Ikhtilat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, July 11, 2005 | 10 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Lama tak pergi ke perpustakaan.
Tak dapat tumpu study kat situ"


Apa pandangan kalian tentang iklan di atas? Mungkin trend seperti di atas menjadi kebiasaan mahasiswa-mahasiswi sekarang. Bila suasana seperti di atas telah menjadi kebiasaan, maka masyarakat kampus melihatnya satu senario yang biasa, bukan yang luar biasa dan tidak menyedari benih-benih ikhtilat sudah memasuki ruang minda dan jiwa seseorang pelajar muslim.

Kalau belajar, mesti bercouple; berkumpulan mesti bercampur lelaki dan perempuan. Konon-kononya menambahkan lagi semangat untuk mengulangkaji dan belajar. Katanya, menambahkan lagi keceriaan untuk belajar.

Entahlah... Aku pun tak tau benarkah kata-kata sebegitu. Aku, sekolah bermula dari sekolah menengah, semuanya lelaki. Dan masuk IPT pun, tak dicampurkan 2 jantina. Kuliah pun semuanya lelaki. 'Kemanisan' belajar dan mengulangkaji campur aduk jantina ni, aku tak tau nak buktikan. Mungkin kalian boleh buktikan.

Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai yang memandang remeh. Zaman moden sekarang ni, tak memandang dah soal-soal sebegini. Maklum lah, diliberalkan Islam sekarang ni. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Aku sentuh hang, hang sentuh aku adalah perkara biasa yang menambahkan lagi kecerian belajar.

Bila penat belajar, pergi ke kafe bersama-sama. Mungkin makan bersama ni, menambahkan lagi kekeyangan perut. Senario keluar malam berdua-duan, adalah perkara biasa di semua kampus. Tak ceria kampus kalau tak ada istilah 'couple'.

Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( Israaa : 32 )

Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku.

Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.

Kalendar pengajian dunia kampus musim baru sudah bermula. Pelajar-pelajar baru akan memasuki alam IPT, alam yang penuh dengan cabaran zahir dan batin. Oleh yang sedemikian, marilah kita pagari diri kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Moga-moga kita mampu mengawal diri.

Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.

Kawan-kawan, ada masa lagi untuk berubah... Selamat menempuh alam kampus kepada mahasiswa-mahasiswi sekelian.

Iklan gadis bertudung tidak jaga akhlak jejas imej Islam

Saudara Pengarang,

SAYA kurang bersetuju dengan satu iklan terbaru yang turut memaparkan aksi gadis bertudung, tetapi kurang menjaga akhlaknya.

Contohnya, si gadis bertentang mata dengan si pemuda agak lama. Sedangkan dalam Islam, pandangan pertama itu adalah harus, tetapi tidak boleh diikuti dengan pandangan kedua yang mana hukumnya adalah haram kecuali dalam situasi yang dibenarkan seperti berjual-beli dan mengajar.

Seterusnya aksi si gadis dan si pemuda yang berjalan beriringan di akhir iklan tanpa ada penyertaan rakan wanita yang lain.

Kita bimbang akan salah faham yang mungkin timbul di kalangan remaja yang baru berjinak-jinak dengan tudung dalam memahami bahawa bertudung perlu diiringi dengan menjaga akhlak dan pergaulan.

Perlu diketahui bahawa aurat bukan sekadar menutup aurat, malah ia meliputi cara bergaul, cara berjalan, cara bersosial dan seluruh aspek kehidupan yang lain.

Justeru, saya berharap iklan ini dapat dihentikan kerana ia mengundang kegusaran dalam hati golongan yang ingin menjaga imej Islam yang sebenar.

Saya berpendapat perkara ini dapat dibendung sekiranya pihak penaja duduk semeja dengan ahli agama yang faham sebelum menyiarkan sesuatu iklan yang melibatkan gadis bertudung. - AN-NISA, Ampang, Selangor.
waAllhua'lam.

P/s- Siapa tahu iklan tersebut dilakonkan di mana?

10 Komen

  1. Anonymous // 2:08 PM  

    Saya tahu! Saya tahu! Berhampiran dengan kampung saya yang tercinta, Perkampungan Orang Asli Sungai Pusu. Apsal la aku tak dapat nak interframe dalam iklan tu. Ehehe. Sorry annaqshy, saja bersendaloka di hari yang damai ini. Ehehe

    Cantik artikel ni Tuan, teruskan, mendidik kami semua sambil terus menuntut ilmu.

    Ehehe.

  2. Anonymous // 9:53 PM  

    some advertising will influence people's life. i;m not agree with the sunsilk promo that state "can't pay attention in library" because of a women.this is some kind of "social life".otherwise, the actor & actress in that advertise is ISLAM.is that the way of life in ISLAM?masyaALLAH...

    nurul_iman

  3. Anonymous // 11:45 AM  

    iklan tu di buat kt UIA..dlm lebri UIA..kt luar lebri..
    masa tau tu..pelik pulak..rs cam penah masuk lebri UIA..meja² dlm tu rsnya mmg x bercampur jantina..means..ada khas utk lelaki..dan khas utk wanita..dan kelihatan agak jauh juga di antara keduanya..
    lg 1..azza eliti yg nk buat rakaman Muzik TV pun kena pakai tdg bermula dr pintu gate utama UIA..tp dlm iklan tu boleh pulak lps bdk pompuan freehair tu ye?
    sy pun mmg x setuju kaedah interaksi dlm tu..tp tah la..tersuka pulak tgk muka model pompuan tu..isk..isk..

  4. Yin Areesa // 3:46 PM  

    terasa pelik sungguh lah, memula sekali senario lagu "cinta" penasyid, kemudian "telemovie c u d ipt" pastu pulak dgn iklan syampoo ni.geram sungguh?! sedar tak sedar agama dipermainkan?!

  5. Anonymous // 7:34 PM  

    oo..iklan tu kat uia ke..
    tatau la plak..
    yg x bes nya masa yg last tu la..
    yg pmpuan tu brjln dgn llaki tu..
    mane kwn2 dia td pegi?
    mula2 suka iklan tu.. suka lagu dia..
    tp dh rase meluat la plak..

  6. Zampeada // 9:38 AM  

    panas2... aku pon x brp nak gemar iklan neh. tp x le sampai ke melabelkan isu yg sensitif spt 'mempermainkan agama'... iklan tuh nak jual shampoo ja... tambah pulak berjaya buat kontroversi spt ini... lekat lar kat minda org nama sunsilk tuh... org akan kaitkan sunsilk dgn imej bertudung... sunsilk, imej bertudung... bukan smata2 shampoo je.

  7. Yin Areesa // 10:12 AM  

    percaya atau tak, iklan tu bertujuan mengaut keuntungan dengan menggunakan agama sebagai icon menarik perhatian pelanggan. eksploitasi keagamaan.mmg byk iklan yang lebih kurang berbentuk camtu, cuma org kurang alert sikit la..susah untuk dijelaskan...

    *suka iklan yg wardina lg.

  8. Anonymous // 11:06 PM  

    erm..mmg dr mula ana tak suka @ kurg senang dgn iklan tuh..
    paling x suker part pompuan tuh tenung muka lelaki tu lama2..eee, menjatuhkan imeh wanita bertudung jer..
    komen ana same mcm tuan rumah (annaqshy)... ana mmg dpt agak dr mule time tgok iklan tuh, sure ade gak yg kurg senang dgnnya.
    apepun, biler la iklan tuh nak stop ditayang yer..
    ilalliqa'

  9. .::.anNaQshY.::. // 4:00 PM  

    Eksploit, mungkin istilah yang sesuai ditujukan kepada pembuat syampoo tersebut. Kerana mengeksploitasi wanita dan juga tudung untuk keuntungan :)

    Yang perlu kita kisahkan, jalan cerita iklan tersebut. Nak buat iklan pun, biarlah bertepatan dengan syara'. Ni main hentam je buat jalan cerita. Hehe.

    Agak-agak, sebab apa si pengarah iklan buat cam tu? Mungkin sebab dah menjadi tradisi perjalanan kehidupan kampus seorang mahasiswa macam tu. Tapi tak semua, disebabkan majoriti cam tu, maka dia pun terfikirlah cam tu. Hehe.

    waAllhua'lam

  10. Yin Areesa // 10:28 AM  

    mcm jd tradisi ker semua mahasiswi & mahasiswa kat m'sia lah ni macam yg kt dlm iklan tue?!
    tak bermoral sungguh lah?!
    kerana dakwat setitik abis rosak proposal sebuku!!!!