Bismillahirrahmanirrahim…
Ramai yang beranggapan bahawa kedua-dua istilah di atas mempunyai makna dan maksud yang sama. Sembahyang itu solat, dan solat itu sembahyang. Persoalan, adakah betul fahaman kita selama ini menggunakan istilah tersebut, iaitu; solat itu sembahyang, dan sembahyang itu solat? Jawapan: sila baca petikan di bawah;
Wallahua’lam

Sembahyang itu dari bahasa Sanskrit. Sembah, sembah kita tahu. Ada macam-macam sembah yang diwarisi dari zaman sebelum Islam dulu seperti sembah raja misalnya, lalu sembah batu, sembah pokok. Sembah raja yang kita lakukan dengan mencamtumkan kedua-kedua telapak tangan lalu diangkat ke dahi adalah ikut adat Hindu yang menyembah dewanya, tetapi apabila berkata terima kasih mereka meletakkan cantuman tangan itu ke setakat dada saja. Yang pula ertinya dewa. Sembahyang sama dengan sembah dewa. Padahal solat tidak ada sangkut paut dengan sembah sedikit pun. Solat seperti yang diketahui mengandungi hikmah tawajuh yakni usaha memohon hajat dan keampunan pada Allah SWT. Roh atau semangat daripada kedua-kedua macam perkataan ini jauh berbeza, belum lagi amalannya.Kesimpulan, adakah perlu kita menggunakan istilah sembahyang? Padahal sembahyang membawa maksud menyembah dewa. Renung-renungkanlah…
Wallahua’lam
0 Komen
Post a Comment