Bertawaduklah Wahai Insan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, May 18, 2006 | 2 Komen »

Bismillahirrahamanirrahim...

Kawan-kawan, telah bersabda Nabi SAW:


من تواضع لله رفعه الله

(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Akhlak yang mulia, ibarat tanaman yang menghasilkan buah yang ranum untuk dinikmati. Ilmu di dada, amalan yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang terpuji. Antara sifat yang terpuji dikatakan Baginda Rasul junjungan ialah sifat tawaduk, rendah diri. Siapa yang tawaduk, akan diangkat darjat di sisi Allah.

Setinggi mana peringkat kita belajar, semakin tinggi, semakin cantik akhlak diri kita. Seorang yang belajar pada tahap tertinggi pendidikan PhD, secara umumnya mestilah lebih berakhlak, tawaduk dari insan lain yang terkapai-kapai menjejak menuntut ilmu. Kerana, semestinya dengan 'title' PhD nya itu telah menyusuri ribuan bahan ilmiah yang boleh memantapkan sahsiah diri untuk dicontohi anak murid lain.

Kawan-kawan, ulama silam dahulunya, lebih alim dan dekat dengan kurun Nabi tetap tawaduk dengan ilmu yang dimiliki. Tidak tercatat di lembaran sejarah ulama-ulama muktabar tidak berakhlak. Walau pun, 'title' PhD tidak diguna pakai pada masa dahulu, kitab-kitab yang dikarang oleh mereka menggambarkan betapa tawaduknya dengan ilmu yang dimiliki.

Tetapi sayang sekali, sikap sebegini tidak menjadi contoh untuk diteladani bagi 'ulama' sekarang. Sifat tawaduk seorang 'ulama' tidak menjadi perhiasan diri. Berbangga dengan pangkat duniawi, dengan mudah tidak menghormati ulama silam, dan juga ulama yang masih hidup.

Masih ingat kah kalian kisah bagaimana iblis enggan sujud setelah diperintah oleh Allah? Mari kita ingati semula firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, maksudnya:

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Iblis punyai sifat takbur, dengan sifat takbur 'aku lebih baik dari dia' menjadikan iblis dilaknat oleh Allah SWT.

Oleh yang sedemikian, wahai kawan-kawan, bak kata orang, makin berisi, makin rendah diri, makin berakhlak sesama manusia, lebih-lebih lagi berakhlak dengan para ulama lain walau pun kita dikatakan orang juga 'ulama'. Raikan pendapat yang lain, lebih-lebih lagi di dalam persoalan khilaf, persoalan furuk selagi mana tidak menyentuh mengganggu gugat atas persoalan yang telah disepakati, ijmak ulama.

Aku mintak jauh, mintak dilindungi Allah di dalam hati; "pendapat aku lebih baik dan sahih dari pendapat dia" Walaupun suatu hari nanti, aku telah diberi gelaran 'dunia' PhD.

Wahai "aku", beringatlah, takwalah kamu wahai anNaQshY pada Allah…

waAllhua'lam.

2 Komen

  1. Anonymous // 1:35 PM  

    Benar ust.

    Moga-moga Allah merendahkan hati kita selalu...dan menggolongkan kita di kaangan hambaNya yg zuhud terhadap dunia dan tawadu' pula terhadap ilmu dan diri..

    Sesiapa yang merendahkan dirinya akan ditinggikan Allah..

  2. .::.anNaQshY.::. // 11:45 PM  

    Amin.

    Moga kita tergolong dalam golongan yang tawaduk.

    Iman, Islam dan Ihsan perlu selari dalam pengajian kita. Jika tidak, pencang lah diri, bagi yang menolak ilmu-ilmu pemurnian jiwa.