Bismillahirrahmanirahim...
Sering kita kedengaran suara-suara sumbang sebegini, apakah tujuan mereka, hanya Allah mengetahui. Dan kalam-kalam sebeginilah yang mengelirukan masyarakat terutama masyarakat awam, dan juga pelajar-pelajar yang tak mendalami dalam bidang agama.
Jadi, bagaimana dengan mereka-mereka yang telah pergi menemui Ilahi, padahal tidak kesemuanya mahir dalam persoalan feqh serta mereka itu kebanyakkan manusia akhir zaman yang bermazhab salah satu 4 mazhab yang utama?
Bagaimana masyarakat Islam yang mendatang? Contohnya masyarakat kita yang tak belajar agama dan tak reti bahasa arab. Bagaimana mereka-mereka ini nak paham terus al Quran dan as Sunnah tanpa melalui mana-mana ulama?
Apakah motif golongan-golongan yang menyeru ke arah tidak bermazhab? Nak timbul perpecahan ummat yang telah parah sekarang ini?
A: Awak bermazhab aper?
Sering kita kedengaran suara-suara sumbang sebegini, apakah tujuan mereka, hanya Allah mengetahui. Dan kalam-kalam sebeginilah yang mengelirukan masyarakat terutama masyarakat awam, dan juga pelajar-pelajar yang tak mendalami dalam bidang agama.
PERNYATAAN PARA IMAM UTK MENGIKUTI SUNNAH DAN MENINGGALKAN YG MENYALAHI SUNNAHAku bermazhab as Syafie, adakah aku dikatakan taksub kepada mazhab? Aku pelajari sedikit sebanyak persoalan feqh beserta dengan dalil-dalil yang telah dikemukakan oleh ulama dari kalangan mazhab as Syafie, adakah aku dikatakan taklid buta?
Semoga sedikit tulisan ini menjadi pelajaran dan peringatan bg mereka yg taklid kepada para imam atau kepada yg lainnya dgn cara membabi buta dan berpegang pd mazhab dan pendapat mereka seolah2 hal itu seperti firman Allah yg turun dr langit.
Jadi, bagaimana dengan mereka-mereka yang telah pergi menemui Ilahi, padahal tidak kesemuanya mahir dalam persoalan feqh serta mereka itu kebanyakkan manusia akhir zaman yang bermazhab salah satu 4 mazhab yang utama?
Bagaimana masyarakat Islam yang mendatang? Contohnya masyarakat kita yang tak belajar agama dan tak reti bahasa arab. Bagaimana mereka-mereka ini nak paham terus al Quran dan as Sunnah tanpa melalui mana-mana ulama?
Apakah motif golongan-golongan yang menyeru ke arah tidak bermazhab? Nak timbul perpecahan ummat yang telah parah sekarang ini?
Adakah benar umat Islam wajib bersertu jika telah tersilap “memakan babi”? ini satu persoalan yang memerlukan jawapan yang ilmiah dan terperinci dan jauh dari taklid buta dan taksub mazhab.
A: Awak bermazhab aper?
B: Saya bermazhab Syafie, awak pula?
A: Saya bermazhab syafie, tapi ntah la, saya rasa saya ni campur², pendek kata, tak terikut sangat dengan mana-mana mazhab.
B: Kenapa pula?
A: Ada ustaz tu kata, jangan ikut mana² mazhab. Ikut al Quran dan As Sunnah. Jangan taksub mazhab. Kita nak ikut Nabi ka nak ikut ulama.
B: Saya tak kata saya bermazhab Syafie, bermaksud mazhab Syafie yang betul dan yang lain salah. Di Nusantara ni, majoritinya kita bermazhab Syafie. Dan lebih baik kita yang jahil ni bermazhab Syafie. Kalau taksub ni, kita hanya kata kita saja yang betui. Sapa tak ikut kita, maka salah dan tertolak.
A: Dak, Ustaz saya kata cam tu. Saya bulat² yakin apa yang dia kata. Saya ikut seperti mana ustaz saya kata. Awak ni taksub. Taksub pada mazhab. Saya, ikut al Quran dan as Sunnah. Jadi , saya tak taksub. Saya yakin pada ustaz saya.
Dari perbualan di atas, siapa yang taksub. A atau B? Kalau kita kata seperti mana ustaz tu kata, sedikit sebanyak kita taksub pada ustaz tu. Kita hanya berpegang seperti mana yang telah dinyatakan oleh ustaz tersebut. Pendek kata, kita ikut mazhab ustaz tersebut. Itu boleh dikategori juga taqlid, taqlid kepada ustaz tersebut. Walau pun ustaz tu kata kita ikut al Quran dan as Sunnah. Kalam tersebut hanyalah kepura-puraan.
Bila bermazhab, bukan taksub. Satu permasalahan dalam feqh, kita selesaikan permasalahan tersebut seperti mana yang di fahami oleh ulama-ulama silam berpandukan al Quran dan as Sunnah. Itu kan rahmat. Dengan keilmuan yang Allah anugerahkan pada mereka, kita berada dalam satu saff untuk memahami al Quran dan as Sunnah dengan diimami oleh imam mazhab tersebut. Contohnya, kita berada dalam satu barisan dengan Imam Syafie, dan Imam Syafie berada di belakang Rasulullah, sebab Imam Syafie pun berpandukan al Quran dan as Sunnah.
Kita tak mampu nak memahami al Quran dan as Sunnah secara direct. Kita lemah, jahil dan bahasa arab pun, sekadar boleh ana enta, ana enta. Kita dinamakan taksub apabila kita seperti si A, dia taksub dengan ustaz nya dan hanya berpegang dengan kalam ustaz nya sahaja. Padahal, kalam ustaz tu boleh ditolak dan boleh diterima, sebab dia bukanlah Nabi.
Kita juga dinamakan taklid sekiranya berpegang dengan penyampaian seseorang. Seperti di atas, si A bertaklid kepada ustaz tu.
Kalau betul² ikut al Quran dan as Sunnah sungguh², tak nak bermazhab, beli al Quran, dan pahami al Quran sendiri tanpa bantuan mana-mana individu. Jangan rujuk langsung mana-mana ulama, al Bani ka, bin Baz ka, DR tu ka, DR ni ka, Sheikh tu ka, Sheikh ni ka, ustaz tu ka, ustaz ni ka, kitab tu ka, kitab ni ka. Terus buka al Quran dan as Sunnah, syarah sendiri tanpa berlapik ngan mana-mana pendapat dan kalam individu.
Kalau kita sekadar reti bahasa arab dengan menyebut ana enta, ana enta, ngapal hadith pun dalam 2 3 hadith, al Quran pun baca berkadang-kadang, tak yah dok berlagak mengaku tak bermazhab, atau dok pakai rajih-rajih sahaja.
Ngaku tak bermazhab, ikut al Quran dan as Sunnah terus, tapi dok sebut ulama-ulama mereka, buka kitab rujukan ulama mereka, dok ngaji kat ulama mereka, cam mana nih?
Psssttt... Siapa mereka itu. Jawapannya, mereka adalah mereka dan keluarga mereka. Hehe. Hanya mereka yang tahu siapakah mereka yang disebut di atas.
Kalau tak nak bermazhab, eloklah universiti Islam dan sekolah-sekolah agama tak yah wujud. Eloklah kelas tafaqquh fiddin tak diadakan. Eloklah mana-mana ulama yang karang kitab, di bakar. Sebabnya, masyarakat Islam sekarang ni, terus rujuk al Quran dan as Sunnah. Maka ulama yang faqih dalam feqh ni, tak payah wujud. Masyarakat sekarang nih semua dah alim peringkat mujtahid. Semua boleh faham al Quran dan as Sunnah walaupun tak geti bahasa arab.
Kalau boleh buat cam tu, aku tabik, dan aku akui bahawa awak benar² ikut al Quran dan as Sunnah.
Wa Allahua'lam...
Makin sayangnya kita kepada Imam Syafie…
Ayoh sahabatku sekelian!, kita kembali kepada imam Syafie. Kita hayati pesanan dan kata-kata beliau yang sangat berharga kepada kita semua yang bermazhab Syafie.
Imam Syafie telah menunjuki kita jalan yang benar, cara beragama seperti yang dicontohkan oleh para salafus soleh. Kata-kata beliau tegas, dan ia sering diulang-ulang di hadapan anak muridnya seperti berikut:
Berkata Imam As-Syafie rahimahumullahu Ta’ala: “Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataan itu dianggap) betul, maka hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid kepada qaulku (kata-kataku)” (Diriwayatkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Iq’laamulmauqiiin)
Telah berkata Imam As-Syafie rahimahumullahu Ta’ala: “Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin bahawa sesiapa yang terang baginya sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut lantaran mematuhi (mentaati) perkataan seseorang.” (Ibid)
1. “Setiap orang mesti bermazhab kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan mengikutinya. Walau apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang pernah aku katakan itu berasal dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi ternyata ia berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh Rasulullah itulah yang menjadi pendapatku” 1
2. “Seluruh kaum muslim telah sepakat bahawa orang yang secara jelas telah mengetahui suatu Hadis dari Rasulullah tidak halal mengikuti pendapat orang lain dan meninggalkan hadis tersebut.” 2
3. “Bila kalian terbaca dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan Hadis Rasulullah, peganglah Hadis Rasulullah itu dan tinggalkan pendapatku itu” 3
4. “Bila suatu Hadis sahih, itulah mazhabku” 4
5. “Kalian lebih tahu tentang Hadis dan para rawinya daripada aku. Apabila suatu Hadis itu sahih, beritahukanlah kepadaku biar di mana pun orangnya, apakah di Kuffah, Bashrah, atau Syam, sampai aku pergi menemuinya” 5
6. “Bila suatu masalah ada Hadisnya yang sah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menurut kalangan ahli Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati” 6
7. “Bila kalian mengetahui aku mengatakan suatu pendapat yang ternyata menyalahi Hadis Nabi yang sahih, ketahuilah bahawa hal itu bererti pendapatku tidak berguna” 7
8. “Setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Hadis Nabi lebih utama dan kalian jangan bertaqlid kepadaku” 8
9. “Setiap Hadis yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku” 9
—————————–
Disalin dari Mukadimah
Shifatu Shalati An-Nabiyyi Shallallahu ‘alaihi wa sallama min At-takbiri ilaa At-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa
edisi Indonesia Sifat Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.
sumber: http://WWW.imamSyafie.com