Syeikh Muhammad Khalil Khotib An-Naidi As-Syazali

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 14, 2009 | | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Syeikh Muhammad Khalil Khotib An-Naidi As-Syazali (1909-1986)

Pengasas Tariqah Al-Khotibiyah As-Sayzliyah al-Khalwatiyah di Tanta Mesir.

As-Syeikh Muhammad Khalil Al-Khotib adalah salah seorang ulamak besar al-Azhar bermazhab Hanafi yang mendapat pengiktirafan sebagai: Penyair Rasulullah di abad ke 19 ini. Beliau merupakan Khalifah tariqah daripada 2 madrasah sufi di zamannya iaitu 'Madrasah Tariqah Khalwatiyah dan Madrasah Tariqah As-Syazliyah.

Pengenalan:
Beliau adalah As-Syeikh Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Syaid bin Isma'il bin Ahmad Al-Khatib yang bersambung dengan Saidina Hussin.

Kelahiran
:
Beliau dilahirkan di sebuah desa padang pasir yang bernama 'Nida' sebuah perkampungan di mukim/markaz 'Akhmin' jajahan Suhaaj di selatan Mesir pada 9hb Mac 1909M ( 1330H).

Pendidikan:
Dari kecil beliau sudah menghafaz al-Quran sekitar umur 7 tahun dan terus melanjutkan pelajaran di Madrasah Asyut sehingga mendapat Sijil Menengah Rendah pada tahun 1923, seterusnya memperolehi Sijil Menengah Thanawi Al-Azhar pada tahun 1928 dan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1933 serta Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936.

Penulisan:
Beliau banyak meninggalkan banyak tulisan yang seusia dengannya,dianggarkan bahawa beliau telah menulis sebanyak 77 buah kitab termasuklah tafsir, feqah, hadis, nahu, saraf, tasawuf dan sebagianya sebagai contohnya:

1. Tafsir iaitu tafsir juzuk 'Amma
2. Feqah
3. Aqidah iaitu: ' Aqidah Khotib.
4. Hadis iaitu: Syarah Sohih Bukhari 5 jilid.
5. Bahasa Arab iaitu: Alfiyah al-Khotib 1000 matan Al-Khotib.
6. Syair seperti Syair sufi, pujian nabi, pujian kepada Abi Talib dan sebagianya.
7. Hikam iaitu himpunan mutiara kata Syaikh Khotib.
8. Fatwa iaitu himpunan fatwa Syaikh Khotib.
9. Himpunan kisah teladan dan kisah benar berdasar hadis Nabi.
10. Risalah jihad.
11. Rahsia zikir.
12. Risalah wasilah
13. Himpunan Khutbah Nabi dan kitab inilah yang telah mengangkat Syeikh Khotib di kalangan para ulama yang memakan masa selama 15 tahun cetakan Darul Fadhilah Cairo dan banyak lagi apa yang menakjubkan tentang Sheikh Khotib ni beliau mengarang lebih kurang 70 ribu bait syair.

Kewafatannya:
Beliau telah menemui Tuhannya sebelum menjelang malam Sabtu iaitu pada petang Jumaat pada 21 Februari 1986 ketika berusia 77 tahun dan di maqam di masjid Muhafazah atas arahan Presiden Anuar Sadat di Bandar Tanta. Sehingga kini Syeikh Khalil Khotib diberi gelaran sebagai "ULAMAK MASTUR SAYIR RASUL".

*Mastur ertinya lawan dari perkatan Mashyur.

Kini tugas Syaikh Khalil Khotib telah di laksanakan oleh anaknya Syeikh Mahmmd pada setiap minggu selepas solat Jumaat di masjid Muhafazoh Tanta.

WaAllahua'lam

1 Komen

  1. Anonymous // 2:45 PM  

    cintailah para ulama khususnya mereka yg dalam kalangan ahlil bait rasulillah