Cuti Sekolah, Musim Kenduri...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, May 30, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Bermula 28 Mei hingga 12 Jun, bermulalah cuti sekolah. Selamat bercuti lah kepada pelajar-pelajar, dan kepada member-member aku yang bertugas sebagai guru j-Qaf, selamat masuk maktab laaa. Tapi, elaun tiap-tiap bulan masuk kan. Ok la tuuu. Member aku, yang baru bertugas dalam 2 3 bulan, dah beli kereta wira special edition. Warna itam lak tu. Itam itu menawan. Hehe.
Musim cuti ni, musim kenduri kahwin juga. Kenduri di mana-mana. Kesempatan cuti sekolah ni lah, untuk mengadakan kenduri. Esok, kenduri sepupu aku kawin. Balik kampung la aku jawabnya. Bagus gak, dah lama tak balik kampung. Sejak balik dari ngaji ni, tak jumpa abih lagi semua sanak saudara. Sampai Malaysia ja, alhamdulilah, orang bagi keja. Jadilaaa... Masuk duit walau sikit. Lepas duit belanja harian, dan simpan sikit untuk masa depan. Kan kan kan. So, tak dan nak pi abih semua umah sanak saudara. Kesempatan aku amik cuti esok, leh la balik jumpa la baki-baki sanak saudara yang tak sempat jumpa lagi.

Mabruk aku ucapkan sapa-sapa yang akan melangsungkan akad nikah sempena cuti sekolah ni. Menangis iblis bila anak adam berkahwin. Satu pintu untuk menghasut anak adam telah tertutup. Bila tak kahwin ni, macam-macam leh jadi. Suasana hidup masyarakat sekarang lebih menjurumus kita ke arah kebinasaan jika benteng keimanan rapuh. Hubungan bukan muhrim yang bebas tanpa sempadan halal dan haram, dianggap satu perkara biasa. Undang-undang moral yang dibuat untuk mendidik akhlak pemuda-pemudi di anggap mengongkong hak kebebasan individu. Islam libreal yang dicanang, menjadi satu cabaran baru ummat Islam sekarang. InsyaAllah, niatkan perkahwinan itu untuk Islam, mengikut sunnah Nabi SAW, meramaikan ummat Nabi, membina sebuah keluarga Islam yang akan melahirkan sebuah negara Islam. InsyaAllah, perkahwinan kerana Allah taala, akan menjaga diri kita dari maksiat, zahir dan batin. Pandangan mata terpelihara, hati lebih tenteram untuk beribadah.
Moga kita sama-sama tergolong dalam golongan hambaNya yang berbuat kebaikan...

Aku... Bila lagi yerk... Hehe... Mak aku kata, jangan buat kenduri waktu cuti sekolah. Full Hehe Banyak sangat orang buat kenduri... Mmm Sheikh Nuruddin kata, sunnah nikah bulan Syawal, sebab Nabi dan Siti Aisyah nikah pada bulan Syawal. Dan di sunatkan kenduri selepas 'bersama'. Tapi, adat sekarang, kenduri sebelum 'bersama' kan. Kalau nak 'bersama' sebelum kenduri, nanti orang tua-tua kata.. 'Amboiii.. Tak sabar aihhhh, tunggu la kenduri dulu..." Hehe

anNaQshY: Selamat berimtihan kepada rakan-rakan aku, semoga najah... Aku tunggu hampa balikkk. Mmm lepas imtihan ni, di sana mesti ramai yang nak buat kenduri nikah kan.. Hehe Kita tunggu sapa dulu... Dengar khabar angin tu, telah dikenal pasti siapa tuan punya tubuh... Hehe

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Jalan Mujahadah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, May 25, 2005 | 3 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkogsi, entah siapa penulis asal...

Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut
Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap singa menerpa
Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya (kata-katanya) bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir
Masalah datang berulang
Dugaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur
Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga
Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan…

waAllhua'lam...

anNaQshY: Pernah dengar tak golongan wahabi mentakwilkan ayat? Kalau ada sapa-sapa pernah dengar, tolong beri komen. Rasa ganjil pula bila ada orang katakan wahabi mentakwilkan ayat... Bikin pening... Hehe

[+/-] Selengkapnya...

Berita: Pepsi Cola

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 21, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Irsyad – Lembaga Penelitian Kompleks Pembahasan Islam di Mesir menganjurkan umat Islam untuk tidak mengkonsumsi pepsi cola karena diduga mengandung materi yang dibuat dari usus babi.

"DR. Mustofa Asyak'ah anggota lembaga telah meminta kepada anggota lainnya untuk berkumpul dan membahas persoalan ini, sehingga masyarakat mendapat kejelasan, apakah haram atau tidak," tulis harian Mesir Mesiral-Arabiyah.

DR. Mustofa menjelaskan bahwa pembuat minuman telah memasukkan materi khusus terbuat dari usus babi dalam proses produksi."Karena itu kami tengah berupaya memecah kembalimateri itu untuk mendapat kejelasan," ujarnya.


waAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Jalan-Jalan, Menambahkan Keimanan; Indahnya..

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 21, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello


SubhanaAllah... Cantik tak, teka; di mana yerk?

[+/-] Selengkapnya...

Ketam Melayu & Ketam Cina.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 20, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Mari kita berkongsi satu email yang aku dapat...

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada...Ada... Lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup... Ketam cina... Sana dalam bekas tak ada tutup... Ketam melayu la....

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup... Ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar... Yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi... Jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar... Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga.... Cina lain tak kacau... Dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Beringatlah Wahai Saudara!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 17, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Memberitahu seseorang yang telah mereng dan syak hatinya (ya saudaraku) apabila engkau telah dapati akan seseorang itu telah berpegang dangan ayat-ayat mutasyabihat serta ditakwilnya kepada bukan kehendaknya maka hendaklah beritahu dan beri ingat kepadanya akan orang yang mengarung dan mendalamkan takwil ayat-ayat mutasyabihat itu dengan takwil yang tiada sah maka ialah orang yang syak hatinya dan mereng kepada tidak yang sebenarnya. Kerana menurut sebagaimana pesan Nabi kepada Siti Aisyah iaitu katanya; Sabda Nabi SAW apabila engkau lihat akan mereka itu bergantung dan berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat itu dibawanya dengam menurut sebagaimana nafsunya maka beri tahu akan mereka itu orang yang syak hatinya dan mereng kepada yang tidak betul, dan telah berkata seorang periwayat hadis ini namanya Yazid Ibnu Ibrahim telah bersabda Nabi: maka apabila melihat sekelian kamu akan orang yang mengarung dan masuk bergantung dengan ayat-ayat mutasyabihat itu maka beri tahu oleh sekelian kamu akan mereka itu orang yang syak hatinya dan suka cenderung kepada yang tiada sebenarnya. Telah bersabda akan dia oleh Nabi SAW dua kali atau tiga kali.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Siapakah Orang Suka Kacau Dan Fitnah?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, May 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang yang berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat itu orang yang suka kacau. Ketahuilah kiranya ya saudaraku telah diterangkan di dalam masalah sebelum ini akan ayat-ayat mutasyabihat itu iaitu ayat yang tidak terang maksudnya.

Kata Nasafi; di dalam tafsirnya: terkadang tiada boleh ditanggungkan dia melainkan wajah yang satu. Atau boleh ditanggungkan dia beberapa wajah. Atau tiada diketahui akan takwilnya. Atau dikehendaki akan takwilnya. Atau nasakh yang diamalkan dengannya. Dan mansukh yang tidak diamalkan dengan dia.

Maka orang yang bergantung dengan zohir ayat dengan tidak ditakwilnya akan sebagai takwil yang sohih maka ialah orang yang suka fitnah dan suka kacau. Sebagaimana tersebut di dalam al Quran seperti yang datangkan oleh Abu Isa at Turmizi dengan katanya; ertinya: diriwayatkan daripada seorang isteri Rasulullah SAW namanya Siti Aisyah RadhiaAllahuanha katanya: telah aku tanya Rasulullah SAW daripada tafsir firman Allah Taala: maka adapun orang-orang yang di dalam hati mereka itu syak atau mereng kepada yang tidak betul itu maka bergantung dan berpegang mereka itu dengan ayat yang kesamaran daripada makna-maknanya, kerana menuntut fitnah dan kacau, dan menuntut takwilnya. Seperti kata qiila bahawasanya satu utusan dari negeri Najran datang kepada Nabi SAW, kata mereka itu kepada Nabi SAW: ya Muhammad, tidakkah Engkau kata bahawasanya Nabi Allah Isa itu ruh Allah dan kalamNya; jawab Nabi SAW: bahkan. Maka berkata mereka itu padalah kami dengan katamu itu. Maka jawab Rasulullah SAW lagi ke atas mereka itu, serta diterangkan oleh Nabi SAW bahawasanya Quran itu terbahagi ayatnya kepada dua bahagi. Satu bahagi boleh faham akan dia oleh orang-orang dengan tiada berpayah-payah, dan satu bahagi tiada faham akan dia. Maka pada ayat-ayat yang ada ruh Allah dan kalimah Allah itu daripada jumlah yang ke dua. Jamal 'Ali Al Jalalain.

Demikianlah hal orang-orang yang suka fitnah bergantung ia dengan zohir ayat yang mutasyabihah itu jua. Seperti firman Allah: الرحمن على العرش استوى, maka di faham mereka itu akan duduk atas 'arash seperti duduk kita, dan seperti sabda Nabi SAW: الله ينزل إلى السماء الدنيا, maka di faham mereka itu akan Tuhan turun sebagai mana kita turun tangga. Dan seperti firman Allah SWT واتخذ الله إبراهيم خليلا, ditaruh maknakannya خليلا itu: فقيرا إلى رحمته ertinya: berhajat kepada rahmatnya. Bukannya dimaknakannya dengan makna pilihannya. Dan seperti firman Allah Taala: بل يداه مبسوطتان, bahkan dua tangan Tuhan itu terbentang keduanya, iaitu dikatanya; tangan Tuhan itu seperti terbentang seperti tangan kita.

Bersambung...

Memberi ingat pada mereka yang suka buat kacau dan fitnah itu.

waAllhua''lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ayat Mutasyabihat Dan Muhkamat.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, May 11, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrhaim...

Sesungguhnya ayat-ayat Quran dua macam, pertamanya ayat-ayat yang muhkamat dan yang keduanya ayat-ayat yang mutasyabihat. Maka makna ayat-ayat muhkamat itu yakni makna-makna ayat itu terang lagi nyata, kukuh ibaratnya daripada boleh tanggung takwil dan kesamaran, kerana terang dan nyata maknanya. Misalnya firman Allah ertinya: kata olehmu ya Muhammad, mari sekelian kamu, aku bacakan barang yang diharamkan oleh Tuhan kamu, maka firman Tuhan ini terang dan nyata maknanya tiada berhajat kepada takwil dan tafsir.

Adapun, ayat-ayat mutasyabihat yakni mempunyai kesamaran pada yang mendengarnya, kerana lafaznya serupa lafaz lainnya pada hal maknaya ada berlainan. Yakni tidak dapat faham maknanya. Seperti firman Allah Taala; الم; yakni tidak dapat faham dengan mudah-mudah, bahkan mendapatkan fahamnya dengan membanyakkan perhati dan تأمل, semacam mana ulamak mazhab khalaf. Maka mereka itu ditakwilnya akan ayat-ayat mutasyabihat itu akan sebagai takwil yang sohih. Misalnya seperti firman Allah Taala: الرحمان على العرش استوى . Bermula Tuhan yang maha murah itu di atas 'arshnya memerintah. Maka lafaz istiwa boleh beberapa makna. Boleh bermakna duduk, dan boleh makna memerintah. Maka jikalau ditaruh makna duduk maka tidak faham kerana firman Allah dengan ayat muhkamat ليس كمثله شيئ bererti: tiada seumpamanya sesuatu, maka jikalau ditaruh makna duduk sudahlah ia serupa dengan kita. Panjang lagi bicara keterangan ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat itu bolehlah dilihat di dalam tafsir-tafsir yang panjang, seperti Nasafi, Baidhawi dan lainnya.

Bersambung...

Orang yang bepegang dengan ayat-ayat mutasyabihat itu orang yang suka kacau.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Siapakah al Bani?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 10, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...


Posted by Hello

Siapakah al Bani? Buku di atas menceritakan kepada kita siapakah al Bani. Risalah di tulis oleh seorang Muhaddis; Sheikh al Ghumari. Jika komentar mengenai al Bani di tulis oleh orang kampung, orang biasa, mungkin kita tak kisah. Tapi jika di tulis oleh seorang Muhaddis, mungkin kita kena amik kisah.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Cari Kuda.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, May 07, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...


Posted by Hello

Seperti yang kita sedia maklum, bila harga minyak naik, maka barang keperluan lain pun akan naik. Sebab apa, sebab nak hantar barang keperluan tersebut kena guna kenderaan berminyak. So, dah harga minyak naik, tak kan nak berdiam diri. Semua tu meningkatkan lagi kos. Tak kan semua toke nak berdiam diri; toke ikan, toke ayam, toke sayur, depa pun nak hidup gak. Depa ni mesti naik harga punya. Kalau kita seorang peniaga pun, tak kan nak rugi ja. Menteri tak pa la, depa tak pernah turun pasar beli barang keperluan, depa ada orang gaji. Tu pun kalau ada. Tak pun order je. Semua boleh claim duit kerajaan.

Aghhh... Kita rileks jap. Bising-bising pun, kerajaan bukan nak dengar suara kita. La ni, jom kira dulu kuda yang ada di bawah.


Posted by Hello


So, berapa yang anda jumpa?

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Minyak Oh Minyak...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, May 06, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirahmanirrahim...

Bagaimana keadaan anda sehari selepas harga minyak naik? Nampak gayanya, mungkin kena naik basikal kot pi tempat kerja Hehe. Jimat kewangan dan menyihatkan badan. Kalau tinggal belah KL nun, setakat gaji RM 1500, mmm nampak gayanya kena cari duit tambahan laaa. Ahli parlimen tak pe la, depa punya elaun dah dinaikkan. Kita je yang pening. Bila minyak naik, nanti benda lain pun akan naik. Penyagak diesel punya angkara, kita kena tanggung. Bertuahlah penduduk Islam had-hari. Hari-hari harga naik.


Posted by Hello


Alaaa… naik 10 sen je seliter. Bukan naik RM 10. Kalau naik harga sampai RM 10 seliter, tak pe gak nak diherankan pun. Pemimpin kan berkuasa. Rakyat bekerja untuk kayakan pemimpin. Biarlah rakyat susah pun. Asalkan pemimpin kaya. Ada lagi masa 3 tahun pemimpin nak naikan harga. Nanti 1 tahun lagi nak pilihanraya, kerajaan bagi la bonus kat kakitangan kerajaan. Kemudian, parti kerajaan taburkan lah janji-janji manis kepada rakyat sekiranya dilantik lagi sebagai kerajaan Malaysia Islam had-hari. Rakyat kita marah kejap je. Kan Dr. Mahathir dah sesumpah, Melayu mudah lupa. Hari ni marah, nanti dalam 2 3 tahun lagi, senyap leee. Nanti, rakyat gak pangkah parti kerajaan sekarang. Rakyat akan lupe kerajaan sekarang yang naikkan harga. Bertuah kerajaan dapat rakyat sebegini. Dengar dan patuh dan diperbodohkan dengan mudah.

PETRONAS hak milik kroni kerajaan, bukan hak milik rakyat, kekayaan dinikmati atasan, kesengsaraan dinikmati rakyat. Jangan dibandingkan harga minyak negara kita ngan harga negara lain seperti Singapore dan Thailand. Tapi bandingkan harga minyak kita ngan negara pengeluar minyak seperti Indonesia dan Brunei.

Bila harga minyak naik, maka kerajaan menasihati rakyat supaya bijak membelanjakan kewangan keluarga. Tapi, kita lupa, perkara yang lebih utama, kerajaan hendaklah menunjukkan contoh teladan, bijak menguruskan kewangan negara. Bijak mengurus dan mentadbir negara. Jangan hanya fikirkan keuntungan kroni, tapi rakyat yang sengsara. Jika kerajaan bijak mengurus negara, nescaya rakyat tidaklah seperti hari ini.

Persoalan; bijakkah kerajaan sekarang menguruskan negara kita?

WaAllhua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Forum: Seksi.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, May 05, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Mari kita lihat semula rentetan isu pemakaian sendat pramugari MAS, yang telah ditimbulkan di parlimen pada 14 April yang lepas.

MAS tidak rugi pramugari berpakaian sopan

Saudara Pengarang,
SAYA tertarik dengan ucapan beberapa orang ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Penerbangan (Pindaan) 2005 baru-baru ini ekoran teguran Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pakaian sendat dan seksi yang digunakan pramugari MAS yang boleh menimbulkan gangguan seksual terhadap mereka (Utusan Malaysia, 14 April 2005).

Selanjutnya…

Seksi: AWAM bidas tulisan Muhammad Abdul Wahab

Saudara Pengarang,
ALL Women's Action Society (AWAM) terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tulisan Muhammad Abdul Wahab bertajuk MAS tidak rugi pramugari berpakaian sopan pada 20 April 2005.

AWAM terkilan dengan pandangan dan tanggapan negatif yang diberikan oleh penulis terhadap wanita.

Jelas penulis mempunyai pandangan bahawa wanita mesti bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi melalui pakaian dan gerak laku seksi dan seterusnya mengundang masalah zina, seks rambang, rogol dan bunuh yang sedang menjadi-jadi sekarang.

Selanjutnya…

Jenayah seks: Tolak sahaja komen AWAM

SURAT PERTAMA

Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada surat oleh All Women's Action Society (AWAM) yang disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia bertarikh 22 April 2005, saya terpanggil untuk memperbetulkan beberapa tanggapan salah yang dibuat oleh AWAM.

Kenyataan penulis dalam surat berkenaan seolah-olah mahu menggalakkan kaum wanita berpakaian menjolok mata sehingga merangsang nafsu berahi kaum lelaki. Kenyataan penulis juga seolah-olah menafikan tuntutan Islam yang mewajibkan semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan supaya berpakaian sopan dan menutup aurat sebagai salah satu langkah terbaik untuk menjauhi zina, rogol serta jenayah seksual lain.

Selanjutnya…

Seksi: Sayang AWAM dikelirukan

Saudara Pengarang,
DATUK Dasuki Ahmad, sewaktu menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan satu masa dulu, pernah membuat kenyataan meminta para wanita ``mencermin diri dan bertanya sama ada pakaian dan gelagat mereka mendorong berlakunya jenayah rogol atau tidak.''

Apabila kenyataan tersebut tersiar dalam akhbar The Star pada 23 September 1987, beliau telah dikeroyok habis-habisan oleh kumpulan yang memperjuang apa yang dikatakan sebagai `hak wanita' dan `hak asasi manusia'. Tidak kurang daripada 37 orang menyatakan bantahan, malah ada di antara mereka yang menggelar beliau sebagai seorang lelaki pelampau atau male-chauvinist.

Selanjutnya…

Apakah perpeksi anda, ada sebarang komen?

WaAllhua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Harga Minyak Naik Lagi!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, May 04, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Pengumuman…

Anda mempunyai lebih kurang 2 jam dari sekarang, untuk mengisi minyak kenderaan sepenuh-penuhnya, atau membawa pulang untuk bekalan untuk masa depan. Dengan satu undi anda, anda telah berjaya menaikkan harga minyak. Tepat pukul 12 malam nanti, harga minyak akan naik seperti yang diumumkan di kaca televisyen.

Syabas… Inilah nilai undian anda…

WaAllhua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Nilai Sekeping Undi...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, May 04, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Inilah nilai sekeping undi yang kalian pangkah. Mungkin ada dari kalangan kita yang menganggap ianya soal remeh, tapi tanpa disedari dengan hanya sekeping undi yang kita pangkah, kesannya amat besar dalam kehidupan seharian kita.

Konsert Inul yang berlangsung pada 1 Mei lepas, adalah antara hasil undi kalian. Kalian yang memangkah pemimpin yang jahil agama, maka kalian bersekutu dengan dosa-dosa dan titik noda hitam konsert tersebut. Daripada konsert tersebut, jika berlakunya dosa-dosa zina pergaulan bebas, kalian juga bersekutu dengan dosa tersebut. Maka bertali aruslah noda dosa hasil daripada hanya satu undian yang kalian pangkah.

Inilah pemuda-pemudi Islam had-hari yang akan mewarisi negara pada masa depan, lelaki yang akan memimpin keluarga dan wanita yang akan mendidik anak-anak. Masalah masyarakat yang semakin hari menghimpit jiwa ketenangan kita kesan pendidikan konsert oleh artis yang diluluskan oleh kerajaan Islam had-hari, saham dosa juga akan melimpah kepada kalian yang memangkah mereka. Dan seandainya suatu hari nanti, masalah sosial itu terkena kepada kalangan ahli keluarga kalian, adalah ianya berpunca dari satu undian yang kalian pangkah. Kerana, kalian memangkah individu yang memimpin negara dari kalangan manusia yang JAHIL agama.

Inilah nilai sekeping undi…

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, May 03, 2005 | 3 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Agak-agak, siapakah yang tersenarai dalam 50 NGO, yang menyokong membantah pengawasan akhlak melalui undang-undang? Semak semula di bawah, kot-kot nama anda tersenarai. Hehe


Kenyataan Bersama
Malaysians Against Moral Policing
Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak
25 Mac 2005


Berdasarkan beberapa perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini, nyata sekali kita, sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi boleh berdiam diri dan terus membiarkan penglibatan kerajaan yang semakin meningkat dalam mengawasi akhlak rakyatnya.

Penangkapan seorang mak nyah oleh pihak berkuasa agama di Taiping semasa dia berada di perkarangan rumah seorang kawannya (The Star, 2 Mac 2005, ms 12); kempen mengintip kelakuan anak-anak muda oleh Gerakan Belia 4-B Melaka dengan alasan mengawasi akhlak mereka (Malaysiakini.com, 22 Febuari 2005); dan penahanan dan tindakan yang memalukan ke atas lebih daripada 100 orang muda mudi beragama Islam oleh JAWI berikutan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Kuala Lumpur - semua ini merupakan peristiwa-peristiwa malang yang membuktikan bagaimana tindakan mengawasi akhlak boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia serta hak asasi mereka sebagai rakyat.

Kami mempersoalkan peranan kerajaan, serta penggunaan undang-undang agama dan undang-undang munisipal oleh pihak kerajaan, untuk mendefinasi dan mengawal akhlak rakyatnya. Memaksa dan menakut-nakutkan rakyat supaya mematuhi undang-undang tersebut tidak akan membawa kepada masyarakat yang lebih berakhlak; sebaliknya tindakan tersebut akan menghasilkan masyarakat yang berada dalam ketakutan serta rakyat yang bersifat submisif dan hipokrit.

Selanjutnya…

WaAllhua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Salafiah.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, May 02, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim


Posted by Hello


Nak tahu manhaj salafussoleh boleh baca buku di atas. InsyaAllah kita akan dapati perbezaan yang nyata antara manhaj wahabi ngan manhaj salafussoleh, walaupun mereka menjerit mendakwa hanya merekalah pecinta al Quran dan as Sunnah, yang lain pendokong dan penyokong bid'ah.

waAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Selamat Hari Buruh

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, May 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Selamat hari buruh kepada buruh-buruh seMalaya. Selamat bercuti. Ada berita baik untuk rakyat seMalaysia untuk sama-sama mengisi masa cuti anda. Pihak berkuasa telah meluluskan satu konsert sempena pemerintahan Islam Had-hari; iaitu Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang akan berlangsung 1 Mei di Stadium Merdeka. Bagi anda yang masih kurang saham dosa dan teringin untuk mengisi titik-titik dosa hitam di hati, bolehlah berbuat sedemikian, ajak pakwe dan makwe, boleh berpakaian atau pun tidak, kerana tidak siapa yang pedulikan anda. Anda mempunyai kebebasan untuk berpakaian.

Sekian, makluman untuk tindakan bersama rakyat Islam had-hari.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Apabila Anak Gadis Menghantar SMS 'Misteri'.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, May 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Thursday, April 28 @ 09:36:32 MYT
Oleh M.ANWARNo. 14, Jalan 1/9ABandar Baru Bangi


ENTAH MENGAPA, tiba-tiba pada satu pagi, anak gadis saya, berumur awal 20-an, menghantar SMS ini:

Islam Hadhari .. Kuliah Maghrib x dengar lg .. Dikir Barat smp ke pagi .. Sure Heboh tiap negeri, Mufti tegur terus d maki .. Kes bunuh hari2 .. rompak, ragut makin m’jadi .. Aurat dh x peduli .. t’msk bini para menteri .. Hukum Hudud slalu d caci .. Penjajah d sanjung tinggi .. Pejuang Islam d tangkap d gari .. Bapak rasuah mula d puji .. ini lh dia Islam Hadhari .. Islam tajaan Pak Lah Badawi ..

Sender: SITI + 6019xxxxxxx Sent: 25-Apr-2005 10:25:12


Bacaan lanjut...

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...