Mufti Perlis Baru

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 27, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda selalu membaca kolum agama di akhbar Berita Harian, anda pasti berjumpa istilah 'Tajdid iman'. Yang terkini, tajuknya; Tajdid Iman: Cetek agama punca penulisan anti-Muslim.

Kini, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, penulis telah dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr. Asri seperti yang dilaporkan:

KANGAR 27 Jan. - Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya, 37, disahkan sebagai mufti baru Perlis baru mengantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November tahun lalu.

Pengisian Dr. Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak menamatkan spekulasi 'kerusi' Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu berkata, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun.

Katanya, pemilihan bekas naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - Utusan


Mungkin negeri yang sekecil Perlis belum lagi melahirkan ulama-ulama yang boleh menerajui badan mufti negeri tersebut. Terpaksa meng'import' dari negeri lain.

Atau mungkin tidak ada ulama yang berstatuskan DR yang menjadi pilihan hati pemimpin negeri.

Ayuh! Satu cabaran buat sahabat-sahabat saya yang masih lagi menuntut di Ardhul Kinanah, lekas pulang ke negeri anda, masyarakat amat memerlukan tenaga muda anda untuk menerajui institusi ulama di negeri anda.

Nota: web soal jawab agama oleh ulama dari Perlis, sila klik ilmudanulamak

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Gerhana Matahari

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, January 27, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT berfirman di dalam surah al Furqan; ayat 45 dan 46 yang bermaksud:

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

Maha Suci Allah yang menjadikan setiap kejadian langit dan bumi. Dengan kekuasaan-Nya, memperlihatkan kepada hamba-hambaNya kejadian gerhana matahari, di mana kita selaku hambaNya dituntut dan diajarkan oleh Baginda SAW solat sunat kusuf agar dapat menyuburkan rasa kehambaan padaNya.

Kredit kepada Falak Online di atas gambar-gambar berikut. SubhanaAllah!




WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Boikot

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, January 26, 2009 | , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayat-ayat al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW berkaitan jihad ekonomi.

Firman Allah SWT yang membawa maksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(al Maaidah: 51)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(al Mumtahanan: 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang menyediakan seorang di jalan Allah, sesungguhnya dia telah berperang. Begitu jugalah mereka yang menjaga keluarganya dengan baik, dia juga telah berperang.
(Riwayat al Bukhari)

Berangsaiapa yang berbelanja pada jalan Allah, dituliskan baginya tujuh ratus kali ganda pahala.
(Riwayat at Turmuzi)

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Solat Gerhana

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, January 26, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Hukum solat gerhana matahari.

Telah berkata Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim; telah ijma' ulama bahawasanya solat gerhana matahari itu ialah sunat dan bermula Mazhab Malik, Syafie, Ahmad dan jumhur ulama bahawasanya disunatkan memperbuat solat sunat gerhana dengan berjamaah dan kata 'Iraqiyyun bertunggal. Bermula hujjah jumhur ialah segala hadis Sohih di dalam Muslim dan lainnya.

Solat gerhana matahari dan ikhtilaf ulama padanya.

Kata Imam an Nawawi Rahimahullah Taala dan telah bersalah-salahan ulama pada kelakuan solat gerhana itu, maka bermula yang mashur pada mazhab as Syafie ialah dua rakaat; pada tiap-tiap satu rakaat dua kali berdiri, dua kali membaca dan dua kali rukuk. Dan sujud itu maka dua kali sujud seperti solat lainnya, sama ada berpanjangan gerhana itu atau tiada panjangnya.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Selamat Hari Lahir!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, January 08, 2009 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud: [74] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. al Furqan ayat 74.

Setiap waktu kita berdoa pada Allah tanpa jemu, agar dikurniakan anak yang soleh, moga menjadi aset yang paling bernilai buat kita masa depan. Moga Allah SWT makbulkan doa kita bersama.



Selamat hari lahir buat anak ku, moga Allah SWT jadikan kau seorang srikandi yang solehah. Ameen.

Puteri Ku Sayang
Artis: Hijjaz

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...