Bismillahirrahmanirrahim…
Dah lama aku tak up date weblog aku. Sejak akhir-akhir ni, rasa banyak kerja yang aku kena buat. Jadual hidup pun ketat. Alhamdulillah, apa-apa pun, aku tak habiskan masa aku atas urusan yang sia-sia.
12 Rabi’ul awal telah berlalu seminggu. Hidup kita mestilah berpandukan Rasulullah SAW. Tak ada contoh teladan yang sesempurna melainkan Rasulullah SAW. Negara kita pasti akan mendapat rahmat Ilahi sekiranya diri kita mengikut teladan Rasulullah SAW. Tak kiralah lah sapa pun dia; bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sama ada seorang rakyat berindividu, rakyat berkeluarga, rakyat berpolitik, rakyat berpelajaran mahupun pemimpin negara.
Kesimpulannya, segalanya bermula dari individu itu sendiri. Jika masing-masing ikut teladan Rasulullah, insyaAllah, kita mampu wujudkan masyarakat yang bertamadun. Bangsa yang mulia. Mulianya bangsa bukan kerana perjuangan kebangsaan, tapi kerana Islam. Islamlah yang memuliakan bangsa Arab, Islam lah yang mengangkat martabat Saidina Umar RA.
Hari Isnin yang lepas; 25 haribulan, alhamdulillah aku berkesempatan untuk pi ke kuliah Sheikh Nuruddin. MasyaAllah, tabarakaAllah… (ayat yang selalu Sheikh sebut-masih ternging-ngiang di telinga aku), pukul 7.15 malam sudah kelihatan ramai jemaah masjid yang hadir. Aku nak parking moto buruk aku pun kena cari tempat yang strategic. Kereta hanya sebahagian yang boleh parking di kawasan halaman masjid, dan kebanyakan parking di luar halaman masjid.
Rasa nak menitis air mata, lihat ramai yang hadir; yang tua, muda, muslimin dan muslimat, pakai serban ala pondok pun ramai, kereta marcedez mewah (tak salah aku) KAL 111 pun ada, yang kaya, miskin, golongan professional dan macam-macam lagi.
Ini menunjukkan, semua lapisan masyarakat nakkan kembali kepada Islam. Ramai yang telah sedar dan mahu perbetulkan kesilapan lampau. Semua nak mendalami Islam dan belajar sebelum terlambat.
Tapi sayangnya, ramai juga yang tak nak kembali pada fitrah Islam. Jika ramai pemuda-pemudi yang boleh hadir ke kuliah agama, ramai lagi yang tak hadir. Ramai lagi yang sanggup habiskan tiket untuk pergi jauh melihat konsert walaupun melangkau 2 3 buah negeri dari pergi ke masjid yang hanya depan mata.
Kita minta lindung kepada Allah, agar Allah SWT pelihara kita dari kebinasaan, semoga Allah tetapkan hati kita atas jalan iman dan taqwa.
Amin.
0 Komen
Post a Comment