Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 03, 2005 | 3 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Agak-agak, siapakah yang tersenarai dalam 50 NGO, yang menyokong membantah pengawasan akhlak melalui undang-undang? Semak semula di bawah, kot-kot nama anda tersenarai. Hehe


Kenyataan Bersama
Malaysians Against Moral Policing
Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak
25 Mac 2005


Berdasarkan beberapa perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini, nyata sekali kita, sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi boleh berdiam diri dan terus membiarkan penglibatan kerajaan yang semakin meningkat dalam mengawasi akhlak rakyatnya.

Penangkapan seorang mak nyah oleh pihak berkuasa agama di Taiping semasa dia berada di perkarangan rumah seorang kawannya (The Star, 2 Mac 2005, ms 12); kempen mengintip kelakuan anak-anak muda oleh Gerakan Belia 4-B Melaka dengan alasan mengawasi akhlak mereka (Malaysiakini.com, 22 Febuari 2005); dan penahanan dan tindakan yang memalukan ke atas lebih daripada 100 orang muda mudi beragama Islam oleh JAWI berikutan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Kuala Lumpur - semua ini merupakan peristiwa-peristiwa malang yang membuktikan bagaimana tindakan mengawasi akhlak boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia serta hak asasi mereka sebagai rakyat.

Kami mempersoalkan peranan kerajaan, serta penggunaan undang-undang agama dan undang-undang munisipal oleh pihak kerajaan, untuk mendefinasi dan mengawal akhlak rakyatnya. Memaksa dan menakut-nakutkan rakyat supaya mematuhi undang-undang tersebut tidak akan membawa kepada masyarakat yang lebih berakhlak; sebaliknya tindakan tersebut akan menghasilkan masyarakat yang berada dalam ketakutan serta rakyat yang bersifat submisif dan hipokrit.

Selanjutnya…

WaAllhua’lam.

3 Komen

  1. Anonymous // 7:33 PM  

    ermm.. apa kes keADILan ada sekali dlm tu..??

  2. Anonymous // 7:35 PM  

    hehh.. silap letak link.. asif..

  3. .::.anNaQshY.::. // 11:30 PM  

    Hehe soal keadilan tu, cek tak tau nak habaq cam mana. Tapi mungkin iye, mungkin tak.