AFundi, Tunjuk Ajarku SIFU...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, June 30, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat kita semakin hari, semakin bercelaru. Bermula dari pemimpin atasan, sehinggalah yang di bawah. Struktur masyarakat kita semakin lemah. Bila-bila masa sahaja akan runtuh. Pemimpin negara, dikaitkan dengan rasuah. Terbaru, Sri Mohamed Isa Abdul Samad, Naib Presiden UMNO yang mendapat undian tertinggi pada pilihan pucuk pimpinan parti yang lepas.

Sedikit sebanyak menggambarkan betapa seriusnya gejala 'tahi' rasuah di kalangan pemimpin. Jika dibiarkan pemimpin yang 'tahi' rasuah terus memimpin negara, maka lingkuplah sesebuah negara. Rasanya, ramai lagi pemimpin negara yang terlibat dengan 'tahi' rasuah, tapi disembunyikan. Biasa la, orang politik, banyak yang tersirat dari tersurat. Yang menjadi mangsa, adalah kita. Rakyat berhempas pulas bekerja memajukan negara, pemimpin guna kekayaan negara untuk kepentingan sendiri. Antaranya salurkan duit kerajaan untuk agenda memperkasakan diri untuk berkuasa dan seterusnya bermaharajalela menindas rakyat jelata.

Di masa hadapan, remaja sekarang yang akan mewarisi kepimpinan. Tapi, sayangnya remaja sekarang lebih terdidik dengan hiburan. Dasar kerajaan sekarang yang tak menjadikan al Quran dan as Sunnah sebagai rujukan untuk memimpin rakyat, telah melahirkan masyarakat yang semakin hanyut dengan kehidupan duniawi. Tugas pemimpin negara untuk memandu masyarakat menjadi khalifah di muka bumi untuk mengabdikan kepada Pencipta, di abaikan. Kian hari, semakin jauh dengan Islam. Semakin hari semakin lupa tugas sebagai seorang khalifah. Semakin dekat dengan hari akhirat, semakin takbur kepada Allah yang menciptakan kita.

Remaja koma dibelasah meninggal- berita utama hari ini menggambarkan betapa seriusnya kepincangan struktur masyarakat kita. Jika 'samseng-samseng' ini hanya mampu dilahirkan oleh kerajaan, tak mustahil suatu hari nanti negara kita akan kucar kacir. Inikah peribadi seorang pemuda yang akan memimpin sebuah masyarakat, atau pun yang akan memimpin sebuah 'negara' kecik iaitu keluarga.

Pemimpin dengan ke'samsengan', menggunakan kekuasaan untuk mengayakan diri dan adik beradik. Penyalahgunaan kuasa serta penyakit 'rasuah' menjular berakar umbi di dalam parti. Di sekolah, isu buli semakin menjadi-jadi. Di kalangan remaja, semangat untuk menuntut ilmu buat mewarisi kepimpinan negara masa mendatang, semakin luntur dek kerana industri hiburan yang dianggapi oleh golongan remaja sekarang lebih menjaminkan kesenangan hidup masa hadapan.

Mari kita senaraikan antara program hiburan yang menjadi kegilaan remaja sekarang:

1) Akademi Fantasia

2) Mentor

4)

5)

Mungkin apa yang aku tunjukkan di bawah ini, menjadi punca mengapa remaja sekarang lebih suka kepada hiburan dari menjadi seorang intelektual dan profesional.


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello


Posted by Hello

Hadiah-hadiah yang di tawarkan, lebih bernilai dari belajar di universiti. Jika masuk belajar universiti, ibu bapa kena keluarkan duit, kena berhutang kepada PTPTN. Sudah sedia maklum, institusi pendidikan di Malaysia adalah lebih kepada keuntungan, bukan satu hak kewajipan kerajaan untuk menyediakan kepada rakyat.

Bila masuk Akademi Fantasia, tak payah buat pinjaman, sebab ada pihak yang akan menaja. Bila menang, sekelip mata menjadi kaya. Lepas tu, peminat pun ramai. Jalan pintas untuk jadi kaya, ialah menjadi seorang artis. Kalau masuk universiti, kena buat pinjaman. Lepas habis belajar, belum tentu lagi ada pekerjaan. Hutang tak berbayar lagi, pihak yang memberi pinjaman telah menuntut hutang. So, lebih baik masuk Akademi Fantasia. Tu tak heran, dengan keuntungan dunia, seorang bekas qari boleh sertai, dan mendapat undian tertinggi. Sebab apa, sebab al Quran hanyalah untuk di baca, bukan untuk di amalkan isi kandungannya. Itulah yang di ajarkan oleh kerajaan.

Malang sekali, terikut-ikut dengan agenda untuk memperlingkupkan remaja Islam ialah dari kalangan pemimpin Islam sendiri, diikuti rakyat jelata dari kalangan remaja Islam sendiri, yang Melayu. Aku teringin nak tengok kajian rasmi berapa ramai ramaja Islam yang pergi ke konsert, berapa ramai remaja Islam yang mengundi dalam rancangan Akademi Fantasia, berapa ramai remaja Islam yang tergila-gilakan menanti di kaca television untuk menonton rancangan tersebut.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW yang sekira-kira maksudnya:

Lima Belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3) Zakat dijadikan hutang.

4) Suami memperturutkan kehendak isteri.

5) Anak derhaka terhadap ibunya,

6) Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7) Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13) Para artis-artis disanjung-sanjung.

14) Muzik banyak dimainkan.

15) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Hadith Riwayat Termizi

Siapa yang kaya? Yang kaya adalah astro dan syarikat komunikasi. Siapa yang lemah? Yang lemah adalah budak remaja Islam kita. Secara automatik penghayatan remaja Islam kita terhadap ajaran Islam semakin surut.

Berita kelmarin; 50,000 dijangka saksi konsert percuma AF3 cukup memberi gambaran kepada kita keadaan masyarakat kita yang semakin kronik. Seperti kita sedia maklum, salah satu cara barat untuk menjatuhkan Islam ialah menggunakan hiburan, nyanyian untuk melekakan orang Islam dari tuntutan kehidupan untuk berjihad. Jihad membasmi kejahilan, jihad lawan hawa nafsu, jihad menegakkan kalimah La Ila Ha IllaAllah, Muhammad Rasulullah.

Selain Akademi Fantasia, rancangan yang mendapat sambutan dari kalangan masyarakat kita ialah mentor. Dari hasil kajian Nielsen Media; 12 Jun hingga 18 Jun 2005 menunjukkan rancangan tersebut menduduki tempat yang ke 4 rancangan populor di tv3.


Posted by Hello

"Mentor merupakan sebuah program pencarian bakat yang mempunyai kelainan. Bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di persada seni tanahair, ia mempunyai citarasa yang akan membawa keseronokkan serta mempunyai unsur-unsur glamour dan profesionalism."

Para artis ditonjolkan agar dapat mengisi ruang kekosongan di dalam hati remaja Islam. Artis di jadikan idola untuk memimpin masyarakat. Bukan yang mengisi jiwa remaja sekarang ketokohan serta keperibadian ulama.

Bila artis diberi ruang seluasnya untuk dijadikan role model anak-anak remaja kita sekarang, tunggulah, tunggulah bala dari Allah SWT. Tunggulah kemusnahan yang akan menimpa kehidupan kita.

Kawan-kawan, azab Allah amat pedih. Serulah masyarakat ke arah kesyumulan Islam.

waAllahua'lam.

0 Komen