Siapakah Orang Suka Kacau Dan Fitnah?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, May 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang yang berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat itu orang yang suka kacau. Ketahuilah kiranya ya saudaraku telah diterangkan di dalam masalah sebelum ini akan ayat-ayat mutasyabihat itu iaitu ayat yang tidak terang maksudnya.

Kata Nasafi; di dalam tafsirnya: terkadang tiada boleh ditanggungkan dia melainkan wajah yang satu. Atau boleh ditanggungkan dia beberapa wajah. Atau tiada diketahui akan takwilnya. Atau dikehendaki akan takwilnya. Atau nasakh yang diamalkan dengannya. Dan mansukh yang tidak diamalkan dengan dia.

Maka orang yang bergantung dengan zohir ayat dengan tidak ditakwilnya akan sebagai takwil yang sohih maka ialah orang yang suka fitnah dan suka kacau. Sebagaimana tersebut di dalam al Quran seperti yang datangkan oleh Abu Isa at Turmizi dengan katanya; ertinya: diriwayatkan daripada seorang isteri Rasulullah SAW namanya Siti Aisyah RadhiaAllahuanha katanya: telah aku tanya Rasulullah SAW daripada tafsir firman Allah Taala: maka adapun orang-orang yang di dalam hati mereka itu syak atau mereng kepada yang tidak betul itu maka bergantung dan berpegang mereka itu dengan ayat yang kesamaran daripada makna-maknanya, kerana menuntut fitnah dan kacau, dan menuntut takwilnya. Seperti kata qiila bahawasanya satu utusan dari negeri Najran datang kepada Nabi SAW, kata mereka itu kepada Nabi SAW: ya Muhammad, tidakkah Engkau kata bahawasanya Nabi Allah Isa itu ruh Allah dan kalamNya; jawab Nabi SAW: bahkan. Maka berkata mereka itu padalah kami dengan katamu itu. Maka jawab Rasulullah SAW lagi ke atas mereka itu, serta diterangkan oleh Nabi SAW bahawasanya Quran itu terbahagi ayatnya kepada dua bahagi. Satu bahagi boleh faham akan dia oleh orang-orang dengan tiada berpayah-payah, dan satu bahagi tiada faham akan dia. Maka pada ayat-ayat yang ada ruh Allah dan kalimah Allah itu daripada jumlah yang ke dua. Jamal 'Ali Al Jalalain.

Demikianlah hal orang-orang yang suka fitnah bergantung ia dengan zohir ayat yang mutasyabihah itu jua. Seperti firman Allah: الرحمن على العرش استوى, maka di faham mereka itu akan duduk atas 'arash seperti duduk kita, dan seperti sabda Nabi SAW: الله ينزل إلى السماء الدنيا, maka di faham mereka itu akan Tuhan turun sebagai mana kita turun tangga. Dan seperti firman Allah SWT واتخذ الله إبراهيم خليلا, ditaruh maknakannya خليلا itu: فقيرا إلى رحمته ertinya: berhajat kepada rahmatnya. Bukannya dimaknakannya dengan makna pilihannya. Dan seperti firman Allah Taala: بل يداه مبسوطتان, bahkan dua tangan Tuhan itu terbentang keduanya, iaitu dikatanya; tangan Tuhan itu seperti terbentang seperti tangan kita.

Bersambung...

Memberi ingat pada mereka yang suka buat kacau dan fitnah itu.

waAllhua''lam...

0 Komen