Sajak Sultan Abdul Hamid II

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, August 31, 2009 | | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahan sajak yang diambil daripada buku "Ayahku Abdul Hamid II", hasil karya anak perempuannya, Aishah.


"Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa,
Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain
Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini
Ya Tuhanku tolonglah aku dalam masa yang genting ini"


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Sukuk Simpanan Rakyat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, April 13, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya dapat email dari seorang sahabat saya; yang bekerja di IBFIM, berkaitan dengan Sukuk Simpanan Rakyat 2009. Sesiapa yang berminat untuk membuat pelaburan di musim gawat ini, boleh lah berindak... Moga ada manfaatnya.

Dalam keadaan gawat cam ni, invest dlm sukuk yg offer 5% p.a is a good investment + low risk. (FD pun <3%p.a).


Sukuk Simpanan Rakyat 2009

Quick Facts
SSR 01/2009

Offer Period
14 April to 13 May 2009

Issue Date
14 May 2009

Profit margin
5% p.a.

Ministry of Finance wishes to announce the issuance of Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 amounting to RM2.5 billion on 14 May 2009. This is the first issue of the two series of 3-year RM2.5 billion sukuk each in 2009. Bank Negara Malaysia has been appointed to issue the sukuk on behalf of the Government.

The sukuk, which will be scripless and based on Shariah principles, is an additional investment instrument for Malaysian citizens who are 21 years and above. The RM2.5 billion sukuk, which has a 3-year tenure, offers a return of 5% per annum and provides the flexibility for early redemption before the maturity date.

Those wishing to subscribe may apply for Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 during the sales period, commencing from 14 April to 13 May 2009.

The minimum investment in Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 is RM1,000 with a maximum of RM50,000 per investor. The maximum aggregate holdings per investor for the two series of Sukuk Simpanan Rakyat 2009 is RM50,000. Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 can be subscribed at all commercial banks, including Islamic banks, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional and Bank Pertanian Malaysia Berhad. The allocation of Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 is based on a first-come first-served basis. Successful applicants will be notified by their agent banks. Profit payments will be made on a quarterly basis through the sukuk holders' accounts with their agent banks.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Sultan Abdul Hamid II

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 24, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم



Telah berkata Sultan Abdul Hamid II (Memerintah 1876-1909),


Sesungguhnya Palestin bukanlah bumiku
Tetapi ia adalah bumi seluruh Umat Islam
Mereka siramnya dengan darah-darah mereka
Di setiap jengkal bumi Palestin terdapat Syahid
Dan aku tidak berhak untuk melepaskan
Walaupun sejengkal darinya.


Ya, mengembalikan kegemilangan ummah di bawah pemerintahan khilafah Islamiyyah adalah tanggungjawab bersama. Ayuh! Tunaikan tanggungjawab walau apa jua status jawatan anda, setiap sumbangan yang diniatkan kerana Islam adalah amat bernilai di sisiNya.

Ya, adakah kita peduli akan tanggungjawab kita yang amat besar ini?

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Laut Mati

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 20, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Iktibar buat mereka yang membelakangi fitrah sendiri dan menentang Ilahi.


Laut mati terletak di sempadan Jordan dan Israel, berukuran 65km panjang dan 18km lebar, berada 386 meter di bawah paras laut. Tempat yang paling dalam berukuran 1300 kaki dalam. Airnya terlalu masin (iaitu 30% kandungan garamnya, sedangkan air laut biasa cuma 4%) hinggakan tidak ada sebarang kehidupan atau tumbuhan di dalamnya. Laut Mati asalnya adalah tapak bagi dua penempatan (Kampung Amurah dan Sidney) kaum Nabi Luth AS yang mengamalkan perbuatan keji; homoseks.

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.


Hud: 82

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Gabungan Iman Dan Kepakaran

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 16, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Islam adalah ajaran yang menyuluh seluruh kehidupan manusia dari soal sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Oleh itu, usaha membangunkan Islam bukan hanya tanggungjawab ulama, tok-tok guru dan pendakwah. Ia melibatkan sama golongan teknokrat yang pakar dalam pelbagai bidang.

Golongan rohani, termasuk pendakwah, mesti aktif memimpin dan mendidik manusia agar mengenal dan menyembah Allah, seterusnya berbakti kepada manusia. Pelbagai kaedah dan pendekatan perlu digunakan untuk itu. Tanpa didikan iman, manusia akan menggunakan kepakaran untuk membuat onar, kefasiqan dan kemungkaran. Semakin maju kepakaran mereka dan semakin canggih teknologi yang mereka hasilkan, semakin rosaklah kehidupan.

Manusia terutama golongan teknokrat yang sudah terdidik pula mesti diprogramkan agar dapat menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk berbuat sebanyak-banyaknya bakti kepada masyarakat sesuai dengan tuntutan dan ajaran Islam.

Islam secara global tidak dapat ditegakkan jika hanya golongan rohani sahaja yang berperanan. Kerana ajaran Islam menyentuh ekonomi, perhubungan, penyampaian maklumat, hiburan, pertanian, penternakan dan lain-lain aspek hidup. Kesemua ini memerlukan sumbangan kepakaran golongan teknokrat. Jika pendakwah dan pejuang Islam hanya terdiri dari golongan rohani yang tiada kepakaran dalam mana-mana bidang, mereka tidak akan mampu berdikari dalam banyak sudut. Apatah lagi untuk jadi tempat sandaran dan model di tengah kehidupan.

Sekalipun insaniah mereka bik, tetapi jika kehidupan mereka tidak canggih dan gagal menguasai bidang teknikal dan teknologi, mereka akan terpinggir dan tersisih dari arus perdana masyarakat berteknologi. Masyarakat kurang hormat dan kurang yakin pada mereka. Lebih-lebih lagi jika pendakwah dan pejuang Islam hanya menekan soal halal-haram dan ibadah-ibadah khusus tanpa menghiraukan aspek-aspek lain dari kehidupan.

Dalam kepesatan perkembangan teknologi maklumat sekarang, pandakwah dan pejuang Islam mesti menyediakan sebanyak mungkin alternatif kepada gaya dan sistem hidup yang sesuai dengan Islam. Sekiranga mereka menghukum sesuatu itu haram, mereka mesti sediakan alternatif yang halal. Bentangkan jalan yang baru andainya jalan lama telah kita sekta. Justeru di dalam Islam, perkara yang halal lebih banyak dari perkara yang haram.

Dengan bergabungnya golongan rohani dan teknokrat, maka bergabung sekali iman dan taqwa serta kepakaran. Inilah bentuk kebangkitan Islam yang memang dikehendaki oleh manusia di zaman moden ini.

Dunia Baru.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Kita Punyai Kiblat Yang Sama

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 15, 2009 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT berfirman di dalam surah Aali-Imran ayat 103 yang bermaksud:

Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah menjinakkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara kerana nikmat Allah.


Dalam surah yang lain, Allah juga berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud:

Jikalau kamu membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di atas muka bumi ini, nescaya kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka. Tetapi Allah yang menyatukan hati-hati mereka, sesungguhnya dia maha perkasa lagi bijaksana.




Alhamdulillah, bak kata pepatah Melayu dahulu kala, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Telah sedia kita maklum, sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara. Dalam erti kata setiap muslim yang mengucap dua kalimah syahadah berkiblatkan yang satu, punyai Rasul yang bernama Muhammad Rasulullah SAW, dan punyai musuh yang sama iaitu iblis Laknatullah.

Allah berfirman dalam surah Yaasin ayat 30 maksunya:

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyta bagi kamu.


Adalah menjadi permainan iblis dengan menghasut para pengikut Nabi Akhir Zaman melaga-lagakan sesama mukmin, agar kelihatan nyata bermusuhan sesama sendiri, melupakan firman Allah yang telah menyatakan secara nyata bahawa musuh sebenar seorang mukmin itu ialah iblis.

Imam Al-Ghazali Hujatul Islam pernah menyarankan dengan kata-kata beliau:

Rosaknya rakyat kerana rosak negara, rosaknya negara kerana rosaknya pihak yang berkuasa, rosak yang berkuasa adalah kerana rosak para pemimpin, rosaknya pemimpin adalah kerana rosaknya ulama.


Oleh yang sedemikian, saya menyetujui dan menyokong sepenuhnya agar peranan ulama sebagai pewaris an biya' kembali memimpin berperanan semula menyepadukan ummah agar terlaksana Baldatun Toyyibaton Wa Rabbun Ghaffur.

Para ulama sekarang ini hendaklah aktif menegur dan menasihati umara agar kembali ke landasan Islam sepenuhnya, agar masyarakat tanpa mengira agama merasai nikmat di bawah payungan Islam.

Hendaklah kita sama akui bahawa situasi sekarang ini, masyarakat kafir di negara kita sedang mengintai kelemahan ummat Islam dan akan mengambil peluang untuk mengucar kacirkan masyarakat Islam.

Dalam surah Aali Imran ayat 104 yang bermaksud:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Syeikh Muhammad Khalil Khotib An-Naidi As-Syazali

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 14, 2009 | | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Syeikh Muhammad Khalil Khotib An-Naidi As-Syazali (1909-1986)

Pengasas Tariqah Al-Khotibiyah As-Sayzliyah al-Khalwatiyah di Tanta Mesir.

As-Syeikh Muhammad Khalil Al-Khotib adalah salah seorang ulamak besar al-Azhar bermazhab Hanafi yang mendapat pengiktirafan sebagai: Penyair Rasulullah di abad ke 19 ini. Beliau merupakan Khalifah tariqah daripada 2 madrasah sufi di zamannya iaitu 'Madrasah Tariqah Khalwatiyah dan Madrasah Tariqah As-Syazliyah.

Pengenalan:
Beliau adalah As-Syeikh Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Syaid bin Isma'il bin Ahmad Al-Khatib yang bersambung dengan Saidina Hussin.

Kelahiran
:
Beliau dilahirkan di sebuah desa padang pasir yang bernama 'Nida' sebuah perkampungan di mukim/markaz 'Akhmin' jajahan Suhaaj di selatan Mesir pada 9hb Mac 1909M ( 1330H).

Pendidikan:
Dari kecil beliau sudah menghafaz al-Quran sekitar umur 7 tahun dan terus melanjutkan pelajaran di Madrasah Asyut sehingga mendapat Sijil Menengah Rendah pada tahun 1923, seterusnya memperolehi Sijil Menengah Thanawi Al-Azhar pada tahun 1928 dan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1933 serta Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936.

Penulisan:
Beliau banyak meninggalkan banyak tulisan yang seusia dengannya,dianggarkan bahawa beliau telah menulis sebanyak 77 buah kitab termasuklah tafsir, feqah, hadis, nahu, saraf, tasawuf dan sebagianya sebagai contohnya:

1. Tafsir iaitu tafsir juzuk 'Amma
2. Feqah
3. Aqidah iaitu: ' Aqidah Khotib.
4. Hadis iaitu: Syarah Sohih Bukhari 5 jilid.
5. Bahasa Arab iaitu: Alfiyah al-Khotib 1000 matan Al-Khotib.
6. Syair seperti Syair sufi, pujian nabi, pujian kepada Abi Talib dan sebagianya.
7. Hikam iaitu himpunan mutiara kata Syaikh Khotib.
8. Fatwa iaitu himpunan fatwa Syaikh Khotib.
9. Himpunan kisah teladan dan kisah benar berdasar hadis Nabi.
10. Risalah jihad.
11. Rahsia zikir.
12. Risalah wasilah
13. Himpunan Khutbah Nabi dan kitab inilah yang telah mengangkat Syeikh Khotib di kalangan para ulama yang memakan masa selama 15 tahun cetakan Darul Fadhilah Cairo dan banyak lagi apa yang menakjubkan tentang Sheikh Khotib ni beliau mengarang lebih kurang 70 ribu bait syair.

Kewafatannya:
Beliau telah menemui Tuhannya sebelum menjelang malam Sabtu iaitu pada petang Jumaat pada 21 Februari 1986 ketika berusia 77 tahun dan di maqam di masjid Muhafazah atas arahan Presiden Anuar Sadat di Bandar Tanta. Sehingga kini Syeikh Khalil Khotib diberi gelaran sebagai "ULAMAK MASTUR SAYIR RASUL".

*Mastur ertinya lawan dari perkatan Mashyur.

Kini tugas Syaikh Khalil Khotib telah di laksanakan oleh anaknya Syeikh Mahmmd pada setiap minggu selepas solat Jumaat di masjid Muhafazoh Tanta.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Buat Isteriku Dari Suamimu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, March 11, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya; mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst...
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... Buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas...
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang... abang alpa"
bisikkan "Darling... I lupa..."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci.

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata... segermelapan intan"
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah "Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti:

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
seorang isteri.

Selamat ulang tahun ke 2 perkahwinan kita,
Moga Allah sentiasa kurniakan Mawaddah wa Rahmah hingga akhir usia kita. Ameen.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Salam Maulidur Rasul 1430H

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 09, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam MaulidurRasul SAW 1430H.


Rasulullah SAW berjaya mendidik para sahabat sehingga gambaran keimanan hidup dalam diri mereka sehingga dikatakan sebagai al-Quran yang merayap di muka bumi. Setiap individu adalah contoh kepada Islam; dan ‘Izzah Islam dapat dilihat dalam setiap individu muslim
.

as Syahid Sayyid Qutb


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Majlis Maulidur Rasul 1430H

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 02, 2009 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah Majlis Maulidur Rasul SAW bersama Habib Kazim Bin Jaafar as Saggaf; salah seorang ulama dari Hadhraul Maut, Yaman.

Mac, 2009.

5hb : Masjid Al-Bukhari, Kuala Lumpur
6hb : Masjid Nahdatul Hasanah, Sek 18, Shah Alam
7hb : Masjd Al-Falah, USJ 9
8hb : Pondok Baitul Qura, Sungai Udang, Melaka
9hb : Masjid Baitul Aman, Jalan Ampang
10-12hb : Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
13hb : Khutbah Jumaat, Masjid UIA
14hb : Pondok Jenderam, Negeri Sembilan
15hb : Masjid Kampung Tekal, Temerloh, Pahang
16hb : Masjid Negeri Sembilan, Seremban
17hb : Melaka
18hb : di rumah Ben Alawi

Semua program selepas solat Maghrib. Semua muslimin / muslimat di jemput hadir untuk menghidupkan sambutan Maulidur Rasul SAW. Sebarkan.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Boikot 2

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 27, 2009 | , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW bersabda:

روى الإمام أحمد والترمذي وأبو داود والنسائي عن سعيد بن زيد واللفظ للترمذي قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد. قال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح

Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya maka dia syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya maka dia syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya maka dia syahid.

Berkata Imam at Turmizi hadis hasan sohih.

ما خلا يهودي قط بمسلم إلا حدث نفسه بقتله
الراوي: أبو هريرة المحدث: الخطيب البغدادي - المصدر: تاريخ بغداد - الصفحة أو الرقم: 8/312
خلاصة الدرجة: غريب جداً


Tidak bersunyi-sunyian seorang yahudi dengan seorang muslim melainkan dia bercadang untuk membunuhnya.

Gharib Jiddan.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

al Ahzab; 23.

Menyanggah Dakwaan Golongan Yang Menentang Pemboikotan Ekonomi

Oleh Prof. Dr. Husain Husain Shehata; Profesor Perakauanan di Fakuliti Perniagaan Universiti al Azhar, Keharah.

Prakata.

Para Ulama Islam telah mengeluarkan fatwa sejak bulan Januari tahun 1953 bahawa wajib memboikot musuh iaitu Zionis dan sekutunya. Barangsiapa yang tidak mematuhinya tanpa alasan dan sesuatu yang mendesak mengikut syara' dianggap sebagai mengkhianati Allah, RasulNya dan amanah itu sendiri. Berdasarkan hal ini maka setiap individu muslim wajib untuk komited dengan perkara tersebut sebagai ibadah kepada Allah SWT juga sebagai lambang ketaatan serta melaksanakan perintahNya.

Namun demikian kebanyakan kerajaan negara-negara Arab dan Islam serta sebahagian ahli perniagaan dan individu tidak melaksanakan fatwa ini. Kesannya semakin banyak barang dan perkhidmatan daripada Amerika dan Zionis meresap masuk ke dalam negara-negara Arab dan negara Umat Islam. Ia berkembang dengan pesat dalam pasaran sebagaimana cepatnya darah mengalir dalam badan. Sebahagian orang menyangka bahawa tidak mungkin boleh merasa cukup dan tidak perlu kepada Amerika dan pendokongnya Israel kerana semua orang sangat bergantung kepada mereka khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan keperluan asas manusia. Tanpanya akan berlakulah kehancuran, kesempitan hidup, kerugian dan pengangguran.

Dengan tercetusnya gerakan penentangan intifadhah di Palestin, maka kedengaran suara mereka yang ikhlas menyatakan kewajipan jihad dengan menggunakan semua senjata yang boleh digunakan; di antaranya ialah senjata boikot ekonomi, dan ia merupakan selemah-lemah iman. Belum pun sempat senjata ini digunakan sehingga memberi kesan yang sewajarnya telah timbul beberapa dakwaan dan suara-suara sumbang daripada golongan tertentu yang pengecut dan menentang usaha ini. Di antaranya ialah:

  • Boikot akan menyebabkan kerugian kepada Umat Islam dan bangsa Arab.
  • Boikot akan menambahkan lagi masalah pengangguran kerana yang bekerja di syarikat Amerika dan Yahudi adalah anak-anak kita dan saudara-saudara kita.
  • Boikot bukannya senjata yang berkesan dan sekali-kali tidak akan memberi kesan terhadap Israel dan Amerika.
  • Boikot bertentangan dengan sistem globalisasi dan Perjanjian Am Mengenai Tarif Dan Perdagangan (GATT).
  • Boikot dianggap perbuatan yang tidak bertamadun bahkan kuno dan primitif.
  • Boikot adalah perbuatan membabi buta yang berpunca daripada semangat yang keterlaluan dan lambat laun ia akan sejuk dan berakhir.
  • Amerika akan menyekat bantuan kepada negara-negara Arab yang miskin sebagai tindak balas terhadap boikot ekonomi yang dilancarkan, jadi apakah penyelesaiannya?

Oleh itu, berdasarkan dakwaan-dakwaan ini, maka kitab ini akan mengupasnya satu persatu sekaligus menjawab dan menerangkan secara akademik agar dapat keluar dari polemik penentangan mempertikaikan keberkesanan boikot sebagaimana sangkaan mereka. Ia juga membincangkan sebagaimana boikot ini akan menjadi berkesan dan releven di samping memastikan kerugian yang maksimum di pihak musuh dan mengurangkan kerugian yang mungkin dihadapi oleh negara. Begitu juga boleh atau tidak digariskan strategi tindakan dan program-program terancang serta sistem pantauan dan juga pelaksanaan yang rapi sehingga menjadikan boikot adalah sesuatu yang berkesan dan berterusan. Lebih-lebih lagi, yang utama ialah mencapai objektif yang telah digariskan.

Pengarang.

Prof. Dr. Husain Shehata
Profesor Universiti al Azhar

Kaherah
Rabi'ul Awal 1423H
Mei 2002M

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Boikot 1

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 06, 2009 | , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Jihad Ekonomi; Kefardhuan Syara' Dan Tuntutan Iman.
Oleh Prof. Dr. Husain Husain Shehata; Profesor Perakauanan di Fakuliti Perniagaan Universiti al Azhar, Keharah.

Buku ini membincangkan makna jihad ekonomi, dalil-dalil syara' tentang kefardhuannya, di samping membincangkan asas-asas material dan keimanan yang menjamin kejayaan serta kesinambungannya. Ia juga memperlihatkan beberapa contoh sikap lepas tangan pemimpin Bangsa Arab dan Umat Islam daripada memainkan peranan mereka dalam pemboikotan ekonomi. Begitu juga, ia menerangkan tentang peranan individu, persatuan-persatuan kebajikan dan masyarakat, kesatuan-kesatuan sekerja, juga rakyat seluruhnya dalam merancakkan jihad ekonomi ini, kerana dia dikira sebagai Fardhu Ain. Isu Palestin yang merupakan isu setiap muslim juga dibincangkan dalam buku ini.

Buku ini telah berjaya menjawab beberapa persoalan yang biasa dibangkitkan antaranya:

  • Apakah asas-asas kejayaan jihad ekonomi?
  • Apakah cara-cara yang terbaik untuk melaksanakan jihad ekonomi?
  • Adakah jihad ekonomi benar-benar telah mendatangkan kerugian kepada Amerika dan Israel?
  • Bagaimanakah caranya untuk menyangkal hujah golongan yang berlepas tangan dan menghalang pelaksanaan jihad ekonomi yang berkata bahawa jihad ekonomi akan menyebabkan pengangguran dan kerugian kepada Umat Islam, disamping ia berlawanan dengan globalisasi dan bercanggah dengan perjanjian damai?
  • Apakah yang dituntut daripada individu, keluarga, masyarakat dan kerajaan untuk mengaktifkan jihad ekonomi?
  • Bagaikanakah mungkin jihad ekonomi mampu berjalan dengan terarah, terancang dan bersistem, untuk menjamin kesinambungannya?

Secara asasnya, dalam penyediaan kitab ini, kami telah menggunakan feqh jihad sepertimana yang terdapat dalam kitab-kitab ulama salaf dan khalaf, juga berdasarkan fatwa-fatwa cendiakawan dan pendakwah Islam berkaitan jihad secara umum dan jihad ekonomi secara lebih khusus.

Sila baca:

Boikot: Perlu praktikal

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Rakyat Malaysia diminta lebih praktikal dalam memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara bankrap pada masa depan.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, meskipun tindakan itu bertujuan memprotes situasi yang berlaku di Genting Gaza namun ia boleh mendatangkan musibah kepada negara sekiranya kuasa besar itu membuat perkara yang sama kepada Malaysia.


Boikot lemahkan ekonomi

Rakyat Malaysia tidak agresif boikot produk AS, Israel?


Dr. Mahathir minta umat Islam boikot dolar AS

BOYCOTT

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Erdogan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 01, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Turkish PM Erdogan Slams Shimon Peres For Israeli Killings And Walks Off Stage.


Turkey pernah menjadi pusat khalifah bagi dunia Islam. Moga-moga, darah keberanian dari tubuh Sultan Muhammad al Fateh mengalir kembali ke dalam jiwa-jiwa masyarakat Turkey yang dulunya terkenal dengan keberanian.

Saya menanti respon pemimpin dari negara arab yang lain, terutama pemimpin wahabi Saudi. Tunjukkan keberanian anda wahai wahabi sekalian, menentang musuh-musuh Allah yang benar, bukan sekadar berani membid'ahkan sesama Muslim sahaja.

Baca lagi.

Erdogan oh Erdogan

Lihat Sikap Saudi Terhadap Ghaza...!

Hidup Erdogan!


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Mufti Perlis Baru

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 27, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda selalu membaca kolum agama di akhbar Berita Harian, anda pasti berjumpa istilah 'Tajdid iman'. Yang terkini, tajuknya; Tajdid Iman: Cetek agama punca penulisan anti-Muslim.

Kini, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, penulis telah dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr. Asri seperti yang dilaporkan:

KANGAR 27 Jan. - Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya, 37, disahkan sebagai mufti baru Perlis baru mengantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November tahun lalu.

Pengisian Dr. Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak menamatkan spekulasi 'kerusi' Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu berkata, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun.

Katanya, pemilihan bekas naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - Utusan


Mungkin negeri yang sekecil Perlis belum lagi melahirkan ulama-ulama yang boleh menerajui badan mufti negeri tersebut. Terpaksa meng'import' dari negeri lain.

Atau mungkin tidak ada ulama yang berstatuskan DR yang menjadi pilihan hati pemimpin negeri.

Ayuh! Satu cabaran buat sahabat-sahabat saya yang masih lagi menuntut di Ardhul Kinanah, lekas pulang ke negeri anda, masyarakat amat memerlukan tenaga muda anda untuk menerajui institusi ulama di negeri anda.

Nota: web soal jawab agama oleh ulama dari Perlis, sila klik ilmudanulamak

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Gerhana Matahari

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 27, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT berfirman di dalam surah al Furqan; ayat 45 dan 46 yang bermaksud:

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

Maha Suci Allah yang menjadikan setiap kejadian langit dan bumi. Dengan kekuasaan-Nya, memperlihatkan kepada hamba-hambaNya kejadian gerhana matahari, di mana kita selaku hambaNya dituntut dan diajarkan oleh Baginda SAW solat sunat kusuf agar dapat menyuburkan rasa kehambaan padaNya.

Kredit kepada Falak Online di atas gambar-gambar berikut. SubhanaAllah!




WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Boikot

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, January 26, 2009 | , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayat-ayat al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW berkaitan jihad ekonomi.

Firman Allah SWT yang membawa maksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(al Maaidah: 51)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(al Mumtahanan: 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang menyediakan seorang di jalan Allah, sesungguhnya dia telah berperang. Begitu jugalah mereka yang menjaga keluarganya dengan baik, dia juga telah berperang.
(Riwayat al Bukhari)

Berangsaiapa yang berbelanja pada jalan Allah, dituliskan baginya tujuh ratus kali ganda pahala.
(Riwayat at Turmuzi)

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Solat Gerhana

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, January 26, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Hukum solat gerhana matahari.

Telah berkata Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim; telah ijma' ulama bahawasanya solat gerhana matahari itu ialah sunat dan bermula Mazhab Malik, Syafie, Ahmad dan jumhur ulama bahawasanya disunatkan memperbuat solat sunat gerhana dengan berjamaah dan kata 'Iraqiyyun bertunggal. Bermula hujjah jumhur ialah segala hadis Sohih di dalam Muslim dan lainnya.

Solat gerhana matahari dan ikhtilaf ulama padanya.

Kata Imam an Nawawi Rahimahullah Taala dan telah bersalah-salahan ulama pada kelakuan solat gerhana itu, maka bermula yang mashur pada mazhab as Syafie ialah dua rakaat; pada tiap-tiap satu rakaat dua kali berdiri, dua kali membaca dan dua kali rukuk. Dan sujud itu maka dua kali sujud seperti solat lainnya, sama ada berpanjangan gerhana itu atau tiada panjangnya.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Selamat Hari Lahir!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, January 08, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud: [74] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. al Furqan ayat 74.

Setiap waktu kita berdoa pada Allah tanpa jemu, agar dikurniakan anak yang soleh, moga menjadi aset yang paling bernilai buat kita masa depan. Moga Allah SWT makbulkan doa kita bersama.



Selamat hari lahir buat anak ku, moga Allah SWT jadikan kau seorang srikandi yang solehah. Ameen.

Puteri Ku Sayang
Artis: Hijjaz

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Roda Kehidupan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, December 21, 2008 | , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sementara menunggu untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Pekan Jitra lama, sempat saya membaca akhbar Siasah yang disediakan. Saya tidak ingat bilakah keluarannya. Saya menyelak membaca berita yang dipaparkan dan terhenti di satu laman yang ditulis oleh lanh14. Isi kandungannya amat menyentuh hati saya dan di sini saya paparkan kembali apa yang telah ditulis oleh beliau.

Tajuknya, saya tak ingat, barangkali kata-kata hikmah seorang ulama yang bernama Tuan Guru Haji Ghaus Mamat. Catatan tersebut yang sempat saya catatkan ialah:

Manusia sentiasa berada dalam roda kehidupan. Ada kala di atas, ada kala di bawah. Mereka tidak dapat lari mendapat nikmat, mendapat kecelakaan, melakukan kebajikan dan membuat kejahatan. Tingkah laku orang beriman sangat menghairankan kerana jika mendapat nikmat dia bersyukur. Jika ditimpa kecelakaan dia bersabar, jika melakukan kebajikan dia bersyukur dan apabila tersilap dia menyesal. Ringkasnya, dia sentiasa tenang menjalani pancaroba kehidupan.


Kata-kata ini amat mendalam bagi saya dan saya rasakan wajar untuk diabadikan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

Itulah kehidupan; sewajarnya, seorang mukmin tidak wujud istilah stress atau tension dalam diari kehidupan. Kita adalah hamba padaNya, selayaknya seorang tuan memperlakukan apa jua terhadap seorang hamba.

Apa jua yang berputar dalam kehidupan kita, tentunya wujud hikmah yang perlu dicungkil. Kerana, semuanya datang dari Nya yang Maha Bijaksana.

Marilah kita mengejar status sebagai 'hambaNya'; gelaran yang tidak perlu berlumba-lumba untuk mengejarnya. Terbuka kepada semua, jika kita mengejar status, gelaran atau pangkat duniawi belum tentu ia milik kita bahkan ianya bersifat sementara dan semestinya perlukan saingan yang boleh menyebabkan kerosakan hati.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Malam Pertama!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, December 20, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah kisah malam pertama. Kisah yang perlu dibaca oleh semua orang. Ini kerana, semua orang perlu bersedia untuk melalui malam pertama.

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam Surgaku.”

Sumber: email

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...