Panas

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, November 29, 2005 | | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Panas... Apa yang panas? Sini hujan, sebelah timur pun hujan. Jadi, apa yang panas? Tajuk di dada akhbar utama Mingguan Utusan yang 'memanaskan' fikiran serta minda masyarakat Malaysia. Ibarat kata pepatah 'siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya'. Maka tarian 'ketaksuban' terus berpesta 'kepanasan' kerana dek termakan cilinya.

Minggun Malaysia, Ahad 27 November bermula ngan tajuk Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda. Isnin 28 November di ulas ngan tajuk: Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi, Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam - Jakim menambahkan lagi 'kepanasan' mereka yang telah sebati dengan fahaman wahabi.

Aku ingin lagi melihat 'tarian' mereka dari kalangan pengikut wahabi. Di forum-forum alam maya semakin rancak berkompang. Berbagai-bagai ragam manusia meluahkan ketidakpuasan hati terhadap tulisan di akhbar tersebut. Dan aku pasti, isu ini akan terus diperdebat oleh mereka yang 'termakan cili', terasa panas dan terus panas.

Islam, Allah akan terus memelihara. Walau lahir pelbagai fahaman, tetap akan ada dari kalangan hambaNya untuk terus utuh memperjuangkannya. InsyaAllah, Mekah dan Madinah, akan kembali dipelihara oleh mereka yang benar-benar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti dahulu, sebelum jatuhnya Kerajaan Othmaniyaah yang berpusat di Turki.

Mereka yang bermazhab, tidak pernah ada masalah di antara sesama 4 mazhab yang utama, tapi mereka yang tidak bermazhab sering menimbulkan masalah dengan ummat Islam keseluruhan. Ulama salaf (bukan wahabi yang bertopengkan salaf) dan khalaf tidak berselisih perkara usul, bahkan saling melengkapi, tapi mereka yang kononnya bermazhab salafussoleh, sering menghujum 'sesat' kepada ummat Islam yang bermanhaj al Asya'irah.

waAllhua'lam.

Mesti baca:

1) Berpgang Pada Sunnah WalJamaah.

2 Komen

  1. Anonymous // 1:11 AM  

    alhamdulillah...enta juga salah seorang yang mempunya fahaman yang jelas tentang hal ni.

    dewasa ini, sudah jarang-jarang kita temui orang yang berfahaman tradisional. memahami epistimologi adab ilmu yang sebenar. Agak ramai yang terpengaruh dgn fahaman wahabiyyah. masha Allah...

    Semoga kita semua sentiasa di pandu oleh taufik dan hidayah Allah dalam mengenali yang batil itu batil dan yang benar itu benar. Moga enta dapat istiqomah membantu teman-teman di ukhwah.com serta visitors blog enta faham tentang isu ini.

  2. Anonymous // 2:41 PM  

    cerdik pandai muda? kenapa orang cerdik pandai ikut...? mafhum mukhalafah: orang kurang cerdik kurang pandai tak ikut? Astaghfirullah... kut ye pun modify la sket tajuk news tu... kesian kt orang2 Islam lain.