Lailatul Qadr

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, October 25, 2005 | | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...


Posted by Picasa


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan

Hadis Ibnu Umar r.a:
Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut

Apakah tanda malam Lailatul Qadr?

Telah berkata Imam an Nawawi di dalam syarah Muhazzab- telah berkata ashab kita, dan bermula sifat Lailatul Qadr itu dan tandanya ialah malam yang tiada panas dan tiada pula sejuk, dan pula matahari terbit ia pada pagi harinya putih cerah tiada baginya banyak sinaran, itulah tandanya.

Sinaran matahari itu mengapa tiada memancar pada pagi malam Lailatul Qadr?
Telah berkata Imam an Nawawi Rahimahullah taala di dalam syarah muslimtelah berkata al Qadhil'iyadh, kata qiila makna tiada sinaran bagi matahari pada malam Lailatul Qadr itu bahawasanya ialah alamat yang dijadikan Allah taala baginya. Katanya - dan kata qiila bahkan kerana banyak malaikat pada malamnya turun naik dari langit ke bumi dan dari bumi ke langit jadilah terdinding matahari itu dengan segala sayap malaikat-malaikat itu dan terdinding oleh segala tubuhnya yang halus itu akan nampak cahaya matahari dan sinaranya. waAllhua'lam.

Menyembunyikan kata melihat Lailatul Qadr?

Kata Imam an Nawawi rahimahullah taala di dalam Majmu', - telah berkata صاحب الحاوى disunatkan bagi seorang yang melihat akan malam Lailatul Qadr itu bahawa ia sembunyikan, dan berdoa ia dengan niat yang ikhlas dan yakin akan sebarang apa yang disukai daripada ugama dan dunia, dan adalah ia membanyakkan doanya bagi ugamanya dan akhirat.

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Ahlan Ya Ramadhan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, October 05, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Picasa


Ahlan ya Ramadhan...

Kawan-kawan... Maaf atas 'kesepian' yang agak lama, hampir 2 bulan rasanya... Sempena awal Ramadhan al Mubarak, marilah sama-sama merebut peluang untuk menampung kekurangan amalan kita. Usah diperselisihkan sama ada solat sunat tarawikh 20 rakaat atau 8 rakaat. Apa yang pasti, tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Usah dipedulikan kalam-kalam 'mereka-mereka' itu yang sering berulang kali setiap kali datangnya ramadhan mengajak masyarakat ke arah kemunduran dan perpecahan.

waAllhua'lam...

P/s-InsyaAllah, nanti aku akan beri respon pada kawan-kawan di shout box, sepanjang 2 bulan ni, aku tak 'menjenguk' teratak blog aku.

[+/-] Selengkapnya...