Sejarah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, July 17, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahamanirrahim...

Bila berbicara soal idola, tak dapat tidak, kita mesti menyentuh apa jua berkaitan ngan idola tersebut. Tahun ni, tak salah aku, budak-budak yang amik PMR, diminta buatkan kajian sejarah berkaitan ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad; sejak dari beliau lahir sehinggalah beliau jadi PM membangunkan negara, menjadi sebuah negara kecil yang di hormati dan di segani. Kat Alor Setar, rumah kelahiran beliau masih lagi di kekalkan, serta dijaga, agar generasi mendatang kenal dah tahu siapakah yang membangunkan negara Malaysia sehingga mecapai tahap sekarang. Sebab apa, sebab kerajaan mahukan agar beliau dijadikan idola. Segala jasa, kerja, gambar, pemikiran dan rumah juga akan dijaga serta disimpan rapi buat tatapan mendatang.

Sejarah warisan bangsa. Kita tahu sejarah negara kita, salah satunya ialah melalui pemerhatian. Contoh, kita boleh lihat sendiri sejarah ketamadunan kerajaan Islam Melaka, dengan pergi ke Melaka. Kerajaan masih lagi memelihara tempat sejarah di sana, dinobatkan Melaka 'Bandaraya Bersejarah'. Menggambarkan betapa pentingnya sejarah untuk ditatapi. Begitu juga di negara-negara lain, Turki yang merupakan pusat Kerajaan Othmaniyah, mempunyai banyak tempat sejarah dan masih lagi dipelihara. Di Sepanyol, keindahan sejarah tamadun Islam masih lagi boleh dilihat. Begitu juga di Mesir, Kubu Sultan Sallehuddin al Ayyubi masih lagi dipelihara, makam-makam ribuan ulama-ulama masih lagi ada untuk di ziarahi. Masjid al Azhar, Masjid Saidina Hussin, dan para ahli bait Rasulullah SAW masih kekal dipelihara.

Bagaimana dengan sejarah idola ummat Islam sekarang di Mekah? Alangkah indahnya umat Islam yang lahir sebelum wujudnya fahaman wahabi, boleh melihat kesan peninggalan kelahiran serta perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat depan mata. Sekarang, bagaimana? Mungkin kalian boleh menilai sendiri kerja yang telah dilakukan wahabiyyah di sana. Berikut apa yang boleh aku paparkan kalam dari sahabat-sahabat lain untuk tatapan kita.

Sejarah Mekah jadi korban pembangunan

SETIAP tahun berjuta-juta orang dari segenap pelosok dunia akan mengunjungi Mekah dengan satu tujuan iaitu menunaikan haji yang juga menjadi salah satu rukun Islam kelima.

Selain menyerah diri kepada Allah semasa menunaikan haji, umat Islam juga pastinya mahu menikmati kesan-kesan sejarah yang ada di bumi Mekah, ibu kota kelahiran Nabi Muhammad SAW, rasul yang terakhir.

Tetapi selepas masa berlalu dan kemajuan serta kemodenan dengan rancak dirancang, ada juga khabar yang kurang enak disebabkan oleh pembangunan khususnya di Mekah.

Di situ ia dikatakan bahawa beberapa tapak-tapak bersejarah, termasuk tapak kediaman Nabi Muhammad s.a.w diancam pembangunan hartanah.

Lebih buruk, mereka yang berfahaman Wahabi juga berpandangan tapak-tapak bersejarah itu sebagai `alat' menggalakkan pendewaan atau pemujaan.

Sami Angawi, seorang pakar dalam bidang seni reka bentuk Islam di rantau itu berkata, bangunan berusia 1,400 tahun bermula dari era awal kebangkitan Islam berisiko dimusnahkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.

Ini termasuk projek yang mahukan menara tinggi dibina bagi membolehkan orang Islam yang datang berduyun-duyun menunaikan haji pada setiap tahun di kota suci Mekah itu ditempatkan.

``Kita kini sedang menyaksikan detik-detik terakhir hayat sejarah Mekah. Lapisan sejarah Mekah yang agung itu akan dimusnahkan oleh jentolak demi membina medan tempat letak kereta,'' katanya.

Angawi menganggarkan bahawa sejak 50 tahun lalu, sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah telah diruntuhkan di Mekah dan Madinah, sebuah lagi bandar suci yang menempatkan makam Rasulullah.

``Mereka (golongan Wahabi) tidak membenarkan usaha-usaha pemuliharaan bangunan lama dilaksanakan, khususnya yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

``Mereka bimbang jika orang Islam lain datang dan melihat bangunan-bangunan berkenaan sebagai tempat menyembah sekali gus menurut mereka mendorong kepada tindakan kufur dan mendewa-dewakan.''


Institut Saudi yang berpangkalan di Washington dan menjadi kumpulan mengumpul maklumat bebas berkata, kebanyakan mercu tanda Arab Saudi diasaskan pada tahun 1932.

Bersejarah

Ia menarik perhatian bahawa satu arahan dikeluarkan oleh ulama kanan majlis agama pada tahun 1994 yang menyebut, usaha memulihara bangunan-bangunan bersejarah akan membawa kepada kekufuran.

Sementara itu, Angawi, yang mengasaskan Pusat Kajian Haji pada tahun 1975 untuk mengkaji secara mendalam tentang kekayaan khazanah Mekah dan Madinah, mendakwa telah mengenal pasti tapak kediaman Nabi Muhammad.

Tetapi beliau enggan mendedahkan lokasi sebenar dengan alasan takut ia dimusnahkan seperti mana yang berlaku kepada Dar Al-Arqam - sekolah Islam pertama di mana Nabi Muhammad dikatakan mengajar.

Di London, Geoffrey King, pakar arkeologi dan seni Islam di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika berkata, nasib tapak-tapak bersejarah Islam di Arab Saudi sangat `menyedihkan'.

Pihak berkuasa agama gagal menghargai dan memberikan signifikan serta kepentingan bangunan-bangunan terbabit kepada Islam dan ulama di seluruh dunia, kata beliau.

King yang mengajar beberapa tahun di Arab Saudi menegaskan ramai pelajar generasi muda di negara itu bersetuju dengan pendapat beliau.


Dalam pada itu, para pengikut fahaman Wahabi berkata, orang-orang Islam patut memberi tumpuan kepada Masjidilharam yang menempatkan Kaabah di dalamnya.

Firma-firma hartanah melihat permintaan secara besar-besaran untuk membina tempat penginapan bagi menampung lebih 20 juta jemaah yang dijangka mengunjungi bandar suci pada tahun akan datang.

``Infrastruktur pada masa ini tidak dapat menampung. Permintaan terhadap perkhidmatan hotel baru dan pangsapuri sangat mendesak,'' kata seorang pengarah sebuah syarikat hartanah yang enggan dikenali.

Beliau menganggarkan bahawa pemaju-pemaju membelanjakan kira-kira 50 bilion riyal (RM49.4 bilion) ke atas projek di bandar itu.

Kumpulan yang mendominasi projek berkenaan ialah Syarikat Pembangunan Jabal Omar.

Firma itu diberi tanggungjawab menyiapkan kawasan seluas 230,000 kaki persegi di mana ia bersambung dengan Masjidilharam.

Projek yang memakan masa selama tujuh tahun untuk disiapkan itu merangkumi beberapa bangunan yang menempatkan hotel, apartmen, kedai serta restoran.

Angawi berkata, pembangunan ini akan menyebabkan Masjidil Haram terpinggir selain barangkali menjadi tanda pengkormersialan keterlaluan..

``Mekah tidak sepatutnya diangkat sebagai sebuah bandar kepada korban pembangunan apabila ia adalah kota perlindungan. Rumah Allah dikomersialkan dan pembangunan ini direncanakan tanpa rasa hormat dan tidak masuk akal sama sekali.''


Tetapi Syarikat Pembangunan Jabal Omar, firma yang bertanggungjawab dengan projek berkenaan berkata, ia perlu bagi menyuntik perubahan kepada Mekah.

``Ia bertujuan baik untuk pembangunan Mekah, selain memusnahkan lebih 1,000 rumah buruk dan daif di kawasan bukit yang ada di sekitar Masjidilharam.''

Firma itu berkata, kira-kira 70,000 penduduk daripada 29 warganegara berlainan biasa tinggal di tapak-tapak Jabal Omar sebelum mereka menjual dan berpindah ke kediaman yang lebih selesa di tempat lain.

Beberapa penduduk di kawasan berjiran juga kelihatan bersetuju dengan hasrat pemaju itu.

Ali Hussein,38, yang berasal dari Myanmar tinggal di rumah yang sangat padat dan buruk di kawasan berkenaan.

``Mereka yang pindah kini tinggal di rumah lebih baik,'' katanya.

``Kawasan ini tidak membangun. Kami berharap pelabur lain akan datang,'' kata Amin Rafie, seorang penduduk tempatan.

Tambahnya, para penduduk mengharapkan tawaran pampasan yang baik atau dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa di Arab Saudi.

Tetapi Angawi tidak yakin dengan motif pihak pemaju itu.

``Sememangnya kita perlu menampung jemaah baru setiap tahun, tetapi apakah kita perlu menempatkan mereka di menara atau bangunan pencakar langit? Kelihatannya, keuntungan menjadi perkiraan utama.

``Dalam hal ini, kita bertindak memusnahkan hubungan fizikal kepada masa lampau dan menukarkan agama serta sejarah kita kepada satu legenda,'' ujar beliau dengan nada kecewa.
-Reuters



Habis semua tempat bersejarah Rasulullah di tutup atas nama bidaah. Saya penat le baca cerita Rasulullah pergi sana, duduk kat sini le...bila saya nak pergi tengok kat mana tempat tu, dia tutup semua sebab boleh mendatangkan bidaah dan khurafat.

Tapi bab dia menjaga baik kubu lama Ibnu Saud boleh pulak....belah mana yang bidaah dan khurfata ni saya kurang faham.

Terbaru, tempat nak pergi ke Telaga Zam-zam telah ditutp...jadi pada sesapa yangbelum pernah ke Mekah, tinggal mimpi je le nak tengok telaga Zam zam tu macamana rupa, sebaliknya sedara semua akan tengok kepala paip yang disalurkan terus dari telaga zam-zam.

Telaga Ji'ronah yang mana Nabi SAW meletakkan tangannya tu pun ditutp atas alasan Telaga Zam-Zam tu ada. Kan bodoh namanya tu, tak tau apa dia makna keberkatan Anbiya Allah.

Saya bercakap bukan berdasarkan pada penulisan Imam Abdul Wahhab tetapi berdasarkan benda yang berlaku depan mata sendiri, sebab orang putih kata "Seeing is believing...." Nak tau benda tu betul ke idak, kita tengok hasilnya.-Keramatau


Quote:
--------------------------------------------------------------------------
Pada 2005-07-07 18:37, abu atiah menulis:
kalu saya guna kaedah sedara yang dicedok dari kaedah omputih 'seeing is believing..', kalu tengok akhlak umat Islam sekarang, saya tak percaya ada lagi orang yang nak masuk Islam lagi.
--------------------------------------------------------------------------

naam, terutama selepas melihat orang2 pak wahhab memukul jemaah haji dikeliling ka'bah dan di depan maqam Rasul s.a.w.-viceroy



kalau nak list-kan "atrocities" Wahabi ni memanglah tak terlarat.
semua org sedar pasal rumah yg dilahirkan Rasulullah (saw) ditukar menjadi tempat ikat unta... kemudian perpustakaan yg sentiasa tertutup. Juga, sedar yg baru-baru ini telaga zamzam ditutup semua sekali (dah takde tempat air "underground"... tertutup).

Ada banyak-banyak lagi, antaranya
1) pokok yg disebut dlm Qur'an di mana terjadi Bai'ah Ridwan telah pun ditebang. Pokok yg dimuliakannya oleh Kalamullah tetapi dipandang "sensong" oleh Pak Wahab ni.

2) Rumah Saiyidatina Khatijah yg terletak di dalam Sagah Street telah dijadikan Public Toilet. (ader makna?) rumah di mana dilahirkan insan-insan termulia iaitu Umm Kulthum, Ruqqayah, Fatimah, Zainab, Qasim dan Abdullah.

3) Jannatul Mau'la iaitu perkuburan yg dimakamkan Saiyidatina Khatijah, shaykh tariqat Ahmadiyyah Idrisi dan baru-baru ini Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki... telah diratakan dan kubah2nya dipecahkan.

4) Antara maqam2 yang rosakkan dan ratakan agar tidak "dipuja" orang adalah maqam Saiyidatina Hawa (isteri Nabi Adam di Jeddah), maqam Abdullah (bapa Rasulullah saw) di Medina, rumah di mana Saiyidina Hassan dan Hussein telah dibesarkan, rumah Saiyidina Hamzah-miskin



Sedih saya tengok rumah Rasulullah SAW dilahirkan dah jadi tempat berkumpulnya minah-minah dan pak-pak afrika, kat situ le diorang bantai tido ke, makan, tak terjaga langsung. Cuma saya nak tanya je le, begini ke cara kita menghormati kemuliaan manusia agung macam Rasulullah SAW. Ok le, mungkin alasan Pak Wahhab ni betul dia runtuhkan makan-makam orang lain, takkan le rumah Rasulullah SAW pun kena.

Apa perasaan kita bila ada org runtuhkan rumah nenek kita tak tentu pasal, tentu kita pun marah...apa lagi rumah Rasulullah SAW dilahirkan.

Pergi ke Makam Al-Baqi' pulak, hmmmm bukan main beria lagi bebudak-bebudak yang nak jadi imam berceramah pasal dilarang memohon melalui perantaraan, hendaklah kita memohon terus dari Allah....ok le lantak le mereka tu. Saya org yang baru nak kenal makam2 sahabat, pergi le tanya salah seorang dari mereka, "kamu tau tak mana satu makam Sayyidina Osman bin Affan RA"....heheheh jawapannya hampeh....sorang pun tak tau. Tak ke pelik bin ajaib...mengaku ikut Salafi, makam sahabat pun tak tau mana satu...

Saya kata "seeing is beliving.." pasal setiap perbuatan kita akan jadi tanda pada diri kita, kalau kita tuan nak buang mana hadis yang membawa maksud "Setiap manusia yang beriman akan mempunyai tanda...". Jadi simple je pemahaman hadis tu, kalau betul amalan mereka tu akan mencerminkan akhlak mereka.

Tuan cuba rayau satu kota Mekah, dan cuba cari buku Ihya Ulumuddin, hmmm tuan susah nak jumpa, kalau jumpa pun kira jual black market. Hari tu saya cuba le cari kot -kot kalau le ada.....hehehe tak ada. Pasal apa, sebab dah memang termaktub dalam kepala diorang yang Imam Ghazali ni fahamannya tu sudah terpengaruh dengan ajaran Yunani. Kira kata "direct"nya Imam Ghazali ni sudah sesat le. Dia nak cakap macam tu tak le berani.

Hmmmm...tak le larat nbe kalau nak listkan perangai bodoh diorang ni.....kalau tuan kata saya tak baca buku pasal Imam Muhammad Abdul Wahhab tu, saya dah baca banyak karangan ulamak dulu pasal dia ni.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan ada karang banyak buku.....terjemahan buku ke bahasa Melayu saya tgh tunggu dari Tuan Miskin.....

Sayyid Abdul Hakim Awarasi Mufti kerajan Otthmaniyyah pun ada karang.

Ishhhh banyak le, tak terhitung jumlahnya.

Satu lagi kenapa org Melayu terus percaya karangan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan...pasal dia ni tok guru pada Syeikh Ahmad Al-Fatani, dan satu dunia Melayu tau sapa Syeikh Ahmad Al-Fatani, sebab dia ni tok guru pada Tok Kenali, Tuan Hussin Kedah, Syeikh Abdullah Fahim, dan ramai lagi ulamak-ulamak besar Melayu.



WaAllahua'lam...

2 Komen

  1. Anonymous // 6:38 AM  

    Sheikh anna tertarik dengan maklumat dalam laman web ente ini, anna seorang penulis, mungkin anna boleh himpunkan kemungkaran wahabbi ni dan anna bukukan supaya umat Islam semua sedar.... jadi kalau ente sudi hantarlah segala maklumat kemungkaran wahabbi ini kepada anna di email: misai85@yahoo.com. atau kalau ada dalam bentuk hardcopy boleh hantar melalui pos kepada: AZIZAN AHMAD, Peti Surat 180, Pejabat Pos gombak, Kuala Lumpur.
    terima kasih wasallam.

  2. Anonymous // 1:36 PM  

    Mengenai tuduhan keruntuhan yang disebabkan oleh mereka yang berfahaman wahabi adalah kurang tepat. Sebab kewujudan fahaman wahabi itu juga belum jelas. Apa yang saya sedia maklum ialah Mazhab yang dianuti oleh Arab Saudi itu adalah Hanafi atau Hambali bukannya Wahabi. Saya ingin bertanya saudara, siapa itu wahabi?

    Apa yang berlaku adalah kerana salah urus dan tiada kesedaran untuk menjaga bahan bersejarah yang satu hari nanti akan dilihat oleh umat Islam keseluruhannya. JIka diruntuh sekalipun tidak memberikan dosa.

    Adakah terdapat hadis Rasullah yang menjelaskan iaitu sesiapa yang meruntuhkan rumah ku maka akan menerima bala dan dosa besar disisi Allah?

    Cuma kita sebagai umat Islam, perlu menyimpan sesuatu yang bernilai yang dipunyai oleh Rasullah dan jangan sehingga menjadikan barang tersebut keramat.

    Apa yang boleh dilakukan oleh Saudi sebenarnya ialah dengan memperbaiki lokasi dan tempat bersejarah disamping menwujudkan kawalan ketat agar tidak dijadikam tempat bidaah oleh segelintir umat islam.

    Peliknya tiada pula tentangan atau bantahan dari negara-negara Islam termasuk Malaysia mengenai isu ini. Adakah Malaysia juga sebahagian dari wahabi (seperti mana tuduhan saudara kepada Saudi Arabia) kerana membiarkan dan 'bersetuju' dengan penrobohan tersebut? Mari kita fikirkannya.

    as salam

    achmad abdollah
    notoracist@gmail.com