Pintu Mungkar Di Buka, Pintu Ma'ruf Di Tutup.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, April 07, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Allah taala telah memperingati kita di dalam al Quran hal orang munafik yang bermaksud:

Orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu, merekalah orang yang fasik. (at Taubah, ayat 67)

Antara peringatan Allah yang perlu sangat-sangat kita ambil perhatian ialah; sifat munafik:

1. mereka menyuruh dengan perbuatan yang jahat

2. melarang dari perbuatan yang baik

Sejak peristiwa penangkapan artis di kelab malam, aku lihat, usaha untuk mencegah kemungkaran di ketatkan, dan peluang untuk melakukan mungkar, semakin mudah. Penguatkuasaan undang-undang di perketatkan dan menyukarkan untuk bertindak. Mereka-mereka yang kononnya bersuara lantang ingin melaksanakan Islam Hadhari di dalam sebuah negara sekular Islam, terus bersubhat membiarkan maksiat berleluasa. Si maksiat mendapat pembelaan, dan hamba Allah yang ingin mencegah dan bertindak di atas kuasa yang diberi kepadanya, di beri amaran. Kita lihat, apa yang telah dilakukan oleh pendokong Islam Hadhari:

Operasi penguatkuasaan perlu kebenaran OCPD

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kabinet telah mengarahkan setiap operasi penguatkuasaan oleh jabatan agama islam negeri-negeri perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, operasi tersebut juga perlu disertai oleh pegawai atasan polis bagi memastikan ia dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang.

``Tidak ada waran yang boleh diberikan dengan mudah dan tidak ada operasi yang boleh dijalankan secara unilateral.

``Oleh itu pegawai penguat kuasa yang hendak menjalankan operasi mesti mendapatkan kebenaran OCPD kerana jika ada sesuatu yang tidak dijalankan dengan betul maka kita tahu siapa yang bertanggungjawab,'' kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Nazri mengulas mengenai memorandum yang dihantar kepada beliau selaku Pengerusi Kaukus Parlimen Mengenai Hak Asasi Malaysia oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Sisters In Islam, Zainah Anwar.

Berita hari ini pula menyiarkan: Tindakan Jawatankuasa Kaukus Parlimen dikesali

KUALA LUMPUR 6 April - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kaukus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.

Timbalan Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan itu jelas menunjukkan pandangan Islam tidak diambil kira dan meletakkan soal hak asasi manusia melebihi agama.

Sebaliknya, kata beliau, budi pekerti serta moral yang mulia adalah satu-satunya perkara asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah di dunia ini.

``Tiada agama di dunia ini yang berkompromi tentang isu-isu moral berkaitan keruntuhan akhlak umatnya, sebagai contoh, sami-sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak di negara tersebut kerana menyebabkan keruntuhan moral di kalangan golongan
pemudanya.

``Undang-undang sebenarnya adalah bersandarkan kepada moral manakala moral pula bersandarkan kepada agama,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.Menurut Nazri, keputusan itu diambil kerana soal yang berkaitan moral adalah hak peribadi setiap individu dan kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia.
Kawan-kawan, setiap manusia, pasti merasai mati, tak terkecuali. Bermula dari PM, anak-anak buah PM sehinggalah rakyat jelata, tak terkecuali. Mungkin sekarang ni, selesa di atas, tanpa disedari amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi akan ditanya kelak. Maka, mereka-mereka yang selesa dengan amanah yang diberikan tu, akan di tanya hal amanah yang dipikul. Maka, kita pula akan di tanya; “kenapa kamu memangkah melantik si fulan sebagai pemimpin kamu, nahhh sekarang bila si fulan berkuasa, si fulan telah menghina agama Allah, tidak melaksanakan amanah Allah di atas muka bumi berlandaskan syariat Allah.”

Aku pun heran, katanya negara Islam, tapi mungkar di galakkan, kebaikan di sekat. Kata Nazri, “kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia.” Aku pikir, mungkin dia ni pernah hidup dalam hutan rimba, tak perlu ada undang-undang. Buat le sesuke ati pun. Nak pakai baju ke, tak nak pakai baju ke, nak buat ape ke…

Jangan hairan la, jika suatu hari nanti, jika anak perempuannya di rogol ke, di raba ke, di kacau ke, isterinya di bawa lari ke dan seangkatan dengannya. Maka dia tak leh marah kepada mana-mana individu, sebab itu hak asasi manusia. Kebebasan untuk buat apa-apa sahaja. Atau lebih tepat (mungkin), dia nak turun taraf dari sebagai manusia yang punyai akal, turun taraf haiwan yang punyai otak, tapi tak dak akal. Hidup tanpa landasan agama, tak ada ikatan agama, maka dia seolah-olah seekor lembu yang di beri nama… Nama lembu itu dot dot dot… (anda di minta isi sendiri Hehe)

Maka, atas prinsip hak asasi manusia, maka timbul bapak saman anak, seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Bapak Nasha Aziz nak saman anak dia. Nanti, akan timbul lak suami saman isteri, anak saman mak bapak… Sebab ape, manusia punyai hak kebabasan untuk menyaman… Hehe Sudah lingkup kehidupan masyarakat sekarang nih… Tapi yang heran nya, kerajaan masih lagi nak lahirkan ramai artis-artis (sudah nyata artis tak ada seorang pun mempunyai contoh dan ikutan), Akademi Fantasia (AF) di Astro Ria. Audition di ntv7. Malaysian Idol di 8TV. Bintang Harapan di RTM. Maka, tergila-gilalah belia kita melolong nak jadi artis, mudah cepat kaya… Dengan menggadai body hanya untuk sesuap nasi, populor hanya gambarnya terpampang di majalah dengan aksi seksi. Kalau tak kaya gak, maka juallah ganja atau shabu.

Maka, tugas kita adalah melantik pemimpin yang tahu dan mahu melaksanakan suruhan Allah, bukan sekadar Islam dijadikan sebagai bahan pelaris bila ada kepentingan untuk berkuasa menunaikan hajat nafsu. Buat masa sekarang, aku masih terpikir-pikir lagi, di mana pelaksanaan Islam Hadharinya... Dok nampak, cam merapu ja Hehe

WaAllahua’lam…

0 Komen