بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, kurnia Allah tidak terhingga buat hamba-hambaNya. Diberi lagi kesempatan untuk mencoret ilmiah buat bekalan di Hari Kemudian. Moga dinilai sebagai amal soleh memudahkan jalan menuju syurga Ilahi.
Bersyukur mempu mencoret dicelah-celah keamanan, berbanding dengan saudara seagama kita yang hari-harinya berjihad menentang Yahudi laknatullah. Hidup mereka hanyalah jihad. Amat malang jika keamanan yang kita kecapi, kesempatan nikmat Allah yang tidak terhingga ini tidak digunakan untuk mencoret ilmiah. Moga pena itu mampu menyuluh jalan hidayah.
Bersyukur aku selamat pergi dan pulang dari Langkawi menghadiri kursus. Hampir seminggu lamanya. Melayari lautan yang luasa itu amat menggerunkan. Ajal maut tidak mengira tempat. Moga kita akhiri usia kita dengan 'husnul khatimah'. Seperti tidak diduga, sewaktu sibuk beraktiviti di sana, dikhabarkan pelakon; Allahyarham Hani Mohsin pergi sewaktu hendak pergi bercuti ke Langkawi juga. Tanpa di duga, dengan kecerian sebelumnya, setibanya di lapangan terbang dengan kelam kelibut, ajal menjemput. Itulah kehidupan. Bukan fokus ku kepada pelakon, tetapi fokus ku adalah persoalan ajal datang menjemput tidak mengira tempat dan usia. Bukti berlegar sekeliling kita. Mata hati mampu menilai segala peringatan Allah buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir.
Meredah lautan dengan bot amat mengasyikan. Keindahan ciptaan Allah diiringan kalimah 'subhanaAllah'; maha suci Allah yang menciptakan segalanya. Tanpa di duga juga, keindahan itu boleh ditarik Allah hanya dengan sekelip mata dengan kekuasaanNya juga.
Kawan-kawan...
Aku ada menyentuh pada posting aku yang lepas, berkait dengan Syeikh Nuruddin. Aku bercadang untuk menyambung berkaitan 'isnad minadDin', seperti yang dibahaskan di mukaddimah Syarah Sahih Muslim. Kelemahan aku, hemah kurang, dipertanggungjawabkan lagi dengan beberapa tugas lain; melambatkan proses tersebut. Pejam celik, telah sampai khabar bahawa Syeikh Nuruddin akan hadir ke Malaysia seperti jadual di bawah.
Pengajian bersama
Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki,
4 - 8 ogos 2006
Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki,
4 - 8 ogos 2006
Jumaat, 4 Ogos 2006
9.00 pg - 11.30 pg
Program muslimat (Masjid al-Falah, USJ9)
1.00gh – 1.20 tgh
Tazkirah Jumaat (Masjid al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab: ‘Imam Shafie – Penghulu Imam & Pembaharu Ummah’ (Masjid Terapung Puchong Perdana, Puchong)
Sabtu, 5 Ogos 2006
9.00 pg – 10.30 pg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid al-Falah, USJ9)
10.45 pg – 12.15 tgh
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid al-Falah, USJ9)
5.15 ptg – 6.45 ptg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 3: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm
Forum Perdana (Masjid al-Falah, USJ9)
Ahad, 6 Ogos 2006
9.00 pg – 10.30 pg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat iman’ (Masjid al-Falah, USJ9)
10.45 pg – 12.15 tgh
Pengajian & Diskusi Kitab – Sesi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Isra’ & Mi’raj – Persoalan, Dakwaan Palsu & Jawapannya’ (Masjid Jamek Tampin, Negeri Sembilan)
Isnin, 7 Ogos 2006
8.00 mlm – 9.30 mlm
Forum Perdana: ‘Amalan Bidaah Di Kalangan Masyarakat Islam – Bersama Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak)
Selasa, 8 ogos 2006
9.00 pg - 12.30 tgh
Program Muslimat: Fiqhu Nisa’ (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Rujukan dan pertanyaan: abuanis
Aku nasihati dengan senasihat-nasihatnya... Sesiapa yang benar-benar mahukan 'pencerahan' berkait persoalan yang telah difitnahkan kepada Tuan Guru Sheikh Nuruddin, elok la pi jumpa sendiri. Jadual kuliah telah diedarkan. Sesiapa yang menjadi antara rantaian-rantaian meng'kopi' n 'paste' segala tulisan yang menghentam tuan guru tanpa ada adab atas nama 'pemurnian', dengan segala gentlenya, pi la 'turun padang' berjumpa dan berbahas dengan tuan guru secara bersemuka penuh beradab.
Rasanya, cara tu la elok nak betul-betul 'pemurnian'. Sekadar baca tulisan tersebut, pastu 'angguk-angguk', n 'paste' kan di komuniti, rasanya tak betul lah. 'Taklid' buta gamaknya gitu. 'Ta'sub' tuli kepada individu yang menulis.
Itulah umat akhir zaman... Ummatii... Ummatii.. Ummatii...
Persoalan pokok ditinggalkan, yang cabang-cabang tu la nak 'digosek' sungguh-sungguh tanpa disiplin ilmiah dan adab sebagai ulamak.
Ulama, yang sebenar-benar ulama tak nak diikut, yang 'protaz' juga disanjung dengan sikap taklid dan taksub tuli...
Ummti... Ummatiii...
WaAllahua'lam
Rasanya, cara tu la elok nak betul-betul 'pemurnian'. Sekadar baca tulisan tersebut, pastu 'angguk-angguk', n 'paste' kan di komuniti, rasanya tak betul lah. 'Taklid' buta gamaknya gitu. 'Ta'sub' tuli kepada individu yang menulis.
Itulah umat akhir zaman... Ummatii... Ummatii.. Ummatii...
Persoalan pokok ditinggalkan, yang cabang-cabang tu la nak 'digosek' sungguh-sungguh tanpa disiplin ilmiah dan adab sebagai ulamak.
Ulama, yang sebenar-benar ulama tak nak diikut, yang 'protaz' juga disanjung dengan sikap taklid dan taksub tuli...
Ummti... Ummatiii...
WaAllahua'lam
slm..
mohon bantuan. saya dgr ada kawan2 yg dah buat satu web/blog atau apa2.. berkenaan ttg himpunan soal jawab bsama shaikh nuruddin.
kalau maklumat ni betul, harap pihak yg tahu dapat warwarkan di sini.
saya ada bercakap dgn pengiring shaikh nuruddin - klu tak silap hj kamal -, tentang perkara tsebut ketika kunjungan shaikh nurudin ke sabah bbrp bulan lps.
skiranya tdpt web ini, ia dpt memberi peluang kita merujuk sebarang jawapan dari persoalan yg dikemukakan kpd tn shaikh.
wlpun saya selalu mengutarakan soalan mlalui hset tn shaikh, tentu lebih puas klu dpt mrujuk arkib2 soal jawab beliau.
mohon bantuan.
Assalamu'alaikum. Ustaz Annaqshy ada pegi ke kuliah Shaykh Nuruddin tu? Saya pegi kuliah tersebut minggu lepas. Kalau Ustaz turun Kuala Lumpur pegi kuliah Shaykh Nuruddin kat Masjid al-Falah bulan depan atau dua bulan lagi, bagitau la, boleh ta'aruf. :-)
Tentang laman web atau blog tanya-jawab Shaykh Nuruddin tu saya pun tak tahu. Tapi ada muridnya kata, murid-murid Shaykh Nuruddin yang lain tengah membangunkan laman web Shaykh Nuruddin. Wallahu'alam.
Assalamualaikum,
Sheikh Nur datang september ni..
Seminggu di kedah. Di Jitra pun ada.
PENGAJIAN & DISKUSI KITAB BERSAMA
SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU
AL-BANJARI AL-MAKKI
SEPTEMBER 2006
Tarikh: Khamis (7 Sept. 2006)
Masa : 8.00mlm – 9.30 mlm
Tempat: Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh
Program: Sambutan Nisfu Sya’ban serta Pengajian Kitab Sunan at-Tirmizi
Tarikh: Jumaat (8 Sept. 2006)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Ma’ahad Tahfiz Alor Mengkudu, Alor Star
Program: Majlis Pecah Tanah, Ma’ahad Tahfiz Alor Mengkudu, Alor Setar
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Masjid Darulaman, Jitra
Program: Tajuk Pengajian akan dimaklumkan
Tarikh: Sabtu (9 Sept 2006) – Rabu (13 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Tahzibul Misykat dan an-Nasoih ad-Diniah)
Masa : 8.00 mlm – 10.00 mlm
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Tarikh: Khamis (14 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Tahzibul Misykat dan an-Nasoih ad-Diniah)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Gunung Semanggol, Perak
Program: Ceramah Perdana: Insan, Iman dan Islam
Tarikh: Jumaat (15 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Program: Muslimat
Masa : 1.00 tgh – 1.20 tgh
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Program: Tazkirah Jumaat – Ahlan Ramadhan
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Masjid Jamek as-Shomadiah, Pelabuhan Klang
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Kedudukan Golongan Yang Lemah Di Sisi Allah)
Tarikh: Sabtu (16 Sept 2006)
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Sessi 1
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Sessi 2
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tgh
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman)
Sessi 3
Masa : 5.15 ptg – 6.45 ptg
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Program: Persembahan Qasidah serta Huraian Hukum Berkomnpang dan Adab-adab di dalam Masjid
Tarikh: Ahad (17 Sept 2006)
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Sessi 1
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman)
Sessi 2
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tgh
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau an-Nur, Bandar Seremban Selatan, Seremban, N9
Program: Ceramah Perdana – Di Ambang Ramadhan
Tarikh: Isnin (18 Sept 2006)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau an-Najahiyah, Seksyen 19, Shah Alam
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Sarana Sedekah Di Dalam Islam)
Tarikh: Selasa (19 Sept 2006)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau al-Falah, Seksyen 6, Kota Damansara
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ancaman Masakini – Murtad dan Islam Liberal