Banjir Besar

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, December 31, 2005 | | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah SWT telah berfirman di dalam al Quran: surah ar Rum ayat 41,

[41] Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Gambar-gambar yang diambil pada hari berlakunya banjir besar di pekan Jitra, Kedah Darul Aman.


Posted by Picasa


Posted by Picasa


Posted by Picasa


Posted by Picasa


Posted by Picasa


waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Wajarkah?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, December 01, 2005 | | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Telah di duga, sejak Mingguan Malaysia melaporkan berita di muka hadapan menyentuh soal wahabi, semakin rancak ulasan di forum-forum komuniti dan juga oleh individu perseorangan yang punyai blog. Aku terfikir, wajarkah isu sebegini dilaporkan di muka hadapan akhbar utama arus perdana negara?

Secara peribadi dan juga spontan, aku katakan 'tidak'. Tidak wajar persoalan wahabi ini diberitakan di muka hadapan tabloid arus perdana. Dan juga perlu diambil perhatian bahawa tidak wajar masyarakat Islam memandang 'enteng' berkenaan fahaman tersebut. Mungkin boleh dikatakan; isu tu betul, cuma caranya tidak tepat.

Peringatan tersebut, bukan perkara baru. Telah ramai ulama yang menulis untuk menjelaskan pada masyarakat Islam. Telah lama perkara ini wujud, serta telah diberi ingatan secara langsung atau pun tidak. Hujah para ulama silam yang muktabar pun mentah-mentah ditolak oleh para pendokokng fahaman wahabi, inikan pula hanya teguran seorang fellow kanan IKIM yang bertapakkan Islam Hadh hari. :) Mantan Mufti Mekah, Sheikh Zaini Dahlan yang menulis risalah buku kecil berkenaan wahabi dikatakan berbohong, dan di tolak mentah-mentah, orang biasa lagi mudah pendokong fahaman wahabi untuk membalas serta menghujum.

Sekiranya, perkara tersebut bukan lah ditegur oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady di Mingguan Malaysia, fahaman tersebut tetap perlu dibendung dan diperjelaskan kepada masyarakat. Cukuplah para mufti di setiap negeri berkuasa mutlak untuk dirujuk oleh masyarakat atas persoalan yang berbangkit.

Bila diberitakan secara terlalu umum di dada akhbar, ramai yang 'mengambil, bahagian' untuk mengulas tanpa berasaskan ilmu yang mantap. Pelbagai tafsiran telah dibuat. Bagi yang faham, alhamdulillah. Dibimbangi, masyarakat awam yang terlalu mentah akan apa yang telah dibangkitkan, semakin keliru.

Sewajarnya, individu muslim, menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Bezakan yang mana persoalan furu' yang mana persoalan usul, yang mana disepakati, yang mana perlu diutamankan. Jika setiap muslim itu faham seperti mana ulama-ulama silam faham sebelum tercetusnya fahaman wahabi ini, insyaAllah nescaya apa jua fahaman yang datang, mudah ditolak fahaman tersebut dan pastinya ianya tidak merebak.

Inilah fitnah akhir zaman... Fitnah... Ada segelintir manusia, berbicara tidak mengikut kemampuan, tidak punyai ilmu yang cukup, tapi bercakap lebih dari ulama-ulama silam. Sepatutnya, kita tumpukan bidang pengkhususan kita, sapa ngaji ekonomi, tumpu bagaimana nak kuatkan ekonomi ummat. Bukan tumpukan atas persoalan furu'.

Nari kita fikir, wahabi sewajarnya ditolak, bagaimana ngan fahaman Islam Had hari lak? Wajar diterima atau ditolak oleh masyarakat kita?

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...