Tahniah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, June 08, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Aku kenal Ustaz Nasharudin, pada tahun 1997. Kali pertama sewaktu program pertemuan pelajar Islam Seluruh Malaysia di Sekolah Menengah Sains Cheras. Ustaz Nasharudin ditaklifkan menyampaikan kertas kerja. Dan selepas itu, Muktamar PAS di Taman Melewar tahun 1997 gak. Waktu tu, Ustaz Fathi Yakan datang sebagai tetamu asing, dan Ustaz Nasharudin menjadi penterjemah ucapan beliau.
Pada tahun 1999, aku pernah berbual dengan seorang kawan baik aku. Berkaitan dengan organisasi Badan Pengawas Sekolah. Setiusaha agung berkemungkinan boleh menjadi ketua, kerana kebiasaannya ketua lebih rapat dengan setiausaha dalam urusan organisasi. Dan setiausaha boleh baca gaya kepimpinan sewaktu ianya memimpin. Jadi, secara tak langsung seorang setiausaha boleh belajar kepimpinan. Macam Ustaz Nasharudin, sekarang dia boleh belajar gaya kepimpinan Ustaz Fadzil, nanti mungkin dia boleh jadi ketua. Dia belajar dari Ustaz Fadzil, dan Tok Guru Haji Hadi, sebagai Timbalas Presiden.

Itulah diolog antara aku, kawan aku dan seorang lagi junior yang merupakan setiausaha Badan Pengawas. Masih lagi terngiang-ngiang alam minda aku. Dan muktamar PAS ke 51 tahun ni, menyaksikan jawatan Timbalan Presiden akan dipilih oleh perwakilan. Seperti biasa, apa peritiwa yang berlaku dalam rumahtangga PAS, suka diambil peduli oleh parti lain, atau pun pemerhati politik.

Sejak muktamar PAS bermula, media massa tempatan sering mengambil kesempatan untuk merosakan pandangan masyarakat terhadap PAS. Inilah yang telah diutarakan oleh perwakilan Kedah, iaitu; Usul Kedah adakan muktamar tanpa pemberita ditolak Pengerusi Tetap

Banyak perkara yang telah dilaporkan oleh media, sering tersasar dari maksud asal, dan sering mengundang pelbagai tafsiran oleh masyarakat. Contohnya, berita harian melaporkan di muka utama bertajuk: PAS tolak Anwar. Telah di ulas oleh editor Harakahdaily bertajuk: 'PAS tolak Anwar': Siapa tipu siapa?

Muktamar kali ini, antara yang menjadi perhatian ialah pemilihan untuk menduduki jawatan ke 2 penting dalam organisasi, iaitu timbalan presiden. Kali ni, 3 nama dicalonkan untuk diberi amanah jawatan tersebut; iaitu, Ustaz Hassan Shukri yang akan mempertahankan jawatan yang telah disandangnya. Dan 2 orang lagi calon iaitu Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Nasharudin.

PAS berbeza ngan parti politik yang lain. Jawatan dalam pari bukanlah satu kebanggaan. Ianya satu bebanan amanah yang perlu dipikul dan akan ditanya di akhirat. Siapa yang jadi pemimpin, ianya adalah khadam kepada rakyat.

Berbeza ngan kerajaan dan parti yang lain. Jawatan adalah satu kebanggaan dan merupakan batu loncatan untuk menerima habuan kekayaan untuk diri, anak pinak dan kroni yang lain. Soal halal haram, diketepikan dan yang pentingnya selagi masih berkuasa sama ada dalam parti ataupun kerajaan, harta perlulah dikumpulkan untuk 10 generasi keturunan. Bukan menjadi khadam kepada rakyat, tapi rakyatlah yang perlu berhempas pulas memajukan negara dan memewahkan pemimpin.

Posted by Hello

Ustaz Nasharudin telah dipilih oleh pewakilan untuk memegang amanah sebagai timbalan presiden PAS untuk sesi mendatang. Maka, seperti biasa, media massa arus kerajaan sering memutarkan isu untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin PAS. Perwakilan menolak ulama, ulama liberal, ulama konservatif dan pelbagai lagi istilah dilaporkan oleh akhbar harian arus perdana sepanjang dan selepas muktamar. Antaranya:

Bukti ulama makin terpinggir

`Usia, label ulama aliran keras punca saya kalah'

Begitu juga dalam Buletin Utama, sering dipaparkan pelbagai istilah bagi mengelirukan masyarakat. Bagi aku, Ustaz Nasharudin juga seorang ulama. Seperti mana kata Tok Guru Nik Aziz, Pejuang Islam juga ulama Ustaz Nasharudin, paham al Quran, paham as Sunnah, ijma dan Qias. Tahu mana halal dan haram. Cuma kelebihannya, dia berkebolehan dalam pelbagai bidang. Dan kemungkinan dengan kebolehan beliau itu, telah dipilih untuk menerima amanah tersebut. Dan dengan kebolehan beliau juga, mampu membawa perubahan uslub dakwah dalam era mendatang. Perubahan, perkara biasa. Berubah strategi dakwah, bukan ubah dasar. Mungkin itu yang pihak lain tak paham.

Aku sertakan sedikit maklumat Ustaz Nasharudin

Tarikh Lahir:
19 Oktober 1962

Tempat Lahir:
Negeri Sembilan

Pendidikan:
University of Jordan, Amman – BA Syariah
Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur – Masters of Comparative Laws

Profesyen Dahulu:
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti IslamAntarabangsa (1990-1997)
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (1997-1999)

Pengalaman Di Dalam Parti:
AJK Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat
AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat
Setiausaha Agung PAS

Isu Dewan Pemuda menegur Majlis Syura, itu perkara biasa. Manusia memerlukan teguran untuk maju. Sikap keterbukaan ini tak dak pada parti yang lain, yang mana setiap kali perhimpunan, hanya mencari idea untuk memuja pemimpin. Siapa yang mengkritik, maka nyawa dalam parti tinggal nyawa-nyawa ikan.

Bagi aku, siapa yang dilantik, wajib ditaati selagi mana dia taat pada Allah dan RasulNya. Dan wajib ahli memberikan kerjasama serta tenaga untuk bergerak di atas satu landasan. Memperbaiki apa yang kurang, dan membantu untuk mencapai matlamat.

Kita bekerja untuk Islam, bukan untuk parti. Parti hanya wasilah, bukan matlamat.

waAllhua'lam...

0 Komen