Doakan Mereka...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, November 30, 2005 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah, jemputan kenduri walimah boleh dikatakan setiap minggu pasti dipanggil. Tahun ni, aku banyak terima jemputan walimah. Jemputan yang paling bermakna, kawan-kawan sepengajian, sama ada di sekolah menengah dulu, ataupun peringkat IPT. Alhamdulillah. Kahwin, banyak faedahnya. Lebih-lebih lagi di akhir zaman. Fitnah di mana-mana. Mata liar memandang. Astagfirullah. Islam amat menuntut ummatnya agar segera berkahwin, agar terpelihara dari dosa-dosa, imma kecil mahupun besar.

Apabila dijemput untuk kenduri walimah, Nabi SallaAllahu'alaihiwassalam mengajar ummatnya, agar mendoakan pasangan tersebut. Seperti mana ada di dalam sebuah hadith:

Telah bersabda Rasulullah SAW:


‏حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏
‏أَنَّ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَانَ إِذَا ‏ ‏رَفَّأَ ‏ ‏الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ ‏ ‏بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ ‏
‏قَالَ ‏ ‏وَفِي ‏ ‏الْبَاب ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏أَبُو عِيسَى ‏ ‏حَدِيثُ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SallaAllahu'alaihiwasallam yang masyhur 'alimnya dan banyak ingat hadith Rasulullah SallaAllahu'alaihiwasallam namanya Abi Hurairah RadhiaAllhu'anhu, katanya bahawa Nabi SallaAllahu'alaihiwasallam biasanya apabila mendoakan orang-orang dengan doa baik apakala orang itu berkahwin berkatalah ia begini:

‏بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Ertinya: Memberi berkat Allah Taala kiranya akan engkau, dan memberi berkat atas engkau, dan dipersatukan kiranya oleh Allah antara kedua kamu di dalam kebajikan dan kebaikkan, kesukaan dan kebahagiaan.

Kata Abu 'Isa - dan pada bab ini ada diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, dan katanya lagi bermula hadith ini ialah hassan lagi sohih.

InsyaAllah, apabila kalian pergi kenduri, ingatkan doa ini, doakan pada kawan kalian. InsyaAllah, suatu hari nanti, kalian pula akan didoakan sedemikian.

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Panas

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, November 29, 2005 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Panas... Apa yang panas? Sini hujan, sebelah timur pun hujan. Jadi, apa yang panas? Tajuk di dada akhbar utama Mingguan Utusan yang 'memanaskan' fikiran serta minda masyarakat Malaysia. Ibarat kata pepatah 'siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya'. Maka tarian 'ketaksuban' terus berpesta 'kepanasan' kerana dek termakan cilinya.

Minggun Malaysia, Ahad 27 November bermula ngan tajuk Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda. Isnin 28 November di ulas ngan tajuk: Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi, Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam - Jakim menambahkan lagi 'kepanasan' mereka yang telah sebati dengan fahaman wahabi.

Aku ingin lagi melihat 'tarian' mereka dari kalangan pengikut wahabi. Di forum-forum alam maya semakin rancak berkompang. Berbagai-bagai ragam manusia meluahkan ketidakpuasan hati terhadap tulisan di akhbar tersebut. Dan aku pasti, isu ini akan terus diperdebat oleh mereka yang 'termakan cili', terasa panas dan terus panas.

Islam, Allah akan terus memelihara. Walau lahir pelbagai fahaman, tetap akan ada dari kalangan hambaNya untuk terus utuh memperjuangkannya. InsyaAllah, Mekah dan Madinah, akan kembali dipelihara oleh mereka yang benar-benar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti dahulu, sebelum jatuhnya Kerajaan Othmaniyaah yang berpusat di Turki.

Mereka yang bermazhab, tidak pernah ada masalah di antara sesama 4 mazhab yang utama, tapi mereka yang tidak bermazhab sering menimbulkan masalah dengan ummat Islam keseluruhan. Ulama salaf (bukan wahabi yang bertopengkan salaf) dan khalaf tidak berselisih perkara usul, bahkan saling melengkapi, tapi mereka yang kononnya bermazhab salafussoleh, sering menghujum 'sesat' kepada ummat Islam yang bermanhaj al Asya'irah.

waAllhua'lam.

Mesti baca:

1) Berpgang Pada Sunnah WalJamaah.

[+/-] Selengkapnya...

Menarik

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, November 27, 2005 | | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kenapa kami sewajarnya ditolak oleh masyarakat? Usaha kami adalah selari dengan kehendak al Quran dan hadith Nabi SAW, menegak kalimah tauhid mengikut fahaman kami, membanteras perkara bid'ah-bid'ah. Di bibir-bibir kami, hanyalah telah sebati-sebatinya 'perkataan' bid'ah. Kami hanya berdakwah kepada masyarkat Islam yang kami gelari 'pendokong dan ahli bid'ah'. Kenapa? Kenapa kami ditolak... Kenapa hal kami dijadikan isu di muka hadapan? Kenapa tidak berita lain. Why? Limaza? Pourquoi? 왜? 为什么? 為什麼?"

Menarik! Itulah yang aku fikirkan sambil tersenyum sendirian selepas aku menyelak Mingguan Malaysia hari ini. Tajuk "Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda" amat menarik perhatian aku. Bercampur aduk perasaan terkejut kerana berita ini menghiasi muka surat utama di dada akhbar. Jika berita ini berada di dada akhbar pada muka surat lain, tidak lah terkejut, tapi bila di muka hadapan, menggambarkan satu isu yang agak besar berlaku di dalam negara ataupun di luar negara. Persoalannya, perlukah berita seperti ini berada di muka hadapan di akhbar berkenaan? :)

Kita tunggu ulasan-ulasan mereka. Semestinya 'berapi-api' kepanasan di ruang forum-forum alam maya. Tadi aku belek-belek forum komuniti, dah ada 2 3 forum yang meng'copy' 'paste' kan, untuk diperbahas. Seperti di duga, wahhh seperti 'angin taufan' gambarannya. Sudah semestinya, Tokoh Maal Hijrah itu menjadi hentaman.

Aku rasakan, seperti kebiasaan, serangan peribadi akan dilancarkan. Akan ada DR. Ustaz, jurutera, arkitek, pelajar dan sebagainya yang akan membidas semula. Perkara ini perlu diperbalas sebalas-balasnya. Prinsip; 'orang lain salah, bid'ah... Aku sahaja yang betul' perlu di perjuangkan...

Siapakah wartawan tersebut; Nazeri Nongg Samah.

Mesti baca:

1) Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Siapakah Imam al Ghazali?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, November 26, 2005 | | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali merupakan seorang ‘alim yang gemar mempelajari bermacam-macam jenis ilmu. Ini telah diceritakan oleh al-Imam Abu Hamid al-Ghazali sendiri di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ad-Đalal.

Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku.

Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah.

Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku telah memeriksa dengan penuh teliti segala isi ajaran mereka. Ketika aku bertemu dengan kaum zahiriah pula, aku telah menyelidiki segala isi kandungan dan selok-belok ajaran mereka. Demikianlah halnya aku teruskan dengan setiap golongan.

Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli falsafah, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mendalami cara pemikiran falsafah mereka. Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli ilmu kalam, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mengikuti dan menyelidiki pokok-pokok pegangan hujah-hujah mereka.

Begitu juga apabila aku berdamping dengan para sufi, aku telah berusaha sehingga aku dapat mengetahui rahsia-rahsia kesufian. Ketika aku bergaul dengan ahli-ahli ibadat, aku telah mengkaji kesan-kesan amal ibadat mereka itu. Dan tiadalah aku temui kaum zindiq dan kaum engkar melainkan aku telah menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang yang telah menjadikan mereka berpegangan demikian.

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al Ghazali

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, November 22, 2005 | | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...


Posted by Picasa

Imam al Ghazali Rahimahullah (450-550 H; 1085-1111 M)

Imam Ibnu Jauzi menghikayatkan daripada Imam Ahmad (saudara Imam al Ghazali Rahimahullah) yang menceritakan peristiwa kematian Imam al Ghazali Rahimahullah taala. Berkata Imam Ahmad tersebut:


Setelah terbit fajar hari Isnin (14 Jamadil akhir 505 H) saudaraku (Imam al Ghazali) berwuduk dan terus solat subuh. Selepas solat beliau berkata: "bawa ke sini kain kafanku!" Lalu beliau mengambil kain kafan sambil beliau berkata "aku telah bersedia untuk datang memenuhi panggilanMu dengan penuh ketaatan dan kepatuhan". Setelah itu beliau menghunjurkan kakinya mengadap kiblat dan terus beliau menghembuskan nafas yang terakhir untuk memenuhi panggilan Tuhannya dengan penuh ketaatan.

Semoga Allah mencucuri beliau dengan rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatakan kepada kita dengan ilmu yang beliau tinggalkan.

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Kitab Bidayatul Hidayah Oleh Imam al Ghazali

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, November 21, 2005 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Kulit buku "Bidayatul Hidayah" oleh Hujjatul Islam, Imam al Ghazali Rahimahullah Taala. Aku syorkan untuk kalian membacanya sebagai amalan harian. Bermula dari bangun tidur hinggalah nak tidur semula. Perjalan hidup seorang 'salik ila Allah Taala'


Posted by Picasa

Keterangan Gambar:


Posted by Picasa

Masjid Bani Umayyah, Dimashq (Damsyiq), Syiria; di sudut belakang sebelah kanan masjid ini terdapat sebuah bilik yang telah dijadikan oleh Imam al Ghazali Rahimahullah taala sebagai tempat ibadat dan tempat beliau mengarang kitab.

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...