'Ledakan'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, August 06, 2005 | | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Ledakan bom atom pada 6 Ogos 1945 memusnahkan seluruh bandar Hiroshima dan membunuh berpuluh-puluh ribu nyawa dalam sekelip mata. Semasa tragedi bom atom di Hiroshima, beribu-ribu penduduknya mati serta-merta dan angkanya meningkat kepada 140,000 orang penghujung tahun 1945. Ramai kalangan 350,000 penduduk bandar raya ini yang menderita barah atau penyakit yang berkaitan dengan kesan radiasi.

Di negara kita, 6 Ogos 2005, berbeza dari apa yang berlaku di Hiroshima. Jika setiap hari, surat khabar harian seperti Utusan Malaysia dan Berita Hairan memaparkan berita utama di muka hadapan berkisarkan peristiwa penting di dalam negara, tetapi hari ini memaparkan peristiwa yang dikatakan 'fenomena tsumawi', konsert AF3.


Posted by Picasa


Posted by Picasa

Jika sesuatu peritiwa itu dimuatkan di dalam berita utama, menggambarkan peristiwa tersebut adalah satu peritiwa besar yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat. Sejak bermula AF3 kali ini, aku rasakan setiap lapisan masyarakat beriya-riya mengambil tahu AF3. Setelah 'ledakan tsunami' pada tahun lepas, yang telah mengorbankan ramai nyawa, rakyat beristigfar sementara. Ramai yang beranggapan peringatan dari Allah buat hambaNya yang leka, agar kembali kepada tatasusila kehidupan Muslim secara 'kaffah'.

'Ledakan Tsunami' kian dilupakan. Rakyat kembali ke arah kehidupan seperti biasa, hiburan yang telah menjadi darah daging masyarakat Islam Had Hari, kembali menyinari serta mewarnai corak kehidupan sebuah negara yang dikatakan Negara Islam Had Hari. Bermula dari orang awam biasa, yang muda, yang tua, yang ustaz dan ustazah, golongan profesional, profesor hinggalah ahli politik dan pemimpin sesebuah masyarakat terkena 'ledakan Tsumwi', terus menerus membicarakan AF3.

Sejak kepopularitian Mawi mewarnai AF3 dengan mendapat undian tertinggi, ianya mendapat perhatian sehinggakan Mawi boleh dianggap sebagai 'idola' remaja sekarang. Akhir zaman, hiburan dan artis memang mendapat tempat di hati ummat. Jika dulu, masyarakat setempat bangga jika anak tempatannya menjadi seorang yang terpelajar dan berjawatan tinggi, tapi sekarang masyarakat setempat lebih berbangga jika anak watannya boleh mengharumi negara menjadi seorang artis.

Mari kita imbasi semula, 'ledakan tsumawi'...


Posted by Picasa

Warga Felda doakan kejayaan Mawi.
Oleh: ROHANI IBRAHIM.

KULAI 5 Ogos - Hampir 5,000 penduduk daerah ini terutama di Felda Taib Andak iaitu kampung asal Asmawi Ani atau Mawi dijangka mengikuti siaran langsung konsert akhir Akademi Fantasia 3 (AF3) yang akan disiarkan melalui layar gergasi di Astaka Padang...

Felix boleh juarai AF3 jika Astro tidak siar peratusan undi.

Saudara Pengarang,
SAYA sebagai penyokong Felix ingin meminta maaf kepada penyokong Mawi kerana Felix akan menjuarai Akademi Fantasia 3 minggu ini.Terima kasih kepada Astro kerana tidak menyiarkan peratusan undi...

AF3: Layar gergasi akan dipasang di Dataran Lang.

ALOR STAR 4 Ogos - Bukan sahaja di Kulai, Johor, layar gergasi juga akan dipasang di Dataran Lang, Kuah, bagi membolehkan orang ramai menyaksikan secara langsung konsert akhir Akademi Fantasia 3 (AF3) di Shah Alam, Sabtu ini.

Ini disebabkan antara...

Bunga api di Felda Taib Andak jika Mawi juara.

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Pancaran bunga api untuk pertama kalinya akan menerangi ruang udara kawasan perkampungan Felda Taib Andak, Kulai jika Asmawi Ani atau Mawi menjuarai konsert akhir Akademi Fantasia 3 (AF3) di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini.

Keluarga, warga Felda doakan Mawi juara AF3.
Oleh: WAN RAHIMAH DRAMAN.

KULAI 3 Ogos - Perjuangan Asmawi Ani atau Mawi untuk menghadapi debaran saingan pada konsert akhir Akademi Fantasia (AF) 3 di Stadium Melawati Shah Alam, Sabtu ini diiringi doa restu ibu bapa, keluarga serta seluruh warga Felda Taib Andak di sini.

Pengundi mahu ASTRO siarkan peratusan undian pelajar AF3.

Saudara Pengarang,
TERPANGGIL saya untuk meluahkan ketidakpuasan hati di atas tindakan pihak ASTRO untuk tidak menyiarkan peratusan undian pelajar-pelajar AF sepanjang minggu ini.Pada pendapat saya pihak ASTRO tidak perlu membuat kejutan mengenai perkara...

Keluarga buat kenduri - Jika Mawi juara AF3

PARA peminat Mawi tentunya boleh menarik nafas lega apabila pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu akhirnya terpilih ke peringkat akhir program realiti televisyen (TV) itu pada 6 Ogos ini.

Ramai nak tempah Mawi. MAWI..

Walaupun AF3 belum berakhir dan belum lagi mengumumkan siapa juaranya, tapi pelajarnya Mawi sudah mula menjadi rebutan penganjur pertunjukan pentas. Khabarnya pihak Maestro Talent Management yang akan menguruskan karier pelajar-pelajar AF setelah keluar dari akademi itu...

Analisis populariti Mawi AF3 dari kaca mata seorang profesional.

Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk mengulas perbincangan di rancangan Tanya Linda di Astro Ria pada 26 Julai 2005 mengenai seorang peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Mawi.Sebagai seorang yang terpelajar, saya berasa amat...

Peminat Mawi terlalu fanatik tidak boleh ditegur.

Saudara Pengarang,
SEWAKTU melihat Diari AF di Saluran @15 Astro, saya melihat di ruangan Forum AF berbagai-bagai SMS daripada peminat Mawi yang menghentam saya (Adeputrajaya 2005)Ada yang mempersoalkan siapa Adeputrajaya 2005 dan mengatakan Adeputrajaya...

Putera nak lamar Mawi AF3 jadi model remaja Melayu.

KUALA LUMPUR 22 Julai _ Putera UMNO berhasrat melamar bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani atau Mawi, 24, untuk dijadikan model remaja Melayu seterusnya memperkuat biro baru Pergerakan Pemuda UMNO itu.Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim...

Mawi AF3 turut disentuh dalam perbahasan perwakilan.

KUALA LUMPUR 20 Julai - Populariti peserta paling terkenal rancangan realiti Akademi Fantasi (AF) Mawi, turut disentuh perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan Puteri UMNO hari ini.Wakil Kedah, Kama Noriah Ibrahim menarik perhatian perwakilan apabila...

Lagi peminat Mawi AF3 jawab kritikan Adiputerajaya 2005.

Saudara Pengarang,
MEMBACA tulisan Adeputerajaya 2005 pada 14 Julai 2005, saya juga terpanggil untuk membalas kritikannya yang saya anggap amat berat sebelah. Saya juga amat yakin yang penulis seorang yang cemburu dan dengki Pertamanya, saya yakin...

Mawi pernah jadi ustaz.

Mawi pernah menjadi ustaz dan mengajar di sebuah sekolah rendah agama di Kulai Johor selama kira-kira setahun tetapi dia berhenti sebab mahu masuk AF (Akademi Fantasia 3) Pak cik tidak kecewa, sebab pak cik tengok dia memang ada bakat menyanyi.Cuma pak cik pernah pesan pada dia masa mula-mula...

Adeputrajaya 2005 kritik Mawi AF3 ada muslihat tersendiri.

Saudara Pengarang,
SAYA merujuk kepada surat Adeputrajaya2005 bertajuk Jangan keterlaluan memuji Mawi yang disiarkan pada 14 Julai 20 pada Mawi semakin menjadi-jadi.Sebagaimana pertama kali melihat kemunculan Mawi di kaca televisyen semasa konsert perkenalan AF3 Huzz kata dah nampak Mawi...

Jangan keterlaluan memuji Mawi AF3

Saudara Pengarang,
SUKACITA saya menyentuh tentang hebohnya orang memperkatakan tentang artis Akademi Fantasia 3 (AF3) bernama Mawi. Hinggakan Prof. Dr. Zaini Ujang menulis tentang Pakej Mawi antara strategi baru promosi program cintai alam sekitar.Apakah dengan hanya...

Tak kisah Mawi bertunang

Kapal terbang pun orang rampas, inikan pula setakat bertunang. Itulah prinsip yang dipegang oleh sebilangan besar peminat Mawi AF3 apabila mengetahui yang bintang pujaan mereka itu sudah bertunang.Tapi tak adalah sampai mereka mendoakan supaya hubungan Mawi dan tunangnya...

Fesyen rambut Mawi jadi ikutan!.

DEMAM Mawi Akademi Fantasia 3 terus panas dan mendidih-didih! Di sana sini ramai anak dara yang jatuh hati dan demam cinta pada Mawi semakin menjadi-jadi.Sebagaimana pertama kali melihat kemunculan Mawi di kaca televisyen semasa konsert perkenalan AF3 Huzz kata dah nampak Mawi...

Doa bapa Mawi.
Oleh WANDA IDRIS.

Keluarga Mawi pada malam konsert mingguan kedua AF3 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu. Dari kanan: Asmidah, Ani Ahmad, Basir Abdul Manan, Rohaizat Abdullah dan Nordiana.SAYA sentiasa berdoa agar Mawi boleh bertahan dan mampu mencipta...

Negara kita juga diserang 'ledakan' rancangan bercorak realiti yang semakin mendapat perhatian masyarakat. Rancangan yang di'cedok' dari negara luar untuk dihidangkan kepada masyarakat Islam Had Hari, mendapat keuntungan yang banyak sesetengah pihak, walaupun tiada keuntungan untuk membina bangsa yang bertamadun. Jika rancangan realiti ini adalah perkara biasa, ianya tak akan disentuh oleh pemimpin negara. Pemimpin negara, tegur pun, 'bagai melepaskan batuk di tangga.' Mungkin teguran dari kacamata seorang pejuang bangsa, bukan agama. Jika pemimpin itu seorang yang berjiwa pejuang Islam, nescaya akan dibanteras sebanterasnya benih-benih dosa dan menyuburkan cara hidup Muslim di dalam masyarakatnya.


Posted by Picasa

Kaji semula kesan hiburan realiti.

SERDANG 5 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rancangan hiburan realiti perlu dikaji semula bagi melihat sama ada ia memberikan kesan positif atau negatif kepada masyarakat.

Kaji semula program realiti tv, nasihat Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kerajaan perlu mengkaji semula program televisyen yang disiarkan oleh stesen TV termasuk rancangan realiti, yang meminjam budaya Barat dengan meluas yang dibimbangi akan mengancam nilai ketimuran rakyat Malaysia.Bekas Perdana Menteri...

Program realiti ketepikan nilai Timur.
Oleh SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM.

Kebelakangan ini, baik di media cetak dan media elektronik, rata-ratanya sibuk memperkatakan tentang beberapa program rancangan televisyen realiti yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di stesen-stesen televisyen tempatan.

Rancangan realiti TV bertentangan Islam Hadhari.

Saudara Pengarang, SAYA berusia 20 tahun, pelajar perubatan tahun dua, tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di United Kingdom (UK)Saya baru sahaja menamatkan pengajian tahun pertama dan pulang ke tanah air untuk bercuti kira-kira...

Muslihat hiburan popular TV khayalkan umat Melayu-Islam.

Saudara Pengarang, SAYA menyokong sekuat-kuatnya teguran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rancangan-rancangan hiburan realiti televisyen yang boleh mengancam nilai dan moral budaya Timur-ini termasuk budaya Melayu-Islam...

Teguran bukan bermaksud mahu program realiti TV dihentikan.

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tegurannya terhadap program hiburan realiti yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan bukan bermaksud beliau mahukan rancangan seperti itu dikurang atau dihentikan...

TPM tegur program realiti - Stesen televisyen kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli
Oleh ZULKIFLI JALIL.

PULAU PINANG 1 Ogos - Kerajaan memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat...

Apakah hasil teguran TPM itu?

TV3 teruskan rancangan berpegang norma sosial.

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Sistem Televisyen Berhad (TV3) akan terus memastikan kesemua program siarannya termasuk rancangan-rancangan hiburan realiti, berpegang teguh pada norma sosial dan moral masyarakat tempatan.TV3 dalam kenyataannya hari ini menjelaskan...

Jika bangsa dikira ukuran, maka tak mengapa rancangan tersebut diteruskan... Selagi batasan norma sosial masyarakat.

Kawan-kawan, kenapa rancangan hiburan dan realiti mendapat tempat di hati masyarakat kita. Kerana rancangan tersebut ada yang menonton. Siapa yang menonton? Rakyat kita juga yang menonton. Jadi, jika ada penonton, maka rancangan tersebut akan diteruskan kerana mendatangkan keuntungan.

Siapa yang mengundi SMS? Rakyat juga yang mengundi. Sekiranya rakyat tak ambil cakna rancangan tersebut, tak dak rakyat yang menawarkan diri untuk mengikuti program tersebut, adakah ianya akan diteruskan juga? Jawapnnya tiada.

Jadi, adakah ada penaja yang akan menaja rancangan realiti tersebut? Jawapnnya tiada. Sebab tiada keuntungan. Sebab ada keuntunganlah penaja mahu laburkan duit untuk rancangan tersebut. Sebab rakyat tergila-gilakan rancangan tersebutlah maka syarikat berebut-rebut untuk menjayakan rancangan tersebut.

Dan malam esok, ada rancangan D'Pentassempena Sure Heboh Karnival TV3 di Pahang, cuba bayangkan jika tidak ada sambutan rakyat untuk pergi ke konsert tersebut, adakah TV3 akan laksanakan? Tentunya tidak. Sebab ada keuntunganlah TV3 mahukan juga laksanakan program tersebut walaupun ditegur oleh mufti.

Jadi, pendek kata, sebab apa ianya berlaku, sebab sikap rakyat yang mahukan hiburan walaupun bertentangan dengan tuntutan agama. Sebab apa berikan sokongan kepada hiburan yang melampaui batas, sebab rakyat kita jahil urusan agama. Sebab apa jahil urusan agama, sebab pemerintah mahukan rakyat jahil agama kerana jika rakyat arif tuntutan agama, maka kerajaan sekarang bukanlah kerajaan yang bertunjangkan perjuangan bangsa.

Jika ledakan bom di Hiroshima menjadikan Bangsa Jepun bangun menguasai ekonomi timur, menjadi sebuah negara yang dihormati dengan teknologinya, adakah ledakan 'tsumawi' dan 'rancangan realiti' ini boleh menjadikan masyarakat Islam di negara Islam Had hari bangun mengusai ekonomi negara, dan membangunkan sebuah Negara Islam yang diredhai Allah?

Atau 'ledakan' itu akan terus membunuh jiwa Islam dan keperibadian seorang muslim, dan menanam benih-benih 'lagha' dan lemah yang akan menyuburi jiwa pemuda-pemudi Islam, sehinggakan Islam itu hanya nama di dalam kad pengenalan... Bukan untuk dilaksanakan dalam kehidupan...

Fikir-fikirkan, dan bertindak...

waAllhua'lam...

0 Komen