Ya Rabb... Doa Seorang Imam

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 27, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk mendengar doa sebut, sila klik

[Masa 0:00] Ya Allah, Yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah disebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan; dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka.

[0:33] Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah.

[1:30] Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan atheis telah berterusan jauh.

[2:00] Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

[3:02] Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum 'Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

[4:11] (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (berhenti 30 saat)

[4:40] Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teghukanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka.

[5:01] (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu, Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do'a, Yang terdekat, untuk menerima do'a, Kami berdo'a kepada-Mu, menyedari janji-janji-Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah do'a kami, (lagi) Ya Allah, terimalah do'a kami, Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi,

[6:00] Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam. Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras,

[7:01] Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan. [7:57]


Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Where?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 27, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Where does it end? Hehe...

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Awak Taksub Mazhab!

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 25, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirahim...

Sering kita kedengaran suara-suara sumbang sebegini, apakah tujuan mereka, hanya Allah mengetahui. Dan kalam-kalam sebeginilah yang mengelirukan masyarakat terutama masyarakat awam, dan juga pelajar-pelajar yang tak mendalami dalam bidang agama.

PERNYATAAN PARA IMAM UTK MENGIKUTI SUNNAH DAN MENINGGALKAN YG MENYALAHI SUNNAH

Semoga sedikit tulisan ini menjadi pelajaran dan peringatan bg mereka yg taklid kepada para imam atau kepada yg lainnya dgn cara membabi buta dan berpegang pd mazhab dan pendapat mereka seolah2 hal itu seperti firman Allah yg turun dr langit.
Aku bermazhab as Syafie, adakah aku dikatakan taksub kepada mazhab? Aku pelajari sedikit sebanyak persoalan feqh beserta dengan dalil-dalil yang telah dikemukakan oleh ulama dari kalangan mazhab as Syafie, adakah aku dikatakan taklid buta?

Jadi, bagaimana dengan mereka-mereka yang telah pergi menemui Ilahi, padahal tidak kesemuanya mahir dalam persoalan feqh serta mereka itu kebanyakkan manusia akhir zaman yang bermazhab salah satu 4 mazhab yang utama?

Bagaimana masyarakat Islam yang mendatang? Contohnya masyarakat kita yang tak belajar agama dan tak reti bahasa arab. Bagaimana mereka-mereka ini nak paham terus al Quran dan as Sunnah tanpa melalui mana-mana ulama?

Apakah motif golongan-golongan yang menyeru ke arah tidak bermazhab? Nak timbul perpecahan ummat yang telah parah sekarang ini?

Adakah benar umat Islam wajib bersertu jika telah tersilap “memakan babi”? ini satu persoalan yang memerlukan jawapan yang ilmiah dan terperinci dan jauh dari taklid buta dan taksub mazhab.

A: Awak bermazhab aper?

B: Saya bermazhab Syafie, awak pula?

A: Saya bermazhab syafie, tapi ntah la, saya rasa saya ni campur², pendek kata, tak terikut sangat dengan mana-mana mazhab.

B: Kenapa pula?

A: Ada ustaz tu kata, jangan ikut mana² mazhab. Ikut al Quran dan As Sunnah. Jangan taksub mazhab. Kita nak ikut Nabi ka nak ikut ulama.

B: Saya tak kata saya bermazhab Syafie, bermaksud mazhab Syafie yang betul dan yang lain salah. Di Nusantara ni, majoritinya kita bermazhab Syafie. Dan lebih baik kita yang jahil ni bermazhab Syafie. Kalau taksub ni, kita hanya kata kita saja yang betui. Sapa tak ikut kita, maka salah dan tertolak.

A: Dak, Ustaz saya kata cam tu. Saya bulat² yakin apa yang dia kata. Saya ikut seperti mana ustaz saya kata. Awak ni taksub. Taksub pada mazhab. Saya, ikut al Quran dan as Sunnah. Jadi , saya tak taksub. Saya yakin pada ustaz saya.

Dari perbualan di atas, siapa yang taksub. A atau B? Kalau kita kata seperti mana ustaz tu kata, sedikit sebanyak kita taksub pada ustaz tu. Kita hanya berpegang seperti mana yang telah dinyatakan oleh ustaz tersebut. Pendek kata, kita ikut mazhab ustaz tersebut. Itu boleh dikategori juga taqlid, taqlid kepada ustaz tersebut. Walau pun ustaz tu kata kita ikut al Quran dan as Sunnah. Kalam tersebut hanyalah kepura-puraan.

Bila bermazhab, bukan taksub. Satu permasalahan dalam feqh, kita selesaikan permasalahan tersebut seperti mana yang di fahami oleh ulama-ulama silam berpandukan al Quran dan as Sunnah. Itu kan rahmat. Dengan keilmuan yang Allah anugerahkan pada mereka, kita berada dalam satu saff untuk memahami al Quran dan as Sunnah dengan diimami oleh imam mazhab tersebut. Contohnya, kita berada dalam satu barisan dengan Imam Syafie, dan Imam Syafie berada di belakang Rasulullah, sebab Imam Syafie pun berpandukan al Quran dan as Sunnah.

Kita tak mampu nak memahami al Quran dan as Sunnah secara direct. Kita lemah, jahil dan bahasa arab pun, sekadar boleh ana enta, ana enta. Kita dinamakan taksub apabila kita seperti si A, dia taksub dengan ustaz nya dan hanya berpegang dengan kalam ustaz nya sahaja. Padahal, kalam ustaz tu boleh ditolak dan boleh diterima, sebab dia bukanlah Nabi.

Kita juga dinamakan taklid sekiranya berpegang dengan penyampaian seseorang. Seperti di atas, si A bertaklid kepada ustaz tu.

Kalau betul² ikut al Quran dan as Sunnah sungguh², tak nak bermazhab, beli al Quran, dan pahami al Quran sendiri tanpa bantuan mana-mana individu. Jangan rujuk langsung mana-mana ulama, al Bani ka, bin Baz ka, DR tu ka, DR ni ka, Sheikh tu ka, Sheikh ni ka, ustaz tu ka, ustaz ni ka, kitab tu ka, kitab ni ka. Terus buka al Quran dan as Sunnah, syarah sendiri tanpa berlapik ngan mana-mana pendapat dan kalam individu.

Kalau kita sekadar reti bahasa arab dengan menyebut ana enta, ana enta, ngapal hadith pun dalam 2 3 hadith, al Quran pun baca berkadang-kadang, tak yah dok berlagak mengaku tak bermazhab, atau dok pakai rajih-rajih sahaja.

Ngaku tak bermazhab, ikut al Quran dan as Sunnah terus, tapi dok sebut ulama-ulama mereka, buka kitab rujukan ulama mereka, dok ngaji kat ulama mereka, cam mana nih?

Psssttt... Siapa mereka itu. Jawapannya, mereka adalah mereka dan keluarga mereka. Hehe. Hanya mereka yang tahu siapakah mereka yang disebut di atas.

Kalau tak nak bermazhab, eloklah universiti Islam dan sekolah-sekolah agama tak yah wujud. Eloklah kelas tafaqquh fiddin tak diadakan. Eloklah mana-mana ulama yang karang kitab, di bakar. Sebabnya, masyarakat Islam sekarang ni, terus rujuk al Quran dan as Sunnah. Maka ulama yang faqih dalam feqh ni, tak payah wujud. Masyarakat sekarang nih semua dah alim peringkat mujtahid. Semua boleh faham al Quran dan as Sunnah walaupun tak geti bahasa arab.

Kalau boleh buat cam tu, aku tabik, dan aku akui bahawa awak benar² ikut al Quran dan as Sunnah.

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rabb: at Taubah; 24.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, March 24, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

at Taubah; 24.

Perjuangan, akan merentasi ujian dan fitnah. Antara yang Allah SWT telah ingati, di dalam ayat di atas.

Ya Allah, bantulah kami...

Amin...

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Ikan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 22, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello
Sambil kita rileks dengan mengusha gambar di atas, kita fikir kejap hal wakil rakyat kita yang akan bersidang di parlimen...

Parlimen kembali bersidang. Kita sebagai rakyat yang berparlimen, yang telah melantik wakil untuk ke parlimen, ingin melihat peranan diambil oleh wakil kita di parlimen. Jadi, apa salahnya kalau RTM, menayangkan secara live. Di situ, kita boleh nilai wakil-wakil kita. Kalau tak tayang secara live, kita tak tau apa peranan yang telah dimainkan oleh wakil kita, tidoq ka, tak pi ka, setakat dok gelak ja ka, perbahasan yang meloyakan ka, soal jawab oleh pembangkang dan pemerintah dan segalanya yang berkaitan dengan negara kita.

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

21 Mac 2005; Setahun Berlalu.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 21, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Keindahan Islam itu terserlah apabila perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat berjaya mendirikan Negara Islam Madinah. 3 elemen utama dan pertama yang diberi perhatian Rasulullah SAW apabila tibanya Baginda di Madinah ialah:

1. Piagam Madinah
2. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
3. Masjid

Tertegaknya pemerintahan Rasulullah SAW, terserlah keindahan agama Allah dalam semua aspek kehidupan. Bermula bangun tidur, sampai kita kembali untuk tidur. Semunya secara ‘praktikal’ ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tak pernah menjuzukkan wahyu Ilahi, tak pernah mendahului akal untuk melaksanakan perintah Allah. Apa yang turun dari Ilahi, secara total terus dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat. Kami dengar dan kami patuh.

Sekarang, kita tak akan nampak keindahan Islam itu secara total selagi mana Islam tidak memerintah. Kita tak akan nampak selagi mana al Quran dijuzukkan, hanya dilaksanakan mengiku hawa nafsu. Apa yang berkenan oleh nafsu, baru laksana. Keindahan Islam itu terserlah apabila wahyu Ilahi dan kalam Baginda Rasulullah dilaksanakan secara total bermula dari pemerintahan paling tinggi sehinggalah yang di bawah dalam semua aspek. Politik, perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Bukan sekadar persoalan solat, nikah cerai, puasa dan haji.

Tanggal 21 Mac, maka genaplah setahun pilihanraya 2004 berlalu. Maka genaplah usia setahun kebangsaan Islam Hadhari. Kita boleh nilai sejauh mana terlaksana prinsip yang telah dikatakan oleh pemimpin kita. Adakah benar-benar terlaksana mengikut acuan al Quran dan as Sunnah, atau sekadar mainan politik untuk meraih kuasa nafsu pemerintahan.

Islam bukan hak milik mutlak pemerintah, dan bukan juga hak milik pembangkang. Sesiapa yang mengucap kalimah Tauhid, dia wajib untuk melaksanakan syariat Allah dalam semua aspek kehidupan. Wajib menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

Kita sebagai rakyat yang beragama Islam, mahukan Islam itu memerintah, mahu keindahan Islam itu terlaksana dalam semua aspek. Mahu wahyu Ilahi dilaksanakan. Walau siapa pun yang memerintah.

Persoalan, adakah kerajaan sekarang benar-benar mahukan Islam terlaksana secara total? Adakah Islam Hadhari itu Islam yang dilaksanakan seperti Rasulullah dahulu? Atau pun istilah itu timbul hanya sekadar untuk meraih simpati pengundi dan mengelirukan masyarakat.

Aku tak nak sentuh bab istilah, cukuplah kita boleh nilai dasar yang di bawa. Apa dasar pembangkang, apa dasar kerajaan. Semestinya, dasar perjuangan kita adalah al Quran dan as Sunnah, jadi jamaah mana yang punyai dasar itu, itulah yang perlu kita ikuti.

Walaupun istilah Islam Hadhari diguna pakai, tapi kalau dasarnya adalah sekular, memisahkan dan menjuzukkan al Quran dan as Sunnah, maka tertolak jamah itu. Walau pun istilah Hadhari menjadi slogan, tapi acuan pemerintahan berdasarkan barat, akal nafsu semata-mata, tidak menjadikan al Quran dan as Sunnah sebagai acuan, tidak merujuk kepada ulama-ulama yang ikhlas kerana Allah, maka ianya tertolak.

Dasar atau acuan itu adalah akar tunjang. Umpama, sekiranya kita nak buat kuih bahulu, mesti kita kena guna acuan bahulu, tak boleh kita guna acuan kuih lain untuk menghasilkan kuih bahulu. Sekiranya kita nak lahirkan masyarakat Islam, yang berpegang kepada Islam sepenuhnya, pemerintahan berlandaskan Islam, mesti kita kena guna al Quran dan as Sunnah dalam acuan pemerintahan.

Selagi mana kita tak kembali kepada Islam, kita tak melantik pemimpin dari kalangan manusia yang paham al Quran dan as Sunnah, selagi itu kita menempah keruntuhan masyarakat dalam semua aspek, kita menempah kebinasaan, ketakutan hidup dengan gejala jenayah dan keruntuhan akhlak.

Kembalilah kepada Islam secara keseluruhan. Gejala jenayah yang semakin berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita hanya akan dapat diselesaikan sekiranya kita kembali kepada Islam.

Wa Allahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Aku Rindu

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 20, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah, aku rindukan kenangan manis saat-saat kami bersama-sama dalam satu rantaian dari rantaian perjuangan. Perjuangan yang dimulai oleh Rasul SAW, bersambung para sahabat, tabi’in dan seterusya generasi ke generasi ulama silam hingga ke hari ini.

Bukanlah kami yang memulakan rantaian ini, dan bukan kami yang mengakhiri rantaian ini, tapi kami adalah antara rantaian-rantaian yang bersambung hingga tertegaknya Islam seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Indah nya ukhuwwah Islamiyah yang benar-benar berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Kekuatan ukhuwwah itu sering menjana aku untuk terus sentiasa bersama rantaian itu.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara-antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”

Ya Allah, istiqamahkan hati-hati kami untuk bersama-sama dengan rantaian ini…

Aku rindukaan ukhuwwah itu...

Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Mari Ber'ukhuwwah'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 19, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirahim...

Posted by Hello
KUALA LUMPUR: Masyarakat dari seluruh dunia termasuk tokoh dan bintang terkemuka berhimpun di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, sempena Konsert Force of Nature (FON) malam tadi dengan satu matlamat-mengukuhkan semangat persaudaraan bagi membantu mangsa bencana tsunami, atas inisiatif Malaysia. Berita penuh

Perhatian kepada penduduk Negara Islam Hadhari!!! Satu kaedah nafsu Islam telah ditemui oleh pemimpin Islam Hadhari. Barangsiapa nak mengukuhkan semangat persaudaraan hendaklah mengadakan pesta konsert hiburan. Pesta Konsert tersebut hendaklah bercampur antara lelaki dan perempuan. Tetapi, abaikan, yang pentingnya, nafsu niat ikhlas untuk membuat kebajikan. Dan pesta nafsu konsert itu hendaklah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara sekular Islam Hadhari. Antara prinsip Islam Hadhari adalah matlamat meghalalkan cara.

Wa Allahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Bahasa Hati: Solah, Fast And Knowledgeable.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 19, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

If you are unable to offer solah during night Tahajjud, and to fast during the day, then know that you are deprived of blessings and that your sins have shackled you.


Qadhi Fudyl Ibn Iyadh.

The knowledgeable is not the one who knows the good and the evil. But the one who knows the good and follows it and knows the evil and avoids it.

Sufian Ibn Uyaynah.

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap-Majlis Akad Nikah.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 18, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar):

Kadi: Hassan...
Pengantin Lelaki: Saya ustaz...
Kadi: Dengar baik² ya Hassan....Aku nikahkan akan di kau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 utang tunaiii.
Pengantin Lelaki: Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii.

Kadi: Sah? (ditanya kepad saksi pertama)
Saksi Pertama: Sah

Kadi: Sah? (ditanya kepad saksi kedua)
Saksi Kedua: Sah

Kadi: Sah? (ditanya kepada saksi ketiga)
Saksi Ketiga: Errrrr.... Lontaran suara awak tidak jelas... Saya tak dengar apa yang awak cakap.... Pitching berterabur ke laut... Keluar acuan terus, jiwa awak kosong... Tak de feel... Low note tak sampai, high note awak pulak... Takde kawalan... Sepatutnyaa ditahan... Kasi sustain... Falseto lemah... Improvisation R&B awak tak menjadi... Bughok bebenorr bunyinyee.... Teknik ramify pun tak mantap...Bunyi macam orang nak berak jerr... Satu jer yg saya suka... Awak ade ciri² seorang pesona bintang! Awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

Moral: Saksi tu 2 orang jer... Tapi main dengan terpengaruh ala-ala akademi fantasia nie macam² boleh terjadi.

Malaysia, sebuah negara sekular Islam Hadhari lebih berminat melahirkan artis-artis hisap dadah, daripada melahirkan ulama yang membimbing masyarakat ke arah keredhaan Allah.

Malaysia boleh semuanya!!!

wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Seorang Suami...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, March 17, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku tertarik satu soalan yang telah dikemukakan oleh seorang pembaca Utusan Meloya Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Jom kita pakat-pakat baca dulu, OK

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: Saya berumur 29 tahun. Isteri saya meninggal dunia enam bulan yang lalu kerana penyakit barah. Sejak tarikh tersebut, saya rasa hidup tidak menentu. Saya sedar, segala apa yang berlaku adalah ketentuan Allah, tetapi hakikatnya saya tidak dapat menerima kematiannya. Saya benar-benar terasa begitu keseorangan. Segala apa yang saya lihat, terutamanya di rumah akan menjadi seumpama satu nostalgia kepada isteri saya, dari mula masuk pagar rumah, sehinggalah kepada benda-benda kecil, seperti gelas, pinggan juga pakaiannya yang masih tergantung kemas dalam almari.


Saya tidak pernah bercinta dengan isteri saya, kecuali setelah bernikah kerana perkahwinan diatur oleh kedua-dua ibu bapa di kampung. Boleh dikatakan setiap hari Jumaat saya akan ke kuburnya. Selain untuk melegakan pilu kehilangannya, saya terlalu menginsafi agar rohnya diampuni Allah. Adakah dia tahu apa yang sedang berlaku pada saya dan adakah dia tahu kehadiran saya setiap pagi Jumaat?

Jawapan: Kematian bukan bererti kemusnahan.

Dah baca jawapan? Apa yang aku tertarik sangat? Antaranya:

1. Nostalgia cinta selepas kahwin. Kasih aku seorang suami yang amat mendalam. Berputik cinta selepas sebelum berkahwin.

2. Persoalan orang yang telah meninggal dunia.

Persoalan ke dua tu, anda timbangilah mengikut penilaian dan ilmu anda. Kadang-kadang, ada orang tuduh kita yang bermazhab ni, taksub dan taqlid buta. Aku dah jumpa weblog yang agak kurang ajar orang sebegini, Cuma aku tak mau ulas sebab menjaga permasalahan yang lain.

Wa Allahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Permohonan IPTA 'Online'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, March 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Tahniah, aku ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan seangkatan dengannya kerana telah melangkah maju ke hadapan, kerana telah menyediakan perkhidmatan permohonan secara ‘online’ untuk masuk ke IPTA. Inilah kemajuan yang kita sangat-sangat harapkan, sehingga bagi penduduk luar bandar, terpinga-pinga untuk mengetahui bagaimana nak lakukan permohonan ‘online’ tersebut.

Zaman aku dulu-dulu, mudah jaaa. Dan mungkin hampa kalian pun seperti aku. Isi borang dan hantar je. Tak usah pening-pening. Walaupun aku tak dapat UIA IPTA tempatan, aku bersyukur di sebalik apa yang Allah takdirkan. Sekarang ni, zaman Hadhari canggih, moden katakan, semua di jari anda. ‘Klik’ je, semua terpampar di hadapan mata. Baik pun boleh dapat, buruk pun bolah dapat juga. Nak mohon IPTA pun, ‘klik’ je, semua dah masuk dalam data di Kementerian Pendidikan.

Aku bukan apa, kita ni, tak semua lapisan masyarakat boleh mahir dalam bab dunia internet nih. Lapisan pelajar luar bandar, mungkin 2 dari 10 yang boleh guna, bukan kategori mahir. Hanya boleh menggunakan kemudahan internet. Bagaimana mereka nak buat permohonan dengan lancar?

Pihak Tmnet atau JARING atau seangkatan, mungkin masuk duit kerana pengguna internet melonjak begitu mendadak. Pihak pengusaha cyber pun, mendapat perolehan kewangan mendadak juga. Jadi, pihak yang terpaksa mengeluarkan duit secara ‘mendadak’ ialah pengguna, terutama mereka pendapatan sederhana.

Sebab apa? Aku dah hampir seminggu buat ‘survey’ bagi mereka yang masuk untuk memohon secara ‘online’ di cyber. Puratanya mengambil masa 2 hingga 4 jam untuk selesai daftar. Alhamdulillah, jika selesai daftar. Kalau yang tak boleh daftar, bagaimana? Aku perhatikan, 3 daripada 10 berjaya daftar. Ada yang terpaksa berulang-alik 2 3 kali untuk ‘online’, baru boleh berjaya daftar. Duit pun habis, masa pun terpaksa dihabiskan begitu sahaja.

Sebab apa 2 3 kali? Sebanya laman web Kementerian Pendidikan dan Politeknik mengalami ‘traffic jam’. Bayangkan, dalam satu masa, pelajar seluruh Malaysia serentak ‘online’ untuk daftar. Berapa ramai? Bukan sekadar 10-20 pelajar. Bila terlalu ramai yang ingin masuk web tersebut secara serentak, maka berlakulah yang dinamakan ‘traffic jam’. Weblog aku puun, kalau semua penduduk dunia ni masuk secara serentak, jam gakkk. Hehe. Maka, ada yang berjaya ‘online’, dan ada yang terlalu lambat nak masuk laman web, dan tidak ketinggalan ada yang tak leh masuk langsung. Jadi, sapa yang untung? Pengusaha cyber dan rakan-rakan yang untung.

Tu yang boleh guna kemudahan internet, bagi yang tak tau dan tak mahir nak guna, terkehel-kehel nak guna. Kesian kan. Nak belajar sikit satu hal, dan nak daftar pula satu hal.

Apa salahnya pihak kementerian buat kajian di semua lapisan masyarakat. Biar lama tak pa, buat kajian. Selama mana pihak kerajaan kaji cara tak mahu bagaimana nak laksanakan hukum Allah di dalam masyarakat majmuk. Dah 50 tahun merdeka, masih lagi buat kajian bagaimana nak laksana hukum Allah di sini. Lama kan? So, apa salahnya perkara yang lain pun dibuat kajian menyeluruh dan lama seperti penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains, dan yang lain-lain.

Mungkin aku nampak apa yang kontra, dan dalam masa yang sama, aku juga mengakui ada kebaikan. Cuma, terlebih baik kita fikirkan kelemahan pengguna penduduk luar bandar.

Malaysia Boleh!!!

Wa Allahua’lam…

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Rumput

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 15, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Satu hari seorang usahawan terkemuka melalui sebuah kawasan perkampungan. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki sedang meragut rumput. Serta-merta disuruh drivernya berhenti. Usahawan: Eh, Kenapa encik makan rumput kat sini. Lelaki: Saya orang susah encik. Nak beli makanan pun tak mampu. Usahawan: Kesiannya, mari ikut saya balik rumah. Lelaki: Tapi saya ada isteri dan 3 org anak. Usahawan: Tak apa, bawa mereka sekali. Semasa dalam perjalanan ke sana, lelaki itu berkata,"Baik sungguh hati encik. Terima kasih sebab sudi menjemput kami. "Usahawan: Tak kisahlah. Rumput kat rumah saya pun dah panjang sangat dah tu...

Hehe

Wa Allahua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Tasik Bandar Darul Aman.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 14, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Sudah lama aku tak pi ke Tasik Bandar Darul Aman. Dulu, dalam 2 atau 3 tahun lepas, masa aku buat kerja sambilan di Bandar Darul Aman, setiap petang aku ngan member aku lepas kerja akan pi ke tasik tu untuk beriadah. Kami akan berkayak. Aku yang tak pernah berkayak, pada mulanya, rasa takut nak berkayak, tapi bila dah cuba sekali, fuhhh rasa seronok lak. Aku rasa ‘gian’ lak nak berkayak. Cuma, la ni, tak dak member aku yang kaki kayak yang boleh aku ajak.

Masa aku kat sekolah dulu, kami ada Kelab Kembara. Banyak aktiviti luaran yang dah buat. Antaranya aktivitinya berkayak. Fikir sorang-sorang nih, rasa seronok teringat kenangan sekolah lama dulu. Orang kata paaa, KBSM. Kenangan Belajar Sekolah Menengah. Kalau orang tanya aku, waktu bila paling ‘best giler’ aku lalui, aku akan jawab; waktu aku belajar di sekolah menengah dulu.

Kelmarin, waktu lepas kerja, aku rasa tingin nak tengok suasana di Tasik Bandar Darul Aman. Sejak aku balik ni, aku tak pi lagi. Lagipun, lepas Asar aku rasa letih, jadi kalau aku dok umah, aku rasa cam nak baring jerrr. Kalau baring tu, al maklum laaa, terlelap dan tertidur la jawabnya. So, nak elakkan dari tidur lepas Asar, aku pi la tasik tu. Tak baik kan, tido lepas Asar.

Tempat rekriasi seperti tu, baik juga disediakan untuk rakyat kalau rakyat tahu menggunakannya. Baik untuk seisi keluarga datang untuk ‘makan angin’, rehat tenangkan minda setelah serabut bekerja seharian. Tapi, malangnya, golongan bekeluarga yang datang, hanya sedikit sangat, berbanding dengan golongan yang berdua-dua tanpa ikatan perkahwinan nih. Pendek kata, orang pi ‘dating’ arrr. Golongan ni, lebih banyak menguasai membentuk pemandangan di tasik tu. Di serata corok mesti ada ‘couple’ ber‘dating’.

Dan untuk hampa nak tau, kawasan Bandar Darul Aman ni, meriah dengan ‘student’ dari Politeknik, dan UUM. Dan tidak ketinggalan juga taman-taman perumahan yang membiak bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Mmm bila sebut hujan ni, alhamdulillah, hujan baru ja turun dengan lebatnya petang tadi. Sampai ke malam. Syukur aku, setelah lama tak hujan.

Aku pikir, mungkin kelmarin aku pi, aku tengok. insan yang ber‘dating’ tu insan yang aku tak kenali. Akan datang, aku pi pula, mungkin adalah rakan aku, mungkin akan datang pula, adik-beradik aku, mungkin akan datang pula, adik aku, dan tidak mustahil akan mendatang pula, aku sendiri atau anak-anak aku.

Kita bukan membenci mereka, kita sayang mereka semua. Tapi kita bencikan apa yang mereka buat. Kalau boleh, kita sama-sama nak lihat suasana ma’ruf disekeliling kita, dan kita nak ajak mereka semua bersama-sama kita bersama amalkan.

Kita tak seperti mereka, bukan bermaksud kita lebih baik dari mereka, tapi alhamdulillah, Allah pelihara kita dari lakukan. Dan hendaklah kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara kita dari melakukan perkara yang dimurkaiNya. Dan menjaga keturunan kita dari terjerebak dengan perkara di atas.

Amin, ya Allah.

Wa Allahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Kenapa Berkahwin?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman Allah SWT:

“Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui.” (an Nuur: 32)

Nabi SAW bersabda:

“Wahai golongan pemuda! Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sebab yang demikian itu akan menjaga pemandangan dan memelihara kemaluan” Riwayat Jamaah.

Masa aku pi ke UIA pada akhir bulan lepas, aku pernah bertanya kepada kawan aku; “bila hang nak kawin”. Jawabnya; “aku lambat lagi kot, aku nak habiskan pengajian aku dulu, bidang aku lambat lagi nak habis ngaji, lepas tu nak keja, mau tak mau, umur aku 30 bagu aku kawin.” Aku balas; “Tak pa, kalau dalam umur sekarang sampai hang nak umur 30, hang mampu jaga diri hang dari maksiat, ahlan.”

Nabi SAW berkahwin dengan Siti Khadijah RHA, ketika usia 25 tahun. Jadi aku fikir, usia 25 tahun paling sesuai untuk seorang lelaki berkahwin. Jadi, kalau muslimah, bagaimana?

Zaman sekarang, sering dikatakan; perempuan sekarang bukan seperti perempuan dulu-dulu zaman nenek kita. Nenek kita tak ngaji tinggi-tinggi macam kita. Jadi, dulu boleh la kahwin ketika usia belasan tahun. Zaman la, umur 20an, baru jejak kaki ke menara gading. Jadi, tak sesuai untuk mikirkan hal kahwin. Umur 24, baru habis belajar dan nak bina kerjaya. Jadilah wanita bekerjaya. Kadang-kadang, sampai 30 pun masih lagi belum kahwin, sebab kerjaya punya pasal.

Jadi, usia berapa yang sesuai bagi seorang muslimah. Aku pun tak dapat berikan jawapan yang tepat. Ikut tuntutan agama, kahwin awal boleh mengelak diri dari maksiat. Lihatlah di mana-mana IPT sekalipun, budaya ber‘couple’ ni sudah boleh dianggap perkara biasa, bukan luar biasa. Kalau makan semeja ni, aghhh biasa saja, zaman moden. Bukan zaman datuk nenek kita dulu-dulu. Dengan teknologi yang sedia ada, lebih membuka ruang untuk lelaki perempuan berhubung tanpa batasan.

Pada fikiran aku, lebih baik seorang muslimah berkahwin awal. Awal dalam konteks sekarang, mungkin bukan bermaksud dalam belasan tahun. Mungkin dalam awal 20an. Takut kita tak mampu untuk membina tembok menepis segala godaan iblis. Dalam kajian sains pun, aku rasa, lebih baik perempuan berkahwin awal. Sebab perempuan dia ada ‘tarikh’ tamatnya. Jadi, kalau kahwin awal, tempoh sebelum nak sampai ‘tamat’nya tu, masih jauh lagi.

Bila berkahwin, sampai umur sekian-sekian, doktor nasihati agar elakkan daripada mengandung sebab boleh mengundang bahaya. Tu doktor kata, tak pe la, sekurang-kurangnya kita ada maklumat hasil dari kajian sains. Apa-apa pun, kembali kepada kekuasaan Allah SWT. Jadi, terpulanglah pada fikiran muslimah sekelian, apa yang terbaik buat kalian. Renung dan isthikarah, apa petunjuk dari Allah.

Kenapa berkahwin? Kita berkahwin sebabnya nak lahirkan keluarga muslim. Bila sebut keluarga ni, tak dapat tidak akan ada unsur suami, isteri dan bakal anak-anak yang dilahirkan. Tak dak unsur-unsur ni, tak di namakan keluarga. Dari keluarga muslim inilah bakal lahirnya masyarakat muslim dan seterusnya negara Islam. Suami mendidik isteri dan seterusnya mentarbiyah anak-anak jadi jundullah.

Adakah tugas seorang isteri itu membasuh pakaian, membersih rumah, memasak atau pendek kata segala kerja rumah adalah tugas isteri? Jawapnnya, tidak. Tugas utama seorang isteri adalah melayan suami dan juga mendidik anak-anak. Kerja rumah tu sebenarnya adalah tugas suami. Tapi, nanti jangan sapa yang dah berkahwin balik pi ceramah kat suami lak.. Kata ni adalah semua kerja suami. Hehe. Nanti bila ditanya, kenapa tak buat kerja rumah, dijawabnya, ni bukan tugas utama isteri. Habih, lingkup rumahtangga. Teringat aku kisah Saidina Umar yang senyap bila isterinya berleter, Saidina Umar senyap sampai habih isterinya berleter, tak kata apa. Kemudian ada sahabat bertanya, sebab apa hang senyap ja… Saidina Umar berkata; biar la… Depa dah letih membuat kerja rumah seharian, biarkan dia berleter. Kalau diserah kerja rumah ini kepada aku, nescaya aku pun tak mampu lakukan. (Kalau salah versi terjemahan ni, beritahu aku)

Nak lahirkan masyarakat harmoni, keluarga kena juga harmoni dan bahagia, orang kata ‘sakinah’. Ketenangan dalam kehidupan keluarga. Nak dapat ‘sakinah’ tu yang susah. Asasnya, ikut apa yang Islam ajar, insyaAllah tenang rumahtangga. Bila sebut tugas utama isteri mendidik anak, mungkin di sini timbul bagaimana kalau isteri bekerja. Bila bekerja, bila masa nak didik anak?

Isteri kena ingat, serah kepada pusat asuhan atau penjaga rumah untuk menjaga anak bukan jalan penyelesaian. Sekarang, timbul anak-anak yang bermasalah antara sebab nya adalah kurangnya kasih sayang dari ibu bapa. Si bapa mungkin terhad masa untuk si anak kerana urusan mencari nafkah untuk keluarga, tak heran kerana itu tugas suami. Tapi, jika si isteri pun sibuk kerja di luar, maka secara tidak langsung terjejas proses pentarbiyahan anak-anak.

Tu kita lihat, bila parti pembangkang memegang kerajaan Negeri Kelantan, antara perkara yang disentuh adalah soal wanita bekerja. Sebab apa, sebab orang yang ngaji agama, dia tau apa yang Allah sebut dalam al Quran selok-belok hal wanita. Keupayaan wanita dalam menanggung beban tugas tanggungjawab dan sebagainya.

Ada pro dan kontra dalam membicarakan hal ini. Aku tak menentang wanita bekerjaya dan tidak pula menyokong seperti mana yang diperjuangkan SIS yang merapu. Kerajaan kena ambil berat dalam hal begini kerana melibatkan urusan membentuk sebuah masyarakat. Kita buka nak mengejar ketamadunan kebendaan semata-mata, tapi kena juga fikirkan ketamadunan kemanusiaan yang berlandaskan apa yang Islam mahukan.

Anda seorang wanita? Fikirkan antara baik dan buruk. Pagi keluar bekerja seawal yang mungkin, tengahari belum tentu balik makan menyediakan masakan, balik rumah, petang. Letih dengan urusan kerja. Malam, semestinya kena rehat awal untuk kerja keesokkanya. So, bila masa anda mahu uruskan rumahtangga menjaga suami dan juga anak-anak? Layan suami adalah kewajipan dan tidak boleh menolak walau apa keadaan.

Dalam hal ini, tak boleh menunding jari semata-mata kepada suami isteri kerana dunia menghambat kita supaya mencari duit lebih untuk masa hadapan. Sekarang harga semua mahal, urusan yang beransurkan kebajikan telah di swastakan untuk keuntungan seperti dunia pendidikan. Jadi, mahu tidak mahu, suami isteri kena bekerja untuk masa hadapan. Cuma, kita kena fikir satu kaedah bagaimana kita mampu laksanakan tugas mendidik anak supaya tidak terabai. Yang penting, bagaimana kerajaan berusaha untuk mencari satu kaedah yang terbaik menangani permasalahan ini.

Mendidik anak, bukan satu perkara yang mudah. Soal pentarbiyahan ni, memakan masa yang lama. Guruku pernah berkata, isteri kepada seorang pejuang nih, sebaiknya dia berada di rumah. Untuk mendidik anak-anak. Alangkah baik kalau seorang isteri apabila memasak, masak dengan hatinya tidak lalai, berzikir sambil memasak. Makanan yang masuk ke dalam perut kita tu, makanan yang penuh dengan barakah memberikan kekuatan dalaman dalam hati pejuang. Pakaian yang dibasuh dan digosok, gosok dengan hati yang sentiasa penuh dengan zikir. Mendidik anak-anak penuh dengan perhatian sepanjang masa dengan air tangan seorang isteri. Anak-anak membesar dengan susu badan seorang ibu.

Dalam hal ni, aku pun tak tau nasib aku macam mana. Aku tak tau apa yang Allah akan uji ke atas diriku. Aku fikir, semua wanita yang berfikiran jauh, tak mau juga bekerja berhempas pulas. Tapi, peredaran masa memaksa kita. Kita harapkan kerajaan, kerajaan seolah-olah tidak memperdulikan kita. Kepada siapa harus diluahkan permasalahan orang bawahan seperti kita. Mari kita menadah tangan kepada Allah semoga Allah laksanakan niat suci kita untuk membentuk generasi Qurani buat meneruskan agenda dakwah. Mempermudahkan urusan kehidupan kita mendatang. Dunia... Yang akan fana...

Ya Allah, berikanlah petunjukMu…

Wa Allahu a’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Muhasabah: Solat Witir

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Guruku pernah pesan kepadaku… Sekiranya kita tidak mampu untuk bangun bertahajjud, ini bermakna pada siang harinya kita ada melakukan maksiat, dosanya membekas di hati. Kesannya, menyukarkan kita untuk bangun malam. Amalan bangun malam adalah amalan salafussoleh.

Amalan paling sedikit yang boleh dilakukan ketika bangun malam, solat witir satu rakaat. Walaupun hanya satu rakaat, seandainya kita mampu beristiqamah lebih baik dari amalan-amalan yang kita lakukan walaupun banyak, tapi ber‘kadang-kadang’. Ulama pernah berpesan, istiqamah lebih baik dari 1000 karamah. Nak kekal beristiqamah dengan satu-satu amalan amat sukar. Dengan tuntutan nafsu, hasutan iblis mengganggu perjalanan kita untuk beristiqamah. Istiqamah dalam amalan seharian, istiqamah dalam perjuangan.

Untuk mencipta sebuah kemenangan sukar, tapi lebih-lebih sukar lagi untuk mengekalkan satu kemenangan. Untuk mencipta sebuah kejayaan sukar, tapi lebih-lebih sukar untuk mengekalkan sebuah kejayaan. Untuk melakukan solat witir sekadar satu rakaat, mudah. Tapi untuk beristiqamah sepanjang malam hanya satu rakaat witir amat susah.

Istiqamah tu ape arrr… Istiqamah tu tetap. Nak kata tak putus pun boleh gak. Bermaksud, kalau dalam konteks amalan tu, kita tak putus mengerjakan walau sehari. Contoh lain, dalam perjuangan; dulu, kini dan selamanya… Bermaksud, dulu seorang pejuang, kini seorang pejuang dan selamanya kita tetap berjuang menegak kalimah la ilaha illa Allah sehingga kita ditaqdirkan mati.

Jadi, mari kita sama-sama mula. Biarlah kita didik dengan solat witir dengan satu rakaat setiap malam. Sebab apa, sebab Allah suka dengan witir ni. Buat permulaan, biarlah kita mula witir setiap malam sebelum tidur.

Saidina Abu Bakar RA, melakukan solat witir sebelum tidur. Bila ditanya mengapa? Sebabnya, kita belum tentu lagi boleh bangun malam. Mungkin kita mati ketika tidur, atau tertidur dengan nyenyak sehingga subuh.

Jadi, nak jaga istiqamah witir ni, biarlah kita lakukan sebelum tidur. InsyaAllah boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Jangan pandang kecil amalan yang sedikit, kerana Allah sembunyikan amalan apakah yang Dia redhai.

Wa Allahua’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rabb: Pagi Ini

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, March 10, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kami hayati pagi ini ya Allah, di mana pada pagi ini kerajaan bumi ini di tanganMu. Puji-pujian untukMu, tiada sekutu bagiMu. Tiada tuhan melainkan Dia dan kepadaNyalah bakal dihimpunkan manusia"

Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Ya Rabb: Aku Lalai...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, March 09, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah, tidak ada daya kekuatan melainkan kekuatan daripada Mu ya Allah. Tidak ada pengharapan melainkan pada Mu ya Allah. Tidak ada tempat pengaduan melainkan pada Mu ya Allah.

Hampir seharian aku di tempat bekerja, mencari rezeki untuk kehidupan. Sibuk dengan tugas-tugas. Seharian juga aku lalai dari ingatiMu ya Allah. Zikir sirr yang menjadi kewajipan dan tugas seorang hamba pada Mu, sering aku abaikan. Ampunkan aku ya Allah.

Bertambah hari-hari yang dilalui, berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja, tapi sering aku abai kewajipan aku untuk meningkatkan kualiti harga iman padaMu. Sedikit masa yang aku habiskan bersendiri bersamaMu berbanding aku habiskan masa untuk kerjaku, sedangkan masa adalah pemberianMu. Kesempatan hidup yang Engkau berikan hanyalah samata-mata kepadaMu. Aku abai ya Allah, aku lalai ya Allah… Ampuni aku ya Allah…

Aku lemah ya Allah… Aku rindukan saat bersamaMu… Tarbiyahlah diriku ya Allah… Dakapilah daku dengan rahmat dan kasih sayangMu...

Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Cari Empat Orang

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 08, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello


Jom... Cuba cari empat orang dalam gambar di atas.

[+/-] Selengkapnya...

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 08, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Kahwin... Dalam bahasa arabnya, nikah. Dalam kitab feqh ada topik yang membicarakan berkaitan dengan nikah. Bila ditanya, semua orang nak nikah. Tak dak sapa yang tak nak nikah. Kalau jawab tak nak tu, kemungkinan besar ada yang tak kena dalam kotak fikiran dia. Cuma, persoalannya; bila nak nikah? Antara penyebab utama yang melambatkan pernikahan adalah; masih lagi belajar dan belum mempunyai pendapatan tetap. Seeloknya, bagi seorang lelaki, usia 25 tahun melihat kepada sirah Nabi SAW yang menikah pada usia 25 tahun. Tapi, bagaimana seorang perempuan?

Aku nak tinggalkan dulu persoalan di atas. Kita baca dulu cerita di bawah. Mungkin kita boleh dapat beberapa isi penting untuk direnungi.

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, “Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”

Saya lantas bertanya, “Tuk dulu kahwin cepat?” “Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang…” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkanbetapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?” “Tuk bahagia apa… anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka. “Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar,” adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi. “Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!” “Betulkah saya tak sabar, Tuk?" tanya saya semacam mengusik.

“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar… umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh…” “Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”

“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu…” tajam Tuk membalas. “Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?” “Soal ni tak boleh agak-agak… Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang. “Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur… Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri… Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.” Saya menung panjang.

Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu? “Jangan menung… Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul… nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading. “Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!

“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan… umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.” “Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek. “Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan… ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik… kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni...”

“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji.” “Tak senang. Tapi mudah-mudahan… tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang.” “Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal. “Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang.

Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar… tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak.

Nak jadi imam? Jauh sekali.” Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja…” “Kalau macam tu macam mana?” “Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu… apa orang kata… … parenting skill.” “Tuk pun tahu parenting skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku… ah, macam-macam.” “Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga… Nanti terjebak dengan maksiat,” kilas saya. “Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya… Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada.” “Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”

Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama… sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion… Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada…” “Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.” “Antara dua keadaan ni… yang mana patut kita pilih?” “Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk… pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!” Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

(Koleksi Anis/Oleh: Pahrol Mohd Juoi)

anNaQshy-BarakaAllah. Aku ucapkan kepada Ustaz Hadhrami (Ustaz Syed Kadir), yang telah menikah pada 5/3/2005 yang lepas. Semoga Allah memberkati pernikahan mereka. Dikurniakan Allah zuriat yang soleh dan solehah buat mewarisi perjuangan menegakkan kalimah Allah. al Ulama Warasatul an Biya'.

Wa Alla hua'lam...

[+/-] Selengkapnya...

Luluskan Industri Pelacuran Untuk Elakkan Kes Rogol?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 07, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku buka email tadi, ada dalam inbox email aku berkenaan tajuk di atas. Rasa cam menarik, setelah baca, memang menarik untuk kita sama-sama baca dan berfikir. So, anda pun kena baca gak...

Hari ini dalam perjalanan menghadiri satu seminar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di Seremban, saya sempat berbicara dengan rakan pengurus tempat kerja saya yang berbangsa Cina. Beliau menceritakan mengenai kes rogol yang berleluasa sekarang ini. Beliau memberitahu ada satu artikel dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa untuk mengatasi masalah jenayah rogol yang semakin berleluasa sekarang ini, penulis tadi berpendapat adalah lebih baik industri pelacuran ini diberi pengiktirafan sebagai sebuah industri yang sah di sisi undang-undang.

Lalu saya mengatakan bahawa cadangan tadi tidak akan menyelesaikan punca masalah yang sebenar. Pada pendapat saya yang menjadi kes rogol ini semakin menjadi-jadi ialah masalah perkahwinan itu sendiri yang terlalu membebankan untuk muda mudi. Terlalubanyak persiapan yang perlu mereka lakukan, daripada hendak menguruskan antarannya, menjemput para tetamunya, menyewa dewan ataupun khemahnya dan sebagainya. Bayangkan seorang yang bergaji kurang RM 1000 di tengah kota besar tanpa bantuan ahli keluarga dan saudara mara, sudah pasti tidak mampu mereka hendak menyelesaikan masalah nafsu serakah mereka yang semakin meruap-ruap. Maka pada mereka jalanpenyelesaian ialah rogol, termasuklah kes rogol teman wanita sendiri, berzina atau melanggani pelacur.

Lalu beliau pun setuju. Beliau pun ada terbaca atau terdengar bahawa ada satu persatuan atau komuniti Cina yang telah cuba membantu golongan muda mudi yang ingin berkahwin, seperti antara lain mensyaratkan bayaran Ang Pau hanya cukup RM 10. Secara tidak langsung beliau pun bersetuju bahawa meluluskan industri pelacuran tidak akan menyelesaikan kes jenayah rogol dan gejala sosial di Malaysia ini. Sebaliknya membantu memudahkan pengurusan perkahwinan akan menyumbang kepada pengurangan kes jenayah seksual dan gejala sosial yang berkaitan dengan pergaulan bebas muda mudi.

Malah dalam Islam sendiri telah berulang kali disarankan apabila anak muda kita sudah sampai masanya untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan. Begitu juga dalam peperangan atau tugasan luar bahawa para suami haruslah bertugas tidak melebihi empat bulan di luar kawasan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita perhatikan pendatang-pendatang asing dari negara Islam yang datang ke Malaysia ini jika tidak bersama membawa isteri mereka, akan mudah terjebak dengan pelacuran atau berzina dengan anak gadis Melayu atau isteri-isteri orang. Kaedah-keadah menangani kes jenayah seksual ini telah lama terdapat dalam Islam, dan ianya adalah sesuai untuk sepanjang masa dan untuk semua bangsa dan agama di Malaysia ini.

Rozmal bin MalakanKg. Bongek,
N.Sembilanrozmal@yahoo.com

anNaQshY: Islam agama yang Allah SWT iktiraf. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Maka, dalam Islam telah termaktub cara kita menjalani kehidupan dari bangun tidur, sampai nak tidur semula. Dari sekecil perkara, sehinggalah perkara yang melibatkan soal pemerintahan negara. Kita tak kan berjaya selesaikan permasalahan rogol yang agak berleluasa di negara kita selagi kita rak rujuk kepada Al Quran as Sunnah secara syumul. Percayalah... (cam lagu siti lak)

Aku tertarik persoalan yang dicakap oleh saudara email berkaitan dengan soal kahwin. Mmm aku secara peribadi bersetuju, sekarang muda mudi susah nak kahwin, sebab dari awal urusan dah membebankan. Semuanya duit. Tak dak duit, alamatnya ke tua la tak nikah. Zaman muda mudi ni la zaman yang sangat mencabar iman. Dalam umah pun kita boleh dapati 'perempuan berpakaian, tapi tak berpakaian. Kalau kat luar, wa Allahua'lam.

Nak kahwin susah, sedangkan nafsu meronta-ronta akibat panahan pandangan mata yang tidak terkawal. Jadi, yang mudahnya, bercinta dan sambil-sambil tu.... Adat yang membebankan, perlulah diubah mengikut kehendak Islam.

Wa Allahua'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Rileks Jap... Melintas Jalan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Sunday, March 06, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted by Hello

Tenangkan minda anda... Nama ape yer binatang yang melintas tu, satu 'family' lak tu yang melintas.

[+/-] Selengkapnya...

Sure Heboh Di Perlis

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 05, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Rakyat negeri Perlis mungkin boleh berbangga kerana telah mendapat penghormatan TV3 mengadakan karnival TV3; Sure Heboh yang kini sedang berlangsung di Stadium Utama, Kangar. Mungkin ini citarasa dan kehendak rakyat. Mungkin juga bukan kehendak rakyat, tapi inilah acuan Islam Hadhari untuk melahirkan masyarakat bertamadun melalui program-program seperti ini.

Walaupun secara umumnya, rakyat telah mengetahui pandangan Islam seperti yang telah diperjelaskan dan ditegur oleh mufti Negeri Perak. Tetapi, malangnya teguran mufti tidak memberi bekas di sanubari pimpinan Islam Hadhari.

Apa-apa pun, berdoalah kepada Allah, semoga kita dipelihara Allah dari murkaNya. Takutlah akan kemurkaan Allah.

Wa Allahu a'lam.

[+/-] Selengkapnya...

Pengondolan

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 04, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Oleh: Maro (Utusan Malaysia)

Perbualan di warung mamak cyber:

Pengunjung warung: 10 tahun lepas aku pernah melawat ke Taman Pertanian Bukit Cahaya tu, seronok! Ada sawah padi, ada rumah empat musim, binatang pun banyak, tapi yang kecik-kecik ja la!

Mamak: Itu dulu… Kalu encik ada pergi ini jam lagi seronok… ‘Binatang’ pun banyak ada yang besar-besar apa kat tepi taman sana!

Pengunjung warung: Waa… bestnya! Jadi gajah, badak, zirafah semua ada lah ya?

Mamak: Ini binatang besi punya.. Itu jentolak, jengkauk… Bla… Bla… Bla… Bulldozer… Bla… Bla… Bla…

Senyum kambing Utusan Malaysia…

A: PM tinjau Bukit Cahaya Seri Alam dari udara.

B: Kerana dari bawah nampak okey.

PM Terkejut…

``Saya lihat kawasan yang dibangunkan itu, habis pokok ditebang, langsung tidak ada pokok, malahan rumput pun tidak ada,'' katanya.

Dari mimik muka Abdullah semasa di atas pesawat, reaksi segeranya dalam ucapan tersebut dan gambaran yang diberikan terhadap kawasan sekitar taman pertanian itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah: ``Kawasan sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tidak OK.''

Ternyata kesimpulan tersebut berbeza dengan kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, selepas membuat tinjauan darat taman tersebut Selasa lalu: ``Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''

Berita penuh: PM terkejut... -- Selepas tinjau Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam dari udara.

Berita penuh: Semuanya OK - Khir -- Tetapi dua pemaju akan dikenakan tindakan undang-undang

Inilah isu yang aku rasa, agak sensasi dan panas yang berlaku dalam negara kita. Isu pembangunan di kawasan sekitar taman pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Alhamdulillah, kerakusan manusia dapat dibongkar. Inilah peranan media yang sewajarnya dilakukan, bukan sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata di dalam industri hiburan yang melalaikan. Tapi, seingat aku, media swasta yang bongkarkan, bukan media kerajaan iaitu RTM. Ke manakah peranan media kerajaan? Mungkin sekarang media kerajaan sibuk hanya mencari kelemahan serta kecacatan pihak pembangkang, sehinggakan lupa kekotoran dan kecacatan yang amat jijik di depan mata.

Dalam isu ni, aku cuma nak tau, dan mungkin juga kalian nak tau, siapa yang memberi kelulusan pembangunan di kawasan tersebut? Tangan siapa yang menandatangani dan memberikan kelulusan kontrak tersebut? Adakah melalui tender terbuka yang tulus atau sebaliknya? Adakah melalui proses-proses yang betul dengan mengambil kira semuanya termasuk kepentingan alam sekitar? Di manakah peranan Jabatan Alam Sekitar. Kenapa sudah ‘botak’ di tebangnya pokok dan hampir menjejaskan taman pertanian itu baru disedari? Nak kata tak nampak, jentera-jentera yang ada di situ, semuanya besar-besar belaka, mustahil tak nampak. Lainlah kalau MB Selangor dan exco-exconya seorang yang buta, atau pun kenyang ‘disuap’ sehinggakan ‘kekenyangan’, lena dibuai mimpi yang indah berbantalkan ‘habuan’.

Aku bersetuju dengan cadangan NGO meminta supaya didedahkan identiti selengkapnya pemaju-pemaju yang terlibat dalam ‘kerakusan’ projek tersebut. Dilaporkan sebanyak 35 pemaju yang terlibat. Seperti kata pengarang Utusan Malaysia;

“Sesungguhnya, masih banyak tanda tanya menyelubungi kontroversi pembangunan di sekeliling Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Apakah semua yang tidak betul itu hanya dilakukan oleh pihak pemaju? Umum masih tidak tahu siapa-siapakah pemaju yang dikatakan berjumlah 35 itu?

Tidak ada sebab menyembunyikan identiti mereka jika kita benar-benar percaya kepada ketelusan dalam mentadbir kerajaan, perlu juga diketahui sama ada mereka pemilik asal atau mereka membelinya daripada orang lain yang mendapatnya.

Untuk berlaku adil kepada Dr. Khir Toyo, perlu juga dimaklumkan apa yang diberikan kepada siapa semasa siapa menjadi Menteri Besar. Sekali lagi, jika kita betul-betul hendak berpegang kepada ketelusan, tiada sebab untuk menyembunyikan fakta-fakta ini.”

Kata Dr. Khir Toyo:

“Saya tiada kepentingan dengan 35 syarikat pemaju”

Leh caya kaaa. Hehe. Tak pe la, bersangka baik kat dia. Nak bersangka baik pun, awak kena buktikan, berikan penjelasan selengkapnya. Lantik suruhanjaya bebas yang akan menjadi pihak ke tiga. Selidik dari awal-awal tanpa bersembunyi. Minta BPR jalankan tugas menyiasat kemungkinan berlakunya rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Jika berani, lakukan. Berani kerana benar.

Fakta Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam:

+ Dibuka pada 1986
+ Idea penubuhan dicetuskan oleh bekas Menteri Pertanian; Tan Sri Sanusi Junid.
+ Kelulusan taman 1 258 hektar (3 145 ekar). Keluasan sekarang 846 hektar (2 116 ekar)

Penggondolan bukit bukan perkara yang kecik. Ia melibatkan kesejahteraan hidup masyarakat. Allah Taala jadikan sesuatu tanpa sia-sia. Sehinggakan, perkara yang sekecil-kecilnya mempunyai manfaat, yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.

Gunung-ganang, bukit-bukau Allah Taala jadikan sebagai pasak bumi kepada bumi. Bumi kita stabil kerana peranan gunung-ganang. Semunya terjawab sekiranya kita selalu hayati isi kandungan al Quran. Allah dah jelaskan peranan gunung-ganang dalam kehidupan kita di atas muka bumi.

Tapi, masalahnya, kita tak mainkan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan bijak. Tanpa berpandukan petunjuk dari Ilahi. Kita melantik orang yang akan memimpin kita dari golongan yang rendah akhlaknya dan langsung tak memahami isi kandungan al Quran. Orang yang tak tahu selok belok memimpin masyarakat ke arah redha Allah SWT.

Secara tidak sedar, kita juga terlibat dalam isu ‘pengondolan Bukit Cahaya’. Sebab apa, sebab tangan kita yang memangkah melantik pimpinan kerajaan sekarang. Kita yang memberi kepercayaan kepada orang jahil menjadi pemimpin kita. Kita akan dipersoalkan akhirat kelak; “kenapa kamu melantik si fulan bin si fulan untuk menjadi pemimpin kamu, padahal si fulan bin si fulan bernafsu buas rakus mengaut keuntungan untuk peribadi dan kroni, dan si fulan bin si fulan amat jahil urusan agama.”

Ini baru isu masyarakat, dan banyak lagi yang akan di tanya; “kenapa kamu melantik pemimpin yang membela artis, ternyata secara terang-terangan melakukan mungkar dan mengundang kemurkaan Allah”. Urusan agama diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka kita mengundang kemurkaan Allah SWT.

Apakah peranan kita selepas ini? Berani buat perubahan. Ayuh kita bersama melakukan perubahan. Tangan kita yang memangkah melantik pimpinan, maka tangan kita juga mampu mengubah untuk melantik pimpinan yang benar-benat takut pada Allah, untuk sama-sama membawa kita ke arah redhaNya.

Cukup, cukuplah… Jangan dibiarkan lagi mereka bersenang-senangan kemewahan dengan hasil titik peluh kita. Jangan di biarkan lagi mereka memijak-mijak Islam. Hancurkan kekuasaan dengan tangan kita… Ayuh… Berani melakukan perubahan…

anNaqshY- Dr. Khir Toyo dan exconya wajar letak jawatan ekoran kelemahan pentadbiran beliau yang diseliputi rasuah berleluasa. Rasuah merupakan barah dalam masyarakat. Nyah kamu dan exco kamu dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wa Allahu a’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Identiti

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 04, 2005 | 1 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Oleh Zaid Akhtar

Muqaddimah

MULANYA memang bukan niat saya menceritakannya pada sesiapa. Namun tugas saya hanya bercerita. Tegasnya, kisah ini benar. Kalaupun ia tidak menjentik sensitiviti anda.

(1)
Ris tidak tahu saya mengintai tiap gerak-gerinya sejak zaman persekolahan kami. Dia (perlukah saya perincikan?) baik. Cantik. Manis. Lembut. Menawan. Segalanya! Sejak kali pertama saya melihatnya di tingkatan dua, memang hati sudah terpikat. Sukar untuk saya melupakan mata jelinya yang tertutup cantik apabila tertawa itu.

Dan sudah pasti yang terlalu menarik perhatian saya adalah kesolehahannya. Kena pada ciri-ciri idaman hati ini. Kelembutannya bila bertutur; merendahkan pandangan pada tempat yang sepatutnya; begitu menghormati @ menghargai guru dan puluhan kriteria lagi. Paling mustahak, Ris (sebagai pelajar SMKA) begitu ayu pada kaca mata saya dengan tudung labuh yang menjadi identiti dan penjagaan aurat yang total.

Adapun saya, (mungkin perlu saya nyatakan) bukan pula pelajar terbaik. Namun kadang-kadang agak nakal juga. Tidaklah terlalu segak dan kacak orangnya. Bak kata orang: Hidung taklah terlalu mancung, dan pipi pastinya tidak tersorong-sorong. Saya lelaki seadanya.

Hari demi hari. Bulan berpindah tahun. Demikian masa pantas berlari dan kami membesar dan memutik remaja di sekolah ini.

Mungkin anda tidak percaya, saya terlalu pemalu orangnya. Lantas bagaimana sewaktu di tingkatan lima ini, harus saya zahirkan isi hati ini? Mahu berterus terang dengan Ris, terasa tidak layak. Siapalah saya di matanya? Mahu memendam rasa, SPM pula kian hampir menjengah; sedang saya makin tidak betah menahan gelora hati yang belum kenal erti cinta ini.

Kepada Ziq saya luahkan isi hati saya yang bergelodak benar. Ziq mendengar teliti, barangkali terdetik simpati. Namun malang sungguh, Ziq yang diharap menjadi tempat ‘meluah rasa’ sanggup membocorkan rahsia. Rahsia yang terlalu rahsia bagi saya itu pecah geger. Kawan-kawan tertawa, mengusik, mengutuk dan sebagainya. Lebih teruk, membandingkan kami seperti langit dengan bumi. Saya malu metah. Mana saya mahu letak muka ini?

Dan Ris yang turut mengetahui, tersenyum sinis (saya tidak lagi menganggapnya manis) tatkala kami berpapasan sesekali. Saya fikir, pasti dia memandang jijik diri ini. Saya mulai sedar siapa saya. Saya harus mengkoreksi diri. Saya mesti cemerlang. Saya mesti baiki sahsiah diri. Saya mesti miliki gadis yang lebih hebat, lebih baik dan lebih manis daripada Ris suatu hari nanti. Saya mesti membencinya mulai hari ini!

(2)
2002. Saya kini pelajar perubatan di UM. Entah bagaimana September itu saya tercampak ke tapak konvo sebuah IPTA terkemuka. Pesta konvokesyen sedang berlangsung meriah. Jai, sahabat baik masa di SMKAS dulu menghantar SMS, minta saya hadir. Katanya, ada perjumpaan alumni. Rindu mengenangkan kawan-kawan lama saya bergegas ke sana. Kawan-kawan masih belum ramai yang datang. Saya leka berbual-bual dengan Jai, Qil dan Mud. Sesekali tawa terburai mengingat kisah silam. Namun tawa saya lekas mati tatkala seorang gadis berjeans (agak ketat), berkemeja T hitam paras siku, dan bertudung skarf menutup rambut tetapi menampakkan batang leher tampil mendekati kami. Ramah menyapa Jai, Qil dan Mud.

Ris?Itu yang pertama keluar di bibir saya melihatkan gadis itu tertawa sambil mata jelinya tertutup cantik. Rasanya tidak salah Memang dia. Dan memang itulah dia, dapat saya pastikan benar-benar apabila dia menghulurkan tangan mahu menjabat saya. Saya menggeleng. Terpempan.“Zen tak kenal Ris?” Suara saya seperti dahulu. Tidak mampu keluar.

Khatimah

Syyyy…!Tolong! Jangan sampaikan kepada Ris cerita ini. Mampus saya diseranahnya! Ini rahsia kita. Jangan jadi seperti Ziq yang tidak tahu menjaga rahsia. Juga kepada mereka yang bukan warga sekolah ini, usah sesekali dikhabarkan. Ini soal maruah. Soal identiti. Soal diniy. Justeru, saya ikhlas membisikkan sahaja kisah ini ke telinga, mudah-mudahan kita beroleh iktibar. Dan rasanya pilihan saya untuk membenci Ris dulu adalah tepat.

Ini tazkirah. Anda mungkin macam Ris pada hari ini, di sekolah ini. Tapi pada masa hadapan, mampukah anda berjanji?

[+/-] Selengkapnya...

Ziarah Ke Perlis

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, 28 Februari. Hari terakhir untuk penyerahan borang jawatan kosong di KUKUM. Sekarang juga waktu dhuha, disunatkan solat dhuha, bermula setelah 20 minit matahari terbit sehingga tergelincir matahari. Boleh dilakukan 2, 4, 6 dan 8 rakaat. InsyaAllah, dengan izin Allah, siapa yang solat dhuha dan beristiqamah dengan amalan tersebut walaupun hanya sekadar 2 rakaat, akan dipermudahkan urusan kehidupan. Seharusnya, dimasukan di dalam jadual harian kehidupan seorang muslim, waktu untuk solat dhuha.

Sewaktu zaman menengah, kami dilatih untuk solat dhuha pada waktu rehat setiap hari. Idea ini timbul selepas tazkirah oleh Pak Long Zainal Asri pada tahun 1997. Selepas tazkirah tersebut, telah menjadi kebiasaan kami untuk mengerjakan solat dhuha pada waktu rehat. Hanya mengambil masa sekitar 10 minit, kelihatan pelajar-pelajar bersolat di surau. Dan kemudian, terus ke kantin untuk makan atau minum.

Cadangnya, sebelum ke Perlis, aku ke sekolah menengah berdekatan untuk pengesahan salinan sijil. Tapi, fikir-fikir, susah la pulak. Lantas aku menelefon mak aku di pejabat untuk buat pengesahan di sana.

Setelah selesai urusan borang, bersiap-siap untuk hemat diri dan sarapan pagi. Sementara menunggu kepulangan ayahku dari hospital Alor Setar, aku bersiap-siap mengemas diri. Semak semula borang, fikir apa yang perlu di bawa. 10.30 pagi, bertolak ke pejabat mak aku, setelah selesai buat pengesahan salinan, terus bertolak ke Perlis.

Inilah peluang untuk aku singgah di sekolah lama. Ziarah ustaz dan guru. Hubungan kami dengan ustaz-ustaz di sana, amat akrab. Kebiasaan, setelah tamat sekolah, walau belajar di IPT mana sekalipun, waktu cuti, insyaAllah akan ziarah ke sana. Sebutlah nama-nama anak murid mereka, insyaAllah mereka pasti akan ingat. Cuma, kadang-kadang kita ja yang lupakan jasa baik mereka dalam mendidik kita.

Mereka seronok kalau kita apabila tamat pengajian, pulang menziarahi mereka. Setelah aku sampai, kelihatan wajah senyuman mereka. Bertanya khabar dan berita perkembangan sekolah. Aku tengok, banyak perubahan fizikal berbanding zaman aku sekolah dulu.

Alhamdulillah, rezeki aku, aku ditawarkan berkhidmat sebagai guru komputer di sana. Ehhh, belajar bidang pengajian Islam, tapi ditawar ngajar bidang lain. Subjek komputer di sekolah aku, termasuk dalam salah satu subjek akademik yang akan dinilai pada peringkat sekolah. Setelah aku tamat SPM di sana, aku mengajar komputer sementara menunggu tawaran IPT. Apabila lanjut pengajian, pada cuti semester, aku akan balik ngajar di sekolah. Jadi, ada pengalaman 2 tahun mengajar subjek komputer. Sekarang, aku dah habis pengajian, ditawarkan jawatan lama. Hehe. Alhamdulillah rezeki. Nanti akan dihubungi untuk pengesahan jawatan tenaga pengajar di sana.

Sambil tu, aku berbincang dengan cikgu aku hal projek kelas tuisyen aku. Dapat la sedikit sebanyak maklumat penting dan pengalaman mereka. Apa-apa pun, doa la bagi projek aku berjaya dalam masa terdekat. Kat sana, ada member sebilik aku waktu sekolah dulu, sekarang dah jadi pengajar di situ. Ustaz Khairul Anuar Saad. Mmm rakan sebilik jadi BP PMRAM. Hehe. Nak tahu hal dia, leh tanya aku Hehe.

Pukul 2 petang, kena bertolak ke Kangar. Hantar borang kerja. Moga dapat la kerja di Perlis ni. Dekat ngan umah aku, umah member aku, umah ustaz-ustaz aku, mmm dekat ngan sapa lagi erkkk… Nanti aku fikirkan. Hehe. Lepas hantar borang, cadangnya nak ke ‘party’ umah Atan. Tiba-tiba dihantarnya SMS tak jadi buat ‘party’ lak. Naya, naya aku. Dah la aku tak makan lagi, aku makan nasi paprik kegemaran aku kat medan Arau pun tak paaa. Dah alang-alang sampai, aku pi gak la. Pi rehat sementara menanti malam. Malam aku ada temujanji ‘special’ lak Hehe. Umah Atan, aku dah masyi sangat. Kiranya, aku baik laa dengan keluarganya. Pi rehat sementara menanti malam. Kalau jumpa Atan, mesti topik utama la ni untuk diperbincangkan ialah pekerjaan. Hehe. Dia buat multilevel marketing. Luxor networking. Sapa nak join boleh arrrr. Aku.. Aku tak nak lagi, aku bidang lain. Dia dok promosi kat aku jaaa. Hehe. La ni, multilevel marketing ni, dah top sangat. Sapa-sapa kerja syarikat apa pun, kerajaan ka, swasta ka, mesti join punya salah satu network. Baguih la. Salah satu bentuk perniagaan. Nabi SAW pun menggalakkan umatnya berniaga. Nabi pun dulu berniaga gak. Yang pentingnya, prinsip halal mesti la diutamakan. Allah menghalalkan jual beli, tapi mengharamkan riba.

Malam kul 10, aku pi umah keluarga ‘special’. Saja pi ziarah, sejak aku balik, tak pi lagi. Nanti apa kata mereka. Peluang cuti kerja ni, aku amik kesempatan pi ziarah. Nanti bila dah kalut keja aku tu, kemungkinan susah nak datang ziarah. Cam tu la aku beritahu kat ibubapa’nya’. Mereka pun faham, aku pi hantar diploma anaknya yang aku ambilkan. Dan sembang la apa yang patut. Cerita la apa yang patut kehidupan di Mesir ni.

Balik, janji ngan KA (Khairul Anuar Saad) di sekolah. Singgah sekolah, dia pun dah nak balik, kira-kira duit keuntungan masuk koperasi sekolah. Nak sembang lebih pun, tak leh lama mana. Sekadar tanya apa yang patut. Antara dialog menarik antara aku ngan dia:

Aku: camana, apa cerita?
KA: cam ni, senang mai la sekolah, sementara tak keja tetap ni, ‘join’ kami.
Aku: insyaAllah.
KA: la ni dok bagi kuliah kat mana dah, hulur la ‘zakat’ sama, sebelum ni orang bagi zakat duit, la ni kita lak hulurkan pula ilmu yang ada.
Aku: insyaAllah… (sambil tersenyum), mmm yang masalahnya, dulu kat Mesir ‘berapi’, tapi balik mai sini senyap… Kalau yang biasanya, tak masalah sangat kan?
KA: dulu kat Mesir ‘berapi’, balik senyap tu, masalah, dan dulu biasa, dan balik sini tak dak perubahan pun bermasalah gak. Jadi, teruji la kat sini.
Aku: (senyum jaa)

Aku: Mmm dulu kita dok sebilik kan…
KA: (senyum) so, banyak la cerita, lama tak sembang, kalau nak sembang, sampai pagi tak habih, so enta nak balik jauh kan, lain kali jaaa…
Aku: (senyum)

Tepat kul 1.00 pagi, kami bertolak balik. Aku bawa keta sorang-sorang. Jalan sunyi lak tu… Dalam kepala, terfikir aku rakan sebilik sekolah aku, darul taqwa; aku, pak sheikh, Anuar, Brahim dan Ihsan.

Sambil memandu, teringat macam-macam… langsuir la, pontianak la, apa la… Hehe… Tak takut pun, Cuma teringat ja… Tiba-tiba dok belakang aku ka, lintas jalan ka Hehe…

anNaQshY-Perjuangan memerlukan pengorbanan. Moga Allah tetapkan hati kita atas istiqamah perjuangan; perjuangan nafsu mendidik diri dan juga menjulang keizzahan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah… Sebut soal perjuangan, memang mudah. Buat kertas kerja membicarakan perjuangan, memang mudah. Alam siswa berbeza dengan alam selepas belajar, alam pekerjaan dan seterusnya alam berumah tangga. Mungkin sewaktu kita memimpin persatuan, kita ibarat ‘singa’ yang lapar, menerkam siapa saja di depan, sanggup mengharungi tribulasi. Selepas tamat alam siswa, kita teruji, adakah kita seperti ‘singa’ yang lapar seperti sewaktu alam siswa-siswi dahulu, atau pun, seperti ‘singa’ yang hilang ‘kukunya’. Ya Allah, istiqamahkan perjalanan ku…

Wa Allahu a’lam.

[+/-] Selengkapnya...

Balik Dari Kuala Lumpur

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Tuesday, March 01, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk aku meng’update’kan blog aku. Setelah seminggu tidak meng’update’. Sepanjang aku berada di Kuala Lumpur, tidak berkesempatan untuk ‘update’. Hanya 2 kali aku masuk ke cyber. Sekali untuk membaca iklan kerja di Tanjung Karang, dan sekali lab UIA.

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah pada 27 hb, jam 5.00 pagi. Bertolak dari Pudu jam 11.15 malam. Tima kasih kepada kawan aku, Pak Syed yang menemani aku di Pudu sehingga pukul 9.30 malam. Lepas tu, dia terpaksa pulang ke Putra Jaya. Bas jam terakhir ke Putra Jaya pukul 10.00 malam. Sementara menunggu waktu berangkat, berkeliaran la aku di sekitar Pudu, melihat kehidupan masyarakat kota yang sentiasa sibuk hal keduniaan, hal kehidupan. Dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Kadang-kadang, muka tu cam bangsa Melayu, tapi pakaian macam orang bangsa Cina; baju ketat hanya sekadar menutupi bahagian ‘atas’, berseluar jean. Mungkin kerana cuaca di Kuala Lumpur ni terlalu panas sehinggakan terpaksa memakai pakaian yang menutupi apa yang perlu sahaja.

Kalau bangsa Cina, mungkin kita tak berapa hairan, musim hujan ke, panas ke, sama ja. Diri tetap rasa panas. Sebab, mereka termasuk dalam golongan ‘musyrik’. Orang kafir memang diri mereka akan sentiasa rasa panas, tetapi berlainan dengan orang Islam yang benar-benar beriman, walaupun zahir terasa panas dek cuaca, tetapi jiwa dan roh sesejuk keimanan kepada Ilahi. Tenang jiwa, walau pun pakaian menutupi aurat dari atas sehingga la ke bawah, tetap terasa sejuk.

Selepas Subuh, terpaksa tidur kejap, untuk merehatkan badan, walaupun dalam displin seorang muslim tidak dibenarkan tidur selepas solat subuh tetapi dalam hal keadaan tertentu seperti keletihan kerana perjalanan jauh, di bolehkan tidur sekadar merehatkan badan. Cuma jangan menjadi kebiasaan. Rezeki di awal-awal subuh, dan amalan selepas subuh amat digalakkan sehingga terbit matahari seperti yang telah di bahaskan oleh Imam al Ghazali dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah.

Cadangnya aku nak ‘update’ kan selepas aku rehat, tapi member aku telefon. Dia dah balik ke sini tahun lepas, dan sekarang kerja di Shah Alam. Dia balik ke sini sebab datuknya meninggal (al Fatihah). Jadi, kebetulan ada sekotak kitab aku di rumah dia, dia suruh pi amik. Alang-alang dia di sini, pi amik kotab kitab aku dan berbual apa yang patut. Biasa la, topik awal nya, kerja kosong laaa Hehe. Kalau tempat hang ada kerja kosong, jangan lupa member. Tapi sayangnya, belum ada kekosongan. Kerja sekarang susah nak dapat. Kalau ada iklan jawatan kosong di dada akhbar, kemungkinan sekadar syarat iklan, tapi jawatan tu telah di isi sebelum lagi diiklankan. Sebab apa? Sebab, zaman la zaman ‘cable’ arrr. Lagi ‘cable’ besarrr, lagi la mudah nak dapat kerja. Tak dak ‘cable’, susah nak cari makan arrr.

Sebagai seorang muslim, kita kena berusaha walau pun tak dak ‘cable’. Manusia makhluk Allah, tak boleh sedikit pun berikan mudharat apatah lagi manfaat. Usaha tetap usaha, walau tak dak ‘cable’. Mana nak tau, rezaki kita ada salah satu permohonan kerja dari banyak-banyak permohonan. Aku… mana la ada ‘cable’. Adik beradik aku, semuanya kerja biasa ja. Mai pakat-pakat doakan aku, moga dapat kerja tetap Hehe. Amien. Ada keja tetap, lagi cepat la aku kawin. Hehe. Bukan apa, ni membantu untuk mempermudahkan kahwin.

Balik umah pun dah malam, rehat dan bersihkan diri. Kemudian, aku kena selesaikan urusan permohonan kerja aku di KUKUM. Tarikh tutup, esok (28 hb). Kena selesaikan juga malam ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan aku.

Aghhh… Dah pukul 2.00 pagi, aku kena rehat. Esok kena uruskan urusan pengesahan salinan sijil dan terus ke Perlis untuk menghantar borang permohonan kerja aku. Moga Allah permudahkan urusan aku…

Wa Allahu a’lam…

[+/-] Selengkapnya...