Bismillahirrahamnirrahim…
BaarakaAllahulaka, wabaaraka 'alaika, wajama'a bainakuma fil khair... Keluar dari bibir ku, setelah selesai akad nikah sahabat seguru ku. Tersenyum lebar kelihatan dari wajahnya, tanda kesyukuran dan kegembiraan menyahut tuntutan Sunah Rasulullah S.A.W. Bertempiaranlah lari iblis dan syaitan kedukacitaan kerana gagal menghasut anak Adam untuk melakukan yang bertentangan dengan syariat agama. Moga akan lahirlah zuriat – zuriat yang soleh dan solehah yang akan memakmurkan bumi Allah sebagai khalifah Nya yang beriman.
14 Mac 2006...
Ziarah rakan ku di SRIDU, kebetulan ketika itu, ada program reunion KBS. Setelah selesai, ketika makan bersama rakan ku itu, teringat akan guru ku; Pak Long Zainal Asri. Tiba – tiba, SMS sampai kepada rakan ku itu, rakan ku itu menunjuk SMS kepada ku, rupa – rupanya SMS dari Pak Long. Tersenyum kami berdua. Masya Allah, mungkin ada rabitah hati yang kuat, berkat kenangan mengikuti program bersama – sama di alam persekolahan. Hari hujung minggu, kami akan menyewa van untuk bersama – sama ikuti rehlah ziarah ulama. Antaranya, Pak Long Zainal Asri yang sering kami ziarahi.
Rakan – rakan ku... Kalian tetap ada di dalam doa rabitah ku... Nabil, Anuar Saad, Ibrahim (pengantin baru), Pak Lang, Yusaini, Ihsan, Fauzi, Mahadzir, Azmir Azizan, Rafizi, Tarmizi Ismail, Ikhwan Zainuddin, Naim Mohamad... Dan ramai yang tak mampu ku taip di sini... Betul kata Pak Long, kenangan di training dahulu, sedikit sebanyak menguatkan kekuatan untuk sentiasa tetap di atas jalan ini. Pak Long selalu pesan, agar di bacakan selalu doa rabitah, pejamkan mata dan ingati wajah kawah – kawan yang bersama kita di atas jalan – jalan ini...
15 Mac 200...
Ketika menunggu sepupu ku di Pasar raya Pasific, tiba – tiba ku tertoleh seorang hamba Allah yang ku kenal, berkain pelikat, berbaju Melayu, berserban putih... muka berseri – seri bercahaya... Tidak sempat ku kejar... Dari jauh ku perhatikan dia turun ke tingkat bawah, seterusnya hilang... Siapakah dia? Dialah Pak Long Zainal Asri. Baru ku niat, bila ada kesempatan menziarahinya... Allah telah takdirkan ku melihat wajahnya. Melihat wajah ulama, tenang rasa di hati.
Sekadar catatan, bacalah yang tersurat, tiliklah apa yang tersirat. Sekarang, ku cuba cari bahan untuk syarah kepada hadis jariah. Sememntara ini, eloklah ku masukka sedikit bahan agar tidak terlalu jauh tarikh catatan ku di dalam blog ini.
waAllahua'lam...

BarakAllahulak WaBarakAllahualaik Wa jam'abainakuma Bil-Kahie-atau perlu "hu"..:)
Mmm saya tak faham 'hu' tu dimasukkan di mana seperti dikehendaki oleh saudara/ri 'me'
Mm mungkin saudara/ri me leh baca semua, ianya ialah catatan, saya bercakap depan dia, kalau depan dia sendiri adakah saya perlu cakap 'hu'?
Saya taip semula apa yang saya cakap depan dia sendiri, sebab saya yang saksikan akad nikah tersebut, so saya cakap depan dia kena guna 'hu' jugak?
Atau saya salah faham? Atau saya salah taip?
:)
maksud ana ustazul kiram..
ust takde salah taip atau apapun..
ana baca doa utk dia..
jadi ana kena guna "hu" la kan..
:)
betul tak ust..?
Laaa... 'me' tu ustazah nailofar ka :) Ingatkan sapa la tuuu... Hehe
Soalan hu tu, dikembalikan kepada tuan punya soalan Hehe Tuan punya soalan lebih arif dari tuan punya blog Hehe surrender pada ustazah nai...