Kerana Lupakan Allah...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, June 14, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit kata-kata dari penulis buku yang bertajuk: Nasihat Tokoh-Tokoh Islam Sedunia, oleh Tuan Haji Zabidi Hj Nawawi;

Tidak syak lagi rata-rata manusia dewasa ini sedang ketandusan jiwa, sunyi dari kekuatan dan kesegaran rohani, tidak menikmati kemanisan dan kelazatan iman (Halawatal iman). Hal ini berpunca dari sepinya hati dari makanan, minuman dan baja yang sangat diperlukan untuk ia terus hidup mekar dan segar bugar, ditambah pula lagi berbagai penyakit yang telah menyerang hati itu dari berbagai sebab dan punca. Telah sepakat ulama menyatakan kejatuhan umat ini berpunca terutamanya kerana kita lupakan Allah, maka dengan sebab itu Allah s.w.t ‘melupakan’ kita.

Lalu kita tidak mendapat bantuan, pertolongan serta kemuliaan yang sewajarnya daripadaNya. Setiap individu ummah mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan sistem Allah di bumi tidak kira dari golongan dan peringkat mana mereka berada. Yang lebih bertanggungjawabnya ialah para ulama’ dan umaraq’(pemerintah). Ulama’ dizaman kegemilangan Islam menasihati pemerintah bukan dinasihati pemerintah. Mereka tegak di atas keberanian meski pun nyawa dan harta bendanya terancam. Mereka beramal dengan ilmu dan benar-benar takutkan Allah dan tidak takut selainNya. Mereka menasihati ummat dengan ikhlas dan jujur, tidak berkepentingan duniawi.

Wahai saudaraku, masa tidak menunggu kita untuk memulakan langkah menuju kehidupan yang diredhai Allah seperti kata Allama Iqbal. Menjadi "abid Allah tentera Muhammad". Dan katanya lagi Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup membangunkan zaman yang baharu, memperbaharui kekuatan iman, menyalakan pelita hidayat, menyebarkan ajaran khatimul anbiya.

waAllhua'lam...

0 Komen