Pengundi PRU12 Berusia 128 Tahun?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 28, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم




Berikut nombor kad pengenalan pengundi yang lahir tahun sekitar 1880 hingga 1890...

800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

Ramainya rakyat Malaysia lahir pada era 1880 an yang masih hidup sehingga sekarang, dan masih lagi boleh mengundi pada PRU12 yang akan datang.

Kita berhak meragui ketelusan SPR dalam mengendali pilihan raya di Malaysia. Bersama kita melakukan perubahan demi agama, bangsa dan negara.

Katakan tak nak pada BN! BN perosak agama, bangsa dan negara.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

70 Dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin Negara!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, February 24, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم


Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.

Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’.

Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara. “70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara” telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari negeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian. Ini adalah Bahagian 1.

Penulis amat berterima kasih kepada laman web Malaysia Today yang sudi menyiarkan ‘70Dalil’ ini untuk fahaman umum.

Sila klik untuk membaca versi penuh.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Petrol

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, February 23, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak. Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana.

- Dato Seri Anwar Ibrahim (28/12/2007)



WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Mencari Keampunan Allah Dalam Negara Kebajikan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, February 22, 2008 | , | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: SUBKY ABDUL LATIF

PAS dengan disetujui oleh KeADILan sepakat untuk melancar manifesto pilihan raya bagi mewujudkan sebuah Negara kebajikan bagi Malaysia dengan membentuk sebuah kerajaan yang berkebajikan.

Konsep negara kebajikan bukan suatu yang baru bagi politik dunia sejak sekian lama. Ia telah pun cuba dilaksanakan di Britain, Finland, Sweden dan lain-lain. Malah politik Islam telah dari awal menyarankan pembentukan sebuah masyarakat yang dikenali sebagai ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ iiaitu negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan.

Masyarakat ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ ini diwaswaskan kepada umum sejak PAS ditubuhkan tahun 1951 dan ketika ia menyertai pilihan raya umum sebelum merdeka tahun 1955 dulu. Malah dalam ucapan pemimpin awal parti itu seperti Dr Bur-hanuddin al-Helmi dan Prof Zulkifli Mohamad, acap menekankan betapa mustahaknya masyarakat Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia sebagai bangsa yang berdaulat melalui pemerintahan berkebajikan yang mendapat keampunan Allah.

Betapa masyarakat Malaysia sebuah masyarakat majmuk ٌ berbilang kaum, budaya dan agama ٌ justeru ‘baldatan thayibatun wa rabbun ghafur’ itu adalah satu gagasan yang bersifat universal atau sejagat, maka ciri-ciri kebajikan yang dibawanya tidak Mencari keampunan Allah dalam negara kebajikan pernah kenal erti sempadan kaum dan kepercayaan masing-masing.

Cita-cita mewujudkan masyarakat, pemerintah dan wilayah berkebajikan untuk rakyat adalah suatu yang mulia dan disuruh Allah. Setiap yang disuruh Allah dan baik ada perkara yang berpahala, iaitu satu amalan yang tidak sia-sia.

Bagi masyarakat Islam yang percaya kepada pahala dan restu Allah, maka melakukan sesuatu yang disuruh Allah bagi mendapat-kan keredaan-Nya akan sentiasa mendapat keampunan-Nya. Segala yang mendapat keampunan Allah akan mendapat barakah dan peliharaan-Nya.

Bagi mereka yang tidak mengenal konsep pahala seperti yang difahami Islam, melihat kebajikan itu sebagai suatu kebaikan yang dapat memberikan kesenangan dan kemakmuran.

Justeru, ciri-ciri kebajikan yang terdapat di England dan negara semenanjung Scandinavia seperti Norway, Sweden, Finland dan jiran-nya Denmark dikira memberi banyak kebaikan kepada penduduknya.

Wujud kemudahan pelajaran percuma kepada semua penduduk, kemudahan perubatan dan rawatan, layanan kebajikan bagi orang yang hilang pekerjaan atau yang tidak mendapat pekerjaan, belanja hidup yang murah didorong oleh gandingan kerajaan dan rakyat yang sama-sama mengawal dan membendung kenaikan harga barang, ternyata menyenangkan penduduk.

Kalau terdapat kos hidup yang tinggi di Britain, ia disebabkan oleh pengaruh amalan dan penindasan sistem kapitalisme yang menjalar dalam kehidupan masyarakat, tetapi ia masih menyalurkan kemudahan pelajaran, rawatan kepada orang ramai dan menampung kebajikan orang tiada pekerjaan.

Ternyata negara-negara kebaji-kan yang terdapat di Eropah tidak menyebabkan ia bankrap dengan dasar dan sistem yang diamalkannya sekalipun antaranya tidak dianugerahkan kekayaan alam seperti negara kita Malaysia.

Jika diberi kepercayaan kepada PAS dan sekutunya mentadbir selepas pilihan raya nanti setelah melihat wawasan kebajikan yang dicadangkan, maka apa yang boleh menyebabkan ia muflis kalau kekayaan alamnya terus mengeluarkan hasil?

Manifesto PAS dan sekutu BA-nya belum diumumkan, tetapi garis yang sudah dibayangkan ialah untuk menurunkan harga runcit minyak, pendidikan percuma untuk rakyat, khidmat kesihatan percuma, projek pembangunan yang berorientasi kebajikan, merapatkan jurang kaya-miskin dan lain-lain.

Pengeluaran minyak di bawah Petronas tidak terhenti dengan kekalahan BN. Kelapa sawit dan segala komoditi yang berasaskan tanaman tidak mati jika PAS berkuasa dan demikian juga hasil mahsul negara tetap mengeluarkan hasil.

Kekayaan alam tetap berkembang walau siapa jua yang memerintah. Malah keyakinan kepada barakah dan keampunan Allah, insya-Allah akan menambah subur dan selesa pengeluarannya.

Yang bertukar hanya pengendali pemerintahan dan dasar serta sistem yang tidak relevan. Petugas awam, pemimpin dan kaki tangan polis, pemimpin dan anggota tentera kekal dengan tugas dan peranannya. Tentunya mereka akan berkhidmat walaupun orientasi negara menuju masyarakat dan pentadbiran berkebajikan.

Yang menjadikan negara dan masyarakat itu subur dan berkembang selama-lamanya adalah kecekapan dan ketekunan khidmat pegawai awam dan pegawai-pegawai lain. Para pentadbir ini adalah pihak yang terus membantu melancarkan perjalanan pentadbiran seperti biasa dan seperti yang terdapat di mana-mana di dunia.

Tiada sebab pentadbiran negara terhenti semata-mana kerana Umno/BN kalah kerana kaki tangan kerajaan tidak bertukar. Hanya satu kemungkinan negara muflis dan terkubur kalau dengan kekalahan BN itu semua kaki tangan awam, anggota polis dan tentera berhenti kerja dan semuanya jadi kosong.

Tetapi itu tidak berlaku kerana Malaysia sudah berada di tangan orang profesional yang berupaya bergerak mengikut nada yang berubah.

Para penentang kemerdekaan dulu menyindir apa akan jadi kepada Tanah Melayu apabila merdeka sedang jarum pun tidak terbuat. Ternyata pemergian penjajah tidak menyebabkan negara merdeka itu runtuh. Ia berjalan mengikut kemahuan kerajaannya.
Selepas kemerdekaan, pemimpin Umno dan BN menyangka ia saja mampu mentadbir. Yang lain semuanya hampas. Semua ini adalah fikiran kuno dan lapuk.

Rakyat yang maju adalah rakyat yang diberi peluang berfikir dan menghidupkan minda, bukan menutup mindanya dengan ugutan dan tipu daya.

Pemimpin kerajaan sekarang terdiri dari orang-orang yang beku, tidak lagi mengenal kesusahan rakyat dan orang takut hilang kuasa serta orang-orang yang teruk dari orang zaman feudal yang tidak bersekolah dulu. Dengan rasuah menguasainya, maka mereka tidak nampak sistem lain selain menindas rakyat.

Peranan kebajikan langsung tiada diketahui, malah kebajikan itu mati bersama fikiran mereka. Negara kebajikan yang ditawarkan oleh PAS moga mendapat bimbingan Allah, dan diperlukan oleh negara dan rakyat sekarang hanya keampunan Allah.

Keampunan Allah tidak datang sendiri tetapi ia perlu dicari. PAS mengajak semua pihak bersama-sama mencari keampunan Allah melalui wawasan negara kebajikan-Nya.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Katakan Tak Nak!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 21, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم













WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Pilihan Raya Umum Ke 12 - Ulasan UZAR

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 14, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Sumber: BERNAMA

Ulasan UZAR

Dalam kereta tadi sekitar jam 12 tghari, berita IKIM diberitakan bahawa YAB Perdana Menteri menafikan pembubaran parlimen akan dibuat hari ini dan juga menafikan mesyuarat kabinet hari ini adalah yang terakhir.

Sejam sesudah itu, dalam berita televisyen. Isteri saya menghubungi memaklumkan bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini.

Nasihat buat semua rakan-rakan pengundi yang telah berdaftar. Jalankan tanggjung jawab mengundi dengan amanah, dan ingatkan diri bahawa Allah swt sedang melihat siapa yang kita sokong dan pandangan Allah SWT lebih utama dari pandangan manusia.

Sebagai pengundi, JAUHILAH SEBARANG JENIS RASUAH POLITIK DARI MANA-MANA PARTI POLITIK JUA, JANGAN KERANA BEBERAPA RATUS RINGGIT ATAU BEBERAPA KAMPIT BERAS, BASIKAL DAN SEBAGAINYA..MENYEBABKAN KITA TERHUMBAN DI DALAM API NERAKA BERTRILLION TAHUN DUNIA. DIAZAB DI BARZAKAH DENGAN AZAB YANG PEDIH. Maintainkan iman di musim pilihanraya ...

Sebagai ingatan semula disertakan satu artikel saya yang disiarkan beberapa tahun lepas, maaf saya tidak sempat mengeditnya.

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW:

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka(pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu." (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith [5]:

"Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith:

"Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum." [6]

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu" [7]

Khalifah Uthman RA juga pernah menegaskan bahawa: "Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi'einmasuk menemui Muawiyyah RA. lalu berkata:

"Asallamualaikum wahai org gaji"

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW:

"Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" (Riwayat Bukhari dan Muslim) [8]

Sebuah hadith lagi menyebut:

"Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka" [9]

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyahseperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT:

"Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majoriti dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ahl al-hal wal al-‘aqd' [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah SWT yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13]:

i. Aqidah: Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa: Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal: Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta: Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5) Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:


"Sekeras-keras manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].

Manakala Abu Yu'la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama?:" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar" (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB" [25]

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya:

Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam.

Wallahu a'lam.

Sekian

www.zaharuddin.net

13 Feb 08

1.20 petang

[+/-] Selengkapnya...

Bukan Lagi Spekulasi

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, February 13, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan spekulasi, tapi adalah kenyataan. Cakap-cakap 'kopi' mengatakan pembubaran parlimen pada 13 Februari benar-benar berlaku. Seorang Perdana Menteri yang merupakan Imam Hadhari Malaysia telah memberi 2 respon yang saling bertentangan antara satu sama lain. Akhbar hari Rabu bertarikh 13 Februari melaporkan:

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Dan pada jam 12.35 tengah hari ini, berita melaporkan bahawa Perdana Menteri yang sama telah membubarkan parlimen.

Memang susah untuk percayakan kata-kata seorang ahli politik. Semalam kata lain, hari ni bertindak lain. Esok lusa, entah apa lagi yang lain jadinya.

Mungkin hari ini katanya berkhidmat untuk rakyat, entah bila menang rakyat pulak berkotban untuknya.

Spekulasi juga mengatakan, selepas pilihan raya ke 12 ni, dijangka bulan 4 nanti harga minyak petrol akan naik. Iaitu selepas kemenangan BN (sekiranya menang).

Bila dah dapat mandat, boleh buat apa-apa saja. Mungkin katanya rakyat mudah lupa. 5 tahun lagi, mereka yang lupa ni la akan pangkah juga kerajaan yang menaikkan harga barang tersebut.

Anda percaya kata-kata seorang ahli politik? Seorang ahli politik yang beriman lagi bertaqwa, akan menunaikan amanah kata-katanya. Tetapi, jika ahli politik sebaliknya, akan bertindak juga sebaliknya.

Ayuh, lakukan perubahan buat ummah. Anda mampu mengubahnya.

P/s - Sabtu, 16 Februari pukul 7 hingga 12 malam di kompleks PAS Kedah akan diadakan ceramah pilihan raya oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Harun Din. Hebahkan. Allahu Akbar.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Pilihan Raya Umum Ke 12

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, February 12, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Suasana semakin hangat. Cakap-cakap 'kopi' semakin rancak meneka bilakah masanya pilihan raya umum akan datang. Orang politik semakin ligat ke sana sini bersedia menagih simpati untuk diundi. Itulah 'kuasa' politik. Ada yang ingin kuasa untuk mencari habuan dunia, tanpa memikirkan adakah Allah redha atau tidak, tanpa memikirkan soal jawab di akhirat nanti. Dan ada juga yang dipilih untuk menjadi pemimpin untuk menjadi khadam rakyat yang takutkan Allah.

Spekulasi kencang mengatakan> esok merupakan hari terakhir kerajaan sedia ada. Esok parlimen bakal dibubarkan. Dikatakan juga pada 20 Februari ini hari penamaan calon. Dan seterusnya 1 Mac merupakan hari penentu kerajaan manakah yang akan menjadi khadam kepada rakyat.

Itu spekulasi. Entah benar entah tidak. Mungkin spekulasi ini boleh dipercayai atau tidak. Apa pun spekulasi, kita harus bersedia sebarang kemungkinan. Bersediakah kita menghadapi sebarang kemungkinan?

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...