Bismillahirrahamanirrahim...
Arab Saudi, hari ini memberi penghormatan terakhir kepada pemimpinnya, Raja Fahd, yang mangkat, semalam.
Upacara pengkebumian dijadualkan selepas solat Asar waktu Arab Saudi, atau menjelang jam 10 malam ini, waktu Malaysia, dan akan berlangsung secara sederhana.
Upacara pemakaman dilakukan secara ringkas mengikut fahaman Wahabi yang menjadi mazhab rasmi negara itu.
Berbeza dengan mazhab lain, Mazhab Wahabi melarang pembacaan talkin dan binaan makam dilakukan.
Hanya batu nisan menjadi tanda persemadian.
Antara yang dijangka hadir, Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Presiden Emiriyah Arab Bersatu, Sheikh Kahlifa Zayed Al-Nahyan, pemimpin Jordan, Raja Abdullah dan pemimpin Palestin, Mahmud Abbas.
Jenazah akan dibawa dari Hospital Pakar King Faizal ke Masjid Imam Turki untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Od, dua kilometer dari masjid berkenaan.
Al-Od adalah tanah perkuburan awam, yang juga tempat persemadian pemimpin dan keluarga Diraja Arab Saudi.
-Buletin Utama, TV3, 8.00 Malam.
anNaQshY-Inna lillahiwainnailaihiraji'un... Nak kirim pahala bacaan, dikatakan bid'ah, jadi hanya leh kata "inaalillah..."
waAllhua'lam...

ana dgr citer yang tv3 ada sebut yg raja fahd akan dikevbumikan cara mazhab wahabi
Mmm Ntah lee... Tapi, kebumikan cara mazhab wahabi cam mana yerk?