Menarik

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, November 27, 2005 | | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kenapa kami sewajarnya ditolak oleh masyarakat? Usaha kami adalah selari dengan kehendak al Quran dan hadith Nabi SAW, menegak kalimah tauhid mengikut fahaman kami, membanteras perkara bid'ah-bid'ah. Di bibir-bibir kami, hanyalah telah sebati-sebatinya 'perkataan' bid'ah. Kami hanya berdakwah kepada masyarkat Islam yang kami gelari 'pendokong dan ahli bid'ah'. Kenapa? Kenapa kami ditolak... Kenapa hal kami dijadikan isu di muka hadapan? Kenapa tidak berita lain. Why? Limaza? Pourquoi? 왜? 为什么? 為什麼?"

Menarik! Itulah yang aku fikirkan sambil tersenyum sendirian selepas aku menyelak Mingguan Malaysia hari ini. Tajuk "Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda" amat menarik perhatian aku. Bercampur aduk perasaan terkejut kerana berita ini menghiasi muka surat utama di dada akhbar. Jika berita ini berada di dada akhbar pada muka surat lain, tidak lah terkejut, tapi bila di muka hadapan, menggambarkan satu isu yang agak besar berlaku di dalam negara ataupun di luar negara. Persoalannya, perlukah berita seperti ini berada di muka hadapan di akhbar berkenaan? :)

Kita tunggu ulasan-ulasan mereka. Semestinya 'berapi-api' kepanasan di ruang forum-forum alam maya. Tadi aku belek-belek forum komuniti, dah ada 2 3 forum yang meng'copy' 'paste' kan, untuk diperbahas. Seperti di duga, wahhh seperti 'angin taufan' gambarannya. Sudah semestinya, Tokoh Maal Hijrah itu menjadi hentaman.

Aku rasakan, seperti kebiasaan, serangan peribadi akan dilancarkan. Akan ada DR. Ustaz, jurutera, arkitek, pelajar dan sebagainya yang akan membidas semula. Perkara ini perlu diperbalas sebalas-balasnya. Prinsip; 'orang lain salah, bid'ah... Aku sahaja yang betul' perlu di perjuangkan...

Siapakah wartawan tersebut; Nazeri Nongg Samah.

Mesti baca:

1) Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda.

waAllhua'lam...

1 Komen

  1. Anonymous // 8:12 PM  

    Kenapa perlu megeluh dengan teguran mulut2 di luar sana???
    Tidakkah kamu mahu menjadikan ianya satu motivasi diri dan mrk yg sefahaman dgnmu.

    Itu baru sedikit dari mehnah dan tribulasi da'wah, blm lagi yg kau.. kau punya. Apakah antum merasa lemah oleh cemuhan tersebut? Atau tidak?

    Sebenarnya mrk yg menyangka menghapuskan bid'ah dan .... ni tlh byk memecah belahkan masyarakat tidak kurang hebatnya jugak d bomi msia.

    Semoga Allah kurniakan kita kefahaman yg suci murni amin.

    Doakan ana dan seluruh umat.