بسم الله الرحمن الرحيم
1. Telah di bincangkan di dalam kitab Fathul Bari karangan imam Ibn Hajar di muka surat 517 jilid yang ke 2 (Darul Bayan Li Thurath) pada membicarakan hari raya di bawah hadis: سنة العيدين لأهل الإسلام, telah berkata Wathilah;
لقي رسول الله يوم عيد فقل: تقبل الله منا ومنك فقال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya: Telah berkata Wathilah, aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda "Taqabballahu minna wa minka", Baginda menjawab: Ya, "Taqabballahu minna wa minka"
2.
Puasa enam Syawal itu adakah berturut-turut dengan Ramadhan? Telah berkata Imam an Nawawi Rahimahullah Taala di dalam syarah al Muhazzab; berkata ashab kita disunatkan berpuasa enam syawal itu berturut-turut pada awal Syawal, jika diceraikan ia atau diakhirkan daripada awal Syawal nescaya harus hukumnya.
Yang afdhalnya, kata Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim; telah berkata ashab kita bahawa yang afdhalnya bermula puasa enam hari berturut-turut mengiringi Hari Fitrah. Maka, jika dicerai-ceraikan atau diakhirkan daripada awal Syawal hingga akhirnya, nescaya berhasil juga fadhilat berturut kerana bahawasanya dibenarkan dia mengikutkan dengan enam Syawal.
Telah berkata juga Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim. Telah berkata ulama; dan sebab dikatakan puasa enam hari itu seperti puasa sepanjang tahun kerana satu kebaktian itu sepuluh ganda balasannya. Maka puasa sebulan Ramadhan itu balas dengan sepuluh bulan dan enam hari Syawal itu balas dengan dua bulan.
WaAllahua'lam
Assalamualaikum...
Kepada Sohibul Blod, Mentera Beradu nyanyian M.Nasir ft Malique ini mmg sukar untuk diungkapkan. Hanya ahli Ulul Albab sahaja dpt mengerti maksudnya dan ianya sememangnya rahsia. Cukuplah saya kata ia adalah satu perjuangan bangsa Melayu dalam mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara. Cumanya adala sesetengah cara mereka yang menyimpang dari perjuangan tersebut.
Perjuangan Yang Sememangnya masih belum sempurna..
Sekian...