Bismillahirrahmanirrahim...
Memberitahu seseorang yang telah mereng dan syak hatinya (ya saudaraku) apabila engkau telah dapati akan seseorang itu telah berpegang dangan ayat-ayat mutasyabihat serta ditakwilnya kepada bukan kehendaknya maka hendaklah beritahu dan beri ingat kepadanya akan orang yang mengarung dan mendalamkan takwil ayat-ayat mutasyabihat itu dengan takwil yang tiada sah maka ialah orang yang syak hatinya dan mereng kepada tidak yang sebenarnya. Kerana menurut sebagaimana pesan Nabi kepada Siti Aisyah iaitu katanya; Sabda Nabi SAW apabila engkau lihat akan mereka itu bergantung dan berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat itu dibawanya dengam menurut sebagaimana nafsunya maka beri tahu akan mereka itu orang yang syak hatinya dan mereng kepada yang tidak betul, dan telah berkata seorang periwayat hadis ini namanya Yazid Ibnu Ibrahim telah bersabda Nabi: maka apabila melihat sekelian kamu akan orang yang mengarung dan masuk bergantung dengan ayat-ayat mutasyabihat itu maka beri tahu oleh sekelian kamu akan mereka itu orang yang syak hatinya dan suka cenderung kepada yang tiada sebenarnya. Telah bersabda akan dia oleh Nabi SAW dua kali atau tiga kali.
waAllhua'lam...
Assalamualaikum saudara anNaQshY. Semoga anda sihat dan berada dalam lindungan Allah. Saya datang ke blog saudara untuk menuntut ilmu. Saya pernah bertanya soalam di portal Ukhwah.com, tapi untuk jelas, saya bertanya terus kepada saudara di sini. Saya paste balik soalan saya:
Assalamualaikum. Sy nak mintak kebenaran nak bertanya ni, terutama sekalai utk dijawab oleh annaqashy dan Martyr ttg buku "Kaedah Memahami Nama-Nama & Sifat-Sifat Allah" yg ditulis oleh Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus al-Mandeeli bab 7: Kesepakatan Imam-Imam Mazhab Dalam Tawhid Al-Asma Was-Sifaat. Boleh rujuk sini
Sy paste beberapa petikan buku ini.
Imam Abu Hanifah berkata:
"Apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam al-Qur’an daripada sebutan Wajah dan Tangan dan Diri maka ia adalah Sifat-Sifat bagi-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat).
Tidak boleh dikatakan bahawa Tangan-Nya adalah kuasa-Nya (kudrat) atau nikmat-Nya kerana padanya terdapat pembatalan sifat. Ini adalah pendapat al-Qadariyyah dan al-Mu’tazilah.
Dalam kitab al-Fiqhul-Akbar m.s. 46:
Barangsiapa yang berkata: “Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga, seorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa “Allah itu di atas Arasy, tetapi aku tidak tahu adakah Arasy itu di langit atau di bumi.”
Imam Malik Bin Anas berkata Dalam al-Siyar A’lam al-Nubala:
“Allah Di Langit dan Ilmu-Nya berada di setiap tempat, tidaklah tertinggal darinya (Ilmu Allah) apa jua."
Dalam kitabnya al-Wasiyyah, m.s. 53-58 Imam al-Syafi`i berkata:
"Sesungguhnya Allah di atas Arasy-Nya di langit. Dia Menghampiri sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan makhluk-makhluk-Nya dengan cara yang Dia kehendaki."
"Allah Turun ke langit dunia seperti mana yang Dia kehendaki."
"Bagi Allah itu Nama-Nama dan Sifat-Sifat. Ianya dikhabarkan oleh kitab-Nya dan Nabi pula memberitahunya kepada umat. Tidak boleh untuk seseorang dari makhluk Allah Ta‘ala yang telah ditegakkan ke atasnya hujah, menolaknya. Ini kerana ia telah dinyatakan di dalam al-Quran dan ada sabda yang sahih daripada Rasululah mengenai hal ini yang diriwayatkan daripada golongan yang adil."
Sesiapa yang menyanggahinya selepas thubut (jelas dan terang) hujah ke atasnya maka dia seorang kafir."
Adapun sebelum thubut hujah ke atasnya maka dia dimaafkan kerana jahil. Ini kerana ilmu dalam masalah ini tidak dapat diperolehi hanya dengan akal atau pandangan atau fikiran. Tidak dikafirkan sesiapa yang jahil mengenainya melainkan setelah thubut berita tersebut sampai kepadanya."
(Tamat petikan dari buku rersebut).
Jadi saya ingin bertanya, apakah sebenarnya yg diaksudkan oleh Imam-Imam mazhab ini.
Kemudian saya ingin bertanya, kaedah yg digunakan Ibn Taimiyah. Dan perbezaan pandangan Ibn Taimiyah dgn pemimpin Wahhabi skrg ini, spt Salleh Uthaimeen.
Adakah Ibn Taimiyah ada menggunakan dalil hadith ttg seorang hamba perempuan sbg dalil Allah bersemayam di atas arasy di langit?
Martyr, adakah maksud Imam Mazhab itu, contohnya, apabila Imam Syafi'i berkata
"Sesungguhnya Allah di atas Arasy-Nya di langit. Dia Menghampiri sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan makhluk-makhluk-Nya dengan cara yang Dia kehendaki." bermaksud menerima bahawa Allah di atas Arasy-Nya di langit, tetapi tidak mengatakan bahawa langit itu merujuk kepada langit yg di atas sana, seperti yg kita lihat skrg ini? Boleh terangkan? Dgn lain perkataan, apakah maksud langit yg disebut oleh Imam Syafi'i?
Sekian, terima kasih.
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui.”
(Q.S An-Nahl[16]:43)