Klinik Hati

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, April 29, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam minda aku, aku ada satu idea perbincangan. Berkaitan dengan syarikat telekomunikasi dan cabaran sekarang. Tapi, aku tak dan nak taip Hehe. Kalut sikit sejak akhir-akhir ni. Banyak urusan kena selesaikan. Tu kadang-kadang aku tak sempat nak up date weblog aku.

Hari ni, aku mampu copy and paste ja. Agak menarik isinya. Moga bermanfaat buat kita.

Kisah Simbolik

John menghampiri Ahmad dengan suatu soalan “Kamu ni Muslim ke?”

Ahmad: Ya saya

John: Boleh saya tanya satu soalan?

Ahmad: Silakan,

John: Saya hidup mewah, berpengajian tinggi, dan kedudukan saya sangat berprestij, namun, saya tidak berasa senang dengan kehidupan saya. Saya rasa bosan dan tidak gembira. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang pakar psikiatrik, dan saya juga mencuba bermacam-macam cara untuk memperolehi keseronokan (sex, musik, arak, melancong, dsb.), tetapi hati saya masih tidak tenang. Hinggakan saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Apa kamu pernah berasa sedemikian rupa?

Ahmad: Tak pernah, tapi saya rasa saya boleh membantu kamu.

John: Bagus kalau begitu.

Ahmad: Biar saya ajukan beberapa soalan terlebih dahulu. Apa yang akan kamu lakukan jika kamu ingin memberi keenakkan kepada mata kamu?

John: Saya memandang kepada wanita-wanita cantik, melawat taman yang indah atau yang lebih kurang begitu.

Ahmad: Okay, bila kamu ingin memberi keenakkan kepada hidung kamu pula?

John: Saya mencium minyak wangi, bunga yang cantik, atau melawat taman yang mempunyai kewangian yang indah.

Ahmad: Okay, jika kamu ingin memberi keenakkan kepada telinga kamu pula apa yang akan kamu lakukan?

John: Saya mendengar musik dan lagu.

Ahmad: Mengapa kamu tidak memberi keenakkan kepada hidung dengan mendengar musik, kepada mata dengan menghidu wangian, dan kepada telinga dengan memandang wanita-wanita cantik?

Tatkala ini John mula meragu samada dia sekarang ini sedang bicara dengan orang gila.

Akan tetapi John menjawab. Wanita-wanita cantik tidak dapat memberi keenakkan kepada telinga kerana ia adalah sesuatu yang saya lihat dan telinga memerlukan sesuatu untuk didengar untuk timbul rasa enak. Begitu juga, tidak timbul keenakkan pada hidung melalui musik, ia memerlukan wangian untuk dihidu agar timbul keenakkan yang tidak bisa dijana dengan mendengar musik. Dan wangian yang lunak tiada kena menggena dengan keenakkan mata!

Ahmad: Dimana yang kamu rasa tidak enak?!

John: Di dalam dada, di hati ini, kan sudah saya bilang tadi.

Ahmad: Kamu tidak akan bisa memberi keenakkan kepada hati kamu melalui halwa mata, halwa telinga mahupun hidung. Kamu harus mencari keenakkan yang berkaitan dengan hati untuk menghilangkan kegundahan kamu itu!

John: Logik juga apa yang kamu

Ahmad: Hati akan berasa enak pabila seseorang itu mengenali Tuhannya dan menyerah dan pasrah kepadaNya. Hanya ini saja cara yang saya tahu “Katakan La illaha illa Allah Muhammadan Rasulullah” dan kamu akan merasa keenakkan jauh di lubuk hati kamu.

John: Biar saya fikirkan dulu perkara ini dan pelajari lebih mendalam tentang Islam terlebih dahulu.

Apa kata kalau kita juga melakukan perkara yang sama, belajar tentang Islam untuk memberi keenakkan kepada hati dan kelapangan yang tidak semua manusia bisa memperolehinya!

WaAllhua'lam...

0 Komen