Benarkah Kalam Ini?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, April 30, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

SubhanaAllah, wal Hamdulillah, waAllhuakbar... La hau la wala quwwatuilla billahil'aliyyuldzim...

Pernah dengar tak ada sebilangan manusia yang berkata: "Allah bertangan, tapi tak seperti makluk. Allah turun tapi tak seperti makhluk. Allah berwajah tapi tak seperti makhluk."

Mungkin kita dengar ianya dari sebilangan manusia yang mendakwa kami berakidah seperti salafussoleh. Kami tak takwil ayat, berpegang dengan zohir ayat, tapi kaifiatnya terserah pada Allah.

Tapi, tanpa disedari, apabila kita hanya semata berpegang pada zohir ayat al Quran, akidah kita seperti kalam di atas.

Soalan:

1) Benarkah akidah salafussoleh begitu?
2) Benarkah salafussoleh tak takwil ayat?

Jawapanya, mari kita ngaji semula. Tadah kitab kat tok guru. Ni persoalan usul, soal iman atau sebaliknya. Silap, boleh membawa padah.

Jawapan pendek yang boleh aku bagi, kalam seperti di atas adalah kalam wahabi. So, apa tindakan kita? Any comment?

WaAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Klinik Hati

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, April 29, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam minda aku, aku ada satu idea perbincangan. Berkaitan dengan syarikat telekomunikasi dan cabaran sekarang. Tapi, aku tak dan nak taip Hehe. Kalut sikit sejak akhir-akhir ni. Banyak urusan kena selesaikan. Tu kadang-kadang aku tak sempat nak up date weblog aku.

Hari ni, aku mampu copy and paste ja. Agak menarik isinya. Moga bermanfaat buat kita.

Kisah Simbolik

John menghampiri Ahmad dengan suatu soalan “Kamu ni Muslim ke?”

Ahmad: Ya saya

John: Boleh saya tanya satu soalan?

Ahmad: Silakan,

John: Saya hidup mewah, berpengajian tinggi, dan kedudukan saya sangat berprestij, namun, saya tidak berasa senang dengan kehidupan saya. Saya rasa bosan dan tidak gembira. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang pakar psikiatrik, dan saya juga mencuba bermacam-macam cara untuk memperolehi keseronokan (sex, musik, arak, melancong, dsb.), tetapi hati saya masih tidak tenang. Hinggakan saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Apa kamu pernah berasa sedemikian rupa?

Ahmad: Tak pernah, tapi saya rasa saya boleh membantu kamu.

John: Bagus kalau begitu.

Ahmad: Biar saya ajukan beberapa soalan terlebih dahulu. Apa yang akan kamu lakukan jika kamu ingin memberi keenakkan kepada mata kamu?

John: Saya memandang kepada wanita-wanita cantik, melawat taman yang indah atau yang lebih kurang begitu.

Ahmad: Okay, bila kamu ingin memberi keenakkan kepada hidung kamu pula?

John: Saya mencium minyak wangi, bunga yang cantik, atau melawat taman yang mempunyai kewangian yang indah.

Ahmad: Okay, jika kamu ingin memberi keenakkan kepada telinga kamu pula apa yang akan kamu lakukan?

John: Saya mendengar musik dan lagu.

Ahmad: Mengapa kamu tidak memberi keenakkan kepada hidung dengan mendengar musik, kepada mata dengan menghidu wangian, dan kepada telinga dengan memandang wanita-wanita cantik?

Tatkala ini John mula meragu samada dia sekarang ini sedang bicara dengan orang gila.

Akan tetapi John menjawab. Wanita-wanita cantik tidak dapat memberi keenakkan kepada telinga kerana ia adalah sesuatu yang saya lihat dan telinga memerlukan sesuatu untuk didengar untuk timbul rasa enak. Begitu juga, tidak timbul keenakkan pada hidung melalui musik, ia memerlukan wangian untuk dihidu agar timbul keenakkan yang tidak bisa dijana dengan mendengar musik. Dan wangian yang lunak tiada kena menggena dengan keenakkan mata!

Ahmad: Dimana yang kamu rasa tidak enak?!

John: Di dalam dada, di hati ini, kan sudah saya bilang tadi.

Ahmad: Kamu tidak akan bisa memberi keenakkan kepada hati kamu melalui halwa mata, halwa telinga mahupun hidung. Kamu harus mencari keenakkan yang berkaitan dengan hati untuk menghilangkan kegundahan kamu itu!

John: Logik juga apa yang kamu

Ahmad: Hati akan berasa enak pabila seseorang itu mengenali Tuhannya dan menyerah dan pasrah kepadaNya. Hanya ini saja cara yang saya tahu “Katakan La illaha illa Allah Muhammadan Rasulullah” dan kamu akan merasa keenakkan jauh di lubuk hati kamu.

John: Biar saya fikirkan dulu perkara ini dan pelajari lebih mendalam tentang Islam terlebih dahulu.

Apa kata kalau kita juga melakukan perkara yang sama, belajar tentang Islam untuk memberi keenakkan kepada hati dan kelapangan yang tidak semua manusia bisa memperolehinya!

WaAllhua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Seminggu Berlalu...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, April 28, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Dah lama aku tak up date weblog aku. Sejak akhir-akhir ni, rasa banyak kerja yang aku kena buat. Jadual hidup pun ketat. Alhamdulillah, apa-apa pun, aku tak habiskan masa aku atas urusan yang sia-sia.

12 Rabi’ul awal telah berlalu seminggu. Hidup kita mestilah berpandukan Rasulullah SAW. Tak ada contoh teladan yang sesempurna melainkan Rasulullah SAW. Negara kita pasti akan mendapat rahmat Ilahi sekiranya diri kita mengikut teladan Rasulullah SAW. Tak kiralah lah sapa pun dia; bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sama ada seorang rakyat berindividu, rakyat berkeluarga, rakyat berpolitik, rakyat berpelajaran mahupun pemimpin negara.

Kesimpulannya, segalanya bermula dari individu itu sendiri. Jika masing-masing ikut teladan Rasulullah, insyaAllah, kita mampu wujudkan masyarakat yang bertamadun. Bangsa yang mulia. Mulianya bangsa bukan kerana perjuangan kebangsaan, tapi kerana Islam. Islamlah yang memuliakan bangsa Arab, Islam lah yang mengangkat martabat Saidina Umar RA.

Hari Isnin yang lepas; 25 haribulan, alhamdulillah aku berkesempatan untuk pi ke kuliah Sheikh Nuruddin. MasyaAllah, tabarakaAllah… (ayat yang selalu Sheikh sebut-masih ternging-ngiang di telinga aku), pukul 7.15 malam sudah kelihatan ramai jemaah masjid yang hadir. Aku nak parking moto buruk aku pun kena cari tempat yang strategic. Kereta hanya sebahagian yang boleh parking di kawasan halaman masjid, dan kebanyakan parking di luar halaman masjid.

Rasa nak menitis air mata, lihat ramai yang hadir; yang tua, muda, muslimin dan muslimat, pakai serban ala pondok pun ramai, kereta marcedez mewah (tak salah aku) KAL 111 pun ada, yang kaya, miskin, golongan professional dan macam-macam lagi.

Ini menunjukkan, semua lapisan masyarakat nakkan kembali kepada Islam. Ramai yang telah sedar dan mahu perbetulkan kesilapan lampau. Semua nak mendalami Islam dan belajar sebelum terlambat.

Tapi sayangnya, ramai juga yang tak nak kembali pada fitrah Islam. Jika ramai pemuda-pemudi yang boleh hadir ke kuliah agama, ramai lagi yang tak hadir. Ramai lagi yang sanggup habiskan tiket untuk pergi jauh melihat konsert walaupun melangkau 2 3 buah negeri dari pergi ke masjid yang hanya depan mata.

Kita minta lindung kepada Allah, agar Allah SWT pelihara kita dari kebinasaan, semoga Allah tetapkan hati kita atas jalan iman dan taqwa.

Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rasulullah SAW, Rahmat Ke Seluruh Alam.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, April 21, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahamanirrahim…

Allah Taala berfirman di dalam surah al Anbiya’ ayat 107 bermaksud:

Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Ya Rasulullah, Engkaulah rahmat ke seluruh alam. Dirimu dan Islam yang kau bawa adalah rahmat ke seluruh alam.

Tanamkan kecintaan kita kepada junjungan Besar Nabi SAW dengan banyakkan berselawat kepada Baginda SAW, menyusuri sirah kehidupan dan perjuangan Baginda SAW.

Jika kita pemimpin negara, negara kita akan mendapat rahmat seandainya kita jadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan mengikut jejak Baginda SAW sebagai seorang pemimpin.

Jika kita seorang ketua keluarga, keluarga kita akan mendapat rahmat jika dengan mengikuti teladan Rasulullah dengan isteri-isteri Baginda dan cucu Baginda.

Jika kita seorang suami, keluaga yang bakal di bina akan mendapat rahmat dengan menjadi suami seperti Rasulullah SAW.

Jika kita seorang isteri, akan menghuni syurga Ilahi seandainya kita mengikuti peringatan Baginda kepada kita.

Jika kita seorang anak dan remaja, lahirlah seperti Saidina Ali SAW dan Saidatina Fatimah az Zahra, jika kita mengikuti tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Diri kita akan mendapat rahmat Rasulullah, jika kita mengikuti Rasulullah SAW sepanjang kehidupan kita.

Ya Rasulullah… Engkaulah teladan sepanjang zaman.

Salam 12 Rabi’ulawal 1426.

WaAllahua’lam…

an-NaQshY- perbincangan majlis memperingati Maulidurrasul SAW boleh dirujuk dalam kitab lataifulma’arif, karangan al Hafiz Zainuddin Ibnu Rejab al Hanbali, dari muka surat: 125-150, terbitan Darul Ibnu Rejab.

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Lif Rosak.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, April 20, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

Si A: Macamana ni... Rumah kita lak atas sekali?
Si B: Aduhhhh... Bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
Si C: Aku rasa baik kita panjat tangga aje... Kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita....

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku... Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... Bla bla bla bla bla...

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh... Sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata... Kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya... Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... Bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih.... Punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... Sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... Korang punya cerita tak sedih lagi... Cerita aku lagi sedihhhh punya.
Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
Si C: Mmmmm... Mungkin hari ini dalam sejarah...
Si B: Cerita aje le... Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story... Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

WaAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Air Terjun

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, April 19, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello


Di mana yerk?

WaAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Masyarakat Yang Celaru...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, April 18, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Al kisah, telah dikhabarkan kalam seorang Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bahawa - Kerajaan bercadang mewajibkan semua pasangan yang telah berkahwin mengikuti kursus pasca perkahwinan dalam usaha mengurangkan kadar perceraian di negara ini. Berita lanjut.

Jadi, mau tak mau, Dr. Mashitah sendiri yang kena pi kursus tersebut; kalau dia dah kawin 30 tahun, maka kena pi la qadha kursus selama 3 kali. Hehe… Aku bukan apa, bila timbul kursus ni, takut-takut ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Swastakan kursus. Maka kayalah individu-individu tertentu dengan cepat. Jadi, dengan agama ni, orang leh pikir untuk cari untung sahaja. Bukan pikir nak tinggikan agama.

Bila aku baca berita tu kelmarin, aku pikir ini menandakan bahawa masyarakat kita sudah berada tahap paling kritikal. Kehidupan masyarakat yang dah semakin serabut. Dulu-dulu, zaman tok nek kita, walaupun kehidupan ala kampung, tak modern cam kita sekarang ni, tak mewah semewah kehidupan sekarang, bagunan tak setinggi langit, alhamdulillah mampu hidup bersama sampai ke mati. Mampu sarakan anak sehingga anak-anak yang hidup sekarang ni berjaya dan hidup mewah.

Bila zaman bertambah modern, rupanya masyarakat sudah semakin serabut. Tahap perceraian semakin tinggi. Bukan isu perceraian sahaja membimbangkan kita, tapi gejala sosial remaja sekarang juga amat merungsingkan minda kita.

Pendek kata, masyarakat kita sekarang dari atas semuanya berproblem. Pimpinan kerajaan dengan isu rasuah, ibu bapa dengan isu cerai, anak-anak remaja sekarang dengan isu gejala sosial; campur gaul lelaki perempuan bukan muhrim sebebasnya, artis dengan isu dedah dan dadah. Media massa dengan keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada pendedahan gambar 'dedah' para artis kepada masyarakat. Alam sekitar dengan isu gondol dan untung serta pencemaran alam. Mahasiswa-mahasiswi dengan isu seks bebas dan pelaja-pelajar sekolah dengan isu gengster, dadah dan mat rempit. Dan seterusnya kalian boleh pikir dan senaraikan…

Dan berita hari ni, Kak Shitah membidas remaja sekarang kerana mahu mengejar populariti dengan kalamnya:
BALING 17 April - Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim membidas sikap remaja Melayu yang terlalu ghairah mengejar populariti.

Beliau berkata, kebelakangan ini ramai remaja Melayu cenderung menyertai program berbentuk hiburan dan nyanyian yang dilihat gagal membentuk remaja berbudaya.

Remaja sekarang, bila terlalu mengejar populariti, sedikit demi sedikit, akan men‘dedahkan’ tubuh mereka, lepas tu, bila dah puas ‘dedah’, maka akan isap dadah pula… Cam sekarang, isu artis yang suka dedah dan isap dadah.

Aku terlalu heran, kerajaan tahu dan bimbang dengan isu ni, tapi dasar kerajaan masih suka membiarkan program-program ke arah melahirkan artis. Suka buat konsert, suka buat karnival dan macam-macam lagi. Nasihat ulama tak mau dengar…

Sedarlah wahai aku dan kawan-kawan, masyarakat kita semakin haru biru. Bila masyarakat dah semakin haru biru, maka secara automatik negara pun haru biru. Mari sama-sama pikir, semuanya ini adalah berpunca dari individu-individu. Tu kita lihat, dalam kitab Ustaz Fathi Yakan; apa ertinya saya seorang Islam telah menyusun bahawa pembentukan sebuah negara itu bermula dari seorang individu, jika individu lingkup, maka lingkuplah sebuah negara… Jika individu-individu itu adalah seorang yang berpegang teguh dengan Agama Allah, maka lahirlah sebuah negara Islam yang Allah buka pintu langit dan bumi buat penduduknya yang bertaqwa.

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, April 17, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Kawan-kawan… Hari ni, mari kita renungkan sabda Rasulullah SAW dan peringatan Baginda kepada kita:
Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim.

Ringkasan untuk mudah kita fahami; dua golongan tersebut adalah:

1) Golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.

2) Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.

Kawan-kawan, Nabi SAW dah peringat kat kita, semoga kita ambil peringatan. Untuk diri kita, keluarga kita kaum kerabat kita dan kawan-kawan kita. Mari kita sama-sama untuk berubah, jika dulu tak pakai tudung; berubah kepada pakai tudung. Jika pakai tudung ala kadar tutup rambut; berubah ke arah memakai tudung menutup leher dan dada. Jika dulu baju T Shirt dan pakai seluar jean ketat; ke arah pakai baju kurung. Jika dulu pakai baju kurung; ke arah pakai jubah dan bertudung labuh. Jika dulu berpakaian mengikut feksyen semasa; berubah ke arah niat berpakaian mengikut perintah Allah, bukan untuk berhias-hiasan dan berlawa-lawaan.

Wahai si isteri dan sesiapa jua bakal-bakal isteri, berhiaslah hanya di rumah. Berlawalah hanya di rumah untuk suami mu. Kalian adalah fitnah duniawi. Jika kalian melangkah keluar rumah, maka kalian menjadi sasaran iblis, termasuk juga syaitan yang boleh di nampak iaitu lelaki-lelaki yang berhawa nafsu buas.

Kadang-kadang aku hairan, bila seorang isteri keluar rumah, berhias bukan main lawa lagi. Wanginya, baju ber’colournya warna-warni yang membangkitkan kelawaan diri dan termasuk juga make up yang bermacam-macam. Tapi, bila kat umah, ala haiii… Ala kadar jaaa. Ini bukan bermaksud kena selekeh bila keluar rumah… Berpakailah sekadar yang perlu dalam lingkungan batas-batas syara’.

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

"Kadang-kadang Wanita Goda Kita"

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, April 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Bila aku baca harakahdaily pagi ni, aku tertarik satu berita dari parlimen. Tajuknya seperti kalian baca di atas; ''Kadang-kadang wanita goda kita'' . Bila aku baca secara keseluruhan berita tajuk tu, rupanya YB Salahuddin Ayub tegur berkaitan dengan pakaian pramugari MAS.

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - "Kadang-kadang sebut saja seksual dan gangguan seksual bukan saja lelaki menggoda wanita tetapi kadang-kadang wanita menggoda kita, bak kata pepatah Melayu 'bertepuk tak sebelah tangan'," kata Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) semasa mencelah ucapan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Penerbangan (Pindaan) 2005 oleh Idris Harun (BN - Tangga Batu) di parlimen hari ini. Beliau berkata, oleh sebab itu sewajarnya Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengkaji kembali pakaian pramugarinya.

Ini katanya, pakaian pramugari MAS tidak perlu hendak dibandingkan dengan syarikat penerbangan seperti Pakistan Airline, Arab Saudi Airline ataupun Qatar Airlines bahkan dengan syarikat British Airway pun mereka lebih sesuai daripada mengenakan kebaya yang dipakai pramugari MAS.

Malah katanya, baju mereka sepeti 'cheongsum' tertutup sampai ke atas dada. "Saya pun gusar juga kerana kita ini semua bukan Malaikat Jibrail, kita manusia biasa, itulah sebabnya pramugari kita ini kadang-kadang dia nak hendak tunduk untuk "serve' kepada kita kadang kita tengok dia sendiri pun rasa malu kerana nak tutup dadanya, apalah salah mengena pakaian kebangsaan, pakai kebaya tapi dengan lebih kemas, dan lebih sopan," katanya.

Sementara itu, Idris yang menyambung ucapannya berkata, beliau menyokong saranan Salahuddin dan meletakkan tanggungjawab itu kepada pengurusan MAS supaya dapat membezakan antara seksi dan 'beauty'.

"Seksi tidak semestinya 'beauty' dan 'beauty' tidak semestinya seksi dan dua perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh MAS," katanya. - mks.

Nak tau betul ke tak, jom naik kapal terbang. Pi la mana-mana pun. Tapi kalau naik penerbangan domestic, tak dapat nak buktikan kenyataan di atas. Tapi kalau naik penerbangan jauh, insyaAllah, mungkin anda akan setuju dengan teguran YB Salahuddin.

Aku ada gak sikit-sikit pengalaman flight perjalanan jauh. Nak boleh di pesan, iman kena kuat sungguh. Kena jaga sungguh-sungguh pandangan mata. Tak jaga, mmm waAllahua’lam. Cek tak tau nak habaq Hehe. Tapi tak tau la, kalau ada manusia yang tak normal; rasa cam tengok kayu tunggul Hehe. Tak rasa apa-apa pun. Nak syarah panjang-panjang, tak elok lak kan, so sendiri mau ingat Hehe.

Mungkin juga pramugari tu pun malu nak berpakaian sebegitu, tapi apakan daya. Dah bos suruh pakai macam tu. So, kita nak letakkan tanggungjawab pada siapa? Kuasa di tangan siapa?

Macam mana la kalau ada yang nak datang Malaysia, nak tengok pelaksanaan Islam Had-hari di negara kita. Naik kapal terbang MAS pun dah dok nampak serupa cam negara sebelah barat ja. Bila landing di negara kita, ntah apa la yang dia nampak. Awal perjalanan pun dah tak nampak di mana Islamnya Malaysia. Di atas pun boleh terbuka, bila di darat, ntah apa la yang di buka.

Isu ni bila dapat kat 50 NGO atau SIS, dikatakan hak kebebasan individu. Undang-undang tak boleh mengongkong hak individu berpakaian. Lantak la, nak pakai ke tak nak, nak pakai ape-apa pun. Nasib baik ada sedikit perasaan malu, so pakai la untuk tutup sikit, kalau tak dak rasa malu, mmm tak tahu nak cerita.

Aku tak pernah pi haji dan umrah lagi, so aku tak tau cam mana gambaran bila bapak-bapak kita, mak-mak kita yang pi haji atau umrah naik MAS. Cam mana la pakaian pramugari. Nak kata tak dak paramugari mustahil, tapi tak tau la sewaktu nak pi anto orang pi haji, pakaian pramugari pun dah bertukar, tutup abih dari atas sampai bawah. Ehhh bermusim la pulak etika pakaian ni yerk.

Bayangkan lah, kita nak pi Mekah (sama ada haji atau umrah), nak pi tu elok dah, tapi dalam perjalanan, mmm kita di layan oleh mereka yang berpakaian tapi telanjang. Tergugat iman gak tuh, dan bila balik, dah dapat gelaran haji, tak turun Malaysia lagi pun dah teruji dengan mereka yang tak berpakaian nih. Fuhh akhir zaman ni, macam-macam fitnah di sekeliling kita.

WaAllahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Banjir.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, April 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

WaAllahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Aminawadudisme Dan Hadharisme: Kaitan.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, April 10, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…
Friday, April 08 @ 17:04:00 MYT

Oleh Dr Shafie Abu Bakar.
Ianya sebenarnya merupakan letusan dari faham sekular, liberal dan moden yang antaranya termanifestasi dalam tuntutan persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Ianya terbina menjadi satu faham yang dikenali dengan `feminisme` atau `emansipasi wanita`.

Faham ini menganjurkan penentangan terhadap aturan-aturan yang dikenakan terhadap wanita sebagai sesuatu yang tidak adil. Ianya tidak terbatas di dalam bidang politik, perundangan, pekerjaan dan sebagainya, tetapi faham ini dijadikan pendekatan di dalam kajian sosial termasuklah juga sastera. Apakah itu feminisme atau faham emansipasi wanita itu ?

``Emansipasi merupakan konsep penemuan sarana; individu dan kelompok sosial berusaha membebas diri dari ketidakmampuan, ketidakadilan, penindasan-penindasan atau eksploitasi yang dialami oleh dirinya. ..emansipasi merupakan juga usaha untuk melepaskan diri dari kekuatan-kekuatan transendal yang dampaknya seakan tak terjinakkan.`` Ianya juga dihuraikan sebagai, ``Usaha membebaskan diri dari kekuatan alam dan kekuatan transendal sebagai usaha menghapuskan semua ikatan perbudakan, ketergantungan dan penindasan, sehingga pada mereka diberikan hak-hak manusiawi.`` (Dewan Sastera, Jun, 1995: 27 - 28).
WaAllahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ngertilah Wahai Nazri...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, April 09, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Sejak berita berkaitan Jawatankuasa Kaukus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu, ianya terus mendapat perhatian rakyat. Aku fikir, rata-rata rakyat tak bersetuju dengan tindakan tersebut. Walau individu itu yang memangkah parti kerajaan yang berkuasa sekarang. Walau ianya ahli parti kerajaan sekarang. Ini bukan soal politik, ini soal maruah, soal pegangan agama. Soal kehidupan dan masa depan anak-anak yang sedang membesar. Sapa tak sayangkan anak, semua nak lihat anak-anak membesar dalam suasana keislaman. Yang bersetuju dengan tindakan jawatankuasa terbabit, hanya golongan yang tak pernah kenal apa itu Islam, golongan yang bekepentingan politik, yang tak pernah rasa sekelumit untuk mengikuti ajaran Islam.

Penolakan undang-undang moral bertentangan Islam Hadhari

Malah, desakan untuk menolak penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Penjagaan Moral Individu yang diketengahkan baru-baru ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Caucus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia itu nyata bercanggah sama sekali dengan prinsip Islam Hadhari yang ingin dilaksanakan di Malaysia iaitu keutuhan budaya dan moral.

Usaha 50 NGO umpama kembali ke zaman purba

Sebagai seorang bapa kepada tiga anak kecil, saya juga turut berasa bimbang dengan perkembangan itu, apatah lagi ia disokong oleh sebilangan pihak yang berada di dalam kerajaan.

Jika apa yang dituntut menjadi suatu kenyataan, maka sudah pasti kita akan berhadapan dengan suatu fenomena masyarakat yang cukup menakutkan sebagaimana kehidupan masyarakat Barat yang begitu bebas dan permisif dalam soal akhlak.

Bimbang kesan usaha tolak undang-undang jaga moral

Saudara Pengarang,DI sebuah kampung pedalaman di Perak, seorang pemuda dan seorang gadis `ditangkap basah' ketika berdua-duaan di tepi bendang pada waktu malam. Yang menangkap ialah orang kampung bersama ketua kampung dan imam.

Tiada kekerasan digunakan terhadap mereka, hanya sekadar dipaksa berkahwin serta-merta dengan kenduri kecil.

Kaji semula undang-undang moral individu

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail berkata, keputusan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah membelakangkan undang-undang sedia ada yang jelas berperanan mengekalkan keamanan termasuk membentuk masyarakat berperibadi mulia.

anNaQshY: Jika seorang bekas Imam Masjid Negara (kini ahli politik kerajaan) pun berpendapat tidak bersetuju... Tak kan nak lawan pendapat imam sendiri...

WaAllahua’lam

[+/-] Selengkapnya...

Pintu Mungkar Di Buka, Pintu Ma'ruf Di Tutup.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, April 07, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Allah taala telah memperingati kita di dalam al Quran hal orang munafik yang bermaksud:

Orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu, merekalah orang yang fasik. (at Taubah, ayat 67)

Antara peringatan Allah yang perlu sangat-sangat kita ambil perhatian ialah; sifat munafik:

1. mereka menyuruh dengan perbuatan yang jahat

2. melarang dari perbuatan yang baik

Sejak peristiwa penangkapan artis di kelab malam, aku lihat, usaha untuk mencegah kemungkaran di ketatkan, dan peluang untuk melakukan mungkar, semakin mudah. Penguatkuasaan undang-undang di perketatkan dan menyukarkan untuk bertindak. Mereka-mereka yang kononnya bersuara lantang ingin melaksanakan Islam Hadhari di dalam sebuah negara sekular Islam, terus bersubhat membiarkan maksiat berleluasa. Si maksiat mendapat pembelaan, dan hamba Allah yang ingin mencegah dan bertindak di atas kuasa yang diberi kepadanya, di beri amaran. Kita lihat, apa yang telah dilakukan oleh pendokong Islam Hadhari:

Operasi penguatkuasaan perlu kebenaran OCPD

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kabinet telah mengarahkan setiap operasi penguatkuasaan oleh jabatan agama islam negeri-negeri perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, operasi tersebut juga perlu disertai oleh pegawai atasan polis bagi memastikan ia dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang.

``Tidak ada waran yang boleh diberikan dengan mudah dan tidak ada operasi yang boleh dijalankan secara unilateral.

``Oleh itu pegawai penguat kuasa yang hendak menjalankan operasi mesti mendapatkan kebenaran OCPD kerana jika ada sesuatu yang tidak dijalankan dengan betul maka kita tahu siapa yang bertanggungjawab,'' kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Nazri mengulas mengenai memorandum yang dihantar kepada beliau selaku Pengerusi Kaukus Parlimen Mengenai Hak Asasi Malaysia oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Sisters In Islam, Zainah Anwar.

Berita hari ini pula menyiarkan: Tindakan Jawatankuasa Kaukus Parlimen dikesali

KUALA LUMPUR 6 April - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kaukus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.

Timbalan Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan itu jelas menunjukkan pandangan Islam tidak diambil kira dan meletakkan soal hak asasi manusia melebihi agama.

Sebaliknya, kata beliau, budi pekerti serta moral yang mulia adalah satu-satunya perkara asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah di dunia ini.

``Tiada agama di dunia ini yang berkompromi tentang isu-isu moral berkaitan keruntuhan akhlak umatnya, sebagai contoh, sami-sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak di negara tersebut kerana menyebabkan keruntuhan moral di kalangan golongan
pemudanya.

``Undang-undang sebenarnya adalah bersandarkan kepada moral manakala moral pula bersandarkan kepada agama,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.Menurut Nazri, keputusan itu diambil kerana soal yang berkaitan moral adalah hak peribadi setiap individu dan kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia.
Kawan-kawan, setiap manusia, pasti merasai mati, tak terkecuali. Bermula dari PM, anak-anak buah PM sehinggalah rakyat jelata, tak terkecuali. Mungkin sekarang ni, selesa di atas, tanpa disedari amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi akan ditanya kelak. Maka, mereka-mereka yang selesa dengan amanah yang diberikan tu, akan di tanya hal amanah yang dipikul. Maka, kita pula akan di tanya; “kenapa kamu memangkah melantik si fulan sebagai pemimpin kamu, nahhh sekarang bila si fulan berkuasa, si fulan telah menghina agama Allah, tidak melaksanakan amanah Allah di atas muka bumi berlandaskan syariat Allah.”

Aku pun heran, katanya negara Islam, tapi mungkar di galakkan, kebaikan di sekat. Kata Nazri, “kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia.” Aku pikir, mungkin dia ni pernah hidup dalam hutan rimba, tak perlu ada undang-undang. Buat le sesuke ati pun. Nak pakai baju ke, tak nak pakai baju ke, nak buat ape ke…

Jangan hairan la, jika suatu hari nanti, jika anak perempuannya di rogol ke, di raba ke, di kacau ke, isterinya di bawa lari ke dan seangkatan dengannya. Maka dia tak leh marah kepada mana-mana individu, sebab itu hak asasi manusia. Kebebasan untuk buat apa-apa sahaja. Atau lebih tepat (mungkin), dia nak turun taraf dari sebagai manusia yang punyai akal, turun taraf haiwan yang punyai otak, tapi tak dak akal. Hidup tanpa landasan agama, tak ada ikatan agama, maka dia seolah-olah seekor lembu yang di beri nama… Nama lembu itu dot dot dot… (anda di minta isi sendiri Hehe)

Maka, atas prinsip hak asasi manusia, maka timbul bapak saman anak, seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Bapak Nasha Aziz nak saman anak dia. Nanti, akan timbul lak suami saman isteri, anak saman mak bapak… Sebab ape, manusia punyai hak kebabasan untuk menyaman… Hehe Sudah lingkup kehidupan masyarakat sekarang nih… Tapi yang heran nya, kerajaan masih lagi nak lahirkan ramai artis-artis (sudah nyata artis tak ada seorang pun mempunyai contoh dan ikutan), Akademi Fantasia (AF) di Astro Ria. Audition di ntv7. Malaysian Idol di 8TV. Bintang Harapan di RTM. Maka, tergila-gilalah belia kita melolong nak jadi artis, mudah cepat kaya… Dengan menggadai body hanya untuk sesuap nasi, populor hanya gambarnya terpampang di majalah dengan aksi seksi. Kalau tak kaya gak, maka juallah ganja atau shabu.

Maka, tugas kita adalah melantik pemimpin yang tahu dan mahu melaksanakan suruhan Allah, bukan sekadar Islam dijadikan sebagai bahan pelaris bila ada kepentingan untuk berkuasa menunaikan hajat nafsu. Buat masa sekarang, aku masih terpikir-pikir lagi, di mana pelaksanaan Islam Hadharinya... Dok nampak, cam merapu ja Hehe

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Dah lupa?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, April 06, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Buletin utama pukul 8 malam tadi, menyiarkan berita hal makmal komputer sekolah yang tak siap-siap di bina sejak 1 atau 2 tahun lepas. Dan 2 atau 3 malam buletin utama siarkan. Sebelum tu, tiap tiap hari siarkan hal kemusnahan alam. Tiap-tiap malam siar, balak la, tembakau la, apa lagi yerk. Hal yang paling besar, sampai PM sendiri naik helikopter nak tengok sendiri, Bukit Cahaya Shah Alam. Sampai kabinet putuskan nak ambik alih. Dan Khir Toyo beria-ria nak akan ambil tindakan mahkamah ke atas pemaju yang terlalu samseng mengondolkan taman tersebut.

Baguslah, berita siarkan cam tu, membuka kesalahan kerajaan apa yang kita tak tau. Cuma, alangkah lebih bagus kalau di freshkan selalu, sebab melayu suka lupa. Dulu kecoh, lepas tu senyap lak. Itulah politik orang melayu. Dan itulah cara politik sesetengah ahli politik, dia buat apa yang dia suka. Mula-mula masyarakat marah, lepas tu, senyap la. Maka timbulah lah istilah ‘melayu mudah lupa’.

Apa hal dengan pemaju yang sesuka hati menggondolkan Bukit Cahaya tu, senyap je, dah kembali mengganas ke?

anNaQshY: Aku tak lupa…

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Cerpen-Orang Berjasa

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, April 06, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada bulan Mac yang lepas, aku ada terbaca satu cerpen yang menarik; bukan cerpen cinta cintun yang melembikkan jiwa, bukan kisah pasangan kekasih seperti romeo dan juliet, tetapi kisah kehidupan dan perjuangan yang perlu kita sama-sama hayati. Aku pun minat membaca novel dan cerpen, tapi bukan kisah yang bertemakan cinta semata-mata. Bukan novel dan cerpen yang penulisnya menulis menggunakan bahasa yang terlalu bombastic. Tapi, hasil tulisan yang biasa, yang ayatnya mudah difahami. Punyai maksud yang tersirat

So, apa kata kita baca cerpen tersebut… Penulisnya ialah Mohd. Affandi Hassan. Aku tak kenal pun sapa Hehe. Yang aku pernah dengar, Ramlee Awang Murshid, penulis novel thriller. Novel dia ok la. Ayat tak la bombastic yang memeningkan kepala. Tapi, novel dia kita kena main otak banyak sikit. Banyak kena fikir.

Tajuk cerpen yang aku maksudkan bertajuk Orang Berjasa. Antara sedutan yang menarik:
``Kamu tidak kenal orang berjasa seperti Tok Guru Haji Hashim Azhari? Umurnya sekarang lebih dari 90 tahun, masih sihat, masih mengajar sedikit-sedikit kepada yang memerlukan. Itulah orang berjasa yang sebenar-benar berjasa.''

``Berjasa? Apakah jasanya?'' Semua kami berasa hairan. Bagaimana orang berjasa tidak dikenal orang? Kalau begitu, apa jenis jasanya yang tidak dikenal orang itu?

``Apakah jasanya, nenek?'' desak kami seakan-akan membantah.

``Apakah jasa kamu sendiri, yang berani menyoal jasa seseorang?'' tempelak nenek dengan suara tajam.


``Prof. Fakhruddin Adli adalah seorang ahli falak tinggi, seorang ahli kaji bintang yang sangat alim dalam ilmunya. Jika kamu kenal beliau, nenek jamin kamu akan jadi lebih cerdik, dan akan lebih cintakan ilmu. Fakhruddin mengemukakan tesis, bahawa bintang-bintang dan cakerawala mengadakan dialog sesama mereka di angkasa lepas, memerhatikan dengan teliti segala gelagat anusia dan makhluk di bumi. Kamu berasa pelik kerana kamu tidak mengkaji al-Quran. Kamu tentu sudah pernah diberitahu oleh ustaz kita tentang zikir, tentang zikir Nabi Daud a.s. yang disambut oleh gunung, langit, burung, dan alam maya. Tentang Nabi Yusuf a.s. yang bermimpi tujuh bintang sujud di kaki baginda,'' (nenek tunduk terharu, sambil menyapu air matanya. Suaranya menggeletar ketika dia menyambung percakapannya).

Nak tahu apa kisahnya, baca selanjutnya, selamat membaca…Cerpen-Orang Berjasa

WaAllahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Can You Find All?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, April 05, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...


Posted by Hello

Can you find all? Hehe.

Kawan-kawan... Sambil dok perhatikan gambar di atas, sambil mencari jawapan dan mengrilekskan minda kita, apa kata kita sama-sama refresh minda kita, ingatan kita, hal peristiwa artis di tangkap di salah sebuah kelab maksiat malam di ibu kota, kerana berpakaian, tetapi telanjang.

Dah la buat salah, lepas tu salahkan pihak JAWI pula, dan becakap di media massa untuk mencari publisiti murahan. Dan mendapat pembelaan oleh orang politik yang jahil agama. Dengar kata, salah seorang menteri kerajaan Islam Hadhari ada hubungan kekeluargaan dengan si artis tersebut.

Dan dengan isu ini, pihak SIS mengambil kesempatan untuk perjuangkan kehaksamarataan, dan yang terkini, salah seorang yang terlibat dengan penubuhan SIS di Malaysia satu ketika dulu, Amina Wadud membuktikan kehaksamarataan dengan mengimamkan solat Jumaat di New York.

Apa tindakan kita? Nak berdiam diri tanpa rasa sensitif terhadap agama Allah? Biarlah orang politik sudah lupa dengan isu ini, tapi kita sebagai seorang mujahid di jalan Allah, akan terus mengingati peristiwa ini...

Melayu mudah lupa, tapi kita orang Islam tak kan lupa...

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Wanita Perlu Faham Undang-Undang Syariah

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, April 02, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Masih ingatkah anda peristiwa yang mencabar maruah kita sebagai seorang muslim, iaitu peristiwa penangkapan wanita Islam Hadhari artis di sebuah kelab maksiat malam di Kuala Lumpur kerana tidak berpakaian yang menjolok mata? Dan di jawab oleh si kurang ajar itu dengan jawapan seolah-olah mencabar Allah SWT... Seolah-olah tidak beragama...

Ingatkah bagaimana masalah ini di atasi oleh pemimpin sekular Islam Hadhari, keputusannya maksiat terus di bela dan amar makruf terus di sekat?

Maka seronoklah kuffar kerana berjaya mendidik anak buahnya di Malaysia menjadi manusia yang hilang identiti Islam, yang memimpin sebuah negara Islam Hadhari...

Apakah kesimpulan selepas peristiwa itu? Mari kita baca petikan di bawah:-
MAJLIS Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), mengusulkan agar masyarakat diberikan penjelasan mengenai Undang-Undang Jenayah Syariah bagi mengelakkan tanggapan negatif ke atas imej Islam dan sebarang unsur berbentuk penindasan gender.

Usul berkenaan diketengahkan pada panel perbincangan "Undang-Undang Jenayah Syariah dan Wanita-Ke Arah mencari penyelesaian". Ia dianjurkan NCWO sempena sambutan Hari Wanita Antara bangsa di Dewan Perdana Felda yang dihadiri oleh 150 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wanita dari seluruh negara. Ia bermatlamat memberi kefahaman jelas mengenai Undang-Undang Jenayah Syariah khusus berhubung dengan wanita dan peranan pihak berkuasa yang berkaitan di dalam menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

Majlis perbincangan dipengerusikan oleh Yang DiPertua NCWO, Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin bersama dua ahli panel, Ketua Unit Khidmat Masyarakat, Biro Kebajikan & Pembangunan Sosial Pergerakan Puteri Umno, Siti Azizah Omar dan Pengurus Program Sisters In Islam, Masjaliza Hamzah.

Dr Sharifah Hapsah berkata, "Islam sentiasa meletakkan kedudukan wanita di tempat tinggi tetapi kadangkala apa yang terjadi dan dilakukan oleh orang Islam itu sendiri seolah-olah memberi gambaran Islam menindas wanita dan penganutnya. Sebagai negara bermasyarakat majmuk, Malaysia boleh berbangga dengannya dan menjadikan ia sebagai satu kekuatan. Negara kita negara Islam tetapi tidak mendiskriminasi malah mengiktiraf wanita pada kedudukan tinggi dalam pelbagai perkara. Kita tidak mahu perlaksanaan undang-undang Islam yang tidak betul memecah belahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini," katanya.

Katanya bagi memastikan perlaksanaan undang-undang lebih profesional tanpa menimbulkan keaiban orang lain, unsur dalam undang-undang dan tatacaranya perlu dikaji semula. Ini bagi memastikan ia tidak melanggar peruntukan perlembagaan dan menghormati hak orang lain. Cara undang-undang dibuat berdasarkan fatwa juga perlu dikaji kerana ia mengakibatkan orang ramai tidak sedar mereka telah melanggar undang-undang kerana tidak mengetahui mengenai kewujudan sesuatu undang-undang.

"Kita juga ingin tahu apakah bentuk latihan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa dan apakah bentuk latar belakang mereka dalam pengetahuan Islam sebelum mereka menahan orang lain. Apakah 'polis moral' (pegawai penguatkuasa) ini boleh jaga semua orang dari melakukan jenayah moral yang lebih kepada cara berpakaian, berpegang tangan dan berciuman di khalayak ramai. Mengapa mereka ini tidak menjaga kes lain yang lebih tidak bermoral seperti suami yang meninggalkan isteri dan anak tanpa nafkah. Polis moral atau pengawal moral hanya cenderung menjaga perkara yang senang," katanya.

Masjaliza turut mengesyorkan layanan sama rata di antara wanita dan lelaki dalam soal penguatkuasaan undang-undang kerana apabila berlaku serbuan, wanita dan lelaki akan menerima layanan berbeza.

"Sesetengahnya dilaporkan dan selebihnya tidak yang membuatkan orang ramai mempersoalkan tindakan pegawai penguatkuasa. Dari sini kita sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan cara perlaksanaan ini. Kita tidak kata Islam tidak adil pada wanita tetapi terdapat bahagian di dalam undang-undang yang tidak berlaku adil pada wanita. Justeru, undang-undang sebegini perlu diasingkan daripada undang-undang syariah," katanya.

Katanya undang-undang juga perlu jelas dari segi definisi agar orang ramai lebih memahami mengenai sesuatu kesalahan apabila mereka ditahan. Contohnya undang-undang berkaitan cara berpakaian dan berkelakuan tidak sopan gagal dijelaskan dengan sempurna menyebabkan orang ramai masih kabur dengan definisi sebenarnya. Misalnya pada tahun 1997, tiga peserta ratu cantik ditahan oleh pegawai penguatkuasa sebaik saja pertandingan tamat kerana dikatakan berkelakuan dan berpakaian tidak sopan.

"Definisi mengenai apakah cara berpakaian dan berkelakuan sopan perlu diperjelaskan kerana ia terlalu subjektif dan berbeza mengikut pandangan setiap individu. Perlukah ada ukuran tertentu misalnya untuk memakai skirt perlu berada di atas lutut atau bawah lutut bagi memastikan seseorang tidak melanggar undang-undang? Ini adalah antara perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan sesuatu undang-undang dilakukan. Pengertian yang terlalu luas dan kabur menyebabkan perlaksanaan undang-undang banyak bergantung kepada tanggapan pegawai penguatkuasa itu sendiri" katanya.

Katanya kaedah perlaksanaan Undang-Undang Syariah turut menimbulkan persoalan apabila ia tidak selari dengan falsafah Islam yang mementingkan keadilan, memelihara maruah dan menghormati agama lain. Undang-undang yang dibentuk juga tidak sekata mengikut negeri kerana sesetengahnya dibentuk berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh golongan berkelayakan.

"Fatwa tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu undang-undang kerana ia sekadar nasihat yang dikeluarkan oleh mereka yang berkelayakan seperti mufti. Tetapi di negara ini, fatwa digazetkan sebagai undang-undang tanpa perlu dibahas dan diperdebatkan. Ini menyebabkan orang ramai tidak tahu ia sudah menjadi undang-undang yang secara langsung memberi kesan kepada kehidupan sehari-hari. Cara aplikasinya tidak sekata dan tidak adil seolah-olah pergi memancing untuk menangkap mereka yang bersalah kemudian pilih berdasarkan tanggapan penguat kuasa" katanya.

Sementara itu Siti Azizah Omar berkata, lebih banyak taklimat dan penerangan perlu diberikan oleh Jabatan Agama Islam kepada orang ramai mengenai undang-undang syariah. Katanya banyak perkara yang tidak diketahui atau disedari oleh orang ramai mengenai undang-undang syariah yang wujud hari ini.

"Kita mendesak Jabatan Agama Islam untuk menerangkan apa peranan mereka dan berapa jumlah pegawai penguatkuasa yang mereka ada. Ini termasuk latar belakang dan taraf pendidikan agama masing-masing. Ini penting untuk mengetahui apa sebenarnya keperluan penguatkuasa ini, sama ada mereka ini mendapat latihan profesional atau kursus tertentu," katanya.

Katanya lagi pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi perlu diberikan kepada semua lapisan masyarakat khususnya mengenai undang-undang Islam. Selain itu cara perlaksanaan perlu dikemaskini dan orang ramai lebih memahami peranan sebenar pegawai penguatkuasa.

Sumber: Berita Harian Atau


Nanti aku ulas sikit... Bersambung... InsyaAllah

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Pimpinan Hati

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, April 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Berhari-hari aku tak 'up date' aku punya weblog... Ntah la, susah nak terangkan sebab musabab. Tapi yang sebab utamanya, hati aku teramat tersentuh bila beberapa hari lepas di hadapan mataku belaku peristiwa apabila perintah Allah di buat main-main, disenang-senangkan... Peristiwa yang tak mampu aku luahkan di sini... Cukuplah tangisan itu menjadi saksi aku bila di masyar nanti... Syafaat aku melintasi titian siratul mustqim...

Ya Rasulullah, benarlah sabda mu. Kiamat semakin dekat, setiap saat menghampiri kami... Ya Rasulullah, alangkah indahnya hidup jika kami pernah bertemu mu ya Rasulullah... Berjuang di sisi mu... Alangkah bertuah nya Saidina Abu Bakar as Siddiq, yang pernah menemani Rasulullah berhijrah, meribai Rasulullah di gua... Ya Rasulullah...


"Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber
Kebaikan dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Hati perasaannya halus
Sentuhannya tidak terasa
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Bersungguh bermujahadah membuang kejahatannya
Diganti segera dengan kebaikan
Orang itu akan selamat
Dari tipu daya syaitan dan dunia
Ramai orang tidak faham
Perjalanan hatinya sekalipun ulama
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya
Kemudian merasakan baik kesemuanya
Tiada terasa lagi membuat dosa
Di sinilah perlu pimpinan
Guru yang mengenal hati manusia"

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...