Antara Murtad Dan Pengsan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 18, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita dikejutkan laporan akhbar Harakahdaily yang melaporkan bahawa terdapat kes pelajar IPT telah mengaku murtad. Apa yang sangat dikesali, pihak pemerintah yang mengaku Islam hanya menganggap isu tersebut sebagai kes terpencil. Sedangkan, soal murtad bukanlah soal picisan, tetapi melibatkan soal hukum yang termaktub di dalam al Quran yang telah menjadi kewajipan pemerintah untuk memeranginya.

Berbeza dengan tindakan kerajaan terhadap laporan yang dihebahkan melalui blog mengatakan Pak Lah telah pengsan ketika menghadiri satu majlis di Perak. Seperti yang dilaporkan, pengendali blog boleh dikenakan tindakan tegas termasuk di bawah Akta Hasutan sekiranya laporan itu mempunyai unsur fitnah.

Aduhaiiii... Inilah yang berlaku di tanah airku... Murtad dilaporkan dianggap isu picisan, tapi melaporkan Pak Lah pengsan perlu diambil tindakan tegas. Mungkin kaedahnya; murtad isu picisan, pengsan isu besaran yang perlu diambil tindakan tegas.

Sedang masyarakat menghadapi krisis meruntuhan moral dikalangan muda mudi, menghadapi krisis murtad yang berlaku, masih lagi ada diantara kita yang seronok dok kondem Selawat Syifa'. Tak tau isu yang mana perlu diberi perhatian, yang mana perlu dihormati kerana perkara yang cabang.

Mai kita pakat-pajat Selawat Syifa', moga menjadi ubat yang mujarab menyembuhkan penyakit batin kita seterusnya penyakit masyarakat kini yang semakin parah.

WaAllahua'lam

0 Komen