بسم الله الرحمن الرحيم
Ayat-ayat al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW berkaitan jihad ekonomi.
Firman Allah SWT yang membawa maksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.(al Maaidah: 51)
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(al Mumtahanan: 9)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang menyediakan seorang di jalan Allah, sesungguhnya dia telah berperang. Begitu jugalah mereka yang menjaga keluarganya dengan baik, dia juga telah berperang.(Riwayat al Bukhari)
Berangsaiapa yang berbelanja pada jalan Allah, dituliskan baginya tujuh ratus kali ganda pahala.(Riwayat at Turmuzi)
WaAllahua'lam
0 Komen
Post a Comment