بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Aidilfitri, mohon maaf andainya ada salah dan silap. Sebaik-baik hamba, adalah mereka yang selalu bertaubat. Allah Taala telah berfirman di dalam al Quran yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.
Apakah natijah puasa? Jawapanya, supaya kita bertakwa. Tidak dapat tidak, hasil dari madrasah Ramadhan, melahirkan jiwa-jiwa yang bebas dari dijajah oleh nafsu dan iblis, menjadi insan yang bertakwa.
Sekiranya tidak, perlulah diri kita bermuhasabah, di manakah silapnya. Sekurang-kurangya, amalan yang boleh kita teruskan setelah segenap sebulan berpuasa dan mendapat ijazah takwa ialah:
1. Berpuasa pada hari-hari yang disunatkan seperti Isnin Khamis
2. Bangun awal untuk bermunajat kepada Rabbul Jalil; kerana di bulan puasa kita mampu untuk bangun awal bersahur.
3. Solat berjemaah; kerana di masjid-masjid sepanjang sebulan berpuasa tidak pernah kurangnya ahli jemaah menunaikan solat terawih.
4. Membaca al Quran; ramai yang mampu khatamkan al Quran di bulan puasa, maka seeloknya diteruskan selepas bulan puasa.
Cukuplah sekadar ini, biarlah sedikit asalkan istiqamah kerana amalan secara istiqamah lebih disukai Allah.
والله أعلم
0 Komen
Post a Comment