Bismillahirrahmanirrahim…
Mari kita lihat semula rentetan isu pemakaian sendat pramugari MAS, yang telah ditimbulkan di parlimen pada 14 April yang lepas.
MAS tidak rugi pramugari berpakaian sopan
Selanjutnya…
Seksi: AWAM bidas tulisan Muhammad Abdul Wahab
Selanjutnya…
Jenayah seks: Tolak sahaja komen AWAM
Selanjutnya…
Seksi: Sayang AWAM dikelirukan
Selanjutnya…
Apakah perpeksi anda, ada sebarang komen?
WaAllhua’lam…
Mari kita lihat semula rentetan isu pemakaian sendat pramugari MAS, yang telah ditimbulkan di parlimen pada 14 April yang lepas.
MAS tidak rugi pramugari berpakaian sopan
Saudara Pengarang,SAYA tertarik dengan ucapan beberapa orang ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Penerbangan (Pindaan) 2005 baru-baru ini ekoran teguran Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pakaian sendat dan seksi yang digunakan pramugari MAS yang boleh menimbulkan gangguan seksual terhadap mereka (Utusan Malaysia, 14 April 2005).
Selanjutnya…
Seksi: AWAM bidas tulisan Muhammad Abdul Wahab
Saudara Pengarang,ALL Women's Action Society (AWAM) terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tulisan Muhammad Abdul Wahab bertajuk MAS tidak rugi pramugari berpakaian sopan pada 20 April 2005.
AWAM terkilan dengan pandangan dan tanggapan negatif yang diberikan oleh penulis terhadap wanita.
Jelas penulis mempunyai pandangan bahawa wanita mesti bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi melalui pakaian dan gerak laku seksi dan seterusnya mengundang masalah zina, seks rambang, rogol dan bunuh yang sedang menjadi-jadi sekarang.
Selanjutnya…
Jenayah seks: Tolak sahaja komen AWAM
SURAT PERTAMASaudara Pengarang,MERUJUK kepada surat oleh All Women's Action Society (AWAM) yang disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia bertarikh 22 April 2005, saya terpanggil untuk memperbetulkan beberapa tanggapan salah yang dibuat oleh AWAM.
Kenyataan penulis dalam surat berkenaan seolah-olah mahu menggalakkan kaum wanita berpakaian menjolok mata sehingga merangsang nafsu berahi kaum lelaki. Kenyataan penulis juga seolah-olah menafikan tuntutan Islam yang mewajibkan semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan supaya berpakaian sopan dan menutup aurat sebagai salah satu langkah terbaik untuk menjauhi zina, rogol serta jenayah seksual lain.
Selanjutnya…
Seksi: Sayang AWAM dikelirukan
Saudara Pengarang,DATUK Dasuki Ahmad, sewaktu menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan satu masa dulu, pernah membuat kenyataan meminta para wanita ``mencermin diri dan bertanya sama ada pakaian dan gelagat mereka mendorong berlakunya jenayah rogol atau tidak.''
Apabila kenyataan tersebut tersiar dalam akhbar The Star pada 23 September 1987, beliau telah dikeroyok habis-habisan oleh kumpulan yang memperjuang apa yang dikatakan sebagai `hak wanita' dan `hak asasi manusia'. Tidak kurang daripada 37 orang menyatakan bantahan, malah ada di antara mereka yang menggelar beliau sebagai seorang lelaki pelampau atau male-chauvinist.
Selanjutnya…
Apakah perpeksi anda, ada sebarang komen?
WaAllhua’lam…
0 Komen
Post a Comment