Genarasi Kini...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 08, 2007 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah kelas tahun 3, ada seramai 35 orang murid. Aku bertanya; soalan pertama: Siapa yang solat Subuh pagi tadi? Soalan kedua: Siapa yang tahu bersolat? Dan soalan ketiga: Siapa yang solat Maghrib kelmarin? Jawapannya...

Pertama, hanya 2 dari 35 orang murid sahaja yang solat Subuh pagi tadi. Keduanya, hanya 3 dari 35 orang sahaja yang tahu solat dan ketiganya hanya 5 dari 35 orang sahaja yang solat Maghrib kelmarin.

Bagaimana bilangan solat Maghrib boleh menjadi 5, padahal yang tahu solat hanyalah 3 sahaja? Ini kerana, selebihnya bersolat menjadi makmum mengikut ayahnya bersolat.

Inilah senario yang berlaku di kalangan anak-anak Islam kita. Kelalaian kita. menghasilkan natijah yang sebegini. Ada di antara kita lebih mengutamakan perkara furu' dari membincangkan perkara pokok. Mengutamakan soal doa qunut, gerakan jari semasa tahiyat, baca doa beramai-ramai selepas solat, azan Jumaat dan sebagainya. Tapi melupakan soal pokok iaitu mengajak masyarakat mengerjakan solat, mentarbiyah generasi muda untuk mendirikan solat.

Ayuh! Mari sama-sama fikirkan masa depan generasi muda. Generasi sekarang penentu hala tuju sebuah negara pada masa mendatang. Selamatkan mereka, agar mereka mengerti mendaulatkan al Quran dan as Sunnah di tanah air mereka.

Allah berfirman:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya (penyejuk mata hati), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.” (Surah Al Furqan, ayat 74)

WaAllahua'lam

0 Komen