Jerebu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, August 10, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Telah berfirman Allah SWT di dalam surah ad Dhukhan; 8-16:

[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

[9] (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.

[10] Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),


[11] Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan

berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. [12] (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!.

[13] Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

[14] Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!

[15] Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

[16] (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).


Kebakaran Di Sumatera, Kalimantan Burukkan Lagi Keadaan Jerebu Negara
Selasa, August 9, 2005 - Buletin Utama TV3)

Jerebu Sumatera dan Kepulauan Borneo yang dibawa oleh angin barat daya dan barat laut memburukkan lagi keadaan jerebu di negara ini yang masuk hari keenam.

Keadaan diburukkan lagi apabila cuaca kering terus menguasai sebahagian besar negara kecuali hujan di pendalaman pahang dan bahagian selatan Terengganu.

Dan jika semua ini berterusan, Jabatan Kajicuaca meramalkan jerebu akan terus menguasai ruang angkasa terutamanya lembah klang sehingga september depan.

Kebimbangan itu sememangnya berasas kerana menurut Pegawai Kajicuaca, Zarida Mohd Jalal, sehingga petang tadi, bilangan titik panas meningkat.

Kalimantan mencatat 117 titik panas, Sumatera, 57, Sabah dan Sarawak masing-masing 36 dan semenanjung 12.

Angin barat laut yang bertiup juga mengakibatkan Sepang termasuk KLIA teruk diselubungi jerebu.

Visual ini kami rakamkan petang tadi.

Jarak penglihatan terhad antara satu hingga tiga kilometer.Kawasan lain sekitar Lembah Klang yang turut hilang ditelan jerebu ialah Subang, Petaling Jaya dan Putrajaya.

Manakala di pantai timur, kawasan Batu Embon, Pahang mencatat jarak penglihatan terburuk kurang dua kilometer.

Dan berkuatkuasa hari ini, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan perintah larangan pembakaran terbuka di sekitar Lembah Kelang.

Orang ramai boleh membuat laporan mengenainya di talian 1-800-88-2727.


Selat Melaka Diselubungi Jerebu Teruk
(Selasa, August 9, 2005 - Buletin Utama TV3)

Bahagian tengah dan selatan Selat Melaka dalam pada itu diselubungi jerebu teruk dengan jarak penglihatan terhad 900 meter. Keadaan itu dijangka berterusan sehingga pagi esok dan berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai alat navigasi pelayaran.

Berikutan itu juga semua kapal termasuk kapal kecil diarah melaporkan kepada Jabatan Laut, sebelum memulakan pelayaran.


Jerebu Berterusan Sehingga Minggu Depan
(Isnin, August 8, 2005 - Buletin Utama TV3)

Keadaan berjerebu yang dialami tujuh kawasan di semenanjung dijangka berterusan hingga minggu depan bukan esok atau lusa seperti yang dilaporkan semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ramalan Jabatan Kajicuaca, Mohd Helmi Abdullah yang

dihubungi memaklumkan ia didorongi cuaca panas dan hujan yang diramal minggu depan kemungkinan sukar memulihkan keadaan sepenuhnya.

Meskipun kawasan tertera berstatus kualiti udara tidak sihat perubahan dicatatkan dari segi jarak penglihatan.

Maklumat dari Jabatan Kaji Cuaca yang diperoleh menunjukkan pemulihan pada sebelah petang tadi berbanding waktu pagi.

Operasi penerbangan juga dilaporkan lancar.Pengurus Besar MAB, Azmi Murad ketika dihubungi mengesahkan tiada perubahan pada jadual penerbangan.

Keadaan jerebu sejak dua minggu lalu tidak menentu.

Pada awalnya rekod Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca menunjukkan jarak penglihatan yang baik. Bagaimanapun ia merosot di beberapa tempat di seluruh negara.

Pembakaran terbuka di Sumatera dikatakan punca utama jerebu selain kebakaran hutan di Cyberjaya yang menghadkan jarak penglihatan di kawasan itu kepada 250 meter 3 Ogos lalu.

Dua hari selepas itu keadaan jerebu di seluruh negara dilaporkan semakin pulih sebelum ia berulang Sabtu lalu.

Berikutan itu , Ketua Pengarah Alam Sekitar mengeluarkan perintah melarang pembakaran terbuka di Lembah Klang bermula esok hingga satu tarikh yang akan diberitahu.

Berita terkini jam 1.30 petang tadi, melaporkan keadaan jerebu semakin kritikal. Laporan langsung dari bumbung Sri Pentas TV3 oleh Karam Singh Walia menunjukkan jarak penglihatan semakin kabur, sekira-kira hanya 1 km. Ramai penduduk mendakwa tahap kesihatan terjejas kerana jerebu, dan Karam Singh Walia sendiri mengatakan kesihatannya terjejas. Budak-budak sekolah ada yang sudah mula memakai topeng (?). Amaran dari Kementerian Kesihatan agar tidak banyak melakukan aktiviti luar menggambarkan lagi suasana kritikal.

Darurat mungkin diisytihar -- Sekiranya kawasan dilanda jerebu bertambah serius

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kerajaan kemungkinan mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang teruk dilanda jerebu sekiranya keadaan itu bertambah serius.

Antara tindakan yang mungkin perlu diambil adalah menutup sekolah-sekolah dan mengehadkan waktu bekerja untuk mengurangkan pendedahan orang ramai kepada pencemaran itu.


Hanya dengan 'jerebu', masyarakat sudah gusar, masyarakat kelam kelibut. Allah SWT hanya mengutuskan 'jerebu' untuk memberi peringatan buat hamba-hambaNya yang selalu leka, leka ngan hiburan yang melampau, leka ngan matlamat asal hidup di atas muka bumi. Abai tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Jerebu, dari Allah SWT yang Maha Berkuasa, hilangnya jerebu, dengan Kuasa Allah jua. Jika dengan agamaNya kita boleh buat main-main, tunggulah kemusnahan, seperti mana yang pernah berlaku pada kaum-kaum yang sebelum ini.

Mari kita ajak kawan-kawan kita, agar kembali pada Allah SWT...

Hanya 'jerebu', makhluk Allah yang halus boleh mengugat manusia, bagaimana Allah 'utuskan' makhluknya yang lebih besar...

Berita terkini jam 3.00 petang melaporkan juga, jerebu yang berlaku pada tahun ini, adalah paling buruk yang pernah berlaku. Sebuah sekolah di Lembah Klang menutup sesi persekolah kerana jerebu.

waAllhua'lam...

0 Komen