Mengapa Parti Islam Kalah?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 26, 2006 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada 15 Januari 2006 yang lepas, aku terbaca di satu sudut di dalam akhbar Mingguan Malaysia. Di kolum Politik Minggu Ini bertajuk; Shahnon: Kenapa parti Islam kalah.

Aku simpan artikel tersebut dengan niat untuk dimasukan ke dalam blog aku. Tangguh punya tangguh, sehinggalah hari ini aku berkesempatan menaip untuk dimasukan ke dalam blog.

Aku ambil sedikit petikan tersebut.

Bekas ahli Parlimen Pas itu menyentuh sedikit soal politik dalam tulisanya bertajuk Terima Kasih A. Samad Saiddalam ruangannya Pabila Hujan Turun.

Shahnon yang tidak lagi aktif dalam Pas menyingkap kembali sebuah buku yang dihadiahkan oleh rakannya yang juga Sasterawan Negara, A. Samad Said. Buku tersebut bertajuk Mengapa Partai Islam Kalah?, susunan Hamid Basyaib dan Hamid Abidina. Buku itu mengandungi karangan-karangan daripada golongan intelektual – politikus Indonesia, umpamanya Gus Dur, Deliar Noer, Amien Rais, Hamzah Has, Nurcholish Mahjid, Kuntowijoyo, Yusril Ihza Mahendera dan banyak lagi.

Mencabar

Keseluruhannya, buku itu membicarakan mengapakah parti politik Islam di Indonesia yang rakyatnya 90 peratus Muslim kalah dalam pilihan raya yang lalu.

"Saya sedar bahawa A. Samad Said memberikan saya buku itu bagaikan sengaja hendak mengusik saya atau cuba hendak mencabar saya; malah dalam buku itu sengaja mencatat nama saya sebagai "Yang Berhormat", tulis Shahnon.

Disebabkan Shahnon berjanji tidak akan menyentuh perihal politik secara langsung dalam ruangan tersebut beliau menjawab secara ringkas yang disifatkan sebagai sepotong ayat.

Begini jawapannya: "Parti Islam kalah di Indonesia dan juga di sini, kerana tonggak perjuangannya tidak punyai substantif lagi, tidak punyai ketaqwaan dan keimanan sebagai landas perjuangan; malah sebaliknya acap dirongrong oleh kuasa, harta, nama dan dunia. Politik parti Islam sekarang ini bukan sekadar mempersendaguraukan ketaqwaan, malah lebih teruk lagi memperkaskaskan ketaqwaan."

Jadi, apa pandangan kalian?

waAllhua'lam.

2 Komen

  1. Anonymous // 4:21 PM  

    Assalamualaikum..

    Pengertian Islam yang sebenar dalam diri kita akan mengingatkan kepada keperitan dakwah Rasulullah dipermulaan Islam...melihat dari itu, kemenangan Islam bukanlah suatu perkara yang semudah yang difikir akal, semudah kata diucap, semudah retorik semata-mata..ianya memerlukan pengobanan yang berpanjangan...

    Namun..perlu ingat..Islam tetap menang sepanjang zaman...samada memerintah atau tidak, Islam tetap menawan manusia.!!!

    Bersamalah parti Islam walau menang atau kalah..Allah bersama dengan pihak kebenaran...

  2. Anonymous // 12:18 PM  

    yerlah ibnuyamin...
    Beginilah nasib orang Islam bila "ulama"? memakai serban dan janggut untuk "mengkhabarkan" kealiman mereka pada orang ramai..."Ulama"?
    melompat-lompat di atas pentas apabila "hak" mereka "hilang"...sedangkan pada hati itu menjadi tilikan Allah...kemanakah ulama ini hilang semasa ketandusan modal politik?...dimanakah suara "pewaris"? khulafa ar-rasyiddin ketika musim politik tengah sejuk...