بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, kepujian dipanjatkan setinggi-tingginya kehadrat Ilahi, dengan izin Nya, jari jemari ini masih lagi mampu untuk berlari di atas keyboard, melakarkan sedikit sebanyak lakaran kehidupan yang entah bilanya akan berakhir, di sawangan maya yang entah berapa lamanya tidak terusik.
Bukan kerana sudah dilanda kejemuan yang semestinya menjadi virus buat seorang pejuang, tetapi kehendak masa yang membuatkan diri ini tidak keruan mengatur langkah membahagikan masa. Mungkin inilah perkara penting, yang tidak diendahkan oleh kita sebagai manusia khalifahNya di atas muka
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah yang selalu kita baca apabila mengakhiri sesuatu majlis, agar selalu memperingati bahawa masa itu amat berharga.
Kehidupan adalah perniagaan, perniagaan adalah perjuangan... Aghhh Macam merapu ja bunyinya Hehe
Selamat berjuang, walaupun siapa anda!
0 Komen
Post a Comment