Bismillahirrahmanirrahim…
Kawan-kawan… Hari ni, mari kita renungkan sabda Rasulullah SAW dan peringatan Baginda kepada kita:
Kawan-kawan… Hari ni, mari kita renungkan sabda Rasulullah SAW dan peringatan Baginda kepada kita:
Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlengganglenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
H.R. Muslim.
Ringkasan untuk mudah kita fahami; dua golongan tersebut adalah:
1) Golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
2) Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlengganglenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kawan-kawan, Nabi SAW dah peringat kat kita, semoga kita ambil peringatan. Untuk diri kita, keluarga kita kaum kerabat kita dan kawan-kawan kita. Mari kita sama-sama untuk berubah, jika dulu tak pakai tudung; berubah kepada pakai tudung. Jika pakai tudung ala kadar tutup rambut; berubah ke arah memakai tudung menutup leher dan dada. Jika dulu baju T Shirt dan pakai seluar jean ketat; ke arah pakai baju kurung. Jika dulu pakai baju kurung; ke arah pakai jubah dan bertudung labuh. Jika dulu berpakaian mengikut feksyen semasa; berubah ke arah niat berpakaian mengikut perintah Allah, bukan untuk berhias-hiasan dan berlawa-lawaan.
Wahai si isteri dan sesiapa jua bakal-bakal isteri, berhiaslah hanya di rumah. Berlawalah hanya di rumah untuk suami mu. Kalian adalah fitnah duniawi. Jika kalian melangkah keluar rumah, maka kalian menjadi sasaran iblis, termasuk juga syaitan yang boleh di nampak iaitu lelaki-lelaki yang berhawa nafsu buas.
Kadang-kadang aku hairan, bila seorang isteri keluar rumah, berhias bukan main lawa lagi. Wanginya, baju ber’colournya warna-warni yang membangkitkan kelawaan diri dan termasuk juga make up yang bermacam-macam. Tapi, bila kat umah, ala haiii… Ala kadar jaaa. Ini bukan bermaksud kena selekeh bila keluar rumah… Berpakailah sekadar yang perlu dalam lingkungan batas-batas syara’.
WaAllahua’lam…
0 Komen
Post a Comment