalam mazhab asSyafie, menghujum dan menempelak sahabat seakidah hanya kerana perkara furuk yang diperselisihkan, tetapi tidak mahu bersatu untuk menentang kemungkaran masyarakat yang meninggalkan solat.

Masyarakat kita masih lagi mencintai dunia, dan masih lagi hidup dalam kejahilan. Marilah bersatu untuk menyuluhi mereka di atas perkara yang disepakati.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

AWAS: Kesan Sampingan Makan Kurma.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, November 26, 2006 | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Dari ceramah Yg Bhg. Ustaz Ismail Kamus. Dari pemerhatian Us. Ismail Kamus, beliau menasihatkan bagi golongan kebanyakan supaya mengurangkan makan kurma terutama kurma nabi atau kurma Najwa.

Ini adalah kerana kurma ini boleh mendatangkan side effect kepada kesihatan manusia, iaitu mendatangkan masalah kebotakan kepala terutama bagi rakyat kebanyakan. Kesan sampingan kurma nabi ini diperakui oleh para doktor, akan wujudnya masalah kebotakan bagi golongan rakyat kebanyakan jika di amalkan hari-hari.

Tapi yang pasti ramai tak percaya, termasuk lah saya. Tapi Yg. Bhg Ustaz Ismail Kamus ada hujahnya;

"Mana Tak BOTAK kepala, kalau hari - hari makan atau sedekah Kurma Najwa yang harganya RM120 sekilo, orang kaya boleh le, ni kita bukan kepala je BOTAK, poket pun Rabak."

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Ramadhan Karim...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, September 23, 2006 | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahlan ya Ramadhan… Ramadhan Karim… Kehadiran Ramadhan disambut dengan perasaan girang, gembira dan penuh kesyukuran bagi mereka yang mengharapkan keampunan dari Rabbul Jalil, yang Maha Pengampun buat hambaNya, yang ikhlas beribadah kepadaNya.

Seperti kebiasaan, amalan utama yang dilakukan oleh umat Islam di kala ini ialah solat tarawih. Kemudian disusuli dengan solat witir sebanyak 3 rakaat. Pada ketika ini, kelihatan ada yang berjemaah solat witir, dan ada juga yang bangun terus pulang tanpa berjemaah solat witir.

Kebiasaannya, mereka yang tidak solat witir berjemaah selepas solat tarawih ialah kerana hendak bangun semula untuk bertahajud di hening hari. Dan mereka akan akhiri solat witir selepas mengerjakan amalan sunat tersebut.

Persoalannya, yang manakah lebih afdal; solat witir berseorangan ataupun berjemaah? Untuk menjawab persoalan itu, mari kita rujuk kalam Imam an Nawawi di dalam kitabnya, al majmuk syarah kepada al Muhazzzab. Telah berkata Imam an Nawawi di dalam kitabnya itu pada muka surat: 509, jilid 3, cetakan al Maktabah al Irsyad.

فرع - إذا استحببنا الجماعة في التراويح استحبت الجماعة أيضا في الوتر بعدها باتفاق الأصحاب، فإن كان له تهجد لم يوتر معهم بل يؤخره إلى آخر الليل كما سبق فإن أراد الصلاة معهم صلى نافلة مطلقة وأوتر آخر الليل، وأما في غير رمضان فالمشهور أنه لا يستحب فيه الجماعة،

Maka, apa yang dapat difahami daripada kata Imam an Nawawi itu bahawasanya apabila solat tarawih itu sunat dilakukan secara berjemaah, maka disunatkan juga melakukan sunat witir secara berjemaah di dalam bulan Ramadhan. Selain dari bulan Ramadhan, tidak disunatkan melakukan solat witir secara berjemaah.

Oleh yang sedemikian, solat witir secara berjemaah di bulan Ramadhan terlebih afdal dilakukan secara berjemaah dari melakukan seorang diri. Kita tunggu la sehingga solat tarawih sampai habis, sampai kita sama-sama lakukan solat witir secara berjemaah.

Mari kita bersama-sama tingkatkan keazaman untuk menambah gandakan amalan sempena Ramadhan yang mulia ini. Jika dulu-dulu buat sekadar 8 rakaat sahaja, apa kata kita tambah nilai menjadi 20 rakaat pula. Moga-moga tinggilah darjat kita di sisi Allah Rabbul Jalil.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Kuliah Sheikh Nuruddin - Ogos 2006

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, August 03, 2006 | 3 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kurnia Allah tidak terhingga buat hamba-hambaNya. Diberi lagi kesempatan untuk mencoret ilmiah buat bekalan di Hari Kemudian. Moga dinilai sebagai amal soleh memudahkan jalan menuju syurga Ilahi.

Bersyukur mempu mencoret dicelah-celah keamanan, berbanding dengan saudara seagama kita yang hari-harinya berjihad menentang Yahudi laknatullah. Hidup mereka hanyalah jihad. Amat malang jika keamanan yang kita kecapi, kesempatan nikmat Allah yang tidak terhingga ini tidak digunakan untuk mencoret ilmiah. Moga pena itu mampu menyuluh jalan hidayah.

Bersyukur aku selamat pergi dan pulang dari Langkawi menghadiri kursus. Hampir seminggu lamanya. Melayari lautan yang luasa itu amat menggerunkan. Ajal maut tidak mengira tempat. Moga kita akhiri usia kita dengan 'husnul khatimah'. Seperti tidak diduga, sewaktu sibuk beraktiviti di sana, dikhabarkan pelakon; Allahyarham Hani Mohsin pergi sewaktu hendak pergi bercuti ke Langkawi juga. Tanpa di duga, dengan kecerian sebelumnya, setibanya di lapangan terbang dengan kelam kelibut, ajal menjemput. Itulah kehidupan. Bukan fokus ku kepada pelakon, tetapi fokus ku adalah persoalan ajal datang menjemput tidak mengira tempat dan usia. Bukti berlegar sekeliling kita. Mata hati mampu menilai segala peringatan Allah buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir.

Meredah lautan dengan bot amat mengasyikan. Keindahan ciptaan Allah diiringan kalimah 'subhanaAllah'; maha suci Allah yang menciptakan segalanya. Tanpa di duga juga, keindahan itu boleh ditarik Allah hanya dengan sekelip mata dengan kekuasaanNya juga.

Kawan-kawan...

Aku ada menyentuh pada posting aku yang lepas, berkait dengan Syeikh Nuruddin. Aku bercadang untuk menyambung berkaitan 'isnad minadDin', seperti yang dibahaskan di mukaddimah Syarah Sahih Muslim. Kelemahan aku, hemah kurang, dipertanggungjawabkan lagi dengan beberapa tugas lain; melambatkan proses tersebut. Pejam celik, telah sampai khabar bahawa Syeikh Nuruddin akan hadir ke Malaysia seperti jadual di bawah.


Pengajian bersama
Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki,
4 - 8 ogos 2006


Jumaat, 4 Ogos 2006
9.00 pg - 11.30 pg

Program muslimat (Masjid al-Falah, USJ9)

1.00gh – 1.20 tgh
Tazkirah Jumaat (Masjid al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab: ‘Imam Shafie – Penghulu Imam & Pembaharu Ummah’ (Masjid Terapung Puchong Perdana, Puchong)

Sabtu, 5 Ogos 2006
9.00 pg – 10.30 pg

Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid al-Falah, USJ9)

10.45 pg – 12.15 tgh
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid al-Falah, USJ9)

5.15 ptg – 6.45 ptg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 3: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm
Forum Perdana (Masjid al-Falah, USJ9)

Ahad, 6 Ogos 2006
9.00 pg – 10.30 pg

Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat iman’ (Masjid al-Falah, USJ9)

10.45 pg – 12.15 tgh
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Isra’ & Mi’raj – Persoalan, Dakwaan Palsu & Jawapannya’ (Masjid Jamek Tampin, Negeri Sembilan)

Isnin, 7 Ogos 2006
8.00 mlm – 9.30 mlm

Forum Perdana: ‘Amalan Bidaah Di Kalangan Masyarakat Islam – Bersama Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak)

Selasa, 8 ogos 2006
9.00 pg - 12.30 tgh

Program Muslimat: Fiqhu Nisa’ (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Rujukan dan pertanyaan: abuanis

Aku nasihati dengan senasihat-nasihatnya... Sesiapa yang benar-benar mahukan 'pencerahan' berkait persoalan yang telah difitnahkan kepada Tuan Guru Sheikh Nuruddin, elok la pi jumpa sendiri. Jadual kuliah telah diedarkan. Sesiapa yang menjadi antara rantaian-rantaian meng'kopi' n 'paste' segala tulisan yang menghentam tuan guru tanpa ada adab atas nama 'pemurnian', dengan segala gentlenya, pi la 'turun padang' berjumpa dan berbahas dengan tuan guru secara bersemuka penuh beradab.

Rasanya, cara tu la elok nak betul-betul 'pemurnian'. Sekadar baca tulisan tersebut, pastu 'angguk-angguk', n 'paste' kan di komuniti, rasanya tak betul lah. 'Taklid' buta gamaknya gitu. 'Ta'sub' tuli kepada individu yang menulis.

Itulah umat akhir zaman... Ummatii... Ummatii.. Ummatii...

Persoalan pokok ditinggalkan, yang cabang-cabang tu la nak 'digosek' sungguh-sungguh tanpa disiplin ilmiah dan adab sebagai ulamak.

Ulama, yang sebenar-benar ulama tak nak diikut, yang 'protaz' juga disanjung dengan sikap taklid dan taksub tuli...

Ummti... Ummatiii...

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Resolusi Muzakarah Ulama'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, July 21, 2006 | 0 Komen »

بسم الله الرحم الرحيم

Resolusi Muzakarah Ulama'

19 Jamadil Akhir 1427 H / 15 Julai 2006.
Taman Siswa Bandar Darulaman Jitra Kedah Darul Aman.


“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menjadikan pemimpin mu orang-orang yang membuat agama mu jadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mu dan orang-orang kafir (musyrik. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.”
( Surah Al Maidah 57 )

Menyedari bahawa ulama, umara dan seluruh umat Islam menanggung jawab amanah berat mempertahan, memperkukuh dan mengembangkan Akidah seluruh umat manusia.

Menginsafi bahawa Islam dan umat Islam kini sedang menjadi sasaran golongan anti Islam melalui pelbagai strategi dan penggemblengan, sumber di peringkat nasional dan antarabangsa. Konspirasi mengembangkan sentimen íslamophobia” (imej Islam menakutkan) sedang digerakkan di seluruh dunia dengan tujuan untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Menginsafi bahawa gejala murtad adalah suatu jenayah syariah yang sangat serius dan seluruh ulama, umara dan masyarakat Islam perlu mengguna seluruh kekuatan untuk membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi.

Mengambil perhatian serius terhadap kewujudan pihak tertentu yang berusaha untuk memberi hak murtad secara bebas kepada semua atas nama hak perlembagaan melalui pentafsiran atau pindaan undang-undang.


Maka Muzakarah Ulama’ anjuran Persatuan Ulama’ Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah pada hari ini 19 Jamadil Akhir 1427 Hijrah / 15 Julai 2006 Masihi yang dihadiri seramai 150 orang peserta di Taman Siswa Bandar Darul Aman Jitra Kedah Darul Aman telah merumuskan resolusi berikut:


1. Merayu agar Majlis raja supaya mengambil perhatian berat terhadap usaha pihak-pihak yang mahu menggunakan perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan hak-hak murtad di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Majlis Raja-raja adalah pihak berkuasa tertinggi agama Islam di negara ini. Sebarang percubaan menjejaskan status Islam melalui undang-undang atau apa-apa saluran sekalipun adalah usaha mencabar kuasa Raja-raja sekali gus mencabar undang-undang negara.

2. Sebuah Akta Mahkamah Persekutuan perlu digubal untuk membicarakan konflik mengenai isu-isu yang tidak jelas bidang kuasa Mahkamah dan anggota Hakim perlu terdiri dari kalangan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Ketua Hakim Syariah.

3. Pihak-pihak berkuasa agama di peringkat negeri hendaklah mempertahankan status syariah. Sebarang usaha untuk memindahkan peruntukan dalam Perlembagaan melalui parlimen supaya bidang kuasa agensi-agensi Islam termasuk Mahkamah Syariah berada di bawah undang-undan sivil adalah suatu usaha menafikan hak umat Islam mengguna pakai undang-undang syariah sebagai undang-undang tertinggi.

4. Segala penggubalan dasar negara perlulah mendapat nasihat para ulama sebelum diluluskan dan dilaksanakan. Dasar-dasar yang dimaksudkan di sini ialah segala dasar yang boleh mempengaruhi kepentingan dan kelangsungan hidup negara masa kini dan masa depan seperti dasar pendidikan, dasar bahasa, dasar yang menyentuh media cetak dan media elektronik, dasar penerangan dan penyiaran yang melibatkan dunia hiburan, seni lakon, seni suara, dasar keselamatan dalam negara dan luar negara, dasar yang berkaitan perundangan dan badan kehakiman dan sebagainya.

5. Pihak berkuasa perlu berhenti menyediakan prasarana gejala sosial dan persekitaran yang menjurus kepada maksiat. Pusat-pusat hiburan yang menyediakan ruang untuk melakukan maksiat wajib ditutup. Kerana kerosakkan pada akhlaq manusia akan menambahkan beban negara.

6. Pihak berkuasa perlu mendaulatkan semula peraturan Islam di dalam semua sudut kehidupan manusia. Kebaikan dan kebahagiaan yang dihasilkan oleh peraturan Islam adalah untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh golongan Islam dan bukan Islam.

7. Segala program dan perancangan oleh pihak pemerintah dan juga pihak lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan golongan remaja dan belia, hendaklah menjurus kepada pengukuhan iman, pembinaan akhlak dan pemuliharaan jati diri bahasa, bangsa dan negara.

8. Segala rancangan TV, radio, seni lakon, seni suara, seni tari, filem, konsert dan lain-lain bentuk hiburan perlu mendapat kelulusan atau nasihat majlis ulama sebelum dipersembahkan kepada orang ramai.

9. Ulama’ harus kembali kepada peranannya untuk mendidik dan mentarbiahkan umat supaya terbentuk suatu jemaah yang memahami dan menghayati ajaran Islam serta melaksanakannya di dalam kehidupan di semua peringkat.

10. Para Ulama’ perlu bersatu dalam perasaan, fikrah dalam persatuan dan persaudaraan. Justeru, majlis-majlis seperti muzakarah, multaqa, nadwah, munaqasah, dialog dan sebagainya perlu diperbanyakkan untuk membentuk suatu kumpulan yang berpengaruh untuk menghadapi.

11. Umat Islam perlu peka dan waspada terhadap cabaran aliran pemikiran Islam semasa atau yang diwarisi dari zaman silam dan beberapa aliran pemikiran moden hasil asakkan globalisasi dan di bawa masuk ke dalam masyarakat Islam. Aliran pemikiran sekular yang menguasai pendidikan, perundangan, pentadbiran dan sebagainya perlu ditolak. Pluralisme agama, Islam Liberal perlu dikaji dan di tolak dengan cara melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu keislaman dan semasa yang secukupnya. Lanjutan dari itu terus beristiqamah dan menghayati pemikiran Islam yang sebenar berasaskan al-Quran dan as-Sunnah

12. Untuk mempertahankan status Islam dalam perlembagaan dan memperkasa ummah menghadapi ancaman murtad dan sebagainya. Umat Islam mesti bangun mempertahankan agamanya daripada segala unsur melalui pelbagai saluran termasuk politik dan perundangan, atau mengadu kepada majlis Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa untuk mempertahankan agama Islam daripada tindakan kezaliman musuh-musuhnya.

Penutup

Penghargaan dan terima kasih khusus kepada Sahibul Samahah Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Bin Abdul Halim yang sudi merasmikan persidangan ini. Seterusnya kepada AJK induk dan pelaksana persidangan, Taman Siswa bandar Darul Aman, pembentang kertas kerja, petugas-petugas dan semua pihak, kumpulan dan individu yang turut menjayakan persidangan ini. Terima kasih.

Bagi pihak AJK Muzakarah, Jawatankuasa Resolusi dan peserta.

Syeikh Abu Bakar Awang
Pengerusi Muzakarah Ulama
(Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Kedah)

[+/-] Selengkapnya...

Muzakarah Ulama': Murtad; Punca Dan Penyelesaiannya.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, July 11, 2006 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Muzakarah Ulama’: “Murtad; Punca Dan Penyelesaiannya”

Tarikh: 15 Julai 2006 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1427 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Taman Siswa, Tanah Merah, Jitra.
Anjuran: Persatuan Ulama’ Kedah & Jabatan Mufti Negeri Kedah
Penyertaan: Wakil dari agensi kerajaan, swasta, NGO, ABIM,
JIM, PAS, UMNO dan lain-lain. (terhad 100 orang sahaja)


Tentatif

8.00 pagi : Pendaftaran

8.45 :Majlis Perasmian oleh: S.Samahah Dato’ Mufti Negeri Kedah Darulaman

9.45 : Rehat

10.00 : Muzakarah 1

1) “Murtad; Punca dan Penyelesaiannya”
Oleh: Ustaz Yusuf Bin Mahmud
Persatuan Ulama Kedah


2) “Murtad; Ajaran Sesat dan Sihir”
Oleh: S.F Tuan Syeikh Fadhil Bin Haji Awang
AJK Fatwa Negeri Kedah


11.30 : Muzakarah 2

1) “Murtad; Media dan Gejala Sosial di Malaysia”.
Oleh: Haji Ahmad Bin Haji Kassim.
WADAH

2) “Murtad dan Peruntukan Undang-Undang di Malaysia”
Oleh: Dato’ Syeikh Azmi Bin Ahmad
Bekas Ketua Hakim Syarie


1.00 tengahari : Jamuan / Solat Zohor

2.00 petang : Muzakarah 3

“Murtad dan Perancangan Musuh Islam”
Oleh: Haji Azmi bin Hamid
TERAS


3.00 petang : Resolusi

[+/-] Selengkapnya...

Ulama Yang Bersanad

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, May 21, 2006 | 3 Komen »

بسم الله الرحم الرحيم

بَارَكَ اللهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في الخَيْر

Aku doakan buat sahabat aku; akhimasrawi yang telah selamat mengadakan kenduri perkahwinan pada kelmarin, Sabtu 20 Mei 2006, moga-moga Allah taala kurniakan keluarga yang bahagia, anak-anak yang 'qurratul 'ain', mewarisi perjuangan menegakkan kalimah Allah Subhanhu wa taala.

Hujan sepanjang perjalanan ke sana. Dari rumah aku, jeti Kuala Perlis seterusnya sampai Langkawi. Semasa di dalam feri ke Langkawi, hujan agak lebat, laut bergelora. Nun jauh kelihatan, hujan turun mencurah-curah, gelap menandakan lebatnya hujan. Allah Maha Kaya, di lautan serba luas ini diturunkan lagi hujan.

Semasa laut bergelora, kapal terhuyung-hayang, teringat aku akan hizib yang sentiasa dibaca oleh Syeikh Nuruddin ketika hendak memulakan kuliah; iaitu Hizib Bahr. Berkenaan hizib ini, telah diceritakan Imam Syazali Rahimahulah, satu hari beliau ingin pergi haji, beliau mengambil jalan laut. Kapten kapalnya ialah seorang Nasrani. Tengah perjalanan tiba-tiba tidak ada angin. Bukan setakat sehari, tetapi berhari-hari. Semua awak kapal sangat gelisah dan berduka cita.

Dalam kegelisahan inilah beliau bermimpi Rasulullah SallaAllahu 'laihi Wa salam. Lalu Baginda mengajarkan al Imam akan Hizib ini. Apabila siang sudah tiba, al Imam menyuruh kapten itu bersiap-siap untuk belayar. Kapten hairan lalu bertanya: "mana anginnya tuan?" jawab al Imam: "sudah, siap-siap, sekarang angin datang!" jawab al Imam. Rupanya memang benar apa yang dikatakan oleh al Imam, angin pun datang. Kemudian kapten Nasrani itu memeluk Islam dengan sebab kejadian yang luar biasa ini.

Hizib Bahr inilah yang di baca sebelum mulakan kelas tafaquh. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah. Dalam hidup aku ini, aku dapat bertemu dan mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin. Belajar secara 'talaqi'. Telah lama aku ingin belajar secara 'talaqi'. Aku belajar di IPT, tak pernah aku merasai kepuasan belajar melainkan aku dapat belajar secara 'talaqi'.

Syeikh Nuruddin amat menitikberatkan adab ketika belajar. Kami dipesan agar tidak meletakkan pen, atau pensel atau apa jua barang di atas kitab yang kami belajar. Kami dipesan juga supaya tidak menyandar di dinding. Dan banyak lagi adab-adab yang ditekan semasa pengajian.

Syeikh Nuruddin amat hormat kepada alim ulama. Tak pernah aku dengari Syeikh kondem mana-mana ulama silam, sama ada di dalam kuliah atau pun tulisan. Berbanding segelintir dari kita, baru dapat sedikit kenikmatan dunia, pangkat dunia sudah mudah kondem ulama sesuka hati dengan alasan pemurnian.

Antara kitab yang dikarang oleh syeikh ialah permasalahan haid, nifas dan istihadhah. Kitab tu telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Baik bagi isteri, suami untuk mengetahui secara 'detail' berkenaan masalah tersebut. Walaupun ia hanya berkenaan soal wanita, tetapi sebagai seorang ketua keluarga, hendaklah tahu berkenaan hal tersebut untuk mengajar kepada isteri dan anak-anak perempuan.

Antara kelebihan syeikh Nuruddin ialah kitab-kitab yang diajarkannya itu, punyai sanad. Jika kita tengok ulama-ulama silam pun, atau sekarang, semuanya punyai sanad. Contoh mudah ialah Syeikh Dr. Ali Jum'ah, mufti Mesir pun di dalam kitabnya iaitu:

حاشية الإمام البيجوري

على جوهرة التوحيد المسمى تحفة المريد على جوهرة التوحيد


Pada muka surat 8, ditulis sanad Syeikh Ali Jum'ah:


سندي في قراءة كتاب جوهرة التوحيد

Boleh rujuk kitab tersebut untuk melihat dan membaca sanad Syeikh Alu Jum'ah. Cuma, di sini aku ingin tulis sedikit nama-nama ulama, yang ditulis oleh Syeikh Ali Jum'ah di dalam sanad beliau iaitu:


الفضل عبد الله بن سيدي محمد بن الصديق الغماري الحسيني

الشيخ محمد علوي المالكي المكي

اليسد أبي الفضل عبد الله بن الصديق

مسند الدنيا رحمه الله يس الفادني الشافعي

عن الشيخ أحمد زيني دحلان مفتي مكة الشافعي


Kawan-kawan, firman Allah Subhaanahu wa taala yang bermaksud:

6. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.


(al Zalzalah; 6-8)


Di akhirat nanti, kita akan diperlihatkan amalan kita. Amalan seberat zarah pun akan diperlihatkan oleh Allah. Jika tulisan kita yang meng'kondem' ulama-ulama, ulama tu tak kena, ulama ni tak kena, melemparkan tuduhan serta fitnah membuta tuli dengan pelbagai tuduhan, nescaya akan diadili Allah Subhanahu wa Taala.

Lebih-lebih lagi ulama yang belajar dan mengajar ikhlas menyampaikan ilmu kerana Allah, segala ilmu yang dipelajari bersanad, bukannya sesuka hati bercakap, atau menulis dengan tuduhan ajaran baru untuk meraih keuntungan duniawi.

Oleh itu berhati-hatilah, jangan hanya memandang akan seseorang itu PhD nya, master nya, atau lain-lain gelaran. Sesungguhnya Allah melihat akan ketakwaan hambaNya. 'Ulama' yang bertakwa semestinya ikhlas menyampaikan ilmu, menghormati dan penuh beradab dengan ulama-ulama sebelum nya. Bukan semberono meng'kondem' ulama.

Jika di tanya, antara ulama, kitab ulama dengan hadis, yang mana nak ikut? Jawab aku;

العلماء ورثة الأبياء

Rasanya mudah ja kan… Semua ulama yang ikhlas mengarang kitab berpandukan alQuran dan al Hadis, semua ikut 2 sumber rujukan tersebut. Hanya yang asyik 'kondem' ulama-ulama lain sahaja tak beradab, berakhlak serta berpandukan al Quran dan as Sunnah, walaupun beriya-riya berselindung slogan 'pemurnian'.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Bertawaduklah Wahai Insan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, May 18, 2006 | 2 Komen »

Bismillahirrahamanirrahim...

Kawan-kawan, telah bersabda Nabi SAW:


من تواضع لله رفعه الله

(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Akhlak yang mulia, ibarat tanaman yang menghasilkan buah yang ranum untuk dinikmati. Ilmu di dada, amalan yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang terpuji. Antara sifat yang terpuji dikatakan Baginda Rasul junjungan ialah sifat tawaduk, rendah diri. Siapa yang tawaduk, akan diangkat darjat di sisi Allah.

Setinggi mana peringkat kita belajar, semakin tinggi, semakin cantik akhlak diri kita. Seorang yang belajar pada tahap tertinggi pendidikan PhD, secara umumnya mestilah lebih berakhlak, tawaduk dari insan lain yang terkapai-kapai menjejak menuntut ilmu. Kerana, semestinya dengan 'title' PhD nya itu telah menyusuri ribuan bahan ilmiah yang boleh memantapkan sahsiah diri untuk dicontohi anak murid lain.

Kawan-kawan, ulama silam dahulunya, lebih alim dan dekat dengan kurun Nabi tetap tawaduk dengan ilmu yang dimiliki. Tidak tercatat di lembaran sejarah ulama-ulama muktabar tidak berakhlak. Walau pun, 'title' PhD tidak diguna pakai pada masa dahulu, kitab-kitab yang dikarang oleh mereka menggambarkan betapa tawaduknya dengan ilmu yang dimiliki.

Tetapi sayang sekali, sikap sebegini tidak menjadi contoh untuk diteladani bagi 'ulama' sekarang. Sifat tawaduk seorang 'ulama' tidak menjadi perhiasan diri. Berbangga dengan pangkat duniawi, dengan mudah tidak menghormati ulama silam, dan juga ulama yang masih hidup.

Masih ingat kah kalian kisah bagaimana iblis enggan sujud setelah diperintah oleh Allah? Mari kita ingati semula firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, maksudnya:

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Iblis punyai sifat takbur, dengan sifat takbur 'aku lebih baik dari dia' menjadikan iblis dilaknat oleh Allah SWT.

Oleh yang sedemikian, wahai kawan-kawan, bak kata orang, makin berisi, makin rendah diri, makin berakhlak sesama manusia, lebih-lebih lagi berakhlak dengan para ulama lain walau pun kita dikatakan orang juga 'ulama'. Raikan pendapat yang lain, lebih-lebih lagi di dalam persoalan khilaf, persoalan furuk selagi mana tidak menyentuh mengganggu gugat atas persoalan yang telah disepakati, ijmak ulama.

Aku mintak jauh, mintak dilindungi Allah di dalam hati; "pendapat aku lebih baik dan sahih dari pendapat dia" Walaupun suatu hari nanti, aku telah diberi gelaran 'dunia' PhD.

Wahai "aku", beringatlah, takwalah kamu wahai anNaQshY pada Allah…

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Kuatkan Perpaduan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 16, 2006 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Kawan-kawan sekalian, mari kita hayati firman Allah di dalam surah al Maidah yang bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Asas kepada kekuatan adalah perpaduan. Masyarakat yang lemah adalah yang tidak punyai perpaduan. Untuk mengembalikan keizzahan Islam di dunia amnya, Malaysia khasnya memerlukan perpaduan yang utuh di kalangan kita selaku ummat Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasalam yang berakidah mengEsakan Allah Subhanahuwataala.

Oleh yang sedemikian, marilah kita sama-sama eratkan ribat kesatuan akidah untuk menentang musuh Allah. Tolong-menolong di antara kita untuk mengerjakan kebaikan, meningkatkan ketakwaan kepada Ilahi.

Kaedah asas yang mudah diingati: bersatu atas perkara yang disepakati, berlapang dada di atas perkara yang diperselisihkan.

Perkara yang diperselisihkan, lapangkanlah dada seluas-luasnya untuk menerima pendapat yang tidak sehaluan. Tanpa mengangkat diri beranggapan "akulah yang telebih baik dari kamu, kamu mesti ikut hujah aku" tanpa mudah menghukum yang tidak sehaluan dengan pelbagai hukuman. Tidak timbul mengatakan "nak ikut ulama atau nak ikut Nabi?" kerana semua ulama yang berijtihad bersumberkan al Quran dan as Sunnah. Tidak timbul juga persoalan yang mana terlebih dekat dengan amalan Nabi, kerana apa jua persoalan tersebut juga semuanya berdasarkan dalil dari Nabi, Sahabat dan para Tabiin.

Marilah kita fikirkan persoalan yang disepakati, bagaimana untuk meng'islam' kan kawan-kawan kita yang sedia Islam, atau bagaimana untuk menarik masyarakat bukan Islam mendekati Islam dan menerima Islam. Mari kita juga keluarkan dalil-dalil yang sahih untuk menentang kemungkaran kerana menentang kemungkaran kita sedia sepakati untuk hapuskan.

Mari kita fikirkan untuk islahkan masyarakat Islam kita ke arah hidup menghayati Islam secara keseluruhan tanpa menjuzuk-juzukkan. Mari kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan lagi keizzahan Islam.

Kawan-kawan, kita hidup di akhir zaman, hidup di alam suasana yang jauh dari kurun Nabi, hidup yang penuh dengan fitnah duniawi.

Ayuh... Ribatkan Kesatuan Akidah Meningkatkan Izzah, Menentang Musuh Allah.

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...