AFundi, Tunjuk Ajarku SIFU...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 30, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat kita semakin hari, semakin bercelaru. Bermula dari pemimpin atasan, sehinggalah yang di bawah. Struktur masyarakat kita semakin lemah. Bila-bila masa sahaja akan runtuh. Pemimpin negara, dikaitkan dengan rasuah. Terbaru, Sri Mohamed Isa Abdul Samad, Naib Presiden UMNO yang mendapat undian tertinggi pada pilihan pucuk pimpinan parti yang lepas.

Sedikit sebanyak menggambarkan betapa seriusnya gejala 'tahi' rasuah di kalangan pemimpin. Jika dibiarkan pemimpin yang 'tahi' rasuah terus memimpin negara, maka lingkuplah sesebuah negara. Rasanya, ramai lagi pemimpin negara yang terlibat dengan 'tahi' rasuah, tapi disembunyikan. Biasa la, orang politik, banyak yang tersirat dari tersurat. Yang menjadi mangsa, adalah kita. Rakyat berhempas pulas bekerja memajukan negara, pemimpin guna kekayaan negara untuk kepentingan sendiri. Antaranya salurkan duit kerajaan untuk agenda memperkasakan diri untuk berkuasa dan seterusnya bermaharajalela menindas rakyat jelata.

Di masa hadapan, remaja sekarang yang akan mewarisi kepimpinan. Tapi, sayangnya remaja sekarang lebih terdidik dengan hiburan. Dasar kerajaan sekarang yang tak menjadikan al Quran dan as Sunnah sebagai rujukan untuk memimpin rakyat, telah melahirkan masyarakat yang semakin hanyut dengan kehidupan duniawi. Tugas pemimpin negara untuk memandu masyarakat menjadi khalifah di muka bumi untuk mengabdikan kepada Pencipta, di abaikan. Kian hari, semakin jauh dengan Islam. Semakin hari semakin lupa tugas sebagai seorang khalifah. Semakin dekat dengan hari akhirat, semakin takbur kepada Allah yang menciptakan kita.

Remaja koma dibelasah meninggal- berita utama hari ini menggambarkan betapa seriusnya kepincangan struktur masyarakat kita. Jika 'samseng-samseng' ini hanya mampu dilahirkan oleh kerajaan, tak mustahil suatu hari nanti negara kita akan kucar kacir. Inikah peribadi seorang pemuda yang akan memimpin sebuah masyarakat, atau pun yang akan memimpin sebuah 'negara' kecik iaitu keluarga.

Pemimpin dengan ke'samsengan', menggunakan kekuasaan untuk mengayakan diri dan adik beradik. Penyalahgunaan kuasa serta penyakit 'rasuah' menjular berakar umbi di dalam parti. Di sekolah, isu buli semakin menjadi-jadi. Di kalangan remaja, semangat untuk menuntut ilmu buat mewarisi kepimpinan negara masa mendatang, semakin luntur dek kerana industri hiburan yang dianggapi oleh golongan remaja sekarang lebih menjaminkan kesenangan hidup masa hadapan.

Mari kita senaraikan antara program hiburan yang menjadi kegilaan remaja sekarang:

1) Akademi Fantasia

2) Mentor

4)

5)

Mungkin apa yang aku tunjukkan di bawah ini, menjadi punca mengapa remaja sekarang lebih suka kepada hiburan dari menjadi seorang intelektual dan profesional.


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello

Hadiah-hadiah yang di tawarkan, lebih bernilai dari belajar di universiti. Jika masuk belajar universiti, ibu bapa kena keluarkan duit, kena berhutang kepada PTPTN. Sudah sedia maklum, institusi pendidikan di Malaysia adalah lebih kepada keuntungan, bukan satu hak kewajipan kerajaan untuk menyediakan kepada rakyat.

Bila masuk Akademi Fantasia, tak payah buat pinjaman, sebab ada pihak yang akan menaja. Bila menang, sekelip mata menjadi kaya. Lepas tu, peminat pun ramai. Jalan pintas untuk jadi kaya, ialah menjadi seorang artis. Kalau masuk universiti, kena buat pinjaman. Lepas habis belajar, belum tentu lagi ada pekerjaan. Hutang tak berbayar lagi, pihak yang memberi pinjaman telah menuntut hutang. So, lebih baik masuk Akademi Fantasia. Tu tak heran, dengan keuntungan dunia, seorang bekas qari boleh sertai, dan mendapat undian tertinggi. Sebab apa, sebab al Quran hanyalah untuk di baca, bukan untuk di amalkan isi kandungannya. Itulah yang di ajarkan oleh kerajaan.

Malang sekali, terikut-ikut dengan agenda untuk memperlingkupkan remaja Islam ialah dari kalangan pemimpin Islam sendiri, diikuti rakyat jelata dari kalangan remaja Islam sendiri, yang Melayu. Aku teringin nak tengok kajian rasmi berapa ramai ramaja Islam yang pergi ke konsert, berapa ramai remaja Islam yang mengundi dalam rancangan Akademi Fantasia, berapa ramai remaja Islam yang tergila-gilakan menanti di kaca television untuk menonton rancangan tersebut.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW yang sekira-kira maksudnya:

Lima Belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3) Zakat dijadikan hutang.

4) Suami memperturutkan kehendak isteri.

5) Anak derhaka terhadap ibunya,

6) Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7) Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13) Para artis-artis disanjung-sanjung.

14) Muzik banyak dimainkan.

15) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Hadith Riwayat Termizi

Siapa yang kaya? Yang kaya adalah astro dan syarikat komunikasi. Siapa yang lemah? Yang lemah adalah budak remaja Islam kita. Secara automatik penghayatan remaja Islam kita terhadap ajaran Islam semakin surut.

Berita kelmarin; 50,000 dijangka saksi konsert percuma AF3 cukup memberi gambaran kepada kita keadaan masyarakat kita yang semakin kronik. Seperti kita sedia maklum, salah satu cara barat untuk menjatuhkan Islam ialah menggunakan hiburan, nyanyian untuk melekakan orang Islam dari tuntutan kehidupan untuk berjihad. Jihad membasmi kejahilan, jihad lawan hawa nafsu, jihad menegakkan kalimah La Ila Ha IllaAllah, Muhammad Rasulullah.

Selain Akademi Fantasia, rancangan yang mendapat sambutan dari kalangan masyarakat kita ialah mentor. Dari hasil kajian Nielsen Media; 12 Jun hingga 18 Jun 2005 menunjukkan rancangan tersebut menduduki tempat yang ke 4 rancangan populor di tv3.


Posted by Hello

"Mentor merupakan sebuah program pencarian bakat yang mempunyai kelainan. Bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di persada seni tanahair, ia mempunyai citarasa yang akan membawa keseronokkan serta mempunyai unsur-unsur glamour dan profesionalism."

Para artis ditonjolkan agar dapat mengisi ruang kekosongan di dalam hati remaja Islam. Artis di jadikan idola untuk memimpin masyarakat. Bukan yang mengisi jiwa remaja sekarang ketokohan serta keperibadian ulama.

Bila artis diberi ruang seluasnya untuk dijadikan role model anak-anak remaja kita sekarang, tunggulah, tunggulah bala dari Allah SWT. Tunggulah kemusnahan yang akan menimpa kehidupan kita.

Kawan-kawan, azab Allah amat pedih. Serulah masyarakat ke arah kesyumulan Islam.

waAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Singkatnya Hidup

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, June 28, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Agak kesempitan masa untuk menaip. Masa dihabiskan untuk membuat sedikit mutalaah kitab. Atas kelemahan aku juga menguruskan masa. Moga Allah memberikan aku jalan keluar, jalan penyelesaian atas apa jua masalah yang mendatang. Kita sebagai hamba, tidak dapat tidak, kepadaNya lah dikembalikan segala persoalan hidup. Nak temui jalan keluar di atas permasalahan hidup kita, syaratnya hendaklah bertaqwa pada Allah.

Ari ni, aku sekadar berkongsi peringatan yang aku dapat, semoga bermanfaat untuk kita, terutama diri aku yang sering leka...

"Lahirnya insan disambut dengan azan
manakala perginya diiringi dengan solat
alangkah singkatnya hidup ini
jika jarak cuma antara azan dan solat"

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ulasan: Solat Sunat Jumaat.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, June 24, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada orang berkata, kita seharusnya memikirkan permasalahan ummat yang lebih besar dari membincangkan masalah-masalah yang lebih dikategorikan masalah cabang, yang semestinya punyai perbezaan pendapat.

Ya, aku bersetuju dengan pendapat tersebut. Dan ianya menjadi salah satu prinsip aku. Jika secara umum ditanya, aku akan menjawab setakat mana yang aku boleh berdasarkan pegangan mazhab majoriti di Malaysia, iaitu as Syafie Rahimahullah. Dan aku juga berpendapat, seharusnya jika di ruang internet, kuliah-kuliah masjid hendaklah mengguna pakai prinsip tersebut.

Aku tak akan membalas hujah mereka, sekiranya mereka tak menimbulkan kembali persoalan yang telah lama dijelaskan oleh ulama-ulama sebelum ini. Kita punyai urusan yang lebih aula untuk diselesaikan. Tapi malangnya, ada segelintir menusia yang kononnya untuk me'reformis' masyarakat selalu menimbulkan kembali persoalan ini. Selalu memutarkan 'lagu lama', selalu memainkan 'filem lama' seolah-olah nak menunjukkan hanya sanya mereka terkehadapan memahami al Quran dan as Sunnah. Barangsiapa tak bersama atau sependapat dengan mereka, maka jatuhlah kalam bid'ah.

Jawapan aku atas persoalan solat sunnat Jumaat, memberi penjelasan bahawa amalan tersebut ada dalilnya. Maka tertolak kalam mereka yang mengatakan bahawa tidak ada dalil amalan tersebut. Barangsiapa yang mahu dapat pahala, kerjakanlah, akan dinilai di sisi Allah dengan pahala. Dan yakinilah bahawa amalan tersebut ada dalilnya.

Tapi, barangsiapa yang tak mahu kerjakan, tak usah dibuat. Tak sedikit pun mengurangi pahala mereka yang kerjakan amalan tersebut. Bahkan jua tak membebani dosa ke atas kamu yang tak mahu kerjakan. Tapi, jangan lancang mulut kamu menghukum bahawa siapa yang melaksanakan amalan tersebut bi'dah, tak ada dalil. Jika lancang mulut kamu menghukum bahawa ianya bid'ah, maka jangan di marahi jika kamu dikatakan jahil kerana tak mengetahui adab-adab khilaf.

Adakah kamu tak menyedari bahawa persoalan tersebut telah di bahaskan ulama sebelum kamu? Dan adakah kamu tak menyedari bahawa ianya dikategorikan persoalan cabang? Adakah kamu tak pelajari adab-adab apabila berlakunya khilaf atas persoalan yang cabang?

Jika kamu tak tahu, balik belajar. Tawadhukkan diri kamu untuk belajar apa yang kamu tak tahu. Jika kamu nak tegakkan dan memaksa untuk mengikuti kamu, ketahulilah kamu tak jumpa jalan sebenarnya untuk menuju kematian.

Kawan-kawan, taqwalah kamu pada Yang Menciptakan Kamu...

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Bila Suatu Hadith Itu Sahih Itulah Mazhabku

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 23, 2005 | 4 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pujian selayaknya dikembalikan pada Allah SWT. Aku sempat jua menjenguk weblog aku setelah sekian agak lama aku tak up date. Kena selesaikan urusan tugas. Sambil tu juga mencari jawapan beberapa persoalan khilaf yang telah diungkit, untuk membetulkan salah faham masyarakat umum yang telah diserang virus laa mazhabiyah yang semakin menular. Berikut beberapa jawapan yang sempat aku temui...

1. Kaifiat Tayammum

Kaifiatnya, berkata Imam an Nawawi telah bersalah-salahan ulama. Pada mazhab kita dan mazhab kebanyakkan ulama bahawasanya tak dapat tidak daripada dua kali tepuk atau pukul ke tanah kerana mengambil debu, sekali kerana menyapu ke muka dan sekali tepuk kerana menyapu dua tangan sampai kedua siku. Dan telah beramal sebegini ialah Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Amru, Sufian at Thauri, Malik, abu Hanifah.

2. Bertayammum, mengapa menyapu sampai ke siku?

Adalah zohir hadith dari Ammar bin Yassir itu bahawasanya suruh Nabi sapu dua tapak tangan sekira-kiranya sabda Nabi الكفين ertinya dua tapak tangan. Kenapa dalam mazhab as Syafie sampai dua siku?

Telah berkata ulama wajib sampai dua siku itu ialah ditanggungkan mutlak hadith itu atas muqayyad dengan dalil daripada hadith lain sebagai di dalam al umm iaitu bunyi hadith itu mengatakan dua tapak tangan tetapi maksudnya berqayyad sampai ke siku. Adapun ulama yang mengatakan sapu dua tangan sahaja itu ialah ditanggungkan atas zahir hadith dan zahir ayat Quran yakni beramal atas zahirnya. Tetapi yang eloknya kita amalkan ialah sapu sampai ke siku supaya keluar kita dari khilaf.

Dan juga, mereka yang menolak kalam imam-imam mujtahid ialah dengan bersandarkan beberapa kalam imam tersebut, yang telah diselewengkan oleh mereka denga sesuka hati. Ambil sedikit syarah kalam tersebut, meninggalkan syarah yang lebih panjang.

Antara contoh yang aku jumpa, dan mungkin kalian sering jumpa jua ialah kalam dari Imam as Syafie, iaitu sekira-kira maksudnya:

Bila Suatu Hadith Itu Sahih Itulah Mazhabku-Nawawi, dalam al-majmu'.

Kalam ini dirujuk di dalam kitab imam an Nawawi, iaitu kitab Majmuk. Maka berbondong-bondonglah mereka itu menjual kalam imam as Syafie ini sesuka hati untuk menguatkan reformis mereka.

Sheikh al Buti telah membidas sikap mereka yang sewenang-wenangnya menyalah ertikan kalam Imam as Syafie itu di dalam kitabnya اللامذهبية pada mukasurat 128. Dan merujuk pula Sheikh al Buti terus pada kitab majmuk pada membicarakan kalam imam Syafie dengan syarahnya:

مسألة: الجزء الأول

فصل صح عن الشافعي - رحمه الله - أنه قال : إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا قولي , وروي عنه : إذا صح الحديث خلاف قولي فاعملوا بالحديث واتركوا قولي , أو قال : فهو مذهبي , وروي هذا المعنى بألفاظ مختلفة . وقد عمل بهذا أصحابنا في مسألة التثويب واشتراط التحلل من الإحرام بعذر المرض وغيرهما , مما هو معروف في كتب المذهب . وقد حكى المصنف ذلك عن الأصحاب فيهما . وممن حكى عنه أنه أفتى بالحديث من أصحابنا أبو يعقوب البويطي [ ص: 105 ] وأبو القاسم الداركي , وممن نص عليه أبو الحسن إلكيا الطبري في كتابه في أصول الفقه , وممن استعمله من أصحابنا المحدثين الإمام أبو بكر البيهقي وآخرون , وكان جماعة من متقدمي أصحابنا إذا رأوا مسألة فيها حديث , ومذهب الشافعي خلافه عملوا بالحديث , وأفتوا به قائلين : مذهب الشافعي ما وافق الحديث , ولم يتفق ذلك إلا نادرا , ومنه ما نقل عن الشافعي فيه قول على وفق الحديث . وهذا الذي قاله الشافعي ليس معناه أن كل واحد رأى حديثا صحيحا قال : هذا مذهب الشافعي وعمل بظاهره , وإنما هذا فيمن له رتبة الاجتهاد في المذهب على ما تقدم من صفته أو قريب منه , وشرطه : أن يغلب على ظنه أن الشافعي - رحمه الله - لم يقف على هذا الحديث أو لم يعلم صحته , وهذا إنما يكون بعد مطالعة كتب الشافعي كلها ونحوها من كتب أصحابه الآخذين عنه وما أشبهها .

وهذا شرط صعب قل من يتصف به , وإنما اشترطوا ما ذكرنا ; لأن الشافعي - رحمه الله - ترك العمل بظاهر أحاديث كثيرة رآها وعلمها , لكن قام الدليل عنده على طعن فيها أو نسخها أو تخصيصها أو تأويلها أو نحو ذلك .

قال الشيخ أبو عمرو - رحمه الله - : ليس العمل بظاهر ما قاله الشافعي بالهين , فليس كل فقيه يسوغ له أن يستقل بالعمل بما يراه حجة من الحديث , وفيمن سلك هذا المسلك من الشافعيين من عمل بحديث تركه الشافعي - رحمه الله - عمدا , مع علمه بصحته لمانع اطلع عليه وخفي على [ ص: 106 ] غيره , كأبي الوليد ( 1 ) موسى بن أبي الجارود ممن صحب الشافعي , قال : صح حديث { أفطر الحاجم والمحجوم } , فأقول : قال الشافعي : أفطر الحاجم والمحجوم , فردا ذلك على أبي الوليد ; لأن الشافعي تركه مع علمه بصحته , لكونه منسوخا عنده , وبين الشافعي نسخه واستدل عليه , وستراه في ( كتاب الصيام ) إن شاء الله تعالى , وقد قدمنا عن ابن خزيمة أنه قال : لا أعلم سنة لرسول الله صلى الله عليه وسلم في الحلال والحرام لم يودعها الشافعي كتبه . وجلالة ابن خزيمة وإمامته في الحديث والفقه , ومعرفته بنصوص الشافعي بالمحل المعروف .

قال الشيخ أبو عمرو : فمن وجد من الشافعية حديثا يخالف مذهبه نظر إن كملت آلات الاجتهاد فيه مطلقا , أو في ذلك الباب أو المسألة كان له الاستقلال بالعمل به . وإن لم يكمل وشق عليه مخالفة الحديث بعد أن بحث . فلم يجد لمخالفته عنه جوابا شافيا , فله العمل به إن كان عمل به إمام مستقل غير الشافعي , ويكون هذا عذرا له في ترك مذهب إمامه هنا , وهذا الذي قاله حسن متعين والله أعلم

Aku lampirkan teks asal Imam an Nawiwi ini di dalam kitabnya. Syarahnya panjang, maka bagaimana mereka itu boleh ambil sedikit sahaja, dan meninggalkan yang lain syarahnya. Ini kerja khianat atas kalam ulama-ulama.

Apa maksud teks di atas? Sekira-kiranya maksudnya berbunyi, "bukan semua orang boleh kata; aku dah jumpa hadith sohih yang berlawanan dengan ijtihad Imam as Syafie, boleh terus menolak ijtihad Imam as Syafie itu, tapi hendaklah seseorang itu merujuk kesemua kitab imam as Syafie, jika dia hendak berijtihad..." Persoalannya, cukupkah syarat kita berijtihad untuk menolak ijtihad imam-imam yang sebelum ini?

Kalau setakat ana enta, hafal 2 3 hadith, hafal ayat al Quran 2 3 ayat, eloklah dulu sama-sama mengaji. Kalau tak nak ngaji, baik duduk diam-diam dan mengikut apa yang telah di gariskan oleh ulama-ulama yang telah berkurun lamanya. Usah bising-bising mencanang kalam imam as Syafie itu mengikut hawa nafsu yang terhijab dengan kejahilan.

Telah berkata Imam an Nawawi di dalam kitabnya, sekiran-kiranya berbunyi:

وقال الحميدي كان الشافعي يختم في كل شهر ستين ختمة

Lebih kurang maksudnya, Imam as Syafie khatam tiap-tiap bulan 60 kali khatam. Apakah Imam as Syafie tak paham al Quran dan as Sunnah, dengan sesuka hati kita menolak ijtihad imam dengan mentah-mentah.

Kawan-kawan, bertaqwalah kamu pada Allah. Barangsiapa daripada kalian yang telah menyandarkan di mana-mana web, komuniti, weblog dan sebagainya akan kalam Imam as Syafie di atas sesuka hati, perbetulkan balik syarahnya. Bagi jelas dan faham dahulu. Jika kalian rasa tak mengapa, jawablah di akhirat kelak hasil usaha dakyah kamu itu yang tersimpang jauh dari maksud asal.

Bertaqwalah kamu pada Allah...

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Solat Sunat Sebelum Jumaat

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, June 18, 2005 | 4 Komen »

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ni, kita bincang sedikit beberapa persoalan berkaitan dengan ibadat seharian kita. Seperti kita sedia tahu, pada hari Jumaat, muslimin akan pergi bersolat Jumaat di masjid. Dan apabila telah azan sekali, kaum muslimin akan bangun untuk solat sunat. Adakah ianya di sunatkan? Apakah hukumnya? Adakah bid'ah yang dikeji?

Kalau kita pergi ke Perlis, mereka tak buat macam tu. Hanya azan sekali, kemudian khatib akan naik mimbar dan berkhutbah membaca khutbah. Masih teringat lagi, aku pernah dengar khutbah Jumaat yang bertajuk 'Cintailah Sungat Kita'. Rasa cam nak gelak ja rasanya. Orang dok bincang isu Umat Islam yang lebih besar, dibincang bab yang remeh temeh.

Jadi, kesempatan yang ada, aku berikan beberapa dalil. Buat kaum muslimin, Jumaat yang mendatang, pergilan kalian ke masjid, dan buatlah dengan penuh keyakinan. Bahawa dalil disyar'ie kan solat sebelum Jumaat itu, ada dibincangkan ulama. Usah diambil pedulikan mereka yang selalu menghukumkan bid'ah. Biarlah mereka dengan agama mereka.

1. Apakah hukumnya melakukan solat sunat qabliyah jumaat? Adakah ia sunat atau bida'ah? Saya ada menghadiri kuliah saudara Hafiz Firdaus. Beliau mengatakan solat ini tiada nasnya. Adakah benar?
Hukumnya adalah sunat, bukan bid'ah.

Telah berkata ulama, dalil مشروع sunat dahulu sebelum daripada Jumaat itu ada banyak, antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin az Zubair di sisi Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan الدارقطنى dan at Tabrani.

Ertinya: Telah bersabda Rasulullah SAW tiada daripada solat yang di fardhukan melainkan ada di hadapannya dua rakaat sunat.

Dan lagi telah diriwatkan oleh at Tabrani di dalam الأرسط bahawasanya Nabi SAW bersolat dahulu daripada Jumaat empat rakaat sunat dan kemudian daripadanya empat rakaat sunat.

Dan telah menyebut العيني akan dia oleh di dalam kitabnya yang bernama 'Umdatul Qari pada syarah Sohih Bukhari dan tiada ta'liknya atasnya.

Dan di dalam kitab al Fath: Telah meriwayatkan oleh at Tabrani di dalam الاوسط daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA bahawasanya Nabi SAW bersolat dahulu daripada Jumaat empat rakaat dan kemudiannya empat rakaat.

Daripada Nafi' berkata: Adalah Ibu Umar memanjangkan solat sebelum Jumaat dan beliau bersolat selepas Jumaat dua rakaat di rumahnya dan menceritakan bahawa Rasulullah melakukan sedemikian. ( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Hibban. Lihat 'Aunul Ma'bud /335)

Dan telah dinaskan oleh Imam Syafie Rahimahullah di dalam al Umm pada bab as Solat qabla al 'aid wa ba'dah menyuruh makmum solat dahulu daripada Jumaat dan kemudian daripadanya dengan katanya begini: Telah berkata as Syafie "Dan adapun bermula makmum itu maka menyalahi bagi imam kerana bahawasanya kami menyuruh akan makmum dengan mengerjakan sunat dahulu daripada Jumaat dan kemudian daripadanya, dan kami suruh akan imam bahawa memulai khutbah Jumaat, kemudian dengan solat fardhu Jumaat, tiada solat sunat ia. Dan kami sukakan baginya bahawa kembali ke rumah dan solat sunat. Dan bahawasanya makmum itu berlainan dengan Imam."

Begitu juga dengan persoalan saidina di dalam tasyahhud.

3. Adakah boleh menambah perkataan 'Sayyidina' ketika solat? Adakah ia dibolehkan atau bida'ah?
Adakah harus membaca saidina dalam tashahhud?

Adalah harus menyertakan lafaz Siyadah (saidina) dalam tasyahhud, kerana telah di datangkan dalam hadith yang sohih, bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: Aku merupakan Sayyid (penghulu) manusia.

Dan aku mengatakan bahawa tidak salah menyebut saidina di dalam tasyahhud, cuma tidak menepati sunnah kerana di dalam hadith yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Mas'ud. Dan begitu juga tidak di sebut saidina di dalam tasyahhud Ibnu Abbas dan juga tasyahhud Ibnu Abi Musa as Ashari. Cuma bersalah-salahan antara ulama yang mana lebih afzal antara 3 tasyahhud ini.

Di dalam mazhab as Syafie Rahimahullah dan sesetengah ashab Malik bahawasanya tasyahhud Ibnu Abbas itu lebih afzal daripada lainnya kerana ada disebut lebih satu lafaz iaitu المبارك padanya.

Bagaimanakan tasyahhud Ibnu Abbas itu?

Iaitu:

التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته سلام علينا وعلى عباد الله الصالحين أشهد أن لا اله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله


Ini yang lebih afzal pada mazhab as Syafie Rahimahullah.

waAllhua'lam

[+/-] Selengkapnya...

Iktibar Dari Wasiat Saad Bin Rabe'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Perang Uhud telah merakamkan banyak peristiwa yang dapat memberi iktibar dan memberikan pengajaran, khususnya mengenai sifat tanggungjawab dan perasaan kasih para sahabat terhadap Nabi SAW. Sikap yang melahirkan wira-wira yang gagah berani, sanggup mengorbankan nyawa demi orang yang tersayang.

Ibnu Hisham seorang sejarawan Islam telah mencatatkan satu episod hubungan saling menyangi antara Nabi dan seorang sahabat. Peristiwa itu berlaku dalam Perang Uhud.

Sebaik saja peperangan berakhir, ramai di kalangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang dahinya masih luka berdarah serta patah gigi, namun baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.

Di kalangan pasukan perang yang masih hidup itu, Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak di hati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', sama ada Saad masih hidup ataupun turut terkorban bersama syuhada yang lain.

Nabi SAW minta jika ada di kalangan sahabat sedia berkhidmat bagi pihak Rasulullah SAW, untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannya yang sebenar, sama ada hidup atau gugur syahid.

Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi SAW bagi mencari Saad.

Setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikekelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya.

Sahabat Anshar bertanya kepada Saad: "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad?" Jawab Saad dalam nada lemah: "Sesungguhnya aku berada dalam kalangan orang yang mati. Oleh itu kembalilah engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."

Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat: "Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yang telah mempimpin dan mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."

Kata Saad lagi: "Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka, bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian. Bahawa jika anda masih hidup sedangkan kamu tidak mempertahankan Nabi sehingga Rasulullah SAW dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."

Saad berpesan kepada sahabat-sahabat yang masih hidup supaya menjaga keselamatan Nabi s.a.w., kerana dirinya sudah sangat hampir dengan ajal dan tidak berdaya untuk menjaga Nabi lagi. Amaran Saad kepada mereka jika nadi masih berdenyut, sedangkan mereka tidak melindungi Nabi dari bahaya sehingga terkorban di tangan musuh. Nescaya ia menjadi satu kesalahan besar, mereka tidak ada sebarang alasan atau jawapan apabila ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Sahabat Anshar terharu mendengar kata-kata terakhir Saad bin Rabe', dia terpaku seketika sehingga Saad menghembuskan nafasnya yang akhir. Setelah itu sahabat Anshar beredar dan kembali semula menemui Nabi SAW, beliau menyampaikan salam dan pesanan Saad bin Rabe' kepada Nabi sejurus sebelum ajalnya tiba.

Jika diperhalusi pesanan Saad bin Rabe' kepada sahabat-sahabatnya yang masih hidup di Madinah, ia akan menjadi kata-kata perangsang para pejuang Islam sepanjang zaman.

Saad membangkitkan isu menjaga keselamatan Nabi SAW Menurut Saad, sekiranya para sahabat gagal menjaga keselamatan Nabi, sehingga musuh berjaya membunuh baginda, maka mereka dianggap cuai dari kewajipan menjaga keselamatan Nabi. Nescaya mereka tidak ada helah untuk memberikan alasan kepada Allah SWT di akhirat kelak.

Terlalu banyak kisah-kisah yang boleh diambil iktibar. Sepanjang 23 tahun Nabi berjuang, baginda menempuh pahit perit jihad di peringkat Makkiyyah dan juga Madaniyyah. Bagi mereka yang sering mengikuti perjalanan kisah-kisah Nabi dan para sahabat, mereka akan merasai seolah kehidupan mereka begitu dekat dengan Nabi SAW, meskipun zaman Nabi telah berlalu lebih empat belas abad yang lalu.

Cuai melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan Nabi, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Saad bin Rabe' itu, boleh dijadikan iktibar kepada umat Islam sepanjang zaman.

Jika suatu umat mendakwa sayang kepada Nabi, tetapi perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya seperti amalan riba, judi dan arak terus dizinkan pelaksanaannya, maka apakah alasan umat itu di hadapan Allah SWT? Sedangkan mereka tidak berusaha dan berjuang untuk menghalang maksiat besar itu.

Apakah alasan yang hendak diberikan di akhirat kelak jika peraturan dan hukum Allah diabaikan oleh umat Islam, sementara hukum ciptaan manusia diutamakan oleh para penguasa negara yang mendakwa sebagai pemimpin umat Islam?

Kalau mereka memberi alasan, dan Allah SWT pun tahu bahawa mereka sememangnya sudah berjuang dengan penuh kesungguhan tetapi tidak berjaya. Maka boleh jadi Allah SWT menerima alasan itu.

Sebaliknya jika mereka mempunyai keupayaan dan kuasa berada di tangan, tetapi mereka mengenepikan hukum Allah semata-mata kerana kepentingan peribadi atau kumpulan yang diutamakan. Apakah mereka boleh berdalih dihadapan Allah SWT, sedangkan Allah SWT memang mengetahui kedudukan mereka semasa mereka berkuasa di dunia dahulu?

Inilah yang diperingatkan oleh Saad bin Rabe' kepada para sahabat ahli Madinah, bahawa jika mereka gagal menjaga keselamatan Nabi sedangkan mereka dalam keadaan mampu berusaha melaksanakan tanggungjawab itu. Maka menurut Saad bin Rabe'; bahawa mereka tidak akan mempunyai hujah apabila disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Renunglah bagaimana para sahabat yang benar-benar sayangkan Nabi SAW, telah melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuh upaya untuk mempertahankan keselamatan Nabi, hatta jiwa jasad mereka dicincang oleh musuh dan jiwanya terkorban.

Inilah bukti kasih sayang sejati yang telah ditunjukkan oleh para sahabat, menjadi contoh kepada umat tentang pengorbanan mereka terhadap Nabi yang disayangi dengan menggadaikan jiwa dan raga.

Dengan kasih sayang yang mendalam terhadap Rasulullah SAW, menjadikan para sahabat sebagai manusia yang mampu merampas kemenangan dari musuh, meskipun mereka terpaksa meredah lorong-kematian. Dan akhirnya mereka berdaya mengatasi musuh walau bagaimana besar halangan dan rintang yang mereka hadapi, dengan bebekalkan keimanan dan rasa kasih sayang terhadap Nabi SAW

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Kerana Lupakan Allah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, June 14, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit kata-kata dari penulis buku yang bertajuk: Nasihat Tokoh-Tokoh Islam Sedunia, oleh Tuan Haji Zabidi Hj Nawawi;

Tidak syak lagi rata-rata manusia dewasa ini sedang ketandusan jiwa, sunyi dari kekuatan dan kesegaran rohani, tidak menikmati kemanisan dan kelazatan iman (Halawatal iman). Hal ini berpunca dari sepinya hati dari makanan, minuman dan baja yang sangat diperlukan untuk ia terus hidup mekar dan segar bugar, ditambah pula lagi berbagai penyakit yang telah menyerang hati itu dari berbagai sebab dan punca. Telah sepakat ulama menyatakan kejatuhan umat ini berpunca terutamanya kerana kita lupakan Allah, maka dengan sebab itu Allah s.w.t ‘melupakan’ kita.

Lalu kita tidak mendapat bantuan, pertolongan serta kemuliaan yang sewajarnya daripadaNya. Setiap individu ummah mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan sistem Allah di bumi tidak kira dari golongan dan peringkat mana mereka berada. Yang lebih bertanggungjawabnya ialah para ulama’ dan umaraq’(pemerintah). Ulama’ dizaman kegemilangan Islam menasihati pemerintah bukan dinasihati pemerintah. Mereka tegak di atas keberanian meski pun nyawa dan harta bendanya terancam. Mereka beramal dengan ilmu dan benar-benar takutkan Allah dan tidak takut selainNya. Mereka menasihati ummat dengan ikhlas dan jujur, tidak berkepentingan duniawi.

Wahai saudaraku, masa tidak menunggu kita untuk memulakan langkah menuju kehidupan yang diredhai Allah seperti kata Allama Iqbal. Menjadi "abid Allah tentera Muhammad". Dan katanya lagi Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup membangunkan zaman yang baharu, memperbaharui kekuatan iman, menyalakan pelita hidayat, menyebarkan ajaran khatimul anbiya.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

10 Sebab Mengapa...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, June 13, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Parliament should establish a Select Committee on the two water bills when it reconvenes on June 20, giving it five months to submit its report before end of the budget meeting ion 8th December, to be followed by a special parliamentary sitting in January 2006 to enact water legislation to set up National Water Services Commission (SPAN)

10 sebab mengapa penswastaan air perlu di hentikan

1. Penswastaan akan menyebabkan kadar air meningkat

2. Syarikat yang memegang penswastaan air akan bertanggungjawab kepada pemegang saham dan bukan pengguna dan rakyat

3. Penswastaan akan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan kebajikan pekerja

4. Penswastaan akan menyebabkan kehilangan pegangan kepentingan awam serta melanggar hak asasi manusia

5. Penswastaan tidak menjaminkan air itu bersih dan selamat di minum

6. Air adalah keperluan hidup, sekarang ianya di jadikan komoditi untuk keuntungan

7. Penswastaan air menyebabkan pemotongan bekalan akan meningkat dan ini menafikan rakyat untuk mendapatkan kemudahan air. Mereka yang miskin akan jadi mangsa

8. Penswastaan merupakan benih penggalak rasuah. Kontrak mengenai air akan di jalankan dalam keadaan tertutup. Tidak ada ketulusan, tanggung jawapan penelitian awam untuk perjanjian kontrak

9. Penswastaan di Malaysia sudah terbukti gagal - peningkatan harga, peningkatan keuntungan buat syarikat pengendalian tetapi perkhidmatan yang lemah dan perkhidmatan lemah ini menyulitkan pengguna

10. Syarikat Air akan melaksanakan kad pra bayar sebelum menggunakan dan ini akan memberi implikasi terus kepada kesihatan seperti yang telah berlaku di negara - negara membangun yang lain. Tanpa kad pra bayar tidak ada kemudahan air dapat di terima.

Petik dari : www.monitoringglobalisation.org

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Relaks Jap... Impossible Object

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, June 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Mai kita tengok gambar di bawah. Di namakan 'Impossible Object'. Sebab ape aku pun tak tahu... Fikir-fikir yer...


Posted by Hello


waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Tahniah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, June 08, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Aku kenal Ustaz Nasharudin, pada tahun 1997. Kali pertama sewaktu program pertemuan pelajar Islam Seluruh Malaysia di Sekolah Menengah Sains Cheras. Ustaz Nasharudin ditaklifkan menyampaikan kertas kerja. Dan selepas itu, Muktamar PAS di Taman Melewar tahun 1997 gak. Waktu tu, Ustaz Fathi Yakan datang sebagai tetamu asing, dan Ustaz Nasharudin menjadi penterjemah ucapan beliau.
Pada tahun 1999, aku pernah berbual dengan seorang kawan baik aku. Berkaitan dengan organisasi Badan Pengawas Sekolah. Setiusaha agung berkemungkinan boleh menjadi ketua, kerana kebiasaannya ketua lebih rapat dengan setiausaha dalam urusan organisasi. Dan setiausaha boleh baca gaya kepimpinan sewaktu ianya memimpin. Jadi, secara tak langsung seorang setiausaha boleh belajar kepimpinan. Macam Ustaz Nasharudin, sekarang dia boleh belajar gaya kepimpinan Ustaz Fadzil, nanti mungkin dia boleh jadi ketua. Dia belajar dari Ustaz Fadzil, dan Tok Guru Haji Hadi, sebagai Timbalas Presiden.

Itulah diolog antara aku, kawan aku dan seorang lagi junior yang merupakan setiausaha Badan Pengawas. Masih lagi terngiang-ngiang alam minda aku. Dan muktamar PAS ke 51 tahun ni, menyaksikan jawatan Timbalan Presiden akan dipilih oleh perwakilan. Seperti biasa, apa peritiwa yang berlaku dalam rumahtangga PAS, suka diambil peduli oleh parti lain, atau pun pemerhati politik.

Sejak muktamar PAS bermula, media massa tempatan sering mengambil kesempatan untuk merosakan pandangan masyarakat terhadap PAS. Inilah yang telah diutarakan oleh perwakilan Kedah, iaitu; Usul Kedah adakan muktamar tanpa pemberita ditolak Pengerusi Tetap

Banyak perkara yang telah dilaporkan oleh media, sering tersasar dari maksud asal, dan sering mengundang pelbagai tafsiran oleh masyarakat. Contohnya, berita harian melaporkan di muka utama bertajuk: PAS tolak Anwar. Telah di ulas oleh editor Harakahdaily bertajuk: 'PAS tolak Anwar': Siapa tipu siapa?

Muktamar kali ini, antara yang menjadi perhatian ialah pemilihan untuk menduduki jawatan ke 2 penting dalam organisasi, iaitu timbalan presiden. Kali ni, 3 nama dicalonkan untuk diberi amanah jawatan tersebut; iaitu, Ustaz Hassan Shukri yang akan mempertahankan jawatan yang telah disandangnya. Dan 2 orang lagi calon iaitu Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Nasharudin.

PAS berbeza ngan parti politik yang lain. Jawatan dalam pari bukanlah satu kebanggaan. Ianya satu bebanan amanah yang perlu dipikul dan akan ditanya di akhirat. Siapa yang jadi pemimpin, ianya adalah khadam kepada rakyat.

Berbeza ngan kerajaan dan parti yang lain. Jawatan adalah satu kebanggaan dan merupakan batu loncatan untuk menerima habuan kekayaan untuk diri, anak pinak dan kroni yang lain. Soal halal haram, diketepikan dan yang pentingnya selagi masih berkuasa sama ada dalam parti ataupun kerajaan, harta perlulah dikumpulkan untuk 10 generasi keturunan. Bukan menjadi khadam kepada rakyat, tapi rakyatlah yang perlu berhempas pulas memajukan negara dan memewahkan pemimpin.

Posted by Hello

Ustaz Nasharudin telah dipilih oleh pewakilan untuk memegang amanah sebagai timbalan presiden PAS untuk sesi mendatang. Maka, seperti biasa, media massa arus kerajaan sering memutarkan isu untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin PAS. Perwakilan menolak ulama, ulama liberal, ulama konservatif dan pelbagai lagi istilah dilaporkan oleh akhbar harian arus perdana sepanjang dan selepas muktamar. Antaranya:

Bukti ulama makin terpinggir

`Usia, label ulama aliran keras punca saya kalah'

Begitu juga dalam Buletin Utama, sering dipaparkan pelbagai istilah bagi mengelirukan masyarakat. Bagi aku, Ustaz Nasharudin juga seorang ulama. Seperti mana kata Tok Guru Nik Aziz, Pejuang Islam juga ulama Ustaz Nasharudin, paham al Quran, paham as Sunnah, ijma dan Qias. Tahu mana halal dan haram. Cuma kelebihannya, dia berkebolehan dalam pelbagai bidang. Dan kemungkinan dengan kebolehan beliau itu, telah dipilih untuk menerima amanah tersebut. Dan dengan kebolehan beliau juga, mampu membawa perubahan uslub dakwah dalam era mendatang. Perubahan, perkara biasa. Berubah strategi dakwah, bukan ubah dasar. Mungkin itu yang pihak lain tak paham.

Aku sertakan sedikit maklumat Ustaz Nasharudin

Tarikh Lahir:
19 Oktober 1962

Tempat Lahir:
Negeri Sembilan

Pendidikan:
University of Jordan, Amman – BA Syariah
Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur – Masters of Comparative Laws

Profesyen Dahulu:
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti IslamAntarabangsa (1990-1997)
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (1997-1999)

Pengalaman Di Dalam Parti:
AJK Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat
AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat
Setiausaha Agung PAS

Isu Dewan Pemuda menegur Majlis Syura, itu perkara biasa. Manusia memerlukan teguran untuk maju. Sikap keterbukaan ini tak dak pada parti yang lain, yang mana setiap kali perhimpunan, hanya mencari idea untuk memuja pemimpin. Siapa yang mengkritik, maka nyawa dalam parti tinggal nyawa-nyawa ikan.

Bagi aku, siapa yang dilantik, wajib ditaati selagi mana dia taat pada Allah dan RasulNya. Dan wajib ahli memberikan kerjasama serta tenaga untuk bergerak di atas satu landasan. Memperbaiki apa yang kurang, dan membantu untuk mencapai matlamat.

Kita bekerja untuk Islam, bukan untuk parti. Parti hanya wasilah, bukan matlamat.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Islam Liberal, Satu Ancaman.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, June 07, 2005 | 9 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Tergerak aku membaca ruangan agama Utusan Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Tajuknya: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam.

Oleh:
ASTORA JABAT

MINGGU ini penulis akan meneruskan perbincangan mengenai isu Islam liberal. Minggu lepas penulis telah pun membincangkan tentang fitrah liberal dalam diri semua manusia dan sejarah kemunculan liberalisme pada abad pertengahan di Eropah serta kaitannya dengan tamadun Islam. Turut dibincangkan beberapa nama cerdik pandai Muslim di seluruh dunia yang memanggil diri mereka sebagai Islam liberal atau pihak lain yang memanggil mereka begitu.

Isu Islam Liberal sekarang, amat menakutkan kita. Kesucian Islam dicemari dengan pelbagai aliran pemikiran yang bertunjangkan nafsu. Antaranya tulisan Astro Astora Jabat yang sering menimbulkan kontrovesi seperti isu aurat dan juga persoalan azab kubur.

Maka aku berkesempatan untuk melayari web beliau. Aku tertarik dengan komen berkaitan dengan tajuk di atas. Satu komen yang baik untuk membalas hujah Astora Jabat.

Re: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam (Score: 1)by KerisKontot on Monday, June 06 @ 10:16:22 BST

Aku tidak berkesempatan mengikuti ISU ISLAM LIBERAL yang lalu atas urusan kerja. Namun tidak tergerak pula hati untuk membaca arkibnya. Dengan sedikit masa yang ada tergerak hati untuk menjawab isu terbaru.

Aku tidak pasti samada Fathi Aris Omar di sini sama denagn Fathi Aris Omar yang pernah menulis di Malaysiakini dan Harakah. Tapi melalui tulisan dalam ruangan Islam FUndemantal ini aku dapati Fathi Aris Omar ini dan Astora juga adalah pengamal ajaran Islam Liberal.

Jadi, bagaimana orang yang mengamal fahaman Islam Liberal mahu mengatakan fahaman ini tidak salah?? Sudah pasti mereka akan bermati-matian mengatakan orang lain (PAS) cuba mengepung minda masyarakat.

Cuba kita lihat definasi ISLAM LIBERAL yang diberikan oleh Astora mengikut fahaman dia :Dalam konteks ini Islam liberal itu sebenarnya bermaksud orang Muslim atau pemikiran dan fahaman Islamnya yang bersifat bebas, sederhana dan terbuka.

Dengan definasi tersebut Astora secara tidak langsung mengatakan pemikiran pengamal ISLAM TULEN tidak bebas, tidak sederhana dan tidak terbuka. Bagaimana boleh ISLAM boleh berbeza2. Bukankah sumber ISLAM itu Al-Quran dan Al-Hadis? Apakah demi membenarkan perbuatan pemimpin kesayangan kita maka kita boleh menolak hukum hakam ketepi? Apakah maksud Astora bebas, sederhana dan terbuka bermakna yang haram boleh dan yang halal pun boleh?

Kenapa PAS selalu ditonjolkan dengan IMEJ yang negatif dan UMNO Imej yang POSITIF. Apakah kita pernah tengok Nik Aziz atau Haji Hadi menghadiri konsert Tsunami? Adakah kita pernah tengok Nik Aziz dan Haji Hadi berpakaian BOW TIE sambil diiringi artis2 separuh bogel dalam Majlis Sri Angkasa. Apakah kita pernah dengar Nik Aziz menyeru rakyat jauhi maksiat tetapi dia sendiri buat maksiat? Atau ada kita lihat Nik Aziz suruh anak orang buat baik tapi anak sendiri jadi hantu? Bagaimana dengan orang yang CAKAP SOAL ISLAM macam dialah ulamak besar, tapi anak bini sendiri tak tutup aurat. Tapi kenapa golongan ini diberi pandangan sangat positif? Lain tak bukan, golongan berfahaman ISLAM LIBERAL yang menguasai media. Maka kalau menutup aurat dikatakan tidak berfikrian terbuka atau sederhana.

Isu ISLAM LIBERAL bukanlah satu propaganda atau gertak sosial seperti yang difahami oleh golongan yang cenderong kearah islam liberal. Tetapi ini merupakan satu peringatan atau tazkirah kerana manusia sentiasa lalai tanpa peringatan. AlQuran itu bukan sekadar pemberitahuan malah juga sebagai peringatan. Rasul diturunkan untuk menyampaikan isi kandungan Al-Quran, kemudian diteruskan oleh ulama2 sehinggalah hampir qiamat nanti.

Orang yang menganggap peringatan oleh ulama2 sebagai satu gertak sosial adalah orang yang masih lena dibuai khayalan2 duniawi. Bukan Ulama PAS sahaja yang memberi peringatan akan bahayanya fahaman ISLAM LIBERAL ini. Malah mana2 ulama yang ikhlas dengan agama samada di Malaysia atau mana2 negara atas muka bumi pasti akan memberi peringatan yang sama.

Apa tujuan peringatan akan bahayanya Islam Liberal dilaungkan? Tidak lain dan tidak bukan untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Tetapi manusia sering salah anggap kasih sayang ulama kepada mereka sebagai satu gertakan sosial yang tidak bertanggung jawab. Akhirnya lahirlah golongan yang menolak hukum Allah atas alasan HAK ASASI. Inilah akibat salah faham akan agama. Ini berpunca dari pemisahan agama dengan dunia. Inilah sebenarnya maksud ISLAM LIBERAL. Yakni ISLAM hanya pada waktu ibadat khusus seperti puasa, solat, haji. Atau Islam hanya pada hari2 tertentu seperti pada sambutan Maulidurrasul, Awal Muharram. Kemudian Islam ditinggalkan pada hari Goyang Gerudi. Hak Asasi pula hanya dikuatkuasa bila anak Menteri Kabinet dan artis seksi ditangkap mabuk dalam disko. Tapi hilang bila IMAM ditangkap dan digari kerana mempertahankan Masjid Fatimah AlZahra di Ampang. Atau bila anak2 muda yang berimej Islam dikurung dalam penjara di Kamunting tanpa bicara. Inilah yang dikatakan Islam Liberal. Lebih tepat lagi fahaman Islam Liberal adalah di mana pengamalnya mahukan ISLAM mengikut kehendak mereka, bukan mereka ikut kehendak ISLAM. Maka lahirlah idea tiada seksa kubur, tak wajib tutup aurat.

Apakah amaran2 Rasulullah akan balasan neraka satu Gertak Sosial juga? Apa yang dibuat oleh ulama PAS selari dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. PAS konsisten dalam mencegah maksiat. Bukan setakat suruhan malah dibuktikan oleh pemimpin2nya. Tetapi bagi aliran pemikiran ISLAM Liberal... Kasih sayang ulama dianggap satu gertakkan. Ceteknya pemikiran ini.. Sebenarnya pengamal ISLAM LIBERAL telah Terkepung mindanya dengan fahaman ciptaan sendiri sehingga tidak boleh menerima apa yang memang sudah tesurat dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Apakah mereka fikir ulama PAS menolak sains dan teknologi? Sehingga dikatakan tidak mempunyai pemikiran bebas, sederhana dan terbuka? Apakah mereka menganggap ulama PAS jumud kerana mempertahankan Hudud dan Qisas? Apakah mereka merasakan balasan syurga dan neraka hanya satu PROPAGANDA?? Apakah mereka fikir kewujudan ancaman Fahaman Dunia lain akhirat lain satu ciptaan PAS? Bukankah ada Parti yan memisahkan Politik dan Agama? Bukankah ada golongan Yang Memakai Nama Sisters In ISLAM tetapi menentang poligami, menentang undang2 akhlak atas nama hak asasi? Bangun kawan! Bangun! ini bukan mimpi atau propaganda...ini bukan cobaaan.. Ini Betul-betulllll. Insya Allah jumpa lagi.

Re: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam (Score: 1)by KerisKontot on Tuesday, June 07 @ 04:34:31 BST

Terima kasih sdr Fathi kerana respons terhadap tulisan saya yang tidak pernah menjadi seorang penulis pro. Tidak pernah mempunyai kolum sendiri, tidak pernah pun keluar mana2 surat khabar atau majalah. Tetapi CUKUP POPULAR (Agaknya!) di laman web KMU (Kelab Maya UMNO) suatu masa dahulu. Tetapi tidak lagi menulis di KMU kerana pengendali tidak profesional. Apabila hujjah kita tidak dapat disangkal webmaster akan membuang tulisan dari laman.

Ok Fathi.. maaf sekiranya tersalah anggap aliran fahaman anda. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pembacaan terhadap tulisan anda yang lepas2. Contohnya satu artikel mengenai muzik
yang mana tajuknya lebih kurang "Muzik adalah Bunyi bukan alat". Walau pun tidak setuju dengan tulisan tersebut tetapi tidak pula menolak 100%.OK, kembali kepada tajuk kita. Tulisan anda:

JANGAN pukul borong. Anda tidak berlaku adil pada realiti dan hujah sebenarnya. Jangan hanya sebut beberapa nama seperti Abdullah Na'em, Nasr Abu Zayd, Mohamad Arkoun, Hassan Hanafi SECARA UMUM & pukul borong kecuali secara fokus, berhati-hati & satu per satu ....

Sebenarnya saya tidak pukul borong dan tidak juga menyebut nama2 seperti di atas. Saya *****a memberi contoh TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi.

Saya juga tidak menyentuh atau menyanggah hujjah yang tidak menyebabkan rosak akidah. Apa yang saya jelaskan ialah bahayanya fahaman Islam Liberal bukan lah satu PROPAGANDA Pas atau pihak lain. Itu yang saya sanggah. Gerakan atau jaringan Islam Liberal memang satu ancaman kepada kesucian Islam yang syumul.

Walau pun Astora mengatakan definisi Islam Liberal bermakna sederhana, bebas. Tapi pada saya Islam Liberal bermakna: Islam Mesti Ikut Penganutnya, Bukan Penganut Ikut ISLAM. Ini bukan sekadar tuduhan tetapi kenyataan. Cuba kita lihat trend umat Islam arus perdana, mereka cuba menyesuaikan Islam dengan apa yang mereka hendak lakukan. Bukan ambil Islam dulu kemudian tengok sesuai atau tidak sesuatu yang hendak dilakukan.

Isu terbaru ialah pemberian jarum dan kondom per*****a kepada penagih. Kemudian cuba ditonjolkan bahawa ianya tidak bercanggah dengan Islam dengan memberi contoh kununnya IRAN pun sudah lama melaksanakannya. Tetapi apabila bab hukum Hudud tak pula mahu mencontohi IRAN dan negara yang sudah lama melaksanakannya. Inilah yang dikatakan liberal yang mana mereka cuba mengislamkan apa yang mereka rasa selari dengan fahaman mereka. Apakah dengan pemberian Jarum dan Kondom per*****a akan selesai masalah? Mungkin masalah AIDS saja selesai. Bagaimana dengan masalah zina dan masyarakat sampah? Apakah pemberian jarum dan kondom ini lebih baik dari cadangan Mufti Perak supaya penagih ini diasingkan dan dirawat disebuah pulau? Bukan kah ini lebih praktik.

Maksud saya lagi, ISLAM LIBERAL ini bukan propaganda. Cuba kita perhatikan, pelbagai nama yang canggih2 diberikan kepada ISLAM. Tetapi nama saja canggih.. tapi bagaimana dengan amalannya. Berbagai prinsip diberi namun semuanya dilanggari. Pada satu ketika diseru agar Rasulullah dijadikan Idola, pada masa yang lain orang yang sama juga meraikan para artis. Begitu juga pihak yang menjadi tonggak menolak undang2 akhlak bukan setakat muslim, tetapi anak kepada pemimpin "ulul amri"(kununnya), cucut cicit kepada alim tetapi walaupun iman itu tidak diwarisi sepatutnya kalau bapaknya benar2 ikhlas dengan Islam hadharinya.. orang pertama yang dihadharikan ialah anak dan bininya dulu.. Ini tidak suami bercakap soal ISLAM, bini menjaja kebaya nyonya yang sendat dan terbuka luas dadanya. Ini yang dikatakan Islam Liberal. Yakni tafsiran sesetengah orang bahawa niat saja yang penting bukan amalnya. Sebab itu kita selalu mendengar orang berkata '"aku, walaupun tak tutup aurat.. tapi aku tak mengata orang." Ini salah satu ciri2 liberal dalam Islam. Apakah mengata orang mesti semuanya salah??.

Mengenai tuduah Astora bahawa saya bersangka buruk kepada orang yang berbincang secara ilmiah, pada saya satu jari tunjuk kepada saya empat lagi tunjuk diri sendiri. Pertanyaan saya, kalau perbincangan secara ilmiah kenapa mesti buruk semua diletak kepada PAS dan baik diletak kepada kerajaan (UMNO). Kenapa apabila TG Nik Aziz mengatakan ALlah samseng tidak dibincangkan secara positif. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz memang benar supaya manusia ini jangan tunjuk samseng kepada Allah kerana Allah Maha Samseng (AlJabbar) tapi samseng Allah tidak sama seperti samseng manusia. Kita lihat bencana Tsunami.. bagaimana samsengnya Allah.. bukan sahaja orang dewasa malah bayi yang tidak berdosa pun jadi korban tsunami. Malah orang tengah solat pun kena juga.

Tapi bila orang mengatakan hukum Allah zalim dan tidak sesuai zaman sekarang.. diberi pula pandangan positif oleh Astora. Sebenarnya Siapa yang tidak faham??? Seperti yang aku katakan bahawa me liberalkan Islam ialah menjadikan islam itu sesuai dengan sesuatu yang hendak dilakukan. Bukan melakukan sesuatu yang sesuai dengan kehendak Islam. Oleh kerana pandangan PAS tentang ISLAM adalah jelas maka golongan liberal pasti melabelkan PAS adalah ekstrem, tidak terbuka, tidak bebas. Sedangkan apa yang PAS terima dan tolak cukup jelas mengikut ajaran Al-Quran dan Hadis. Soal Hudud, Soal aurat, soal keadilan, soal hak asasi, soal rasuah, soal kesama rataan. Tidak ada satu pun yang bercanggah dengan ajaran ISLAM. Apakah kebaya nyonya, goyang gerudi inul, politik wang, roboh masjid, Anugerah Seri Angkasa, tahanan tanpa bicara, pusat perjudian terbesar Asia, kilang arak bersepah, kedai judi bersepah, pilih kasih... selaras dengan ISLAM?? Itu hanya sebagian kecil contoh. Kenapa Astora tidak membincangkan atau menjadikan benda2 ini sebagai tajuk2 utama artikel sekiranya ingin berbincang sebagai ilmiah. Contohnya kalau dulu sewaktu PAS memerintah Terengganu..digambarkan zalimnya kerajan PAS kerana "menghalau" pelajar Tadika KEMAS.. tetapi kenapa sekarang tidak pula digambarkan betapa Zalimnya UMNO merobohkan Masjid yang sudah 2 tahun digunakan di RTB BUJAL? Kalau Masjid RTB BUJAL dikatakan Sarang PAS... bukankah TADIKA KEMAS SARANG UMNO? Kalau perbezaan politik dikira.. apakah penyokong PAS bukan rakyat Terengganu?

Jadi Usah berdolak dalik dengan Perbincangan Ilmiah kalau kita sendiri pun berpihak.

Dalam soal Kassim Ahmad. Kenapa kebebasan bersuara hanya untuk Kassim Ahmad. KEnapa perlu pelajar2 IPT terikat dengan AUKU? Kenapa Harakah tidak dibenarkan sebagai akhbar Harian? Bukankah PAS juga ada hak untuk bersuara? Kenapa tidak diberi siaran Radio atau TV kepada PAS jika faktor kebebasan bersuara diguna pakai?

Kenapa pula kita bagi kebebasan bersuara kepada orang yang sudah terang2 bersalahan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah? KEnapa pula kita membela Aminah Wadud? Apakah keistimewaan Aminah Wadud berbanding Ummu Mukminin A'isyah? Sedangkan A'isyah sendiri tidak pernah diberi kebenaran mengimamkan Solat Jumaat atau solat jemaah kepada laki2 selepas kewafatan rasulullah. Adakah Aminah Wadud dengan pangkat Professor dan Doktor telah dijanjikan syurga?

Sebenarnya semuanya terletak kepada kita sebagai seorang penulis, mahu meletak yang benar ditempatnya atau sebaliknya. Kita boleh jadikan Nik Aziz sebagai idola dan kita juga boleh jadikan Nik Aziz sebagai musuh. Terserahlah kepada keikhlasan dan hidayah yang Allah kurniakan. Kalau kita cari keredhaan Allah.. kita akan selamat. Sebaliknya kalau Redha manusia jadi matlamat... nantilah Azab Allah yang sangat pedih. Terfikir atau tidak Astora, dengan tulisan yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan manusia semakin jauh dari tuhan. Contohnya pasal aurat, pasal Azab kubur. Bukan soal kebebasan memberi pendapat yang penting tetapi tanggungjawab kepada Allah.

OK. Cukup setakat ini dulu. Harap maklum pendapat saya tidak mewakili PAS atau orang lain. Ianya semata2 pendapat saya

Mmm Panjang yerk.. Hehe Tak pe la, sapa baca abih, bertambah ilmu. Baca sikit, sikitlah ilmu. Tak gitu. Aku rasa, pendapat keriskontot baik untuk kita baca. Bahaya Islam liberal, perlu ditangani bersama. Ini bukan soal politik, tapi soal kesucian Islam. Menteri Islam Had hari pun mengaku bahawa Islam Liberal menyeleweng. Katanya:

KUALA LUMPUR 21 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Islam liberal kerana ia bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Katanya, pegangan fahaman ini menyeleweng kerana ia hanya berlandaskan kepada sebahagian al-Quran sahaja di samping tidak mempercayai alim-ulama dan menolak disiplin ilmu serta syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh Sister In Islam, sepatutnya harus disekat. Kerajaan perlu menyuarakan kenyataan rasmi terhadap Sister In Islam dan berusaha untuk menentang gerakan tersebut. Tapi, malangnya ada kaum kerabat dari pembesar negara terlibat sama secara langsung menyokong usaha SIS. Berhati-hatilah kita dengan hasutan nafsu Islam Liberal tersebut.

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Engkau Ingin Berjuang...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, June 04, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

1-5 Jun, berlangsung muktamar PAS yang ke 51. Bertempat di PUTIK, Kota Bahru, Kelantan dengan tema kali ini; “Paksi Kebangkitan Perjuangan”. Sempena muktamar ini, aku sampaikan sebuah lagu untuk pejuang-pejuang sekelian. Sama-sama lah bermuhasabah.

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

WaAllhua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Jarum Suntikan, Kondom Percuma

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, June 03, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku agak tergejut apabila berita menyiarkan Kementerian Kesihatan ingin memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan seramai 1,200 penagih dadah terutama melalui kaedah suntikan akan terlibat dalam projek selama enam bulan itu.

Jelas beliau, pelaksanaannya turut melibatkan 10 klinik kerajaan dan swasta di setiap empat zon yang ditetapkan iaitu di utara, selatan, tengah dan timur setelah semua kakitangan perubatan yang terlibat diberikan latihan secukupnya.

Melalui projek itu penagih akan diberikan jarum suntikan `bersih', kondom dan dadah gantian yang dikenali sebagai metadon.

Aku harap, kementerian berfikir dengan waras apa yang ingin dilaksanakan. Entah lah, dimanakah releven untuk laksanakan sedemikian. Cadangan mufti Perak, ditolak mentah-mentah oleh Marina Mahathir.

Buletin TV3 sebentar tadi menyiarkan pandangan orang ramai akan pelaksanaan tersebut. Hasilnya lebih 80% tidak bersetuju daripada hasil tinjaun. Naib pengerusi PEMADAM pun tak bersetuju. Dan beliau akan tentang, dan cuba akan berikan altenatif lain untuk mengatasi masalah tersebut. Bukan hanya Naib PEMADAM, bahkan bekas penagih dadah pun tak setuju.

Duit rakyat akan banyak dihabiskan untuk penagih dadah. Kroni-kroni yang akan mengedar jarum dan kondom akan bertambah kaya. Seks bebas bertambah. Mungkin bagi mereka, lakukan seks bebas tak pa, asalkan ada kondom untuk menghalang HIV. Dalam Islam, tak kiralah ada kondom ka, tak dak kondom ka, hukum zina tetap dosa besar dan hudud hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah.

Bagaikan orang mengantuk, disorong bantal... Beginilah jika manusia memperhambakan diri pada akal semata-mata. Islam dah bagi jalan, akal juga yang diikut. Islam hanyalah ibadat semata-mata. Begitu lah kata Dr. Rais Yatim seperti yang dilaporkan di Berita Harian dengan katanya:

Beliau percaya agama mesti digunakan untuk tujuan keagamaan semata-mata dan tidak dilaksanakan terhadap corak kehidupan rakyat Malaysia seluruhnya.

Rakyat penat-penat majukan negara, tapi kerajaan nak habiskan duit untuk penagih dadah dan menggalakkan seks bebas.

Inilah Negara Islam Had Hari ku...

waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Sekufu Dalam Perkahwinan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, June 03, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Image hosted by Photobucket.com


`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'.

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.

Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.
Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.

Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)

Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah', kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri.

Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global.

``Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting.

``Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat.

``Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,'' kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya.

Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam.

Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu.

Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

``Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir.

``Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.

``Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

``Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah.

Tambah beliau, menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.

Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya.

Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.

Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting.

Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.

Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya.

Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua.

Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai.

Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka.

Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib; Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)

Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama).

Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.''

Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Rujukan: Utusan Malaysia.

waAllhualam...

[+/-] Selengkapnya...

Bekunya Airmata...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 02, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Bekunya airmata kerana kerasnya hati,
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,
Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,
Panjangnya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia."

-Imam al Ghazali-

anNaQshY: Tima kasih kepada pengirim yang telah menghantar SMS ke telefon bimbitku...

[+/-] Selengkapnya...

Selamat Pengantin Baru

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 02, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Depan umah aku ada kenduri lagi hari ni. Semalam, aku sakit kepala, sebab makan daging banyak sangat rasanya. Zaman sekarang ni, mungkin ramai orang meninggal, antaranya sebab makan. Bukan kerana kurang makan Hehe. Banyak makan, semakin tinggi risiko dapat sakit. Nak selamat, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Mmm sebut mudah je kan, nak amalkan tu yang susah. Tu dalam ilmu tasawuf, di ajar bermujahadah melawan nafsu. Antaranya, nafsu perut. Sebabnya, jika makan banyak sangat, bukan setakat kesan zohir. Tapi yang lebih utama kesan batin. Akan menimbulkan kemalasan untuk beribadah. Malas ibadat, kuranglah pahala. Kurang pahala, maka jawabnya nak dapat syurga Allah tu semakin jauh.

Mmm sempena musim kenduri kahwin ni, aku nak sampai lagu pengantin. Sekadar untuk sama-sama hayati liriknya...

Selamat Pengantin Baru
Album: Rindu

Kumpulan: Hijjaz

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


waAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Kahwin Lagiii...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, June 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Musim cuti sekolah, musim kenduri kahwin. Sapa nak kahwin, kena ada duit. Sapa tak dak duit nak buat hantaran, mmm lambat lagi laaa Hehe. Area Kedah ni, dengar kata, paling rendah pun RM 6000 ke atas. Mungkin, harga minyak naik, harga hantaran pun naik gak Hehe.

Aku nak nasihatkan kepada diriku dan kawan-kawan, nanti-nanti ada anak perempuan, permudahkanlah urusan perkahwinan. Jangan disusahkan. Bagi jalan untuk permudahkan. Kalau susah sangat nak kawin, takut-takut nanti tak terkawal, terjerumus kepada benda tak elok. Mak ayah juga dipertanggungjawabkan saham. Sheikh pesan macam tu, jika ada anak nak kahwin, permudahkanlah.

Bab kawin ni, kalau kuliah sheikh Nuruddin, mesti best ngaji. Hehe Teringat kuliah sheikh, mesti tak kering gusi. Semangat jaaa sheikh ngajar.

Ya Allah, permudahkanlah kami untuk melaksanakan urusan agamaMu ya Allah...

waAllhua'lam.

[+/-] Selengkapnya...