Surah Yusof

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, October 21, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

ِAllah SWT berfirman di dalam Surah Yusof ayat 3:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ القَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا القُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الغَافِلِينَ

Ertinya: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Surah Yusof, amat menarik untuk dirungkai. Bagi mereka yang menjadi seorang pemimpin, atau buat setiap hamba Allah untuk merencana ekonomi ummah.

Saya masih lagi belajar, untuk menghayati Surah Nabi Yusof dalam konteks ekonomi.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Mantera Beradu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, October 20, 2008 | | 2 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tak tahu apa maksud tersirat dalam lagu ni, jika anda mengerti, boleh komenkan...



Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu

(Latar) Masih belum sempurna

(M. Nasir) Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

(Malique) Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia1 takut pecah tembelang

(M. Nasir) Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

(Malique) Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron2 testarossa3
cita-cita sosa4 KL KL Cosa Nostra5
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M. Nasir) Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

(Malique) Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Latar) Akhirnya sempurna

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

تقبل الله منا ومنك

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, October 17, 2008 | , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Telah di bincangkan di dalam kitab Fathul Bari karangan imam Ibn Hajar di muka surat 517 jilid yang ke 2 (Darul Bayan Li Thurath) pada membicarakan hari raya di bawah hadis: سنة العيدين لأهل الإسلام, telah berkata Wathilah;

لقي رسول الله يوم عيد فقل: تقبل الله منا ومنك فقال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya: Telah berkata Wathilah, aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda "Taqabballahu minna wa minka", Baginda menjawab: Ya, "Taqabballahu minna wa minka"

2.

Puasa enam Syawal itu adakah berturut-turut dengan Ramadhan? Telah berkata Imam an Nawawi Rahimahullah Taala di dalam syarah al Muhazzab; berkata ashab kita disunatkan berpuasa enam syawal itu berturut-turut pada awal Syawal, jika diceraikan ia atau diakhirkan daripada awal Syawal nescaya harus hukumnya.


Yang afdhalnya, kata Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim; telah berkata ashab kita bahawa yang afdhalnya bermula puasa enam hari berturut-turut mengiringi Hari Fitrah. Maka, jika dicerai-ceraikan atau diakhirkan daripada awal Syawal hingga akhirnya, nescaya berhasil juga fadhilat berturut kerana bahawasanya dibenarkan dia mengikutkan dengan enam Syawal.

Telah berkata juga Imam an Nawawi di dalam Syarah Muslim. Telah berkata ulama; dan sebab dikatakan puasa enam hari itu seperti puasa sepanjang tahun kerana satu kebaktian itu sepuluh ganda balasannya. Maka puasa sebulan Ramadhan itu balas dengan sepuluh bulan dan enam hari Syawal itu balas dengan dua bulan.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

10 Hari Terakhir

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, September 20, 2008 | , , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sama ada sedar atau tidak, sudah 20 hari telah berlalu kita menempuh bersama merebut rahmat Ilahi dalam Bulan Ramadhan. Seperti yang disebut oleh Imam al Ghazali berkenaan kesempurnaan puasa; Kemudian selepas berbuka, hati bergantung gentar antara rasa takut dan harap. Kerana, tiada tahu amalan puasa siang harinya, sama ada diterima atau pun tidak. Oleh yang sedemikian adalah diharapkan hati-hati kita, sentiasa bergantung gentar antara rasa takut dan harap, moga Ramadhan yang ditempuh pada tahun ini mendapat ganjaran sesempurnanya dari Ilahi.

16 September telah berlalu, abaikan apa yang diharapkan berlaku kerana tidak berlaku pada hari tersebut. Melainkan angan-angan Mat Jenin. Seharusnya, kita selaku Muslim yang punyai akidah yang satu, Kaabah yang satu, Kiblat yang satu melupakan seketika 'peperangan saraf' untuk merebut pemerintahan secara drastik. Hendaklah kita saling berlumba-lumba untuk merebut rahmat Ilahi di akhir 10 Ramadhan, kerana belum ada jaminan untuk diberi peluang pada Ramadhan yang akan datang.

Hendaklah Ramadhan yang sedang ditempuh ini, diberi penghormatan akan ketenangan dan keamanan, tanpa kecelaruan drastik yang tidak memberi faedah terhadap amalan Ramadhan yang sedang dilalui.

Nabi Muhammad SAW seperti yang deceritakan oleh Saidatina 'Aisah RHA; adalah Nabi SAW beri'tikaf ia pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan dan telah bersabda Nabi SAW tuntutlah dengan sesungguhnya oleh sekalian kamu akan Malam Lailatul Qadr pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan.

Telah berkata Imam an Nawawi RahimahuLLah di dalam Majmu'; bermula Malam Lailatul Qadr itu ialah malam yang mempunyai kelebihan. Telah berfirman Allah SWT أنا أنزلناه في ليلة القدر bermaksud bahawa sesunguhnya telah Kami turunkan Quran itu pada Malam Lailatul Qadr. Telah berkata ashab kita dan lain-lainnya, Lailatul Qadr itu ialah malam yang lebih afdhal daripada segala malam dalam setahun. Dalilnya ialah firman Allah SWT ليلة القدر خير من ألف شهر bermula Malam Lailatul Qadr itu lebih baik berbuat ibadah di dalamnya lebih daripada seribu bulan yang tiada di dalamnya Lailatul Qadr.

Telah berkata Imam an Nawawi RahimahuLLah bermula Malam Lailatul Qadr itu hanyasanya untuk Ummat Nabi Muhammad SAW sahaja, tiada diberikan kepada ummat sebelum ini. Sebab dinamakan Lailatul Qadr itu kerana maknanya malam itu ditentukan bagi segala Malaikat akan segala Qadr, rezeki dan ajal yang ada di dalam tahun itu seperti firman Allah Taala فيها يفرق كل أمر حكيم di dalam Malam Lailatul Qadr itu dizahirkan bagi segala Malaikat yang diwakilkan memerintah di dalam alam tiap-tiap pekerjaan yang muhkam, iaitu yang tiada berubah dan tiada kurang daripada rezeki, ajal dan lain daripada keduanya pada tahun itu sehinggalah Malam Lailatul Qadr yang akan datang. Firman Allah Taala تنزيا الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر

Imam an Nawawi juga berkata, bermula Malam Lailatul Qadr itu berkekalan hingga Hari Kiamat. Maka sunat dituntut dengan bersungguh-sungguh hati kerana bahawasanya Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh menuntut Malam Lailatul Qadr di dalam sepuluh malam yang akhir daripada Ramadhan dan bahawasanya Nabi SAW apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan, berjaga Nabi SAW dan mengajak ahlinya supaya berjaga daripada tidur dan berseungguh-sungguh menghidupkan malam tersebut.

Bermula Mazhab as Syafie dan jumhur ashabnya bahawasanya Malam Lailatul Qadr itu tersimpan di dalam sepuluh yang akhir daripada Ramadhan, kesamaran ke atas kita. Dan tetapinya jatuh Malam Lailatul Qadr itu tiada keluar daripada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan. Maka sentiasalah ia demmikian malam hingga Hari Kiamat.

Ayuh... Lupakan sebentar 16 September, 17 atau 18 atau 19 atau 20 atau 21 atau 22, atau 23 kerana bekalan kita di akhirat bukannya 'kuasa pemerintah', tetapi yang digunapakai di akhirat ialah amalan seharian untuk dipersembahkan kepada Rabbul Jalil.

Masih ada harapan buat kita merebut rahmat Ilahi di dalam bulan yang mulia ini...

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

16 September II

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, September 19, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Menyoroti kembali pandangan peribadi Datuk Mustafa Ali yang telah disiarkan dalam Utusan bertajuk 'Kerajaan baru mungkin tidak berlaku', adalah bertepatan dengan apa yang berlaku pada 16 September yang lepas. Tidak ada kerajaan baru seperti digembar-gemburkan. Bahkan, kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dipertikaikan.

Ujar Datuk Mustafa Ali:

Jelasnya, secara teknikalnya perubahan sesebuah kerajaan tidak boleh dilakukan melainkan jika ada satu undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri dibawa ke Parlimen.

“Ada dua cara sahaja untuk membuat perubahan kerajaan iaitu sama ada Perdana Menteri letak jawatan yang saya percaya tidak mungkin berlaku atau mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, disebabkan pada 16 September Parlimen tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak boleh dibawa sekalipun terdapat bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan sesiapa yang mengusahakan perubahan itu mahu menubuhkan kerajaan baru.


Saya tetap beranggapan, ujar Datuk Mustafa itu ada benarnya berdasarkan fakta yang beliau kemukakan. Dan saya juga tetap mengatakan bahawa MP BN yang 'lompat' parti untuk bersama Pakatan Rakyat adalah tidak bermaruah sama sekali. Orang yang tidak tetap pendirian dan tidak bermaruah tidak selayaknya menjadi pemimpin dalam masyarakat. Begitu juga orang yang menghasut dan bersekongkol dengannya agar 'lompat' parti adalah tidak layak memimpin negara. Bak kata TG Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam BERNAMA:

Bernama 22 Mac 2008 : Lompat Parti Kerja Orang Tak Bermaruah - TG Nik Aziz Nik Mat;

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.

Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.


Adalah diharapkan, para pendokong dan penyokong perjuangan Jamaah Islam kembali ke matlamat asas perjuangan. Tidak terikut-ikut rentak parti lain yang hanya mementingkan nafsu untuk memerintah tanpa meletakkan Islam sebagai matlamat utama atau dasar.

Saya memetik kalam TG Haji Hadi Awang semasa berucap di hadapan lebih 5,000 orang pada Majlis Memperingati Nuzul Quran di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut:

ALOR STAR 18 Sept. - Semua ahli Pas diingatkan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sanggup mengetepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengikut Pas supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskan Islam dalam apa jua keadaan.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas juga perlu mengutamakan pemimpin-pemimpin mereka dengan sentiasa mengikut arahan.

"Kita minta pengikut-pengikut Pas setia kepada perjuangan. Ikut arahan, jangan lari daripada jemaah walau apa sekali pun yang berlaku. Ini tanggungjawab ahli," katanya.

Abdul Hadi turut mengulangi pendirian bahawa Pas tidak akan menyertai kerajaan baru jika ia tidak dipandu oleh Islam.

Beliau menegaskan, perkara berkenaan menjadi syarat utama bagi Pas untuk menyertai perubahan kerajaan dan tidak akan berkompromi mengenainya.

"Walaupun 16 September sudah lepas tetapi kita berusaha nak buat perubahan. Perubahan untuk menukar kerajaan.

"Saya sebut Pas akan menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan baru ini dipandu oleh Islam, dipandu oleh orang Islam. Kalau perkara ini tiada, Pas tidak akan menyertai perubahan itu," tegasnya.


Adalah jelas bahawa matlamat perjuangan Jamaah Islam di Malaysia khasnya adalah Daulah Islamiyah. Matlamat ini tidak akan berubah walaupun pimpinan silih berganti. Berjuang mencari keredhaan Allah SWT adalah asas perjuangan.

Oleh yang sedemikian, tsunami pilihanraya ke 12 yang lalu, menjadi motivasi kepada jamaah untuk terus mengorak langkah kehadapan mendepani politik semasa. Perjuagan PAS selama lebih kurang 50 tahun dalam arus politik negara, sewajarnya mematangkan gerak geri PAS. Seharusnya, PR mengetepikan kepentingan peribadi untuk mengubah secara drastik kerajaan sekarang dan memberikan tumpuan kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR. Laksanakan manifesto yang dijanjikan, usah terlalu 'kegilaan' bak 'gila talak' untuk meruntuhkan kerajaan secara tidak bermaruah.

Jadilah pembangkang yang dihormati dan disegani lawan, bukan pembangkang yang kehilangan maruah dek kerana nafsu serakah. Rakyat mengintai dan melihat, mahukan keamanan dan keperluan sebagai rakyat yang diperintah dipelihara. Sudah naik muak dengan tingkah laku kartun dari kalangan ahli politik yang amat merugikan bangsa dan negara.

Buktikan bahawa pentadbiran PR di beberapa buah negeri mementingkan kesyumulan Islam. Sekiranya Islam itu tidak boleh menjadi tunjang kepada pemerintahan PR, ini memburukkan lagi PR lebih-lebih lagi tempiasnya mengenai hala tuju PAS sebagai Gerakan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Bak kata hasrat Dr Burhanuddin:

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci"


Agak menarik diperkatakan, adakah Parti Keadilan Rakyat yang ahlinya dari pelbagai agama dan bangsa berpaksikan Islam sebagai perjuangannya? Dan saya yakin, tentu kalian akan katakan tidak.

Tertarik kata YB Zulkifli Nordin setelah dipanggil Jawatankuasa Disiplin kerana penglibatan beliau dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya'ban lepas. Katanya:

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.


Secara jelas AJK Disiplin PKR terdiri daripada 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee mengatakan bahawa kemungkinan prinsip dan pendirian YB Zulkifli ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Jadi, pemimpin parti ini kalian harapkan untuk mamacu ummah?

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

16 September

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, September 17, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika ini, tarikh menunjukkan 17 September 2008. Sehari telah berlalu. Tarikh 'keramat' 16 September yang ditunggu-tunggu, tidak menghasilkan apa yang diduga.

Sedih dan terkilan. Mungkin 2 kalimah ini sesuai untuk saya gambarkan perasaan di dalam dada. Sedih bukan kerana tidak berlakunya peralihan kuasa, sedih bukan kerana kerajaan BN tidak dapat ditumbangkan, tetapi sedih kerana suasana orang-orang politik yang perilakunya menghiris sanubari saya.

Terkilan, terkilan bukan kerana Anwar Ibrahim belum kesampaian menjadi PM Malaysia yang ke enam, tetapi terkilan kerana isu Anwar dan 16 Septembernya menjadikan 'rumah tangga' gerakan Islam PAS menjadi kucar kacir.

Saya amati tulisan TG Haji Nik Aziz (jika benar keaslian tulisan beliau). Isu teguran secara terbuka tehadap Dato Mustafa Ali amat menjadikan saya keliru bertambah sedih. Benarkah manhaj teguran TG Nik Aziz begitu?

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.


Kita sebulat hati bersetuju bahawa kepimpinan UMNO perlu ditukar kerana UMNO tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Tapi, saya yakin dan amat yakin bahawa PKR dan DAP yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan Rakyat juga tidak ingin sesekali menjadikan Islam sebagai asas dalam pemerintahan, bahkan amat mustahil mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Daulah Islamiyah.

Jika Anwar Ibrahim ingin melakukan perubahan dalam kerajaan, saya rasakan sudah lama beliau boleh lakukan semasa beliau menjadi ahli kabinet dalam kerajaan.

Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat perlu di kaji. Kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Perak dan juga Selangor, adakah ianya menjadi titik kemenangan Islam untuk memerintah di negeri tersebut. Atau PAS hanyalah sekadar 'kuda tunggangan' untuk memenuhi selera nafsu rakus perseorangan untuk memerintah.

Saya tak dapat jawapan, kenapakah beriya-ria TG Nik Aziz mempertahankan dan menonjolkan idealisme Anwar sebagai pemimpin, mengetepikan pandangan pemimpin veteran PAS yang sudah sebati perjuangannya di dalam PAS.

Mungkin, di dalam senarai pemimpin PAS, ada manusia yang berwatakan 'munafik' yang ingin menjahanamkan saf perjuangan PAS, mengadu domba untuk melaga-lagakan saf pimpinan. Ini tidak mustahil kerana musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang terang-terangan di hadapan kita.

Dasar Islam tak kan sesekali boleh bersama dasar sosialis, libral dan lebih-lebih lagi DAP yang terang-terangan menolak Islam.

Lebih baik kita 'berbantal'kan UMNO yang seakidah dengan kita, dari DAP atau PKR yang secara nyata tidak ingin sesekali melaksanakan Islam sebagai teras pemerinthan.

Saya tetap berpegang dengan firman Allah SWT di dalam al Quran yang membawa maksud: “ Dan tidak akan sesekali redha yahudi dan nasara kepada kamu selagi kamu tidak mengikuti apa yang mereka katakan”.

Saya tidak mengharapkan perubahan drastik pemerintahan kerajaan sekarang, tetapi saya mengharapkan PAS selaku gerakan dakwah yang utamanya melakukan perubahan dan muhasabah hala tuju PAS dalam arena politik negara.

Saya amat bersetuju kalam TG Haji Hadi Awang:

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"


Lebih baik bermuqabalah dengan UMNO, dari bersahabat dengan PKR dan DAP yang secara terang menolak sistem pemerintahan Islam.

"Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 23 April, 2008 mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia."


Ayuh, sudah masanya umat Islam bersatu padu mendaulatkan Islam, mush Islam sentiasa mengintai-intai keretakan saf perpaduan sesama Islam. Mari rapatkan saf, betulkan saf, bersama Imam yang boleh membawa kita kepada Redha Allah.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Niat Puasa III

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, September 14, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم


Niat puasa ramadhan kanak-kanak.

Kata Imam an Nawawi di dalam Majmu', tiada sah puasa kanak-kanak yang mumaiyyiz pada puasa ramadhan melainkan dengan niat pada malam hari jua sebagaimana telah dikatakan Sohibul Muhazzab - tiada sah puasa ramadhan daripada seseorang melainkan dengan niat pada malam hari, dan tiada sah puasa wajib melainkan dengan niat pada malam hari.

Bermula niat pada malam hari, telah berkata Imam an Nawawi di dalam syarah al Muhazzab - sah niat pada malam hari itu, antara masuk matahari dan terbitnya fajar. Berkata juga al Mutawalli dan lainnya; maka jikalau berniat puasa seorang pada sembahyang maghrib, nescaya sah juga niatnya.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Niat Puasa II

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, September 09, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Niat puasa itu, wajibkah setiap hari?

Telah berkata Imam an Nawawi RahimahuLLah Taala, wajib niat puasa itu tiap-tiap hari sama ada puasa ramadhan atau lainnya. Maka, ini tiada khilaf padanya di sisi kita.

Maka, jikalau berniat pada awal malam daripada ramadhan dengan niat sebulan puasa ramadhan, nescaya tiada sah ini niat lain daripada hari yang pertama sahaja. Bahkan, sahnya niat pada hari pertama itu ada khilaf padanya. Maka yang mazhabnya ialah sah baginya.

Kitab Majmu' Imam an Nawawi; jilid 6 muka surat 302 Maktabah al Irsyad, Jeddah.

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Niat Puasa

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, September 08, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Hafsah daripada Nabi SAW sabdanya; barangsiapa tidak berniat melakukan puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.

Sohih, at Turmuzi.

Hukum niat puasa.

Tidak dikatakan berpuasa seseorang itu sekiranya tidak berniat puasa dahulu daripada terbit fajar dalam bulan ramadhan.

Sekiranya puasa nazar, tidak berniat pada malamnya, tidak memadai juga.

Adapun puasa sunat, iaitu harus baginya berniat selepas subuh hari. Maka inilah qaul Imam as Syafie, Ahmad dan Malik.

Telah berkata Imam an Nawawi di dalam Syarah al Muhazzab; telah berkata Imam as Syafie dan al ashab rahimahumuLLah Taala, tiada sah puasa ramadhan dan tiada yang lainnya daripada segala puasa yang sunat dan wajib melainkan dengan niat. Ini tiada khilaf padanya di sisi kita.

Maka, tiada sah puasa melainkan dengan niat. Tempat niat itu di dalam hati, maka tiada syarat tutur dengan lidah dengan tiada khilaf. Memadai niat di dalam hati sahaja dengan tiada khilaf, hanya berlafaz itu disunatkan beserta hati.

Bersambung...

WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Sufi

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, September 08, 2008 | , | 0 Komen »

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

WaAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Kesempurnaan Puasa

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, September 05, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah berkata Imam al Ghazali di dalam Ihya' 'Ulumuddin: Kesempurnaan puasa ialah:

1. Memejamkan mata daripada berbuat maksiat.

2. Memelihara lidah daripada berbuat maksiat.

3. Menjauhkan telinga daripada mendengar maksiat.

4. Menegahkan anggota badan dari melakukan maksiat.

5. Jangan banyakkan makan ketika berbuka.

6. Kemudian selepas berbuka, hati bergantung gentar antara rasa takut dan harap. Kerana, tiada tahu amalan puasa siang harinya, sama ada diterima atau pun tidak.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Ramadhan...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, August 29, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah bersediakah kita untuk menemui Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi? KedatanganRamadhan menjanjikan ketaqwaan. Seperti firman Allah SWT yang membawa maksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al Baqarah; 183)

Natijah puasa ialah taqwa. Saban tahun kita berpuasa, berapa darjatkah yang telah kita capai. Ayuh, mari kita bermuhasabah. Allah masih lagi memberi peluang untuk kita menemui Ramadhan, harapnya Ramadhan kali ini menghasilkan darjat taqwa buat kita. Ameen.

Ahlan ya Ramadhan, Ramadhan Kareem.


WaAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Kuliah Online

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, August 23, 2008 | , , , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berkat usaha sahabat-sahabat seakidah di bumi an Biya', telah lahir portal kuliah secara on line. Memberikan medan alternatif buat kita untuk berusaha mencari ilmu. Moga, dengan berkat usaha ini, dapat mengembalikan keizzahan para ulama yang dulunya sinar menerangi perjalanan ummah.

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Al-Fussillat ayat 53)

Era globalisasi dengan temanya dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat begitu pantas disampaikan. Kecanggihan dan kehebatan teknologi tanpa sempadan ini mestilah dilihat sebagai peluang serta wasilah dakwah dalam meransang mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berakhlak yang tentunya akan dimanfaatkan oleh mereka yang tercari-cari serta amat dahagakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

Menyedari hakikat inilah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir (MKKK) merasa terpanggil dan cuba mengorak langkah dengan menubuhkan anak syarikatnya yang diberi nama Al-Muttaqin pada Mei 2008 dibawah naungan Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir. Kemunculan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat mengenengahkan seberapa ramai pelapis ulama' serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu serta dapat melahirkan pelbagai penemuan baru hasil kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh Mahasiswa di pelbagai bidang khususnya mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat dan diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengaharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.

Tarikh ditubuhkan

8 Jamadil Awwal 1429 H bersamaan 14 Mei 2008 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abd Razak, Menteri Besar Kedah pada 29 Mei 2008

Objektif Penubuhan

* Melahirkan Ulama yang berkemahiran
* Menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam
* Memberikan ilmu kepada seluruh manusia di dunia dengan manhaj al-Azhar

Disediakan oleh:
Lokman bin Yaakob
Setiausaha Al-MuttaqinTV

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Anwar: Kemenangan Islam?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, August 23, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Ke manakah hala tuju kepimpinan Anwar? Adakah beliau meletakkan Islam itu adalah asas perjuangan beliau? Atau meletakkan kepentingan bangsa mendahului Islam? Apakah perbezaan antara Anwar dan pemimpin Barisan Nasional yang lain? Atau pemikiran dan matlamat perjuangan Anwar sama dengan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor?

Aku mengharapkan, sesiapa pun yang memimpin negara, meletakkan Islam itu adalah asas perjuangan, usaha dakwah untuk menyebarkan keindahan Islam. Bukannya pemimpin yang berfahaman sosialis, meletakkan kesamarataan termasuk kesamarataan beragama.

ALLAH telah mengingatkan kita,

“ Dan tidak akan sesekali redha yahudi dan nasara kepada kamu selagi kamu tidak mengikuti apa yang mereka katakan”.

Carilah pemimpin yang menjadikan sistem ciptaan Allah sebagai sistem pemerintahan, bukan sistem yang ditaja oleh manusia.



Nota kaki: Benarkah bangsa lain ikhlas terhadap Islam? Aku rindukan era kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor; Allahyarham dan PAS memimpin kebangkitan rakyat, bukannya dipimpin, sepertimana berlaku suasana politik sekarang. Kembalikan kepimpinan Islam.

Sila baca: Sub Teks: 'Profound'

Syukran ila Faisal Tehrani

[+/-] Selengkapnya...

Antara Islam Dan Melayu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, August 17, 2008 | , | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Mulianya Saidina Umar RA kerana Islam, bukan kerana bangsanya. Seperti mana yang dikatakan oleh Saidina Umar yang bermaksud: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

Dari kalam itu, jelas lah bahawa Allah SWT telah memuliakan kita dengan Agama Islam, jika kita meninggalkan ajaran Islam, nescaya kita mendapat penghinaan dari Allah SWT. Isu 10% kuota dibukakan kepada bukan bumiputra di uITM, hanya kerana cadangan seorang MB yang sudah tentu tidak mempunyai kuasa mengubah dasar yang sedia ada, ramai hero 'melayu' dengan lantangnya bangun menempelak, bahkan pelajar-pelajar uITM yag semestinya 'melayu tulen' berdemontrasi agar cadangan, diulangi; hanya cadangan agar memohon maaf dan menarik balik cadangan tersebut.

Bagaimana dengan isu forum "Memeluk Islam" oleh Majlis Peguam? Ini isu Agama Islam, bukan isu bangsa. Diulangi, ini adalah isu agama. Kenapa isu Agama Islam tidak mendapat perhatian dari hero 'Melayu-Melayu' itu? Kenapa pelajar-pelajar uITM yang kesemuanya 'bangsa Melayu beragama Islam' tidak berdemontrasi mengutuk dan membantah Majlis Peguam yang menganjurkan forum tersebut?

Di mana sensitiviti umat Islam berbangsa Melayu bangsa Melayu beragama Islam terhadap Agama Islam? Betapa hinanya mereka-mereka yang tidak merasai apa-apa hal berkaitan dengan Agama Islam. Sudah hilang rasa tanggungjawab mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Kita lupa bahawa hidupnya kita di bumi milikNYA ini adalah untuk menjadi khalifahNya, menjaga agamaNya. Sila baca: Forum: Syed Ali persoal Zaid membisu? NGO kecam protes forum 'peluk Islam'

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada apa yg lebih tinggi darinya! Isu Islam lebih dekat di hati-hati kita, bahkan lebih aula kita perjuangkan dari isu bangsa kerana isu bangsa menjadikan ada sempadan antara sesama manusia. Jika agama kita perjuangkan, ianya melangkaui sempadan geografi, sempadan bangsa.

Ayuh, ayuh para 'hero Melayu' yang bergama Islam, ayuh para pelajar uITM yang berbangsa Melayu beragama Islam, tunjukkan 'kejantanan' anda, bangkitkan satu suara senada berirama, perjuangkan Agama Islam nescaya bangsa Melayu itu dengan sendirinya akan dimuliakan oleh bangsa lain, kerana itulah janji Allah SWT.

Coretan ini bukan bermaksud aku menyokong agar dasar uITM itu dirubah, tetapi lebih ke arah melahirkan kekecewaan apabila isu agama dipandang enteng, bahkan seolah-olah orang yang beragama Islam itu sendiri tidak merasai apa yang dia anutinya.

Sila baca:

Haram buku 'kemuncak kebaculan'

Pelajar UiTM protes di Permatang Pauh

NGO Melayu, Islam serah memo pada Agong

'Dayus' jika Majlis Peguam terlepas

MB S'gor enggan mohon maaf

Dr M: Zaid 'beri muka' pada Majlis Peguam

Naib presiden GPMS beri keterangan

UiTM: MB S'gor, jangan kacau kami

Siswa UiTM mahu temui Khalid segera

Khalid digesa jangan ulang lagi...

MB S'gor mahu temui pelajar UiTM

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Imam Hasan al Banna Dan Pendidikan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, August 15, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan; Detik-Detik Hidupku: Imam Hasan al Banna

Pendapat Saya Mengenai Pendidikan dan Ijazah.

Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan. Saya juga rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia. Saya pernah berusaha menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’. Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad'. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu). Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu. Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya. Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya, ‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’ Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam Al-Quran (3:14) maksudnya:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak1 dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”

Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya;

“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa.”

Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmu kerana hendak menandingi para ulamak terkenal; atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil; atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’ Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya.

Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikat-Nya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah. Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulamak dan ulamak-ulamak sufi. Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita. Oleh itu, jika awak hendak mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian.’

Fahaman ini telah menguasai saya. Lantaran itu, saya tidak belajar bersamasama Ali Naufal, seorang guru. Tetapi guru saya, Syeikh Farhat Salim sangat menyayangi saya dan bersimpati dengan saya dalam berbagai keadaan dan saya pula sangat menyeganinya. Katanya, ‘Awak sudah hampir dengan diploma. Ilmu bukanlah sesuatu yang mencederakan. Persediaan peperiksaan Darul Ulum ialah satu ujian untuk merintis jalan kepada peperiksaan yang lebih tinggi. Jika awak lepaskan peluang ini, ia tidak akan kembali lagi di masa hadapan. Sertailah dan bertenang. Saya yakin awak akan berjaya. Lagi pun saya ada kaitan rapat dengan kemasukan serta pengajian awak. Awak bebas membuat keputusan menolak atau masuk.’ Syeikh Farhat Salim telah menggalakkan saya memasuki Darul Ulum. Ujian kemasukan dijangka diadakan sebaik saja selesai peperiksaan Diploma.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Credit Card Holders, It Pays To Pay Up In Full

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, August 15, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

With effect frum July, credit cardholders who don't pay up in full and on time may end up paying more.




WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Jemari Ini Masih Berlari...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, August 05, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kepujian dipanjatkan setinggi-tingginya kehadrat Ilahi, dengan izin Nya, jari jemari ini masih lagi mampu untuk berlari di atas keyboard, melakarkan sedikit sebanyak lakaran kehidupan yang entah bilanya akan berakhir, di sawangan maya yang entah berapa lamanya tidak terusik.

Bukan kerana sudah dilanda kejemuan yang semestinya menjadi virus buat seorang pejuang, tetapi kehendak masa yang membuatkan diri ini tidak keruan mengatur langkah membahagikan masa. Mungkin inilah perkara penting, yang tidak diendahkan oleh kita sebagai manusia khalifahNya di atas mukabomi bumi yang telah Allah peringatkan kepada kita dengan firmanNya yang bermaksud:

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah yang selalu kita baca apabila mengakhiri sesuatu majlis, agar selalu memperingati bahawa masa itu amat berharga.

Kehidupan adalah perniagaan, perniagaan adalah perjuangan... Aghhh Macam merapu ja bunyinya Hehe

Selamat berjuang, walaupun siapa anda!

[+/-] Selengkapnya...

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 16, 2008 | , , | 1 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W.: "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber: jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.

Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak


WaAllahua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Pengundi PRU12 Berusia 128 Tahun?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, February 28, 2008 | | 0 Komen »

بسم الله الرحمن الرحيم




Berikut nombor kad pengenalan pengundi yang lahir tahun sekitar 1880 hingga 1890...

800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

Ramainya rakyat Malaysia lahir pada era 1880 an yang masih hidup sehingga sekarang, dan masih lagi boleh mengundi pada PRU12 yang akan datang.

Kita berhak meragui ketelusan SPR dalam mengendali pilihan raya di Malaysia. Bersama kita melakukan perubahan demi agama, bangsa dan negara.

Katakan tak nak pada BN! BN perosak agama, bangsa dan negara.

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...