Doakan Mereka...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, November 30, 2005 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah, jemputan kenduri walimah boleh dikatakan setiap minggu pasti dipanggil. Tahun ni, aku banyak terima jemputan walimah. Jemputan yang paling bermakna, kawan-kawan sepengajian, sama ada di sekolah menengah dulu, ataupun peringkat IPT. Alhamdulillah. Kahwin, banyak faedahnya. Lebih-lebih lagi di akhir zaman. Fitnah di mana-mana. Mata liar memandang. Astagfirullah. Islam amat menuntut ummatnya agar segera berkahwin, agar terpelihara dari dosa-dosa, imma kecil mahupun besar.

Apabila dijemput untuk kenduri walimah, Nabi SallaAllahu'alaihiwassalam mengajar ummatnya, agar mendoakan pasangan tersebut. Seperti mana ada di dalam sebuah hadith:

Telah bersabda Rasulullah SAW:


‏حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏
‏أَنَّ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَانَ إِذَا ‏ ‏رَفَّأَ ‏ ‏الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ ‏ ‏بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ ‏
‏قَالَ ‏ ‏وَفِي ‏ ‏الْبَاب ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏أَبُو عِيسَى ‏ ‏حَدِيثُ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SallaAllahu'alaihiwasallam yang masyhur 'alimnya dan banyak ingat hadith Rasulullah SallaAllahu'alaihiwasallam namanya Abi Hurairah RadhiaAllhu'anhu, katanya bahawa Nabi SallaAllahu'alaihiwasallam biasanya apabila mendoakan orang-orang dengan doa baik apakala orang itu berkahwin berkatalah ia begini:

‏بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Ertinya: Memberi berkat Allah Taala kiranya akan engkau, dan memberi berkat atas engkau, dan dipersatukan kiranya oleh Allah antara kedua kamu di dalam kebajikan dan kebaikkan, kesukaan dan kebahagiaan.

Kata Abu 'Isa - dan pada bab ini ada diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, dan katanya lagi bermula hadith ini ialah hassan lagi sohih.

InsyaAllah, apabila kalian pergi kenduri, ingatkan doa ini, doakan pada kawan kalian. InsyaAllah, suatu hari nanti, kalian pula akan didoakan sedemikian.

waAllhua'lam

2 Komen

  1. Anonymous // 4:37 PM  

    Adapun ana mendoakan Ustaz Annaqshy pula lekas mengikuti jejak langkah mereka yang didoakan tersebut, supaya dapat ana mendoakan seperti doa nabi tersebut kepada ustaz ;-)

  2. .::.anNaQshY.::. // 4:22 PM  

    Akan dituruti jejak jejak itu apabilah ditaqdirkan Allah akan masanya InsyaAllah... Moga dipermudahkan Allah akan urusan kaum muslimin dan muslimat bagi mereka yang ingin segera bernikah, termasuk tuan punya blogger ini :)