Ijtihad Sahabat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 23, 2006 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dikembalikan pada Allah SWT, dengan izin dan kasih sayangnya diberikan kesempatan untuk beribadah padaNya dengan kenikmatan iman, yang tidak sekali-kali boleh diwarisi kepada anak, mahupun orang yang tersayang. Semoga dengan kenikmatan yang telah dianugerah oleh Allah taala ini, dipertingkatkan nilai syukur di dalam kehidupan seharian.

Tahun sudah masuk 1427 hijriah. Semakin meningkat angka tahun hijriah ini secara automatik menandakan betapa kita semakin hari semakin jauh dengan kurun junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasalam. Semakin jauh kita dengan Nabi, maka bermakna dunia kita semakin hampir berlakunya kiamat yang telah dijanjikan Allah SWT. Akhir zaman ini, berlakunya banyak kepincangan dalam dunia Islam, dek kerana sikap kita yang semakin hari semakin dibuai mimpi kenikmatan dunia yang dah semakin 'nyanyuk'.

Perkara-perkara khilaf di kalangan ijtihad ulama silam semakin galak digembar-gemburkan. Semakin rancak dipertikaikan dengan tanpa disedari menjadi salah satu penyebab lemahnya perpaduan di kalangan ummat Nabi Sallahua'alaihiwasalam. Ada sesetengah hamba Allah semakin seronok dengan tipu daya ini, beranggapan inilah perjuangan paling aula, melupakan perkara yang disepakati, beranggapan remeh untuk bersatu padu menentang kemaraan kuffar laknatullah.

Tutor saya pernah berkata di dalam satu interaksi kumpulan. Katanya "mereka ini (bukan Islam) tidur lain-lain bantal. Tapi bermimpikan perkara yang sama." Seperti di sebut di dalam al Quran, kaum kuffar akan bersatu untuk menentang Islam. Tapi sayangnya, segelintir dari kita masih lagi enak tidur bermimpikan perkara khilaf untuk dijadikan modal tulisan serta bahan perbincangan seharian kehidupan.

Mari kita renung serta berfikir bertanya, wujudkah perselisihan di kalangan para sahabat dalam memahami kalam Rasulullah Sallahua'alaihiwasalam? Jawapanya, ada. Di kalangan sahabat, yang hidup berdepan dengan Nabi sendiri berlaku perselisihan di kalangan mereka dan berlaku ijtihad para sahabat seperti mana disebut dan difahami di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

لا يصلي أحدكم إلا في بني قريضة

Maksudnya: Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah.

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu selepas Maghrib. Dan ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang dimaksudkan Nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada Nabi beritanya, dan Nabi tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa.

Kawan-kawan, dari hadith di atas, kita fahami bahawa, perkara khilaf ini berlaku sejak 1400 tahun dahulu lagi. Sejak para sahabat masih lagi hidup bersama-sama ngan Nabi.

Para sahabat semestinya berkemampuan berijtihad, begitu juga dengan imam-imam mazhab yang empat. Berbeza jauh dengan kita, dan semestinya kita berkewajipan untuk mengikut ijtihad ulama tersebut, bukan bercampur-aduk ijtihad 4 mazhab tersebut, bahkan sepertimana di ketahui, kita memilih mazhab as Syafie sebagai pegangan penyelesaian persoalan ibadah seharian kita.

Oleh yang sedemikian, sedarlah wahai kalian, tinggalkan mimpi indah seorang diri yang tersenyum dikala lena dengan bermimpikan perkara khilaf, tinggkatkan ribat kesatuan akidah untuk menghadapi musuh-musuh Islam yang sedang bersatu padu mengumpul kekuatan menyerang ummat Islam. Sedarlah, tanpa disedari dek kerana mimpi, kalian adalah ejen-ejen membantu musuh Allah untuk melemahkan kesatuan Ummat Nabi Sallahua'alaihiwasalam.

Tingkatkan ribat kesatuan akidah, menentang musuh Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

waAllhua'lam.

2 Komen

  1. YaMiNa // 3:49 PM  

    kdg2 bukan bermimpi... tapi tiba2 kita diserang dgn persoalan2 itu... sbg manusia biasa, tak boleh elak dr tidak fikirkan ttg itu semua sbb benda itu merisaukan, apatah lg, mereka yg menimbulkan perkara yg buatkan byk tanda soal kat fikiran tu, sahabat2 yg sgt kita sayangi

  2. Anonymous // 5:53 PM  

    Setiap insan boleh diambil atau ditinggalkan pendapatnya melainkan apa yang didatangkan benar-benar oleh Allah dan RasulNya, dengan kita menghormati imam-imam dan memohon ampun untuk mereka sentiasa dalam doa sedang mereka tidak rugi dengan apa yang mereka telah cernakan untuk kita atas ijtihad mereka. Titik bersatu adalah keikhlasan, redha Allah di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam.