Bismillahirrahmanirahim...
Hari ni, kita bincang sedikit beberapa persoalan berkaitan dengan ibadat seharian kita. Seperti kita sedia tahu, pada hari Jumaat, muslimin akan pergi bersolat Jumaat di masjid. Dan apabila telah azan sekali, kaum muslimin akan bangun untuk solat sunat. Adakah ianya di sunatkan? Apakah hukumnya? Adakah bid'ah yang dikeji?
Kalau kita pergi ke Perlis, mereka tak buat macam tu. Hanya azan sekali, kemudian khatib akan naik mimbar danberkhutbah membaca khutbah. Masih teringat lagi, aku pernah dengar khutbah Jumaat yang bertajuk 'Cintailah Sungat Kita'. Rasa cam nak gelak ja rasanya. Orang dok bincang isu Umat Islam yang lebih besar, dibincang bab yang remeh temeh.
Jadi, kesempatan yang ada, aku berikan beberapa dalil. Buat kaum muslimin, Jumaat yang mendatang, pergilan kalian ke masjid, dan buatlah dengan penuh keyakinan. Bahawa dalil disyar'ie kan solat sebelum Jumaat itu, ada dibincangkan ulama. Usah diambil pedulikan mereka yang selalu menghukumkan bid'ah. Biarlah mereka dengan agama mereka.
Hari ni, kita bincang sedikit beberapa persoalan berkaitan dengan ibadat seharian kita. Seperti kita sedia tahu, pada hari Jumaat, muslimin akan pergi bersolat Jumaat di masjid. Dan apabila telah azan sekali, kaum muslimin akan bangun untuk solat sunat. Adakah ianya di sunatkan? Apakah hukumnya? Adakah bid'ah yang dikeji?
Kalau kita pergi ke Perlis, mereka tak buat macam tu. Hanya azan sekali, kemudian khatib akan naik mimbar dan
Jadi, kesempatan yang ada, aku berikan beberapa dalil. Buat kaum muslimin, Jumaat yang mendatang, pergilan kalian ke masjid, dan buatlah dengan penuh keyakinan. Bahawa dalil disyar'ie kan solat sebelum Jumaat itu, ada dibincangkan ulama. Usah diambil pedulikan mereka yang selalu menghukumkan bid'ah. Biarlah mereka dengan agama mereka.
1. Apakah hukumnya melakukan solat sunat qabliyah jumaat? Adakah ia sunat atau bida'ah? Saya ada menghadiri kuliah saudara Hafiz Firdaus. Beliau mengatakan solat ini tiada nasnya. Adakah benar?
Hukumnya adalah sunat, bukan bid'ah.
Telah berkata ulama, dalil مشروع sunat dahulu sebelum daripada Jumaat itu ada banyak, antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin az Zubair di sisi Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan الدارقطنى dan at Tabrani.
Ertinya: Telah bersabda Rasulullah SAW tiada daripada solat yang di fardhukan melainkan ada di hadapannya dua rakaat sunat.
Dan lagi telah diriwatkan oleh at Tabrani di dalam الأرسط bahawasanya Nabi SAW bersolat dahulu daripada Jumaat empat rakaat sunat dan kemudian daripadanya empat rakaat sunat.
Dan telah menyebut العيني akan dia oleh di dalam kitabnya yang bernama 'Umdatul Qari pada syarah Sohih Bukhari dan tiada ta'liknya atasnya.
Dan di dalam kitab al Fath: Telah meriwayatkan oleh at Tabrani di dalam الاوسط daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA bahawasanya Nabi SAW bersolat dahulu daripada Jumaat empat rakaat dan kemudiannya empat rakaat.
Daripada Nafi' berkata: Adalah Ibu Umar memanjangkan solat sebelum Jumaat dan beliau bersolat selepas Jumaat dua rakaat di rumahnya dan menceritakan bahawa Rasulullah melakukan sedemikian. ( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Hibban. Lihat 'Aunul Ma'bud /335)
Dan telah dinaskan oleh Imam Syafie Rahimahullah di dalam al Umm pada bab as Solat qabla al 'aid wa ba'dah menyuruh makmum solat dahulu daripada Jumaat dan kemudian daripadanya dengan katanya begini: Telah berkata as Syafie "Dan adapun bermula makmum itu maka menyalahi bagi imam kerana bahawasanya kami menyuruh akan makmum dengan mengerjakan sunat dahulu daripada Jumaat dan kemudian daripadanya, dan kami suruh akan imam bahawa memulai khutbah Jumaat, kemudian dengan solat fardhu Jumaat, tiada solat sunat ia. Dan kami sukakan baginya bahawa kembali ke rumah dan solat sunat. Dan bahawasanya makmum itu berlainan dengan Imam."
Begitu juga dengan persoalan saidina di dalam tasyahhud.

3. Adakah boleh menambah perkataan 'Sayyidina' ketika solat? Adakah ia dibolehkan atau bida'ah?
Adakah harus membaca saidina dalam tashahhud?
Adalah harus menyertakan lafaz Siyadah (saidina) dalam tasyahhud, kerana telah di datangkan dalam hadith yang sohih, bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: Aku merupakan Sayyid (penghulu) manusia.
Dan aku mengatakan bahawa tidak salah menyebut saidina di dalam tasyahhud, cuma tidak menepati sunnah kerana di dalam hadith yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Mas'ud. Dan begitu juga tidak di sebut saidina di dalam tasyahhud Ibnu Abbas dan juga tasyahhud Ibnu Abi Musa as Ashari. Cuma bersalah-salahan antara ulama yang mana lebih afzal antara 3 tasyahhud ini.
Di dalam mazhab as Syafie Rahimahullah dan sesetengah ashab Malik bahawasanya tasyahhud Ibnu Abbas itu lebih afzal daripada lainnya kerana ada disebut lebih satu lafaz iaitu المبارك padanya.
Bagaimanakan tasyahhud Ibnu Abbas itu?
Iaitu:
Ini yang lebih afzal pada mazhab as Syafie Rahimahullah.
waAllhua'lam

التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته سلام علينا وعلى عباد الله الصالحين أشهد أن لا اله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
Ini yang lebih afzal pada mazhab as Syafie Rahimahullah.
waAllhua'lam
Nak jawab ilmiah macam mana, tulisan macam Fathi Aris ini, kita tak lawan sungguh-sungguh. Idea2 dia ni lebih sesatkan orang daripada jarum & kon dom http://dampak.blogspot.com/ Penilaian Dampak Agama
Lihat tajuk2 yang diai tulis:
# Menyiasat wacana agama
# Mempermasalahkan PUM edisi 2002
# Kajian dampak agama (contoh I)
# Zeitgeist dalam beragama
# Ibarat diberi dadah
# Rakyat maksiat, pemimpin tidak!
# Merumus agama tanpa demokrasi
# Agama dicipta untuk polemik (?)
# Wajarkah agama dikritik?
SEBAR-kan supaya semua pencinta Islam tahu siapa penulis yang suka menghina Nabi, ulama & gerakan Islam
Hantarkan protes anda kepada e-mail mereka dampak2005@yahoo.com.sg
erm... qabliyah jumaat hehehe... susah nak buat sebab dulu dkt 2 tahun kat perlis tak buat maa.. bila balik dah jadi kekok...
Fathi Aris, telah nyata akan kesesatan.
Mereka yang berselindung di bawah laungan 'reformis' ini diibaratkan gunting dalam lipatan.
Orang yang telah nyata kafirnya mudah dikenali, tapi orang munafik, amat susah sekali untuk dikenali.
Jika ada orang 'copy'posting saya ini, kemudian nak tegakkan juga bahawa sapa yang lakukan termasuk bid'ah, maka ianya tak faham apa itu persolan khilaf, tak faham mana yang lebih aula untuk diperjuangkan. Kalau tak faham jua, duduk diam-diam belajar dan sambung lagi belajar. Bagi faham benda yang mudah ini.
waAllhua'lam.
Sekarang heboh JIL. JIL ni antara thesisnya nak menghidupkan kembali wacana Muktazilah. Tapi JIL ni lagi banyak tersasul dari Muktazilah. Muktazilah kebanyakan pendapatnya tentang i'tiqad dan ilmu kalam. Tapi Muktazilah tak tolak Shariah. Tapi JIL Shariah pun mereka nak kaji-kaji, alter2 lagi. Fathi pulak, orang pandai. Dia ni thesisnya antara lain attack masyarakat yang dia rasa Umiyyun (bukan maksud literal). Contohnya, orang nak attack JIl, tapi tak paham JIL tu apa, dari mana. Liberalisme tu apa, apa sejarahnya, hasil Renaissance kah, hasil Reformation kah. Dan dia tak suka isu-isu AF3, Valentine Day ka, bagi dia isu ni tak relevant, cuma nak menjadikan Islam tu agama 'tak boleh'. Masalahnya, Fathi ni suka attack, terutama gerakan Islam, walaupun dia baik dengan beberapa pimpinan PAS. Lebih baik dia menolong dari attack tak habis.